Nuffnang Adds

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Resipi Kek Batik Anti-Graviti

Salam semua,

Da lama kan aku xshare resipi. Aku ni klo ade video deco kek kat fb, mesti aku nak tengok. Suke! Padehal nak buat kek memang xreti. huhu. Mase tengah tengok tu, mesti Haziq ni pon sibuk nak tgk skali.

Pastu selalu cakap "ermmm....shedap nye kek. Ibu, nak kek..nak kek..macam tu, shedaapp" .
"Ok, nanti ibu g kedai beli bahan2 die dulu ye. Nak macam ni?"
"Yeyeh..yeyeh, nak kek.." (sambil senyum yang tak dapat aku gambarkan kan)

Ko rase, takkan aku nak dok saje kalo da itu permintaan die kan. Malam tu, sambil baring2 terngiang2 ayat Haziq tu. Nak buat kek xreti, aku reti buat kek batik je. Ting! Buat kek batik, pastu deco konon2 macam yang dalam video tadi (konon). Berangan tu wajib walaupon hasilnye belum tentu lagi.

Petang esoknya balik keje terus singgah kedai, beli ape2 yang patut.
Ni aku sharekan bahan-bahan die.



Bahan-bahan kek:-

  • Biskut Marie sebungkus
  • Buttercup (setengah)
  • Nescafe (satu sudu kecil)
  • Milo / serbuk koko 
  • Telur sebiji
  • Susu pekat (1/2 tin)
Hiasan :-
  • M&M dan Nips
  • Coklat masakan


Cara-cara :-

  • Dalam kuali, masukkan butter. Cairkan.
  • Masukkan telur (kacau dulu) dan susu.
  • Kacau sebati, jangan bagi berketul. Lepas tu masukkan milo dan nescafe.
  • Da sebati, masukkan biskut marie yang dipatahkan.
  • Gaul sebati, masukkan dalam loyang. Lapik dulu loyang tu dengan plastik. Nanti senang nak keluarkan.
  • Padat2 kan dalam loyang tu. Lepas tu masuk peti ais. da keras sikit, keluarkan dari loyang. Sekarang da bole deco.
    ****************
  • Cairkan coklat masakan. Gune teknik double boiler.
  • Cucukkan lidi (aku aku chopstick pakai buang tu).
  • Lepas tu gunakan coklat tadi jadi gam, lekatkan m&m tu satu-satu. kat kek. Susun bagi nampak cantek sikit.
Dan hasilnya...........................


***



*****



*******



**********






Gini??? 

Hmm... Nampak sangat aku tak berseni. huhu.
Tapi kan, walaupon rupenye meleleh2 selekeh gini, rase die sedap tau (mengikut skala deria rasa Haziq) ngeh3....


Hubby kate, kek sedap, tapi deco kureng...Tak pe, aku xkecik ati pon. Yang penting sedap kan. Berani cakap tak sedap, alamat tido luar la kamu...huhu...

Ni cubaan kali pertama, mane bole buat2 terus nak jadi kan? nanti nak buat lagi. Bile-bile...sebab Haziq suke. Rasa pon tak manis sangat..



Nota kaki :- Tak reti tak pe, yang penting rajin usehe...Nanti lame2 reti la. kan3..



(◕‿◕✿)

X.O.X.O.



Wednesday, October 9, 2013

Minuman Berkhasiat : Fruit Smoothie

Salam semua,

Arini mood aku asyik nak makan, nak minum yang sedap2 je. Walaupon ape yang aku makan tu tak dapat bertahan lama dalam perut...Tapi makan tetap kene makan kan...Kalo tak mane nak dapat tenaga.

Ok, cerita pasal tenaga, aku nak share sikit minuman yang membuatkan aku rase tak cukup segelas kalo minum. Memang siyes sedap. Dan yang paling penting, minuman ni membekalkan tenaga [pepandai je aku]..Haziq memang suke minum air ni..


