Nuffnang Adds

Labels

Baby (28) Chenta Hati (50) Cuti-cuti (4) D.I.Y. (16) Idea Dekorasi (7) Jahitan (16) Luahan Perasaan (19) Movies (5) Mutiara Kata (4) Organizing (13) Percutian (5) Pregnancy (34) Renungan (7) Resipi (30) Rumah Kami Syurga Kami (35) Saja Suka-suka (62) Sweet Memories (26) Tips + Petua (17) Wanita (22)
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Ukur Baju Di Badan Sendiri : Episod 2

Salam semua,

Wah, tajuk entry tak boleh blah kan? Siap berepisod bagai. Huhu...Entry ni kesinambungan daripada enrty ni. Sebab tu la aku letak episod..Kot2 lepas ni ade episod 3 dan seterusnya pulak ke. Kui3.

Bukan semua orang berduit. Aku bukan macam ko, nak ape sebut je. Ting...! da ade depan mate. Aku kalo nak pape pon bunyi 'ting' tu mungkin bertahun jugak kot panjangnya...Bia betul ko bertahun? Hrmmm..nak buat cmne kan. Aku ni bukan orang 'ada-ada'. Ngeee...

Telinga aku ni macam da lali je dengar, 'apsal ko beli uma tu tiem? kecik la.' Huarrggg...Sentap. Rase muke aku ni macam kene tampar berkali2. Kecik rumah aku tu, kecik lagi ati aku tau ko cakap macam tu. 'Rumah kecik tu je yang aku mampu. Bape kali nak ulang..Sedih la ko ni pon tanya banyak2 kali.' Kalo ngan kawan2 boleh la aku jawab mcm tu...tapi kalo dengan orang yang lebih tua dari aku, nak jawab cmne? 'tak mampu kak oiii...gaji aku kecik. lain la ko, gaji ko sorang je da 5angka. nak beli bungalow sebijik pon apedehal..' bole gitu?

Berangan memang da ke bulan aku ni. Nak itu, nak ini..Selera tinggi. Kalo boleh semua nak nampak mewah, semua nak nampak cantek..Dan hakikatnya semua itu perlukan duit. Makin dekat mimpi ko tu ngan bulan dan bintang, makin tebal jugaklah duit yang perlu ko sediakan...Kan2?

Namun aku tetap bersyukur, kalo tak beli rumah ni pon, andai masih menyewa pon..., sekurang-kurangnya aku masih punya tempat untuk berteduh. Aku masih punya tilam untuk tidur. Aku masih punya pinggan untuk makan. Aku bukan lahir-lahir terus senang. Dengan ape yang aku ade sekarang ni aku da bersangat..sangat..sangat BERSYUKUR..


Atas - sebelum
Bawah - selepas (beberapa bulan lepas, guni pasir pon xbuang lagi time tu...)

Tak banyak perubahan, sebab duit aku pon tak banyak..Tapi sekurang-kurangnye selesa buat kami 3 beranak...

Nota kaki :- Emosi aku xstabil.....Asyik nak nangis je ni. ='(

 

Monday, July 15, 2013

Mimpi Dipatuk Ular - Petanda diSihir?

Salam Ramadhan semua,

Mengantuk betul aku pagi ni. Perjalanan aku pergi dan balik Kuang sengat lancar. Haziq tido je sepanjang jalan. Kalo tak tido pon, die cume baring sambil memerhatikan aku yang tgh drive. Sian awak Haziq...

2-3minggu lepas aku mimpi kene patuk ular...Atas tilam aku ade banyak gile ular yang kaler hitam belang2 kuning tu. Banyak sangat. Keliling Haziq, bawah bantal Haziq, tepi kepala Haziq, keliling aku. Kirenya penuh la atas tilam yang aku ngan Haziq tido tu. Pastu ade sekor ular dok kat atas perut aku. Dan terus je patuk pusat aku. Menjerit jugak la terjaga dari tido. Orang kata, kalo mimpi ular ni petanda ada orang cuba mengenakan ilmu sihir ke atas kite dengan tujuan yang tak baik. Tak tau la...Tapi yang aku perasan, sejak aku mimpi ular tu.............[aku tak mampu nk buka pekung sendiri]. Aku menaip ni pon dengan linangan airmata.  =(

Umie jauh, aku pon xtau nak refer sape..Nak pergi berubat, aku sendiri pon tak tau nak berubat ngan sape kat Penang ni...

Ya Allah, jauhkan aku dari dengki khianat manusia disekeliling aku...Aminn...




Nota kaki :- Berpura-pura untuk senyum pon aku tak mampu saat ini...


Wednesday, June 5, 2013

Bengang!

Salam semua,

Aku da lame tak meluahkan perasaan kat sini kan..Sejak2 sibuk mendeko & mengemas rumah ni, kerap aje aku abaikan perkara2 yang menyakitkan hati. Tapi hari ni aku sakit hati sangat2... Geram yang aku pendam berminggu2...

Ape tak nye, projek da nak habis, department aku da tak banyak keeja. Aku, sebagai drafter pon da kurang kerja sikit. Yang buatkan aku sakit hati tu, tak pasal2 aku kene cover department lain.

