Followers

Showing posts with label Makanan dan Resepi .... Show all posts
Showing posts with label Makanan dan Resepi .... Show all posts

Saturday, August 7, 2010

CUBA, TRY, TEST, TENGOK ..... BHG. 2

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini , saya akan berkongsi cara-cara membuat roti jala atau roti kirai;

Bahan-bahan :

- 500 gram tepung gandum
- 750 ml air
- sebiji telur ayam
- Pewarna Kuning Telur (Star Brand)
- 1 sudu makan minyak masak
- garam halus

Cara-cara penyediaan :

- Masukkan 500 g tepung ke dalam bekas yang bersesuaian
- Masukkan sebiji telur ayam
- Masukkan air sedikit demi sedikit (750 ml) dan kacau
- Masukkan 2 titik pewarna (Kuning Telur) dan sesudu makan minyak masak dan sedikit garam
- Kacau adunan sehingga rata

*** Untuk memastikan adunan rata dan halus .... masukkan ke dalam Blender dan adun selama 30 saat......

Kini adunan tadi telah sedia untuk dikirai dengan menggunakan acuan kirai yang sesuai.

SELAMAT MENCUBA ........



Thursday, August 5, 2010

CUBA, TRY, TEST, TENGOK .....

Ha... kali ini pasal makan lagi .... Nampak macam sedap jer .... Memang sedap pun ...... tambah-tambah lagi kalau kita yang masak dan buat sendiri ..... Ada masalah ?????? Kalau saya yang lelaki pun boleh buat, inikan pula yang perempuan .... Saya cabar.... pasti anda juga boleh buat ....... Soalan saya kepada yang masih bujang........ Bila anda mula pandai memasak dan bila kali terakhir anda memasak ???????? Tak kira lelaki atau perempuan......

Saya pada awalnya memang tak tahu langsung pasal memasak. Yang tahu goreng telur jer..... Apabila habis belajar, dengan berbekalkan baki biasiswa ,saya pergi ke Kuala Lumpur dan menyewa bilik di Pantai Dalam. Tujuan saya bukanlah untuk mencari kerja tetapi saja-saja untuk "release tension" le konon. Sebulan saya tinggal di sana........ Pagi keluar jalan-jalan, malam baru balik .... kekawan yang lain masing-masing pergi kerja.... seronokkan!!!!!!!!
Untuk "save budget" saya cuba memasak sendiri memandangkan dapur dan alatan untuk memasak semua ada ....... Mula-mula belajar tanak nasi dari kekawan ... ok ... lauk telur goreng + kicap.... Lama-lama nak try lauk berkuah pulak ...... Dalam hati kata "Tak pa cuba jer... kalau tak sedap pun orang bukan tahu... aku yang makan.."
Pergi kedai beli ikan kembung dan kacang panjang.... siang ikan (bukan pandai pun) , potong kacang panjang ..... masukkan kedua-duanya dalam periuk ..... masukkan air .... pas mendidih masukkan sedikit kicap dan garam .......... dah masak, saya pun rasa ...... perrrrrrhhhhhhh .... tak tahu nak cakap macamana ...... sambil mata terkedip-kedip ....... teringat masakan mak di kampung ......

Semenjak peristiwa tu, saya mula bertanya dan belajar memasak ....... paling tidak ,lepas untuk keperluan sendiri pun jadilah......

Sekarang ...... nak masak apapun insyaallah ... BOLEH ....... kalau rasa teringin nak makan .... masak sendiri jer ....... tu pun kalau isteri nak rehat masak ..... yang pasti .... jarang-jarang (kata P. Ramlee)...

Roti Jala @ Roti Kirai untuk entry kali ini , memang saya sediakan sendiri dari A - Z. Kuahnya ...... kari ayam dan pengat durian (serawa durian) ........

Nak tahu resepi macamana nak buat........ tunggu entry seterusnya.......

Mai makan dulu .......... eeeemmmmm ...........
***** Petua makan sedap .... "Makan ketika lapar gilerrrrrrr......"



Tuesday, July 20, 2010

MAKAN...... MAKAN...... MAKAN

Kali ni nak cerita pasal makan pulak... Saya bukanlah orang yang terlalu memilih pasal makan... tapi kalau ada yang cerita pasal makanan yang sedap-sedap..... insyaallah saya akan pergi untuk mencubanya.... dari Perlis sampailah Johor. (Kelantan & Terengganu jarang pergi)......
Sebagai contoh selepas 2 minggu TV paparkan pasal "Mi Udang Banjir" di Kuala Sepetang, saya sampai di sana .... tapi hampir semua gerai dan pondok makanan mengiklankan "Mi Udang Banjir".... Konfius jugak yang mana yang keluar kat tv tu.... setelah meninjau-ninjau akhirnya jumpa juga gerai yang dimaksudkan..... eeeemmmm bolehlah.....

Biasanya saya akan mengkelaskan kelazatan makanan yang telah dirasa dan dicuba kepada 3 gred: (ikut piawai sendiri jer....)

1 . wow memang best
2. eeeeemmmm bolehlah
3. kalau tak datang lagipun tak mengapa



Ini adalah antara durian kegemaran saya.... setiap kali musim durian saya akan cari durian D24, Tembaga dan Udang Merah.
Lokasi terdekat untuk mendapatkan durian jenis ini adalah di Simpang Sg. Behrang. Pakcik yang jual tu pun dah tahu jenis durian yang saya minat. Semalam apabila turun saja daripada kereta, Pakcik tu terus ambilkan 2 biji durian ni (Tembaga) dan dia kata "Sori .. ada 2 biji je lagi .. D24 dah habis........"



Hari Jumaat yang lalu saya pergi ke SM Teknik Grik atas urusan Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang. Dalam perjalanan pulang saya sempat singgah di Restoran Tasik Raban yang terletak di tepi lebuhraya Grik - Kuala Kangsar.



Menu istimewa di sini ialah ikan bakar. Sebelum ini saya pernah sekali makan di sini dengan memesan ikan Kelabau Bakar.... (RM 55.00 seekor... berat ikan kira2 1.5 kg)...
Kali ini saya memesan ikan Tilapia Merah ..... (RM 22.00 seekor ... berat ikan kira2 1kg) + kerabu perut dan ulam.....
****** WOW Memang best ..........
Kalau ada rezeki ... lalu di situ..... singgah dan cubalah sendiri.......