Ok, ni la die bahan-bahannya...:-
  • Buah-buahan (ikut citerase korang..klo nak masam sikit, lebihkan epal hijau dan oren).
  • Batang saderi / celery
  • Bayam mentah (sebenanrye kene letak banyak sikit dari gamba ni baru sedap)
  • Kalo korang suke boleh la tambah yogurt. Tapi aku tak letak pon..sebab aku suke rase pure macam ni.
Cara-caranya plak senang je, korang blend kan aje semuanya sekali, tambah air masak segelas. Pastu sejukkan dlm peti ais...


Abaikan kulit limau atas meja tu..Ngeh3...Sile salahkan Haziq..xpasal2 Haziq plak y kne petik..  =p



Rase2 tak cukup sejuk, tambahkan ketul ais..haha..aku memang suke minum sejuk2, baru rase puas.



Nota kaki :- Dulu time berdiet aku minum ni pagi2, kenyang sampai waktu lunch..


(◕‿◕✿)
 
 
X.O.X.O.
 

Friday, August 2, 2013

Popia Cornflakes

Salam Ramadhan semua,

Da hujung2 Ramadhan ni mesti korang tengah kalut kan, persiapan raya lagi, nak kemas rumah lagi. Hoho. Rumah aku, bukak2 pintu balik keje tu rase kemas je, tak sampai sejam, hall da bersepah dengan mainan Haziq. Sesungguhnya Haziq tak pandai main sorang dalam bilik die. Masuk bilik, cari2 mainan yang berkenan angkut kat hall.. Sambil mulut dok pok pek bahasa Jerman die tu. Aku, balik2 keje mandi, dan terus masuk dapur. Prepare untuk berbuka, maklumlah berbuka sorang kan Da masuk tahun ke4 buke sorang - saya ok, saya da besar. hoho...

Tahun ni aku tak beli lagi kuih raye. Malam raya baru ingat nak ronda cari kuih2 lelong. Kenapa tunggu malam raye? Sebabnya........murah. Hoho. Gile kedekut tak aku? Lantak la nak kate ape, aku memang dalam kegawatan ekonomi sekarang ni.  =(

Panjang nau intro aku hah. Buat penat korang bace je...Saje aku tulis panjang, kate da lame tak update kan. Ngeh3.

Saje nak share resipi popia cornflakes ni nagn korang. Aku buat kek kukus baru ni, tapi kek aku tak naik. Nak buat biskut raye, oven tak de [sadis]. So aku buat jela popia ni hah. Senang dan jumat. Gune je bahan-bahan yang ade kat uma....


Bahan-bahan :-

  • Kulit popia
  • Cornflakes [separuh orang gune nestum] *
  • Gula *
  • Horlics *
  • Susu Tepung [aku gune susu tepung Haziq...lemak berkrim..hahaha] *
  • Bancuhan tepung gandum
*Semua bahan-bahan ni ko blend gune blender kering tu. Bahan-bahan takde sukatan. Men sedap rase je aku nak bubuh banyak mane. Hoho..Yang pasti, gule jangan banyak sangat..

Jom layan cara-cara nye pulak..:-

Mule2 gulungkan dulu kulit popia tu satu-satu. Gamkan bahagian hujung kulit popia tu dengan 'gam ajaib'. Kalo tak gam nanti gulungan tu terbukak balik, jdi tak cantek la...



Ni la 'gam ajaib' tu - bancuhan tepung gandum. Tepung2 lain tak boleh. Aku pernah try ritu sebab tepung gandum aku da abis, bedal jela tepung jagung- xmo lekat. Tepung pulut - pon xmo lekat. Tepung beras - pon xmo lekat jugak. Ngeh3...


Lepas tu gunting serong-serong mcm ni..Kalo tak nak serong, nak potong straight pon bole..ikut suke korang la...Asalkan cantek di mata korang..Lepas tu boleh la goreng.


Bile da siap goreng, tuskan dulu..da kering, barulah korang sirakan dengan bahan-bahan yang korang da blend tadi tu. Masukkan dalam bekas bertutup, tehen goncang dengan penuh kasih sayang ye. Jangan ko goncang sekuat ati plak, kang hancur pulak popia ko tu, da tak cantek...

