Isnin, September 27, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA

Hari ni sehari suntuk terasa bosan sangat sebab internet buat hal pulak....nak blogwalking pun susah....merangkak-rangkak nak sampai...nak update blog pun terasa malas, internet sekejap ada, sekejap tak ada..macam biskut pulak.....

Hari Ahad semalam dapat jemputan ke majlis hari raya Umno bahagian Ulu Langat dan pejabat Adun kawasan...majlis ni di adakan di dalam dewan dan jugak di luar dewan....khemah banyak dipasang di bahagian luar.....cuaca semalam agak panas....kami sampai pun dalam pukul 11.45 pagi....ingatkan kami orang yang terawal, rupa-rupanya ada lagi yang datang lebih awal, bukan apa kalau lewat sampai takut pulak makanan habis.....hehe

Kami jalan di setiap gerai yang ada bermacam-macam makanan.....ada gerai yang membuat burger, laksa, bihun sup, pecal, keropok lekor, ketupat lemang dan serunding, char ko teow, mee goreng, dan gerai minuman seperti air bandung, teh tarik dan jugak cendol....



- gerai burger, keropok lekor, cendol dan laksa....

- pengunjung yang datang....sungguh meriah......


Turut menyerikan majlis ialah persembahan oleh kanak2 istimewa....tidak ketinggalan persembahan dari artis2 oleh Nubhan, Rini AF, Ezlynn, Ali Mamak, Abon, Eby Yus dan lain2 lagi...pihak RTM pun datang menemuramah pengunjung.....pendek kata memang meriah lah majlis rumah terbuka semalam......

Kami tak sempat nak tunggu persembahan artis2 sebab cuaca yang agak panas, tak sanggup nak berdiri lama2 lagi pun bawa anak bujang ni bukan nya dia sanggup menunggu, lepas makan2 kami terus balik kerumah.....berpeluh-peluh jugak lah anak bujang menunggu dalam kereta, sampai merah padam muka....hehe

Khamis, September 23, 2010

JOM MELANCONG KE JEPUN, MOSHI MOSHI JAPAN

Sekarang Airasia pulak membuat penerbangan pertama ke Jepun, berita baik ni....apa lagi mesti pelajar2 Malaysia kat Jepun tunggu masa nak balik ke Malaysia menaiki Airasia pulak...tambahan tambang yang murah pasti mengamit mereka untuk pulang bercuti...ini termasuk lah puteriku yang seorang tu....hehe.....nak tau lebih lanjut sila klik kat sini.....

Tambang MAS pergi balik pun kalau tiada promosi agak mahal, semasa puteriku balik ke Malaysia hari tu pun dah mencecah seratus ribu yen bersamaan RM3600/- mahalkan....tahun depan kalau nak balik boleh lah bertukar ke Airasia pulak..boleh jimat sikit....


- syling 5 ribu yen dan 50 ribu yen wang kertas yang dibawa balik oleh puteriku....hari tu nak tukar syiling yen kat money changer tak diterima di sini......

Sebenarnya matawang Jepun lebih mahal dari dolar Amerika...kadar pertukaran 102 yen Jepun ke dolar AS sama nilai dengan USD1....kos sara hidup di Jepun sangat tinggi sebab inflasi yang tinggi...kalau nak pergi ke Jepun, kena lah bawa pulus banyak2...semua barang2 mahal2 belaka....harga makanan pun tinggi lebih 3 @ 4 kali ganda, kalau harga secucuk sate di Malaysia cuma 0.60 sen tapi di Jepun dah RM3.70 secucuk....bayangkan lah.....dan pisang sesikat di Malaysia sama harga sebiji pisang di Jepun....betapa mahalnya makanan kat sana, tu belum masuk makanan tengahari lagi maunya sampai RM100 seorang...huhu

- barang2 yang di beli oleh puteriku....baju vest untuk abang, beg untuk atuk, kipas tangan untuk kawan2 sekolah dulu....tengok lah satu kipas berharga 2 ribu yen lebih...


- iphone untuk kegunaan sendiri.....payah nak berhubung kalau takde benda ni....

- beli satu kamera Sony Cybershot untuk mengambil gambar...rugi jugak kalau takde tak boleh nak ambil gambar sebagai kenangan di Jepun...



- basikal Jepun pun terpaksa beli sebab di sana memang semua guna basikal....jarang nampak orang Jepun pakai kereta......harga RM600/-

Boleh dikatakan kos pengangkutan, kediaman, makanan, pakaian, hiburan, perabut dan barangan elektrik di rumah semuanya mahal2....setakat nak melancong makan angin boleh lah pergi sana, itu pun kena bawa duit secukupnya.....

Isnin, September 20, 2010

PERJALANAN YANG MEMENATKAN...

