Salam.....kini bahang raya makin terasa..hanya tinggal beberapa hari lagi kita semua nak menyambut raya, pasti semua kita ada yang dah beli baju raya dan kuih raya....alhamdulillah masih ada rezeki dan kesempatan untuk membuat persiapan raya untuk tahun ini, walau apa pun kita berbelanja ingat lah jangan berlebihan, ingat pada yang kurang berkemampuan...zakat fitrah jangan lupa bayar.....
Syukur tahun ini....dan semalam aku sempat bershopping ala kadar dengan puteri ku setelah mendapat peruntukkan setiap sorang rm daripada suamiku.....setiap tahun suamiku berpesan jangan beli baju melayu untuk anak lelaki ku, bukan apa setiap tahun beli, hanya sekali pakai masa raya saja, lepas tu dah tak pakai, dulu setiap tahun beli, lepas pakai simpan dalam almari, tu la sebab dia marah dengan budak2 ni....selagi boleh pakai, guna je yang lama....kesian jugak pada anak2 ku, setiap kali raya aku cuma beli baju kemeja atau t-shirt dan seluar panjang...bagi anak perempuan aku beli blaus labuh, seluar slack dan baju kurung....
Sebelum beli barang2 raya, semalam aku sempat bawa puteriku membeli kad grads di KL Sentral, ini pun untuk kemudahan membawa barang2 lebih semasa naik flight nanti....boleh la nanti bawa sampai 30kg, tak perlu risau lagi....kalau sesiapa yang tak tahu pasal kad grads boleh rujuk disini
Selepas semua selesai, baru kami berdua terus ke shopping kompleks menaiki LRT...kami singgah di Jaya Jusco Keramat dan membeli keperluan raya di situ....nasib baik JJ tengah 'sales' dapat lah diskaun sikit.....ini shopping yang pertama dengan puteriku, yang kedua akan menyusul pulak dengan kedua-dua puteraku bila mereka balik bercuti nanti....