Ni la rupenya bile da siap..Comel tak Kak Ton...? Ngeee.. Baru siap satu kuih. Tapi rasenye belum sempat nak jamu kat tetamu, da abis kat aku dulu...haha.


Nota kaki :- Bekas kuih raye aku sebijik macam bekas kuih raya Aty. Lepas bace blog die semalam, terus g Jusco cari. Heh, meniru je aku ni. Har3...  =p



(◕‿◕✿) 
 
 
 
 
X.O.X.O.

Wednesday, July 3, 2013

Kuah Bada : Makan sambil menangis

Salam semua,


Korang pernah dengar nama kuah ni tak? Pelik kan name die....aku pon tak tau name sebenar kuah ni..Tapi family aku panggil kuah bada. Kuah ni klo makan ngan nasi panas2 memang sedap, xpayah lauk pon xpe. Arwah nenek suke kuah ni. Kalo aku demam, xde selera nak makan, selalu minta Umie buatkan..Pecah selera..

Da 2malam aku buat kuah ni..Hubby memang tak sentuh la..Isnin ritu aku puase sunat [ganti da abis]. Tapi pukul 3ptg kepala aku da berdenyut semacam - aku da banyak hari [lebih dua minggu] tak makan nasi. Makan lauk je. Kalo makan pon sekadar jamah sesuap dua je..Motip - nak kurus. Tapi hari isnin tu aku xsahur ape2, minum air pon kurang. Akibatnye memang rase nak pecah la kepale aku ni tahan sakit yang teramat. Lagi 5 minit pukul 5 petang aku da buka. Sayang- tapi aku kena fikirkan diri sendiri jugak. Sebelum balik pon aku da muntah2 kat ofis..Sampai rumah, haziq tindih2 perut aku, terus muntah lagi. Berlari2 aku tutup mulut ke toilet. Dan sepanjang malam la aku muntah. Perut da masuk angin la kot. Dalam keadaan aku yang macam tu, memang tak masak la kan...Nasib baik la aku bersuamikan si tukang masak. Menu malam tu ayam masak merah-air tangan hubby. Tapi tekak aku tak lalu nak makan. Jadi aku rajinkan diri buat kuah ni..Makan sembil menonton slot Samarinda - Ramadan Yang Hilang.

Sambil makan sambil menangis...menangis sebab cerita kat tv tu sedih..Sedih sangat..Memangis sebab aku teringat kat arwah nenek. Arwah suke sangat kuah ni. Menangis jugak sebab tergigit cili api yang bertaburan tu..Pedas hokei! Tu la, lain kali makan pandang nasi, bukan pandang tv..

Ni resipi kuah bada [atau ade name lain]

Bahan-bahan :-
  • Ikan bilis segenggam
  • Cili padi 4 biji
  • Bawang merah sebiji
  • Limau nipis @ kasturi
Cara-cara :-
  • Ikan bilis tu digoreng tanpa minyak sampai garing. Kacau2 sikit jangan sampai hangit pulak.
  • Potong bawang merah dan cili padi.
  • Masukkan dalam mangkuk, tuang air panas yang meggelegak.
  • Masukkan ikan bilis tadi.
  • Perahkan asam limau dan masukkan garam secukup rase.
  • Siap!
Senang je kan? Memang boleh kecur air liur. Pedas2 masam. Nyummmmm....


Nota kaki :- Tak boleh buat selalu, nanti aku makan banyak...



(◕‿◕✿)
 
 
 
X.O.X.O.



Monday, April 1, 2013

Kerabu Rumpai Laut

Salam,

Da 2minggu aku tak online. Rindu kat blog sendirik..Bole gitu? hehe.
Rini aku nak update resipi lagi..Nak update pasal uma xde mood lagi pepagi ni...