Bertolak dari Klia ke Narita, Tokyo mengambil masa 7 jam dalam penerbangan....bayangkan betapa jauhnya jarak antara kedua-dua negara...agak2 lebih kurang 5 ribu kilometer...kalau balik kampung pun tak sampai macam tu punya jauh, habis sangat kalau dari KL ke Penang pun mungkin dalam 350 km.....kalau pergi balik mau sampai 700 km kut....apa2 pun kedua-dua perjalanan yang jauh memang perit dan memenatkan satu badan....

Al-kisah puteri ku yang menaiki pesawat MH80 dari Klia sepatutnya sampai ke Tokyo dalam pukul 4 petang namun di sebabkan transit ke KK untuk mengambil penumpang lain telah menyebabkan pesawat lewat tiba lebih kurang jam 7 petang waktu M'sia....kalau waktu Tokyo dah 8 malam....sejam awal, bila sampai sana hari dah mula gelap....puteriku yang seorang diri terpaksa pulak mencari bas untuk menuju ke destinasi terakhir....agak malang semua tiket bas dah habis dan puteriku mahu tak mahu terpaksa pulak bermalam di hotel yang berhampiran...nasib baik lah semangat berani ada dalam dirinya kalau tidak kemana lagi dia nak tuju....dah lah jauh seorang diri pulak tu.....aduhh....

Keesokan hari pada waktu pagi, puteriku dah mula mencari bas menuju dari Narita ke Fukushima, pelan awal nak naik bas express terus dari Narita ke Sendai, tapi perjalanan pada waktu siang pulak tak ada, tak kan nak menunggu sampai malam lagi, daripada membuang masa puteriku naik jer bas terus ke Fukushima....perjalanan agak jauh dan mengambil masa yang lama sebab bas tersebut tidak melalui highway......sesampai jer ke Fukushima puteriku terus naik Shinkansen - japanese bulet train yang laju dan cepat sampai ke destinasi terakhir.....kesian nya!



Barang2 yang diangkut semasa pulang ke Jepun....


- sempat lagi snap pic dalam flight......ramai penumpang Jepun dari KK yang naik...melayu macam tak de jer...

- ni dia bilik hotel - narita view hotel, 20 minit naik bas dari narita....semalam 7 ribu yen, mahal jugak....


- nak cepat sampai kena naik Shinkansen pulak, kena bayar 5 ribu yen....mahal tu..

Sampai jer ke asrama terus pengsan sebab dah terlampau letih sangat dalam perjalanan, 2hari 1malam jugaklah perjalanan pulang ke Jepun......macam mana korang semua sanggup ke menempuh situasi begini.....

p/s: alhamdulillah, syukur dan selamat sampai..

Jumaat, September 17, 2010

BERANGKAT PULANG KE TOKYO...

Sekejap saja masa berlalu, begitu pantas...genap sebulan puteriku pulang berhari raya di tanah air sendiri....kini masa untuk pulang ke negara matahari terbit, rasanya belum cukup puas aku bermesra dan bermanja dengan anak kesayanganku....tapi apakan daya aku terpaksa dan merelakannya pergi untuk menuntut ilmu di negara asing.....walaupun hati terlalu berat dan pilu namun aku pasrah dan rela melepaskan nya......rindu pasti mengamit diri ini.....alahai....

Pagi2 lagi kami dah bergerak dari rumah menuju ke Klia.....pagi tadi hujan renyai2 dan sedikit kabus, nasib baik hujan tak berapa lebat sangat, jalanraya pun masih lenggang mungkin ramai yang masih bercuti lagi....kami sampai lebih kurang jam 7 pagi dekat Klia, kelihatan orang ramai sedang berpusu-pusu dan beratur panjang di kaunter tiket, dan kami dapat tukar e-tiket awal kemudian timbang berat bagasi dan seterusnya bagasi di bawa ke kargo....kesian tengok puteriku bawa beg berat, bukan ada pakaian pun cuma bawa barang2 kering itupun berat terlampau.....




- balik seorang diri tanpa teman, kawan2 balik asing2....tak sama waktu...


- di apit oleh abang dan adik.....


- masa untuk berpisah, memang sedih...pilu....huhu


- dari anjung tinjau dapat jugak tengok flight MH80 yang transit ke KK sebelum berlepas ke Tokyo....

Selasa, September 14, 2010

SUASANA BERAYA DI KAMPUNG

Salam semua.....alhamdulillah tahun ni masih berpeluang beraya di kampung halaman, walaupun mak ayah dah takde, kami masih berkesempatan pulang beramai-ramai dengan adik beradik yang lain....tahun ni kami adik beradik beraya di rumah adik yang tinggal tak jauh dari rumah mak ayah....memang riuh rendah bila dapat berjumpa dan berkumpul.....

