Followers

Showing posts with label Family Gathering. Show all posts
Showing posts with label Family Gathering. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Beraya di JB (Jalan Banjar) Masjid Tinggi ...........



Pada hari raya ke-3 rumah mentua di JB (Jalan Banjar)Masjid Tinggi telah diadakan majlis kenduri arwah dan tahlil yang telah menjadi kelaziman setiap kali sambutan hari raya aidilfitri.

Pada malamnya, telah diadakan BBQ arnab bersama-sama adik-beradik yg turut sama pulang ke kampung. Untuk mengumpulkan kesemua 16 orang adik beradik bukanlah sesuatu yg mudah. Hanya dalam kesempatan berhari raya ini sahajalah peluang terbaik untuk berjumpa dan berkumpul.

Kepada mak, ayah, adik-beradik, saudara-mara dan kulaan di JB : Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Jangan lupa datang ke "South True Luck".












Tuesday, December 28, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Pada hari ketiga, sebelum pulang kami sempat singgah di rumah seorang pengusaha Ikan Arowana yang berjaya iaitu En. Shahidan. Beliau merupakan rakan karib abah semasa di kampung. Beliau mulanya ialah seorang petani yang mengerjakan sawah padi di kampung Ban Pisang Bukit Merah.

Walaupun kini telah bergelar jutawan namun sikap beliau yang rendah hati amat disenangi oleh rakan-rakan dan penduduk kampung.

Kenderaan istimewa inilah yang beliau gunakan untuk berulang alik dari rumah ke kolam ternakan ikan arowana yang beliau usahakan dan dimaklumkan hanya ada 4 buah kenderaan sedemikian di Malaysia sekarang ini.

Monday, December 27, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Inilah rumah nenek tempat saya dilahirkan. Di sebelah ialah tanah yang diwakafkan dan didirikan surau untuk kegunaan ahli qariah.

Suatu masa nenek merupakan guru mengaji Al-Quran yang mengajar hampir 20 anak-anak dalam suatu masa.










Pada hari yang sama kami berjumpa dengan Makngah Mariah yang tinggal di Klang untuk sama-sama menziarahi nenek. (gambar Makngah Mariah bersama-sama anak beliau Norihan dan cucu yang tinggal di Taiping) .
Setelah sembahyang kami mengambil peluang untuk melelapkan mata di dalam surau sebelah rumah nenek.

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Hari kedua percutian keluarga dihabiskan di Water Theme Park, Bukit Merah Lake Town Resort. Selepas makan tengah hari kami beramai-ramai menziarahi nenek di Ban Pisang, Bukit Merah.








Sunday, December 26, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Alhamdulillah pada tahun ini percutian keluarga dapat juga diadakan walaupun tempat yang dipilih bukanlah asing buat kami kerana di sinilah kampung tempat asal keluarga kami. Kak Long, saya dan Ida memang dilahirkan di sini. Nenek dan ramai sanak saudara masih tinggal di sini.

Abah mencadangkan kami berkumpul di sini memandangkan nenek tidak sihat dan mudah untuk kami menziarahi nenek pada bila-bila masa yang hanya mengambil masa kurang 10 minit dari tempat kami menginap iaitu di Water Front Villa, Bukit Merah Lake Town Resort.

Saya sebenarnya datang 2 hari lebih awal daripada keluarga yang lain. Ini memandangkan saya masih bercuti manakala yang lain cuma mula bercuti pada 25 Dis. iaitu pada hari krismas. Walaupun begitu, saya terpaksa pulang awal pada 26 Dis. kerana mula bertugas pada 27 Dis. ............yang lain meneruskan aktiviti hingga 27 Dis. 2010 dan aktiviti memancing pasti tidak ketinggalan.

Aktiviti hari pertama ialah memancing Toman, bersiar-siar di kawasan sekitar dan BBQ pada malamnya.