Rumpai laut ataupon orang panggil PMC ni mmg tengah menggile sekarang ni..Makin lame makin murah plak hargenye.. Selalunye aku rebus n minum, tapi kali ni aku try buat kerabu..Siyes sedap beb.. Pastu balik Kuang siap aja Umie buat kerabu jugak..Sebelum ni Umie kate sehari satu sudu je, tu pon da rase nak termuntah. Tapi bile aku test buat kerabu ni kat uma Umie, bukan men laju lagi bertambah..Siap boleh makan mentah plak tu...So pade sesiape yang tak sanggup nk telan tu, bole la try resipi ni ye....

Bahan-bahan :-
  • Rumpai laut - 2 rumpun (aku xtau nak gune istilah ape...)
  • Cili padi - 5 biji
  • Bawang merah - sebiji (besar)
  • Limau nipis / kasturi - sebiji (aku ritu sebat je limau purut, da tu yang ade dlm fridge)
  • Tomato - sebiji
  • Serai - sebatang

Cara-cara :-
  • Potong semua bahan ikut kesesuaian.
  • Gaulkan semua.
  • Perahkan asam limau.
  • Tambahkan garam & sedikit gula...
  • Siap untuk dihidang...
 
Dulu aku rajin la, rendam satu malam dulu, pastu rebus dlm 30minit, pastu sejukkan then baru bole minum.


 Sekarang da tak rajin da. Aku rendam dulu dlm 2 jam, da kembang bole buat kerabu. bole terus makan ngn nasi. Sekali hidang je ni. Aku bedal sorang2. Hubby bukan suke pon.



Kecur air liur time aku tulis entry ni...
Selamat mencube...



Nota kaki :- Aku makan bukan sebab nak cantek, tapi aku rase mcm sedap plak mkn ngn nasi..




(◕‿◕✿) 
 
  
 
X.O.X.O.

Saturday, March 16, 2013

Asam Pedas Tempoyak

Salam,

Ari ni nak update pasal makanan plak. Bagi kecur air liur sikit..hahaha..


Bahan-bahan :-
  • Ikan (ape2 jenis yang korang suke..aku prefer ikan sungai, lagi2 klo ikan yang hubby pancing)
  • Bawang putih - dikisar
  • Bawang merah - dikisar
  • Cili kering  - dikisar
  • Bunge kantan - potong ikut suke..ngeee...
  • Daun kesum
  • Tomato
  • Tempoyak 3-4 sudu makan

Cara-cara :-
  • Memula tumiskan dulu bawang putih n bawang merah, bile da kekuningan masukkan plak cili kering.
  • Tumis sampai cili betul2 masak ye, kalo tak nanti pedas. Tumis sekali ngn daun kesum n bunge kantan.
  • Tambahkan air. Bile da menggelegak, baru masukkan ikan, tomato n tempoyak.
  • Last sekali masukkan garam dan gula secukup rase..Klo kurang masam, bole la tampahkan tempoyak lagi...
  • Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

Nota kaki :- Eat like heaven..

(◕‿◕✿) 
 
 
X.O.X.O.

Tuesday, February 19, 2013

Siakap Stim Limau

"Tiem, da lame ko x update resipi kan? ko xmasak da eh?"

Gile ko klo aku xmasak. Ngamuk laki aku nanti. Die tu mane suke makan kat kedai.. Aku ulang lagi sekali, bukan kedekut, tapi masakan kat kedai tak kene ngn citerase die..katenye la..(alasan nk pujuk aku suh masak. haish).

Walaupon keadaan dapur aku yang huru-hara mcm dilanggar garuda tu, aku tetap masak tau..
Ni update sikite resipi baru.., asyik update pasal uma je kan.


Bahan-bahan :-

  • Ikan siakap seekor, saiz sederhana (utk 2org makan)
  • Serai sebatang
  • Bawang besar 2biji - potong bulat
  • Bawang putih 3biji - chopped
  • Halia 1inch - potong panjang2
  • Cili padi 5biji.
  • Limau nipis 1biji - tapis biji
 Cara-cara :-

  • Bersihkan ikan. 
  • Masukkan ikan dlm kuali (klo ade periuk kukus lagi bagus)
  • Taburkan semua bahan2 td atas ikan.
  • Masukkan sedikit air (paras ikan), garam dan serbuk perasa (aku gune serbuk Hilal)
  • Tutupkan kuali. Masakkan dengan api yang sederhana.
  • Stim dalam 15-20min.
  • Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.