Mcm ni lebih kurang carta aku... memula department aku yang akan keluarkan original data. da siap aku pass kat dept X untuk tindakan selanjutnye...Bile da siap, dept X akan serahkan pulak pada dept Y which is berlainan company. Aku n dept X same company...Agak2 bole faham x? hehe...

So skg ni, part aku da settle, part X pon da settle...Tetibe sangkut kat dept Y. Berlambak2 plak tu. Banyak sgt yang bertangguh. Kerja yang aku buat tahun 2009 dulu pon xsettle lagi.

Bile bos same bos berbincang, maka dorg pon mintak tolong aku n dept X untuk tolong dept Y. Ko rase aci x? Ok la, tolong menolong kan amalan mulia..Mulia kate ko?? Masalahnye si Y ni buat kerja main2. Sehari masuk ofis adelah dalam 3-4 jam je. Pastu hilang ntah ke mana. Seminggu mesti ade EL, halfday @ MC. Bile masuk meeting, progress slow mule la bagi alasan sibuk, xsempat. Ko hangin tak? Kerja yang 2 tahun lepas pon xsiap! Pastu ade hati nak mintak tolong orang lain cover keja ko! Dengan baik hatinye aku pon tolong la ape yang patut, dengan niat nak assist je. Sekali semua bende da jadi 'baby' aku. Editing pon aku. Siap bagi arahan plak tu kat aku. Hoi, agak2 la kan. Aku bagi betis ko nk kepale, memang tak dapat la!


Nota kaki :- Aku memang benci manusia macam ni.


(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
 

Thursday, February 28, 2013

: Ujian Dari Allah S.W.T :

Saje nak update, tadi g lunch kat Route 69. Baru nak menikmati makanan tibe2 ade sorang perempuan ni berlari dalam kedai, belakang die sorang budak lengkap berpakaian sukan sekolah kejar. Perempuan ni suruh orang pegang budak tu..Ingatkan budak tu adik die, rupenye xde talian pon. Budak ni 'sakit'. Pastu budak ni tolak2 kerusi yang ade dlm kedai tu, jatuh2kan kerusi tu. Orang kat kedai tu cube la relaikan die. Pastu mak die dtg, pegang tangan die, tapi gayanye tenaga budak ni kuat jugak. Nasib baik la ade sorang lelaki berbadan sasa la jugak pegang budak ni...Sian plak aku tgk mak die pujuk die.

Yang buat aku sakit hati, ade seorang makcik kat kedai tu bole cakap kuat,

"budak ni tak boleh biar, kene gari ni..."

Dalam hati aku betul2 tersentap. Officemate aku jawap tapi rasenye makcik tu xdengar..

"mane bole gari...makcik ni xde anak ke?"

Ya Allah, meleleh airmata aku time tu. Tersentapnye hati aku ni seorang ibu. Sampai hati makcik tu cakap macam tu. Klo kene kat anak die, sanggup ke die nak gari??? Budak tu pon ade perasaan. Die xmintak pon dilahirkan sakit macam tu..

Lagi tersentap bile tibe2 budak tu londehkan seluar die. Makcik td ni bole gelak... Ko xde otak ke makcik nk gelak2 mcm tu???? Sakit betul ati aku. Budak tu xnormal, klo die normal, die xkan buat mcm tu depan orang..Cube jd kat anak ko, baru ko tau perasaan seorang ibu bile orang cemek, gelakkan anak ko..Ke ko xde anak sebab tu ko xde perasaan??? Sedih aku bile dengar budak tu menangis...Die tak mintak dilahirkan mcm tu...Tapi aku yakin, pasti syurga menanti die dan mak die. In Shaa Allah.

Nota kaki :- Allah uji kite dengan cara yang berbeza.


(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.

Wednesday, February 20, 2013

Bukan Aku

"Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima
 
Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
Semoga saja kan kau dapati
Hati yg tulus mencintaimu
Tapi bukan aku"

Wah, felling jiwang aku pg2 bute ni...Bukan jiwang ye, tapi rini ati aku tengah panas. Da same ngn suhu kepanasan gunung berapi yang baru meletus (wah gitu).

Pagi ni aku sakit ati. BUKAN AKU orangnye yang tersenarai untuk ditransfer ke KL. Huargghh.. Boss, i'll transfer myself to other company. Is it ok boss?

Nota kaki :- Gedik. Padehal suke jugak sebab dok 'uma baru' lame sikit..

(◕‿◕✿) 
 
 
X.O.X.O.
 

Friday, December 16, 2011

Tekanan!!

Bahagia ke aku???





Hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui....



Nota kaki :- berhentilah dari bertanya...

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Monday, October 3, 2011

Tak Payah Nak Dengki!!!

