Memaparkan catatan dengan label jamuan raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jamuan raya. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 13, 2010

PERTEMUAN YANG PENUH MAKNA

Wah banyak betul program sepanjang tahun..ini lah kehidupan...selagi bernafas...selagi itu terus hidup....walau banyak rintangan dan dugaan berlaku, hidup harus diteruskan..semalam kami sempat menjamu selera lagi di rumah anak sedara pulak....kali ni bertemu anak sedara sulung yang dah lama menyepi...walaupun tinggal berdekatan, kami jarang2 bertemu, tapi kali ni alhamdulillah segala urusan dan pertemuan di permudahkan.....

Walaupun bulan syawal dah berlalu, namun sambutan selepas syawal masih berterusan....adakala nya masa tidak mengizinkan, maka ramailah yang buat jamuan raya selepas bulan syawal...puasa sebulan tapi raya lebih dari sebulan....hehe


-ni la majlis makan2 raya selepas habis raya.....


- sate dan kek penyeri majlis.....


- anak sedara di apit oleh cucu sedara....segak bergaya gitu...

Kami sangat2 merindui kedua-dua cucu sedara ni....lama tak jumpa, jumpa sekali masa kami buat jamuan bbq lepas....itupun sekejap saja.....sebab anak sedara ni agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, persatuan penduduk dan sebagainya, jadi bila lama tak bertemu anak sedara yang sulung ni buat majlis makan2 untuk meraikan kawan2 dan kami semua.....best dapat jumpa ramai kenalan anak sedara disamping tu dapat lah jugak berkenalan dengan jiran2 rumah di kawasan perumahan sini.....


- ni adik berposing dengan anaknya dan cucu sedara.....

- kaum2 ibu, kenalan ofis dan jiran tetangga......

Jamuan raya dibuat di rumah anak sedara yang terletak di kawasan perumahan Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi.....jiran2 di sini memang sporting habis, sepakat dan sanggup bergotong royong bila ada sesuatu majlis......

Kepada tuan rumah @ anak sedara, terima kasih banyak2 kerana bersusah payah buat majlis ni untuk kawan2 dan sanak saudara even hari raya dah pun berlalu.....tahun depan boleh buat lagi..hehe

Isnin, September 27, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA

Hari ni sehari suntuk terasa bosan sangat sebab internet buat hal pulak....nak blogwalking pun susah....merangkak-rangkak nak sampai...nak update blog pun terasa malas, internet sekejap ada, sekejap tak ada..macam biskut pulak.....

Hari Ahad semalam dapat jemputan ke majlis hari raya Umno bahagian Ulu Langat dan pejabat Adun kawasan...majlis ni di adakan di dalam dewan dan jugak di luar dewan....khemah banyak dipasang di bahagian luar.....cuaca semalam agak panas....kami sampai pun dalam pukul 11.45 pagi....ingatkan kami orang yang terawal, rupa-rupanya ada lagi yang datang lebih awal, bukan apa kalau lewat sampai takut pulak makanan habis.....hehe

Kami jalan di setiap gerai yang ada bermacam-macam makanan.....ada gerai yang membuat burger, laksa, bihun sup, pecal, keropok lekor, ketupat lemang dan serunding, char ko teow, mee goreng, dan gerai minuman seperti air bandung, teh tarik dan jugak cendol....



- gerai burger, keropok lekor, cendol dan laksa....

- pengunjung yang datang....sungguh meriah......


Turut menyerikan majlis ialah persembahan oleh kanak2 istimewa....tidak ketinggalan persembahan dari artis2 oleh Nubhan, Rini AF, Ezlynn, Ali Mamak, Abon, Eby Yus dan lain2 lagi...pihak RTM pun datang menemuramah pengunjung.....pendek kata memang meriah lah majlis rumah terbuka semalam......

Kami tak sempat nak tunggu persembahan artis2 sebab cuaca yang agak panas, tak sanggup nak berdiri lama2 lagi pun bawa anak bujang ni bukan nya dia sanggup menunggu, lepas makan2 kami terus balik kerumah.....berpeluh-peluh jugak lah anak bujang menunggu dalam kereta, sampai merah padam muka....hehe