Nota kaki :- Hubby kate air tangan bini lagi sedap. Ahakz....


(◕‿◕✿)



X.O.X.O.


Saturday, June 18, 2011

Kari Daging

Salam semua,

Memang da agak lama aku tak update resipi kan.. Tak de resipi terbaru yang aku masak. Selalu masak benda yang sama je. Hrmmm, kadang2 timbul jugak rasa bosan dengan airtangan sendiri.

Hari ni aku nak kongsikan Resipi Kari Daging. FYI, ni kali pertama aku masak kari daging. Selalu asyik buat kari ikan je. Cubaan pertama aku ni dikira sukses la. Nak tau sebab ape? Sebabnya mula-mula Hubby kata tak nak makan banyak. Siap mintak aku keluarkan nasi tu separuh dari pinggan die. Tapi aku kata, makan dulu, tak habis kang tinggal, biar aku habiskan. Alih2 tengah makan tu dia tanya, 'ada nasi lagi tak?' hahaha.... Lebar je aku senyum. =)

Nah, aku kongsikan resipinya kat sini..

Bahan-bahan :-
  • Daging lembu (untuk 2 orang makan)
  • Halia 1 inci, dihiris.
  • Bawang merah sebiji, dihiris.
  • Bawang putih 3 ulas, dihiris.
  • Rempah kari daging Baba's -1 packet kecil.
  • Daun kari.
  • Kentang sebiji, dipotong dadu.
  • Santan
Cara-cara :-
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
  • Bila da kekuningan, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daging dan ketang, juga secawan air. Jangan terlalu cair.
  • Tutupkan periuk dan biarkan selama 10 minint dengan api yang sederhana. Sesekali kacau.
  • Masakkan sehingga daging dan kentang empuk. Masukkan setengah cawan pati santan.
  • Kalo terlalu pekat, tambahkan sedikit air lagi.
  • Masukkan garam secukup rasa. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.



Nota kaki :- Aku memang tak suka guna rempah ratus yang macam2 tu. Kalo korang suka bolehla letak bunga lawang & bungan cengkih sedikit masa menumis tu..


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.


Tuesday, May 17, 2011

Mentarang Rebus

Salam semua,

Macam ni rupe mentarang.. Berlumpur.
Da 3-4 ari aku sebut nak makan mentarang rebus... Pagi ahad lepas, aku n hubby da usehe mencari kat Penaga. Tapi tak de. Kecewa. Aritu pergi, nampak ade orang jual mentarang tapi tekak tak teringin pun mase tu, so wat tak tau jela. Bile da teringin sampai teringat2, tak de pulak..

Ramai yang tak tau mentarang ni menatang ape? Mentarang ni specis kerang..Cuma bezanye, size die panjang sikit. Pas2 kulit die bersalut lumpur. Paling banyak dijumpai kat area Kuala Selangor dan Kuala Perlis. Dekat Kuala Lumpur memang tak de ye..Harap maklum...huhu..


Setelah aku sental sambil tengok tv..hehe..


Aku asyik sebut2 je kat facebook pasal mentarang ni...Alih2 seorang kawan aku yang kebetulan bekerja kat JKR Perlis menawarkan diri nak belikan untuk aku. Memandangkan die nak balik uma tok die kat Sungai Dua semalam, so bolehlah aku kirim... Terima kasih banyak2 Nur Farhana... Semoga Allah memurahkan rezeki kamu...  =)




Rini aku nak share ngan korang camne nak rebus mentarang ni.... :-


Bahan-bahan :-
Setelah di rebus..
  • Mentarang, sekilo. Dicuci bersih.
  • Bawang besar sebiji. Dihiris.
  • Serai 2 batang. Dipotong serong @ dititik.
  • Asam keping 3 keping.

