Nuffnang Adds

Monday, November 17, 2014

D.I.Y. - Fabric Dye

Salam semua,

Toleh kiri kanan jap, tgk line mcm clear je, dengan rajinnye aku nak udate blog. Ye, aku tau bukan setakat da bersawang je, da ghupe rumah tinggal kan...Sori ye...

Aku rindu rumah Penang...Walaupon rumah aku kecik..., lebih kecik dr kangkang si kera tu.., tapi itu tetap rumah aku, syurga aku. And the worst part is...aku rindu kat 'orang rumah' yang tertinggal kat Penang nun...Sadis hokei..

Dulu aku pernah cite pasal frame aku kat dinidng [entry] kan. Sah korang da lupe kan? Tak pe, cer rajin2 sikit click kat link yang aku tepek tu..Aku dapat idea baru.., canvas dye / fabric dye. Bia nampak lain sikit. Huhu. Lain la sangat...Poyo je kan.

Aku da terlepas beberapa step..Memula print dulu gamba2 cantek kat pakcik gogel. Tak kisah la corak ape yang korang minat. Pastu amek kain [tokei kedai kain tu kate kain belacu, tapi aku rase macam kain canvas je], potong size A4 [ikut size frame korang]. Pastu amek gamba tadi dan tekap la. Lukis macam kite lukis tekap2 mase sekolah rendah dulu.


Pastu warnakan lah ikut garisan yang korang da tekap tu. Untuk lukis tepi2 line tu better gune berus cat yang halus sikit. Eh, lupe plak..fabric dye ni boleh beli kat kedai buku. Aku beli kat Popular je. RM3.50 satu botol tu..




Biarkan kering dulu. Kalo tak saba nak tgu bole gune hair dryer.


Lepas tu Frame kan la...Abaikan cat dinding yang da terkopek tu. Seni. Huahaha..
Asalnye aku nak tambah butang jadi bunge2 la konon.., tapi kerajinan da kelaut, jadi aku hang kosong mcm ni je...Musim luruh, nanti da musim bunge aku tepek butang ye.

Lukis ni jugak..Peneman katenye....

Aku terlupe plak nak snap gamba dinding ni..huhu. Tak pela. korang assume je la cantek. Hehe..
Ok, sekian..~



Nota kaki :-  Barang2 aku banyak lagi kat Penang. Huaarrrgghhh...Rindu~~


(◕‿◕✿)

X.O.X.O.

Thursday, October 16, 2014

Salam semua,

Da lame aku tak bersiaran..Aku tak tau la ade yang rindu ke x. Banyak bende aku nak update..Banyak hutang entry ngan korang kan. Kisah peti ais kecik aku yang penuh ngan stok ebm. Kisah contract aku yang da tamat dan aku mengganggur selama sebulan ++. Kisah aku di tempat baru. Eh, banyak kisah aku nk share ni. Tak tau nak start dari mane.

Hari ni hari ke2 aku kat tempat baru. Tak de keje lagi. Tapi kne curik2 update blog sebab monitor aku yang paling besar kat sini sebab aku kan drafter. huhu. Dan workstation aku sgt tak strategik sebab sume org leh tgk monitor aku dr jauh sebab blakang aku tak de partition. Cett...

Ok, nak g jalan2 dalam ofis jap. Nak beramah mesra dengan staff kat sini.


(◕‿◕✿)


X.O.X.O

Monday, July 28, 2014

Milkbooster @ Penggalak Susu

Salam semua,

Alhamdulillah..sudah 3 bulan Baby Arif menyusu susu aku sahaja. Masih berjaya setakat ni walaupon awal2 dulu baby Arif kerap menangis. Tapi aku kuatkan semangat.

Dari ape yang aku baca, bayi menangis bukan sebab lapar semata-mata..Bayi menangis sebab mahu didakap, sebab die masih terlalu asing dengan dunia luar. Dia mahu didakap dekat dengan jantung ibunya [posisi menyusu], die mahu mendengar degup jantung ibunya yang selama ini menjadi peneman die di dalam sana. Die perlukan pelukan ibu supaya die berasa selamat dengan persekitaran yang terlalu baru baginya.. - ini konsep yang kite kene faham. Perut bayi terlalu kecil di saat kelahiran nya. Jadi die tak perlukan susu yang melimpah-ruah, cukup sekadar dua sudu susu ibu sudah memadai untuk mengenyangkan perut kecilnya.


Aku akui, aku gagal menyusukan Haziq dengan susu aku sepenuhnya. Hari ke2 lahir, aku da bagi susu tepung sebab aku tgk die macam tak puas menyusu. Dan aku akui, aku terlalu cetek ilmu berkaitan penyusuan. Namun aku masih berbangga sebab aku mampu membasahkan tekak kecil Haziq selama 1tahun 5 bulan. Lame jugak la kan, walaupon selang seli dengan fm.