Salam semua,

Sepanjang mengandung ni, banyak perubahan fizikal yang berlaku pada aku. Bulat? tu da semestinye... Tapi aku sikit pon tak kisah. Memang aku da bulat pon. Aku bangge. Aku jadi macam ni pon sebab Along. Satu badan aku merekah, mengembang..., semua sebab Along. So, korang yang tak kawen tu tak yah nak tegur2 aku kalo baju aku sendat ke ape.., sebab setiap kali aku nak keluar rumah, aku akan tanya Hubby dlu pasal appearance aku. Kalo die kate ok, korang nak kate tak ok aku nak kisah ape kan...Kan3?

Lately aku suke sgt mekap2.. kalo tak bercalit tak sah. Padehal mse awal2 preggy dlu aku rimas nk bermekap. Nak pakai bedak pon malas. Kalo bole nak je g kje ngn naked face. Tapi kang nmpak pucat lak. Terpakse berbedak ala kadar je. Tapi akhir2 ni.., Aku suke nak bermekap. Hubby plak menyokong je. Aku berhabis duit beli brg2 mekap pon die tak bising. Siap die ikut temankan aku pilih2 lagi... Hubby sangat sporting..hehe. Aku tau aku da gemok.., da tak menarik macam dlu.. At least aku tak nak Hubby rase malu bile jalan ngn bini die y selekeh ni. Tak salah kan? Korang y sakit hati tu tak yah la nak tegur2 mekap aku. Thanks pade officemates aku y memahami n selalu je bagi komen y positip.. Pade yang tak habis2 nak telek kelemahan aku tu hentikanla... Aku bukan jenis yang mengalah. Korang tak suke, tu bukan masalah aku!




Nota kaki :- Aku nak nampak cantek di mata Hubby..Mate orang lain kalo nk kate aku selebet pon aku tak kisah..

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Monday, July 4, 2011

Pink Or Blue??

Salam Semua,


Da selalu aku dengar orang bertanya..  'baby boy ke baby girl?'   tapi jawapan aku,  'tak tau la, tak scan pon.'   Hrmm.. hakikatnye, aku memang nak scan..., tak sabar nak tengok jantina Along kat dalam tu. Tapi Hubby pulak larang. Bia surprise katenye..Tak pelah, anak die jugak. Aku akurkan aje.

Hari ni sekali lagi airmata aku jatuh.. Hrmm..setiap hari aku menangis, tak tau kenapa. Kekadang tengok cerita kartun pon aku boleh menangis. Kekadang drive sensorang nak balik uma dengar lagu 'Ummi by Haddad Alwi' pun boleh menangis. Ish...mane boleh macam ni. Kang Along kuat menangis pulak. Tapi hari ni airmate ni jatuh bukan sebab sedih, tapi sembab terlalu gembira, terharu jugak.

Pagi tadi. mase semua orang tak de kat office, aku tanya Along sambil usap2 perut aku..   'Anak ibu ni lelaki ke perempuan? Kalo perempuan tendang ibu 2 kali....'   Aku tunggu kejap, tengok reaksi die. Adelah dalam 3 saat aku tunggu. Tapi die senyap je. Pas tu aku tanya lagi..  '...kalo lelaki tendang ibu sekali.'   Sangat-sangat memeranjatkan aku, Along tendang aku. Aku bole nampak perut aku terbonjol sikit masa die menendang tu. Dan kebetulan agaknya, memang Along tendang aku sekali je. Pas tu die terus diam balik. Gerak-gerak sikit tu ade la. Tak dapat aku nak bayangkan perasaan aku waktu tu. Sambil ketawa kecil, airmata aku ni laju je jatuh.   'Ya Allah, cerdiknya anak ibu ni....'

Aku tak kisah, Along lelaki atau perempuan. Aku cuma harapkan die membesar dengan sempurna dalam rahim aku.


"Ya Allah, Ya Tuhanku..., sesungguhnya aku meminta kepada-Mu. Engkau kuatkanlah bayi dalam kandunganku sebagaimana Engkau kuatkan aku di dalam rahim ibuku dulu. Amiin."


Ni antara yang terhasil sepanjang minggu lepas. Useha tangga kejayaan..  =)

Seluar Along - kalo baby boy pon
aku sarungkan jugak..hehe.


Baby Rompers- xsiap lagi.


Baby Rompers- bila da siap.


Sarung tangan Along.


Cloth Shoe untuk Along.


Nah, da siap satu suit. Bole pakai g jalan.


Nota kaki :- Ukuran lilitan perut aku waktu ni da mencecah 100cm. Ajaib sungguh ciptaan Allah.

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Saturday, May 14, 2011

♥ kamu ♥

Salam semua,

Petang2 sabtu ni, terase macam nak balik awal je...Rindu kat hubby kat rumah tu... 

Dalam seminggu ni, dapat jumpe cume sejam je sehari... pagi2 seawal pukul 5.40am, hubby da kejutkan aku, nak g keje.. Tak sempat pon aku nak bancuhkan air, pisat2 mate, salam hubby n terus je die g kje..sebab nak masuk keje pukul 6am. Hubby abis kerja sepatutnye pukul 2pm, tapi nak wat OT, g sambung masak kat sekolah satu lagi (boss yang same) sampai pukul 11 malam. Sampai uma da pukul 11.15pm. Macam biase, aku da sedia menanti dengan lauk2 y da terhidang..Kekadang aku makan dulu sebab baby da mengamuk kat dalam tu..hehe..Tapi bile hubby balik aku makan lagi sekali, kali ni untuk aku pulak..hehe...