Cara-cara :-
  • Rebuskan air setengah periuk.
  • Masukkan bawang, serai dan asam keping.
  • Bila air agak panas, masukkan mentarang.
  • Masukkan garam secukup rase.
  • Rebus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
  • Bila da berbuih2, boleh la matikan api.

Selamat mencuba.


Nota kaki :- Cuci mentarang tu bersih2. Aku gune berus gigi. Pas2 kene rendam dan tus beberapa kali sampai lumpurnye keluar..Kalo tak, nanti sakit perut... Satu lagi, jangan hirup air rebusan, takut sakit perut.=)




(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.



Wednesday, April 13, 2011

Bubur Nasi

Salam Semua,

Dah lama aku tak update resipi kan? Haha, aku memang da jarang masak da sekarang, sejak2 da berbadan 2 , jangankan nak masak, nak makan pun tak lalu. Kali ni aku nak share resipi bubur nasi.. Ni je yang aku lalu...huhu..

Bahan-bahan :-

  • Beras segenggam (untuk 2 orang)
  • Bawang putih 1 ulas
  • Bawang merah 1 biji
  • Daun saderi 2 inci

Cara-cara :-
  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  • Masukkan air 1 cawan dan daun saderi.
  • Bila air da mendidih, masukkan beras.
  • Masukkan semangkuk air.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tunggu sampai beras tadi kembang jadi bubur dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.


Nota kaki :- Aku suka bubur tawar macam ni. Makan dengan kangkong goreng memang sedap...Nyum3...

(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.


Monday, October 25, 2010

Kepah Berlada

Salam Semua,

Ni resipi terakhir aku untuk hari ni sebab aku nak focus wat keje aku jap lagi. Ni menu aku semalam (ahad). Kengkawan aku kebanyakannya pergi Motorshow kat Juru…Yang aku pulak pukul 8 pagi da keluar rumah g beli ikan dekat Penaga, kira-kira 30minit dari rumah kami la….Tempat ikan naik…fuh…memang ikan-ikan kat sini fresh…Kebetulan terjumpa kepah kat sini…Hubby memang suka kepah ni. Apelagi.., kami pun beli la…Bukan senang nak dapat yang fresh macam ni…  =)

Resipi ni aku suka-suka cuba je…Dan yang membuatkan aku senyum sampai ke telinga tu bila hubby kata… “sedap!” sambil menghirup kuahnya…ehehe….   =D

 

Kailan Ikan Masin

Salam Semua,

Haha…, aku tau ramai yang suka makan kailan ikan masin ni kalau pergi makan kat kedai tomyam kan…Nah, aku nak share resipi…senang je…5 minit da siap….

 
Bahan-bahan :-
  • Sayur kailan
  • Ikan masin dipotong dadu (aku guna ikan talang)
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang kecil sebiji
  • Cili padi 2 biji diketuk
Cara-cara :-
  • Tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga kekuningan.
  • Masukkan ikan masin. Goreng sehingga keemasan.
  • Masukkan cili dan kailan.
  • Masukkan air suku cawan dan garam sedikit.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba.


 (◕‿◕✿) 
X.O.X.O.


Gulai Siput Sedut

Salam Semua,

Hari ni aku nak share resipi Gulai Siput Sedut….Nyum3…Tak nak celoteh panjang...ehehe...


Bahan-bahan :-
  • Siput sedut ½ kg
  • Nenas ½ biji
  • Santan I kotak (aku malas nak perah..hehe)
  • Cili padi 10 biji
  • Bawang kecil 2 biji
  • Kunyit hidup 1 inch
  • Serai sebatang
  • Daun kunyit sehelai


Cara-cara :-
  • Kisar cili padi, kunyit dan bawang kecil.
  • Masukkan dalam periuk bersama-sama santan, daun kunyit dan serai yang dititik.
  • Bila da menggelegak masukkan nenas, siput sedut dan garam secukup rasa.
  • Biarkan selama 5 minit dengan api yang sederhana.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. 

 (◕‿◕✿) 
X.O.X.O.