Seperti biasa setiap tahun kami tak melepaskan peluang menunaikan solat sunat aidil fitri di masjid yang berdekatan...selepas tu baru kami adik beradik menziarahi pusara mak ayah pulak dan menziarah saudara mara dan kenalan yang bertahun tak jumpa.....




Kami sampai di kampung pada malam raya, ketupat palas dan rendang daging dah pun siap di masak oleh adik...tak sempat lah nak menolong, nasib baik adik yang seorang lagi tu boleh tolong sama2 masak....hehe


- antara biskut badam yang paling di gemari....

- menziarah pusara mak dan ayah.....


Selepas menziarahi pusara, kami terus singgah kerumah pusaka mak dan ayah, yang no 1 dan 2 itu lah rumah kami, tempat kami dilahir dan dibesarkan di sini...hanya tinggal kenangan....sebelum raya adik yang tinggal dekat sini yang tolong bersihkan dan mengupah orang memotong rumput....no 3 dan 4 tu rumah mak mertua adik, kami singgah pada waktu malam dan makan bihun sup...no 5 adalah rumah kawan lama yang dah bertahun tak berjumpa..singgah sewaktu nak balik ke K.L


- anak2 dan anak sedara bersalam-salaman sebelum boleh dapat duit raya...


- singgah berkunjung ke rumah mak sedara sebelah ayah...

- meow2 pun nak beraya jugak..jakun tengok ramai sangat orang kat rumah dia....

Selasa, September 07, 2010

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA..



Pejam celik dah sebulan puasa...pejam celik dah nak raya...sebelum PEJAM TAK CELIK2, nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, dari Sweetsal sekeluarga...mohon maaf dipinta andai ada terkasar bahasa dan terguris perasaan ketika kita berbicara di alam maya ini.........



Dalam rahmat bulan mulia

terhampar hikmah kurnia yang Esa

bersama kita meraikannya

dalam keinsafan dan ketakwaan

mengharap bahagia selamanya.


Lalu dihimpun sepuluh jari

memohon kemaafan selama ini

andai terguris rasa di hati

bersamalah kita saling memaafi

moga hidup ini terus diberkati.


Isnin, September 06, 2010

RINDU PADA EMAK DAN AYAH YANG DAH PERGI..

Rindu bertamu lagi.....Ya….Allah… Semakin syawal menjelang kini, Semakin kuat rinduku bertamu dihati, Kenangan silam menghimbau kembali, Pastinya tak akan berulang lagi…. Kini, mak dan ayah telah pergi, Menyambut panggilan Ilahi, Tinggallah kami…Melayari hidup ke destinasi yang tak pasti…. Betapa seksanya menanggung rindu ini, Hanya Engkau yang Maha mengetahui…Semoga rohmu dicucuri Ilahi….Bersemadi di alam abadi……..Aminnnn.


Raya dah dekat dan selalunya keputusan ni memang susah nak dibuat iaitu antara balik kampung atau tidak...TOLONG!!!! Beginilah selalunya setiap kali nak raya sejak kebelakangan ni. Kalau raya di kampung memang tiada maknanya lagi. Rumah pusaka di tinggalkan tanpa penjaga, sunyi sepi rasanya...raya di kampung dah jadi rutin biasa iaitu selepas ziarah pusara mak ayah dan melawat rumah sedara mara terdekat....

Hari raya sebenarnya sudah tiada makna lagi selain menyambutnya sebagai hari kegembiraan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan. Apa lagi yang nak diharapkan setelah perginya dua insan tersayang dalam hidup. Mak ayah telah dipanggil olehNya bertahun yang sudah.

Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama mak ayah untuk diingati sehinggakan pernah kurasa bahawa aku berada di tengah tengah hiruk-pikuk lautan manusia yang tidak pernah tahu akan kewujudan aku. Semuanya dah jadi igauan ngeri dan mimpi hitam dalam kamus perjalanan hidup ini. Tiada lagi ucapan atau nasihat dari mak ayah untuk aku terus menempuh hidup ini..

Apa yang lebih memburukkan keadaan dan merunsingkan diriku sekarang ialah tiada lagi doa seorang ibu untuk aku jadikan pendinding menempuh hari-hari mendatang. Aku bimbang jika hidupku dahulu 'dilindungi' oleh doa ibuku yang tak putus-putus memohon kesejahteraan untukku. Apa akan jadi untukku di masa mendatang jika doa ibu sudah tidak melindungiku lagi...aku pasrah dan berserah pada yang maha esa agar hidup aku dan keluarga serta adik beradik ku dilindungi oleh Allah swt..

Memang sukar untuk menjejakkan kaki ke kampung yang sudah sepi dan sunyi tu. Perasaan selalunya bercampur-baur setiapkali terpandang rumah pusaka tinggalan arwah. Hanya sedara mara sekampung yang menghiburkan suasana. Tiada apa lagi yang tinggal disana kecuali hingar-bingar kanak-kanak menyambut hari raya sepertiku semasa kecil dahulu.Tiada apa lagi yang dapat ku saksikan kecuali kemeriahan orang2 kampung menyambut hari kegembiraan seluruh umat Islam nanti...