Pukul 12pm, mata aku da mintak izin untuk berehat... Selalunye aku tido dulu sebelum hubby.. Hubby faham sebab sintom orang mengandung memang cepat mengantuk dan kerap tido.. Tapi kadang2 rase rindu sangat.., sejam..brape banyak sangat yang dapat aku update kan pade hubby.. kadang2 cerita 2-3 ari lepas, baru aku nak cerita kat hubby.. Kadang2 nak cerita, tapi tengok hubby macam letih semacam je, xmo la update bende yang remeh temeh. Sian pulak kat die..

Baby aku - 17 Minggu
Da banyak kali aku ajak hubby g scan. Saje gedik. Tak sabar nak tunggu appointment bulan depan untuk scan.. Aku excited kot nak tengok baby kat dalam tu..Sorang ke, berdua ke.. Hehe..   Baru2 ni lepas kerja aku terus g klinik panel, nak scan keadaan baby aku kat dalam tu. Teruja sangat! Sihat je die kat dalam tu. Hilang rase penat seharian bekerja tu bila aku dalam tengok keadaan die kat dalam tu.. Tenang je die.. Doc tu  asyik senyum je tengok aku yang excited sangat tu.. First experience, first baby..nemang la excited. Kan3?

Sepanjang perjalanan balik tu, aku tersenyum je... Sangat happy... Sampai uma, aku terus call hubby..Ingat nak surprise kat die, tapi hati da melonjak2 gedik nak bagitau awal2. Nasib baik hubby tak busy time aku call tu, dapatlah aku update sikit kat die...

Aku kesian kat hubby. Tak cukup tido, tak cukup rehat. Semuanye semata-mata kerana baby yang bakal lahir ni.. Start bulan depan da plan nak beli barang2 keperluan untuk bersalin nanti... Hari ni hubby cuti.., tapi aku plak keje. Esok aku cuti, tapi hubby plak keje.. Sob..sob..sob....tak dapat nak luangkan mase bermalas-malasan kat rumah same2..  =(



Nota kaki :- Aku sangat memahami kamu...   sangat2...



(◕‿◕✿

X.O.X.O.

Wednesday, April 13, 2011

Gambar Bertiga???

Salam Semua,

Aku tak tau la betul ke tak, tapi orang2 tua dulu2 pernah bepesan, jangan ambil gamba bertiga.., nanti salah seorang beralah (terpisah).. Ntah la..Korang percaya tak pantang larang yang macam ni? Kadang2 aku macam percaya jugak, tapi kadang2 tak percaya pon ade. Mungkin kebetulan je kot....Ntah la....Korang pikirlah sendiri...hehe~

Ni antara gamba2 bertiga yang aku pernah ade...~









Nota kaki :- Hey kamu berdua yang pernah ade dalam hati aku..., aku masih sayangkan kamu macam dulu...cume kite terlalu bz ngan dunia masing2....

(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.


Aku Rindu Masa Itu

Salam semua...,

          Pernah tak korang terfikir, macam nak ulang balik je masa lalu...Pahit manis yang korang lalui adakalanye membuatkan korang tersenyum lebar.., adakalanya membuatkan korang menangis tersedu-sedu...Tapi pernah tak korang terfikir, bila da sampai ke hari ni (Alhamdulillah, masih bernafas lagi...) korang terasa betapa bersyukurnya korang pada YANG MAHA KUASA sebab da bagi korang pengalaman yang bermacam-macam dalam hidup supaya korang boleh manjadi lebih kental dan kuat....

Aku RINDU zaman dulu2....

RINDU zaman mase sekolah.. Tak de yang menarik pon zaman persekolahan aku, tapi aku suke sangat sebab aku sangat aktif dalam badan beruniform... Huh, camping sane sini...Memang syok habis la....


Masa mula2 kenal dlu...
RINDU masa keje kat dining lepas tamat sekolah..Masih teringat lagi kali pertama jumpe hubby... Hahaha..sangat kelakar sebab hubby tak pandai ngorat. Nasib bek la ade bestfren aku ni tolong die.. Rindu sangat dating time rehat kat belakang dining tu. Malu2..., nyampah. Hak3. Abis keje kitorang g dating pulak... Kadang2 tak berjanji pun nak keluar..., tengah2 aku dok best borak ngan housemate aku tibe2 dengar bunyi enjin motor hubby kat bawah uma flat tu...Adush..., terpaksalah aku mengangkut budak2 uma aku lepak sekali ngan kitorang kat taman permainan yang berdekatan.. Bukan ape, xelok la malam2 lepak2 kat taman berdua-duaan kan...