Saturday, October 23, 2010

Sup Ekor Lembu


Salam Semua,

Hari ni aku nak share resipi sup ekor…Sebenarnya sup ekor ni bukan aku yang masak ye.., ni hubby yang masak. Tapi sepanjang die masak tu, aku tengok jela die kat dapur…nak curi resipi..ehehe…






Monday, October 11, 2010

Bendi Goreng


Salam semua,
Petang ni aku nak share resipi bendi goreng....
Bendi ni hubby yang tanam...Ni buah pertama dari 3 pokok yang berlainan....Lagi 3 pokok belum mengeluarkan hasil....



Bahan-bahan :-
  • Sayur Bendi (3 biji-ini je yang ade) - di potong serong
  • Ikan bilis sejemput je
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang kecil sebiji
  • Cili padi sebiji - di potong kecil2
  • Serbuk cili 1 sudu teh


Cara-cara
  • Tumiskan bawang putih dan bawang kecil sehingga wangi.
  • Maukkan ikan bilis dan goreng sehingga sedikit garing...
  • Masukkan cili padi dan cili serbuk.
  • Masukkan bendi dan garam secukup rasa.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang.
**Bendi jangan digoreng terlalu lama - biarkan sedikit rangup bila dikunyah.


Selamat mencuba....    (◕‿◕✿) 


X.O.X.O.

Monday, October 4, 2010

Lala Masak Sos Tiram

Salam semua,
Daun bawang tak de...hihi~

Ni pun lauk 'pebret' hubby jugak...Selalunya, kalau pergi kedai seafood mesti dia akan tanya macam ni...:

"lala ada tak kak?"

Kalau ada, mesti dia akan order lala masak sos tiram ni. So, saja nak share...ni la resipi 'pebret' hubby...

Bahan-bahan :-
  • Lala sepinggan (tak tau la berapa gram sebab beli yang da siap longgok)
  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang kecil 2 biji
  • Cili padi 2 biji
  • Sos tiram 3 sudu makan
  • Daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara :-
  • Tumis bawang putih, halia dan bawang kecil sehingga kekuningan.
  • Masukkan sos tiram dan cili.
  • Masukkan lala dan kacau sehingga rata.
  • Masukkan 1 cawan air dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam.
  • Bila da mendidih matikan api.Tabur daun bawang.
  • Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba....              (◕‿◕✿)



X.O.X.O.


 

Wednesday, September 29, 2010

Udang 3 Rasa

Salam semua,

Aku belajar resipi ni dari My Mr. Chef...Hubby la...aku memang suka sangat masakan ni, sebab simple dan cepat nk sediakan...yang penting....SEDAP..ehehehe...Aku pernah masakkan untuk Abie.., bukan main berselera sangat..Abie memang suka masakan pedas2 masam ni...

Bahan-bahan :-
Inilah hasilnya.....~
  • Udang sepuluh ekor (2 orang makan)
  • Halia 1 inci
  • Bawang kecil sebiji
  • Bawang besar sebiji - dipotong bulat
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sos Tiram 1 sudu makan
  • Sos Cili 1 sudu makan
  • Sos Tomato 3 sudu makan
  • Daun limau purut sehelai -dicarik-carik
  • Serai sebatang - dipotong serong
  • Kacang panjang
  • Cili padi 3 biji

Cara-cara :-
  • Tumiskan bawang kecil, halia dan bawang putih sampai kekuningan.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
  • Masukkan daun limau purut dan serai.
  • Masukkan setengah cawan air dan biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan udang dan biarkan kuah sampai sedikit pekat.
  • Akhir sekali masukkan cili padi, bawang besar dan kacang panjang.
  • Lagi sedap kalo kacang dan bawang tak layu. Bila gigit terasa rangup.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang..


Senang je kan? Selamat mencuba....              (◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Ayam Masak Asam

Salam semua,

Ayam masak asam? Erm..macam pelik je nama masakan ni. Ntah la.., resipi ni aku belajar dari kakak aku, so kne la ikut nama yang dia da letak tu. Resipi ni rasa-rasanya terkenal disebelah utara kot....Saja nak share..