Oh Tuhan, sungguh agung kuasaMu menjadikan diri ini tabah menghadapi segalanya. Aku percaya janjimu kepada umat sekerdil aku tidak pernah padam dan aku terus berdoa agar aku terus diberi kemudahan untuk menjalani hidup ini sebaik mungkin. Berilah aku membuat keputusan yang sebaik mungkin.....aku akan menziarahi dan bersedekah Al-fatihah di pusara emak ayah pada hari raya pertama bila aku pulang ke kampung halaman nanti.....amalan kami setiap kali pulang berhari raya di kampung dan tak pernah padam selama-lamanya.....ooh rindunya aku pada mak dan ayah bila tiba musim raya.....



Sabtu, September 04, 2010

SHOPPING RAYA KALI KEDUA PULAK

Cuti sekolah dan cuti di universiti dah pun bermula....ramai yang dah balik kampung halaman masing2....tapi aku masih sibuk dengan beli baju raya anak2....aku akan balik kampung sehari sebelum raya....kedua-dua anak lelaki aku pun dah balik rumah..diorang dapat cuti dua minggu...seronok tak terkata lah diorang ni....suka sangat bila dapat cuti ni dan lepak2 kat rumah..

Selepas ambil abang petang semalam dekat asrama, kami terus jer ke shopping kompleks, taknak buang masa...lagi pun raya dah nak dekat, time2 macam ni ramai orang sibuk bershopping, semalam pun shopping kompleks kat JJ memang penuh dengan orang ramai, sampai jem dekat kaunter semasa nak bayar.....si abang dan si adik sempat jugak pilih baju dan seluar....nasib baik ada sales kat JJ, so harga tak lah mahal sangat..diskaun 20-50%..boleh tahan jugak lah, takpe lah setahun sekali beli pakaian anak2 bukan nya selalu beli...hehe


- ni pakaian anak bujang dua orang....

Sebelum pulang ke rumah kami sempat berbuka puasa di Wendy's, kami ode burger yang di saluti mushroom dan cheese....memang sedap dan berbaloi-baloi, makan sampai kenyang...hehe


- enak nya tak terkata....


- double burger mushroom + cheese...

- side ode french fries dan ais krim strawberry....

Khamis, September 02, 2010

SHOPPING RAYA

Salam.....kini bahang raya makin terasa..hanya tinggal beberapa hari lagi kita semua nak menyambut raya, pasti semua kita ada yang dah beli baju raya dan kuih raya....alhamdulillah masih ada rezeki dan kesempatan untuk membuat persiapan raya untuk tahun ini, walau apa pun kita berbelanja ingat lah jangan berlebihan, ingat pada yang kurang berkemampuan...zakat fitrah jangan lupa bayar.....

Syukur tahun ini....dan semalam aku sempat bershopping ala kadar dengan puteri ku setelah mendapat peruntukkan setiap sorang rm daripada suamiku.....setiap tahun suamiku berpesan jangan beli baju melayu untuk anak lelaki ku, bukan apa setiap tahun beli, hanya sekali pakai masa raya saja, lepas tu dah tak pakai, dulu setiap tahun beli, lepas pakai simpan dalam almari, tu la sebab dia marah dengan budak2 ni....selagi boleh pakai, guna je yang lama....kesian jugak pada anak2 ku, setiap kali raya aku cuma beli baju kemeja atau t-shirt dan seluar panjang...bagi anak perempuan aku beli blaus labuh, seluar slack dan baju kurung....

Sebelum beli barang2 raya, semalam aku sempat bawa puteriku membeli kad grads di KL Sentral, ini pun untuk kemudahan membawa barang2 lebih semasa naik flight nanti....boleh la nanti bawa sampai 30kg, tak perlu risau lagi....kalau sesiapa yang tak tahu pasal kad grads boleh rujuk disini

Selepas semua selesai, baru kami berdua terus ke shopping kompleks menaiki LRT...kami singgah di Jaya Jusco Keramat dan membeli keperluan raya di situ....nasib baik JJ tengah 'sales' dapat lah diskaun sikit.....ini shopping yang pertama dengan puteriku, yang kedua akan menyusul pulak dengan kedua-dua puteraku bila mereka balik bercuti nanti....


- berkenan pulak terbeli handbag satu...hehe




- chicken chop...kuah melimpah ruah, pedas sangat, tak tahan pedas..

- juice oren dan juice mangga...

Kalau berjalan dengan puteriku, taksah kalau tak pekena makanan yang dia suka....kami berbuka puasa di The Eggs House, JJ Wangsa Maju pulak....