RINDU masa keje kilang, time tu aku suke lepak2 uma sewa kakak aku... Pernah sekali tu, kakak aku ni xde kuliah, malam tu borak punye borak tak tau da pukul berapa baru terlena. Sedar2 matahari da naik. adush... Kakak aku masih membuta, tapi aku kne bangun bersiap g keje. Da la, uma apartment die tu atas bukit.., sangat sejuk nak mandi pagi tu....Alih2 aku terlambat. Kene tinggal ngan van kilang...Apelagi, menapak la aku g keje.. Berpeluh jugaklah baju keje tu bila sampai kilang. Kadang2 bila abis waktu keje je hubby da tunggu kat depan gate kilang.. Nak wat surprise la konon2..Huhu...



Ni la 2 orang besfren aku kat UiTM Shah Alam
RINDU jugak masa belajar kat UiTM Shah Alam.. Teringat lagi pada kengkawan yang susah senang dengan aku time tu... Miss them a lot. Teringat lagi malam2 berlari-lari anak kejar bas sebab nak g beli nasi lemak jati. Nasi tambah, sambal lebih. Lauk kerang.... Sebungkus share 3 orang.. Waaaa...sangat syahdu... Kadang2 lepak kat Dataran Cendikiawan depan kolej ktorang tu. Pukul 11 baru terhegeh2 masuk kolej. Tu pun sebab da nampak pak guard datang nak kunci gate. Macam anak itik masuk kandang, berlari-lari masuk kolej. hahaha...




RINDU zaman dok uma sewa kat Taman Pauh, Pulau Pinang. Time tu aku kene transfer UiTM Permatang Pauh sebab banyak main sangat. hahaha.... Dok uma sewa, segalanya kene beli sendiri. Nak makan pun kadang2 masak sendiri. Paling best bile bulan puasa.. Banyak betul makanan ktorg borong kat bazar Ramadhan. Pas2 makan ramai2. Aku selalunye sponsor makanan yang aku masak sendiri la...huhu. Pernah sekali tu, aku terlalu letih menyiapkan project semesta akhir, aku tertidur sepanjang hari. Sedar2 da pukul 9. Alamak...., aku tak buka lagi time tu. Nasib baik budak2 uma aku ade simpankan makanan untuk aku. Da penat dorang ketuk pintu bilik aku tu, tapi aku betul2 tak sedar. Aku tengok miss call dari hubby bukan main banyak. Siap hubby tunggu aku kat bawah uma flat tu sebab ingatkan aku keluar ngan sape2 sampai tak nak angkat tepon.



Bezday Group Leader...Mie.
RINDU jugak zaman aku mula2 masuk keje dulu. Ramai betul kawan2 bujang kat sini. Setiap hari rabu ktorang wat bowling tournament. Kalo ade bezday sape2, mesti celebrate kaw2. Kadang2 buka puasa kat rumah ramai2, ktorang masak. Kalo rajin lagi kitorang wat BBQ kat uma. Memang sangat best la time tu... Pernah satu mase tu, ktorang wat majlis bacaan Yasin setiap malam Jumaat. Bila sorang ade masalah, semua akan bantu.







Kalau la kegembiraan zaman dulu2 tu boleh aku kecapi lagi sekarang ni kan best.. Tapi masa da  berlalu.. Yang da lepas tu da tak boleh nak capai lagi, yang tinggal hanyalah kenangan je yang akan kekal dlam memori.. Cewah....




Nota kaki :-  Dalam cerita aku kat atas ni, hubby ade je kat mane2 aku ade kan? hahaha.... Tu la orang2 tua ada cakap, kalo da jodoh tak ke mane....hik3...



(◕‿◕✿


X.O.X.O.

Friday, February 25, 2011

Lepas Geram!!

Salam semua,

tak tau la kenapa lately asyik nak marah2 je.., kalo orang cakap sikit cepat sangat aku nak terase.., pas2 xde ape2 sebab aku tetibe je boleh menangis..Kenapa ye?? Sb aku pregnant ke? Yela kot...ke memang aku ni asalnye berhati sensitif? Xpela.., mne2 jela..yang penting aku kne lebih menjaga emosi lepas ni...

Na dijadikan cerita.., semalam lepas kje aku keluar jalan2 + merayap ngan ex-housemate aku.. Dalam pukul 9.30 malam aku sampai rumah (hubby kerja petang, balik pukul 11 malam). Sampai2 je kat rumah, terus darah aku naik sampai kat kepala.. Ape tak nye, adeke patut...jiran2 aku masing2 nak renovate anjung rumah serentak. 2 rumah bertentangan dengan rumah aku, dan 1 lagi sebelah rumah aku..Aku tak kisah pun dorang nak buat ape kat rumah dorang tu.., yang aku kisahkan, kenapelah memasing nak buat serentak. Dengan pasir dan kayu yang berlonggok sana sini. Makin bertambah sempit lorong rumah aku yang sememangnya sempit tu. Tak ke menyusahkan jalan orang namenye tu..