Aku suka yang berminyak macam ni..klo xsuka, boleh kurangkan
Bahan-bahan :-
  • Ayam sebelah
  • Halia 3cm
  • Bawang kecil 2biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili padi 3 biji
  • Asam jawa lebih kurang sebesar 1 inci
  • Kicap manis
  • Daun bawang sebagai hiasan.
  • Bawang besar sebiji- dipotong bulat untuk hiasan.

Cara-cara :-
  • Gorengkan ayam sehingga isi masak. Angkat dan simpan ke tepi.
  • Tumiskan halia, bawang kecil dan bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan air asam jawa, sedikit kicap dan garam secukup rasa.
  • Rasa kena sebati, jangan terlalu masam dan jangan terlalu masin.
  • Masukkan ayam dan biar seketika.
  • Taburkan bawang besar yang dipotong bulat, daun bawang dan juga cili padi.
  • Gaul dan matikan api. Sedia untuk dihidang.



Senang dan simple je kan? Selamat mencuba....              (◕‿◕✿)


X.O.X.O.



Masak Lemak Ikan Tongkol / Kayu

Salam semua,

Resipi hari ni : Masak Lemak Ikan Tongkol atau sebelah utara panggil ikan ni ikan kayu..
Hubby suka sangat ikan tongkol ni..Nilah lauk pertama yang aku masakkan untuk hubby di awal-awal perkenalan dulu...  Opppsss...tetiba pulak terimbau kembali kenangan lama...  =)

Bahan-bahan :-
  • Ikan tongkol seekor (saiz kecil sebab kami cuma berdua)
  • Santan (aku guna santan kotak je..senang..ehehe)
  • Serai 1 batang - dititik
  • Daun kunyit
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili padi 10 biji
  • Bawang kecil 2 biji
  • Tomato sebiji
  • Asam Keping 2 keping
Cara-cara :-
  • Kisar cili padi, bawang dan kunyit hidup.
  • Masakkan bahan kisar dalam periuk..Bila da menggelegak, masukkan santan.Santan masuk lambat bertujuan untuk mematikan rasa pedas cili padi.
  • Kacau santan, jangan sampai berketul.
  • Masukkan daun kunyit dan serai.
  • Bila kuah da menggelegak, masukkan ikan, tomato dan asam keping.
  • Akhir sekali, garam secukup rasa...Bila mata ikan da bertukar jadi putih, boleh la matikan api dan hidang.


Selamat mencuba.    (◕‿◕✿)

Monday, September 20, 2010

Nasi Lemak + Teh O

Salam semua...,


Saja nak share resipi nasi lemak...Tapi nasi lemak aku ni simple je...sebab nak makan pun 2 orang je...malas aku nak masak beriye....Hubby kate kalau ada daun pisang lagi bagus...tapi mane nak cari daun pisang kat area kami tu?  huh...Kalau kat rumah mak aku & mak mertua, senang je...Belakang rumah da ada pokok pisang...tak payah susah-susah....

Ni resipi nasi lemak yang aku buat sendiri dihujung minggu....~

Bahan-bahan :-
  • Beras 2 cup (untuk 2 orang makan)
  • Santan pekat 1 senduk (aku guna santan kotak)
  • Halia 2 hiris
  • Daun pandan
  • Air sama sukatan macam masak nasi.

Cara-cara :-
  • Basuh beras 2-3 kali..
  • Masukkan santan, halia, garam, daun pandan dan air..
  • Letak dlm rice cooker, tekan dan tunggu sampai nasi masak.

**senang je kan? hihi...macam masak nasi jugak...


pastu boleh la makan dengan sambal tumis ikan bilis. Hubby request nak telur mata, x nak telur rebus...simple je nasi lemak aku ni..., yang penting kenyang...hihi...~


Pekena pulak dengan teh O perisa strawberry....memang lagi bes...  =)



Selamat mencuba..............     (◕‿◕✿)



X.O.X.O