Yang menambahkan lagi sakit hati aku ni.., ade ke kayu2 terpakai dorang longgok kat tepi pagar rumah aku tu...padehal dorang tau aku @ hubby selalu parking kereta kat situ (garage ktorang boleh muat sebiji kereta je..so, bergilir2 parking kat luar). kalo nak longgok elok2 tak pela.., ni biar je bergelimpangan. kot2 la ade paku ke kat kayu tu..., yang kne kereta aku. Ishh..geram betol la.  Terpakselah aku turun dari kereta untuk angkat dan susun kayu2 tu supaya kereta aku muat untuk park kat situ sambil mulut aku mengomel sorang2. Sakit hati kot..... Dalah aku pregnant, aku pulak nak menonggeng-nonggeng susun kayu tu.. Huh.

Sori la jiran2.., aku memang tak boleh nak kawal emosi aku..lagi2 kalo bende yang menyusahkan aku. Bersabar jelah dgn bebelan aku macamane aku bersabar dengan ragam korang.


X.O.X.O.

Wednesday, February 23, 2011

Hikmah Bersabar

Salam semua,

Sunyi sepi sangat blog aku ni tanpa sebarang coretan..Berminggu tak berusik. Rindu nak mengarut, mengomel kat sini, tapi penyakit 'M' memang da menebal....

Hari ni aku nak berkongsi berita gembira ngan pembaca2 blog aku ni.... aku da dinaikkan gred jawatan.. Title 'JUNIOR' da xde..hehehe...thanks boss. Setiap tahun die naikkan aku.. 3 tahun aku tunggu.. Mule2 aku kerja dulu title aku Trainee je..setahun lebih aku pegang title tu.. Gaji aku pun melonjak.. Alhamdulillah... Rezeki _ _ _ _ (fill in the blanks). hehehe...

Ni ade lagi satu berita gembira aku nak share... Aku bakal bergelar 'IBU'. Berkat aku bersabar dengan suare2 sumbang yang asyik nak mengata aku. Xde ape yang aku harapkan melainkan anak aku ni selamat dilahirkan dengan sihat dan cukup sifat....

Tapi badan aku lemah2 skg...terase mengantuk je memanjang. Tak kira masa, aku rase macam nak tidur je...
Sekarang ni pun aku terase mengantuk sangat..huh...nak g rehat kejap la....  ;p


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Wednesday, February 2, 2011

Timamisu = Timah Miss You



Salam Semua,


Jam kat PC menunjukkan pukul 10.38 a.m….hanya beberape jam saje lagi aku akan gerak pulang ke pangkuan keluarga tercinte. Tapi sebelum tu mau singgah dulu kat rumah mak mertua…nak pick up hubby kat sane. Da 3 hari hubby balik kampung (aku paling benci cuti sekolah!)..


Kenapa perlu ade rase rindu eyh? Bukan nye da lame tak jumpe pun.. Tapi kenape perasaan tu sering je datang eyh? Rindu kat keluarga aku..Rindu kat hubby yang aku tak jumpe da 3 hari.., rindu kat 2nd Mom aku..entah la, perasaan rindu yang membuak2 sekarang ni..


Pagi tadi da balun bihun sup segera PAMA kat pantry. Pukul 1 terus chalow. Simpan perut nak lunch kat rumah Mak. Huh, lame da tak rase air tangan Mak. Mak masak kari ikan keli memang sedap. Mak masak ape pun sedap sebab die Mak aku.. Tak kire la, mak mertua pun Mak kite jugak kan..huh, kenape tetibe macam nak menangis je ni.. Rindu sangat kat Mak. Tapi xdapat nak spend mase ngan mak sebab Umie da tepon banyak kali tanya pukul berape nak balik, hari ape nak balik..huh, sangat serba salah.. 2-2 pun aku sayang.. Tapi xpela Mak, rumah Umie jauh, perlukan cuti yang lame sikit kalau nak balik. Harap2 Mak faham. Nanti ade cuti lagi akan aku luangkan mase dengan Mak ye..




Ngan Umie





Ngan Mak





p/s : rase2 mak rindu tak menantu die yang sorang ni? ;)



(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Monday, December 27, 2010

Sakit Jiwa!!!!!

 
Salam semua,

Sepanjang hari ni keje aku mengedit blog je.....
Tapi xnampak ape2 yang berubah pun kan?
Ape tak nye..., mule2 aku tukar design template blog aku ni..
Pas tu rase macam tak puas hati je..
Aku tukar lain lagi….
Rase macam xcantek jugak…tukar lagi..
Bile da tukar, pening kepale plak nak bace….byk sgt kaler..- tukar lagi.
Sekali bile da edit kaler n tukar ape2 yang patut.., post aku pulak ade double…
Serabut.. aku tukar lagi…
Bile da tukar, kne edit lagi…huh….
Selesai pon….
...
...
...

Aik…., same je….macam tak de ape2 yang berubah pon…
Sebab aku da malas nak tukar2 template da…
Sakit otak aku nk matching kaler….
Nah…, kembali la pada rupa bentuk asal….


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Friday, November 26, 2010

Bukan Tak Nak!!



Salam semua,

Patutnye entry ni keluar 2hari lepas….tapi ke’busy’an yang melanda, memang aku xsempat nak update blog aku ni…

Alkisahnye.., baru2 ni ada 3 orang tanya soalan yang sama kat aku… “da ade ‘isi’ ke?”
Hrmmm….camne nak jawab ye? Nak jawab supaye orag tak tersinggung dengan jawapan aku…, n orang xsalah faham ngan statement aku….

Aku bukan tak nak mengandung…, tapi keadaan belum mengizinkan aku untuk mengandung sekarang…hrrmmm…rase2 tak perlulah semua cerita aku nak share dengan semua orang kan…? hal suami isteri aku…, bia la aku n hubby yang decide ye…Bukan TAK NAK…., tapi mungkin belum masanya lagi….

Baru2 ni aku terserempak dengan budak satu company aku tapi office lain la….die tanya aku soalan yang same…then aku pun jawab dengan hanya tersenyum jela…., malas aku nak jawab panjang lebar….mungkin die tak puas hati dengan reaksi aku kot…skali ni ayat yang keluar dari mulut die…..

“ko rancang2 la…, esok2 kalau ko nak Allah tak kasi baru kau tahu!”….

Ya Allah.., rase nak jatuh je airmate aku time tu…die tak tau ke ape yang keluar dari mulut kita ni DOA? Tapi aku masih mampu tersenyum n jawab balik…  “relax2 la dlu..” (aku sebenanye tak nak jawab KENAPA…biar la hanya orang2 terdekat je yang tau..)
Then die masih tak puas hati dengan statement aku….ini pulak yang die balas… 

“ Aku cukup tak faham la.., orang yang dah kahwin tapi tak mau anak…”

Lagi la aku rasa macam nak menangis time tu…Aku BUKAN TAK MAU!!!!!!.......huh…
Ya Allah…, tabahkanlah hati hamba-MU ni…..
 


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.



Sayang Isteri Tinggal2 kan…



Salam semua…,

Da lama tak update blog.. Rini rasa macam tak de mood je nak buat kerja, bos pulak g meeting….so, aku pun amek la kesempatan ni untuk update blog….

Musim sekolah da bermula….ARRRGGGGHHHH…..dulu sebelum kahwin aku suka bila cuti sekolah sebab tunang aku tu cuti.., boleh la dating..hehe.. tapi bila da kahwin ni aku tak suke la bila time cuti sekolah….sebab setiap kali cuti hubby tinggalkan aku berhari-hari sebab balik kampung (bukan jauh pun kampung die.. cuma 45minit je dari rumah kami tu)…yela, dok kat rumah kami tu pun sepanjang hari.., memang xde ape yang die boleh buat….aku sendiri pun, kalau cuti susah nak lekat rumah….kesian pulak kat die.., dok sorang2…tido, tgk tv.., tido balik…Rase2 lapa g keluar cari makanan..yelah bini kerja, xde sape nak masak kat uma..nak masak sendiri malas-

Kekadang aku rasa geram jugak sebab asyik kena tinggal je….tapi sebenanye aku suke jugak…sebab………………..

“sayang isteri tinggal2 kan…..”

so maknanye hubby sayang aku la kot…huhuhu…(jgn nak termuntah dgn statement I ni ye….)


(◕‿◕✿)



  X.O.X.O.

Friday, October 8, 2010

Usaha Lagi!!!


Salam Semua....,

Selalu aku dengar ada saja yang tegur pasal muka aku ni...Sebenarnya, aku pun sedih jugak muka aku macam ni...JERAWAT.....tak pernah hilang dari muka aku sejak PMS aku yang pertama...Nak tau sejak bila? Sejak usia aku 12 tahun....Sekarang usia aku da 25 tahun..Bermakna da 13 tahun aku menanggung masalah jerawat ni....Aku kenal hubby pun masa muka aku tengah banyak jerawat....

Sensitif sebenarnya bila orang tegur pasal muka aku ni. Bukan aku xcuba, da bermacam ubat yang aku cuba. Skin Specialist, Kosmetik, Tradisional....hrmm...macam-macam da aku cuba. Sekarang aku tengah cuba buang toksin dari badan aku...mana la tau, InsyaAllah, kali ni menjadi....

Wednesday, August 18, 2010

Nenek...~

Salam 8 Ramadhan buat semua...,

   Da masuk mgu ke-2 kita berpuase.., menunaikan Rukun Islam ke-3... Sayu sangat rasenye bile terkenangkan detik2 puase Ramadhan sebelum ni bersama Arwah nenek....Actually, ni tahun ke-2 aku berpuase tanpa Arwah.., insan yang layak ku gelar 'ibu kedua'.....

  Ntah kenape, baru beberape baris ayat ku taip, air mate je yang laju meleleh...sedih sangat.., sebak, sayu...Arwah xsempat pn nak tengok saat2 aku sah jd milik orang..Tp Arwah sempat tengok aku bertunang...Tempoh pertunangan aku agak lame, setahun 2 bulan...Da banyak kali Arwah sebut...takut xsempat tengok aku kahwin...Rupe2 nye mmg betul2 xsempat..

  Walaupun Arwah bukan nenek kandung aku, tp kasih sayang aku pade die terlalu dalam...Ape tak nye, akulah cucu yang paling manje dengan Arwah...mane2 die pergi, mesti die bawak aku..Satu kampung tu kenal aku sebab Arwah.. Arwah xde anak, umi merupakan salah seorang anak angkatnye...Tp dalam 4 orang anak yang Arwah bela, dengan umi la Arwah paling selesa...Umi sebenarnye anak buah Arwah..kire Arwah tu makcik umi la.., tp disebabkan umi dibesarkan dr kecil oleh Arwah, maka umi panggil Arwah "MAK"...Kecil2, mane la tau kite ni anak angkat kan? Walupun umi selalu je tanye, kanapa name umi berbintikan ABDUL MOIN sedangkan itu name pakciknye...Arwah jawab... "orang dulu2 salah tulis. Dorang ingat sapo yang g wat surat beranak tu la bapaknyo".... Tapi bile umi nak kahwin dengan abie, barulah Arwah cerita hal sebenar...Umi sikit pun tak terkejut, sebab umi mmg dapat rasekan perkara tu dari awal...

  Bile da berkahwin, umi dan Arwah masih tinggal bersama...kemudian, abie binakan sebuah rumah di tapak tanah yang Arwah beri pada umi..Arwah memang tinggalkan tanah untuk setiap anak2 yang dibela nye..Semua dapat, tempat saje yang berbeza...Tahun 1994, Atuk pergi meninggalkan kami semua..Time tu aku semakin rapat dengan Arwah. walaupun siang aku bermain2 kat rumah umi, tapi malam, aku mesti tido di rumah Arwah (depan rumah umi je).
 
  Xlama lepas tu, umi ajak Arwah duduk sekali dengan kami, dan rumah papan Arwah, kami sewakan. Arwah buta, mmg xnampak ape.., die cume nampak samar bayang2 je klo ade sesiapa yang melintas depan die. Makin lame keadaan Arwah makin uzur...Lepas aku bertunang, keadaan Arwah makin teruk...Nak g bilik air pun berpapah..Da tua, da xlarat nak melangkah. Tp Arwah xde sakit ape2...cume keadaan badan die yang uzur tu je menyukarkan die untuk bergerak banyak..

  2 JUNE 2009 - Selasa.....genap aku berusia 24 tahun...Kebetulan aku ade Training kat Kelana Jaya selama 3 ari, dari hari Isnin tu..n mmg aku stay kat rumah umi la. Pagi 2 June tu, aku rase mcm malas je nak g training yang baru masuk hari ke-2 tu..Padehal AutoCAD Training..memang berkaitan dengan bidang aku sebagai Draughtswomen ni...Banyak kali Arwah panggil name aku..tapi aku wat2 xdengar je...sebab aku sendiri pun xde mud pagi tu.. Arwah cakap .... "Den nak manjo2 dengan ka U" tapi aku wat2 xdengar je....aku pun bersiap2 dan terus memecut ke Kelana Jaya..

  Pukul 11 pagi umi call aku, bagitau Arwah da xde...menjerit jgak aku terkejut dengan berita yang baru aku dengar tu....Aku xhirau pn orang lain yang pandang aku time tu...meleleh airmata aku time tu..on the spot. Dengan kebenaran Trainer aku, aku pun pecut balik ke Kuang. Sampai2 uma, aku tgak Arwah. masih panas dada die- baru lagi la tu..Aku amek wuduk, dan terus baca Yassin tepi Arwah....

  Bila sampai waktu nak mandikan, aku pun take part la..Umi memang da xde kederat nak menatap Arwah time tu..., walaupun sebelum ni umi kerap memandikan Jenazah...Mase aku belai2 tubuh Arwah tu, baru aku terfikir..., pagi tadi Arwah nak manja2 dengan aku..Inikah yang Arwah maksudkan?? Oh no.....Xbaik menitiskan mata depan jenazah..n jangan sampai airmata kite menitik atas Janazah..

 Banyak kali aku berfikir, "kenapa Arwah tinggalkan aku pada tarikh yang sama dengan tarikh kelahiran ku?"... Sekarang baru aku tau kenapa...ade hikmah di sebalik ape yang berlaku...dan di antara nye :-
  • Arwah xde zuriat....Aku mestilah xdapat nak lupa tarikh keramat tu sepanjang hidup aku...walaupun orang lain mungkin terlupa pasal Arwah, tapi tak mungkin bagi aku..
  • Klo orang lain terlupa nak sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah, xmungkin bagi aku...
  • Klo orang lain terlupa. bila tarikh Arwah pergi, xmungkin bagi aku....
  • Sekurang2 nya, pada Arwah yang xde anak untuk doakan die..., Arwah masih ade aku... Aku akan selalu 'manjakan' Arwah dengan doa dan Fatihah sampai nafas aku yang terakhir.....
Dan sepanjang usia aku lepas ni.., aku xkan sambut apa2 pada tarikh 2 JUNE tu..klo ade pn mungkin di lewatkan @ diawalkan sehari....Pada korang2 yang nak wish bzday aku tarikh tu.., aku xkisah pn...cume aku xkan celebrate...FYI, my bzday will be on 13 Ramadhan..-aku raikan mengikut tarikh Islam saja~


~Nenek, u're part of me....~