Okey, sebelum aku nak cite pasal milkbooster...penting untuk kite tahu basic dulu iaitu konsep demand vs supply. Macam mane air nak mengalir kalo pilinya tidak dibuka..Jadi kerapkan menyusu dan sambung pula dengan pump supaya breast betul2 kosong...Errr..aku xlarat nak hurai panjang2..aku bukan jenis pandai susun ayat ala2 karangan. huhu..Korang boleh rujuk [sini] ye..

Seminggu aku berpantang di rumah sendiri [mak mertua aku datang jaga] lepas tu aku balik Kuang [Umie datang amek]. Sepanjang tempoh berpantang dengan umie, aku tengok umie tak senang duduk. Ade saja makanan yang dimasakkan untuk perbanyakkan air susu aku. Terharu rase.

Ni antara yang aku amalkan...

 sawi + lobak putih + lobak merah [tumis air, memang sedap]

 Shaklee Meal shake + pati delima

Shaklee Meal shake + pelam masak [siyes sedap]

 Ateka Beauty - ASI, ni first time aku pump dapat 6oz.

Qaseh Gold - campuran kurma, madu dll...

Ade lagi yang aku amalkan :-
  • Horlicks
  • Ulam pegaga
  • Ulam pucuk betik
  • Peria
  • Susu HL
  • Durian
Aku sendiri pon xtau yang mane satu milkbooster aku. Semua makanan kat atas ni aku makan selang seli. Tapi hasil perahan aku tak la semeriah mane. Tak pe, aku tak pernah rase down tentang jumlah yang aku dapat. Tak pe kalo tak melimpah-ruah asalkan cukup untu baby. Itu yang penting.

Jangan lupe amalkan jugak doa2 kat bawah ni :-




Sambil mengepam @ menyusukan tu basahkan lidah lidah dengan berzikir ye..

Perjuangan penyusuan susu ibu bukan hanya untuk mendapatkan stok beribu2 oz yg paling penting bagaimana untuk pastikan anak mendapat bekalan susu ibu yg cukup hingga complete tempoh penyusuan selama 24 bulan tersebut. Ingat, tak perlu hasil yang terlalu banyak yang penting cukup untuk anak! [sumber].




Nota kaki :- Dulu aku selalu cakap susu aku kurang..Tapi hakikatnya ilmu tentang penyusuan aku yang kurang.



(◕‿◕✿)

  


X.O.X.O

Friday, July 25, 2014

Jaundis - Jaundice - Demam Kuning

Salam semua,

Allah uji setiap hamba-Nya dengan cara yang berbeza.
Aku mungkin mudah bersalin, tapi lepas tu, hari ke-4 baby Arif kene admit wad sebab bacaan jaundis die tinggi. Ni aku buat bacaan sikit tentang jaundis....

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan. [sumber]


Apakah puncanya?
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. [sumber]


Adakah jaundis berbahaya?
Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. [sumber]


Kesan-kesan buruk jaundis yang teruk.

1     Kecacatan otak
2     Kecacatan anggota (Cerebral palsy)
3     Masalah pendengaran, termasuk pekak
4     MAUT sekiranya berlanjutan  [sumber]


...
...
...
...
...






Hospital kerajaan yang paling dekat ialah Hospital Bukit Mertajam. Satu malam je aku n Arif admit, tapi aku rase tersangat la stress. Baby Arif tak mau duduk bawah lampu tu diam2.

Aku admit tengah hari. Dari pukul 3 petang sampai la 4pagi Arif tak henti2 menangis bile letak dlam tu. Mungkin tergamang sebab tak berbaju...Bile aku peluk, die diam sekejap..bile letakkan balik die nangis. Da tu, katil kat hospital tu katil lame, xde pengadang kiri kanan tu. Aku tak berani nak susukan Arif sambil baring. Ko bayangkan...dari pukul 3ptg sampai 4pg aku duduk nyusukan anak aku. Airmata ni laju je keluar. Hospital kerajaan kan, nak tak nak ko kene la jage anak ko sendiri walaupun ko sendiri tak cukup rehat.

Tak cukup dengan tu, ade sorang nurse ni buat 'kerek' lak ngan aku. Nurse shift malam. Kot la die nak kesian tgk aku y dari td duduk menyusukan anak. Sempat plak die 'sekolahkan' aku bile anak aku nanges. Dihemburnye macam2 kat aku. Ko tak nampak ke dari tadi aku nanges sebab tak dapat rehat?? Ko tak nampak ke dari tadi aku duduk menyusukan anak aku?? Ko bute ke?? Ko layan aku macam aku xde duit je kan! kalo bukan sebab klinik da telefon banyak kali suh pergi hospital ni cepat2, mesti aku da g admit KPJ @ lain2 hospital swasta yang ade kat sini. Sampai sekarang aku takkan lupekan nurse tu. Nasib ade nurse lain yang perihatin dengan keadaan aku. Dan nurse shift pagi esoknya sangat baik. Sampai sekarang sumpah, kalo aku ingat balik peristiwa tu airmate aku laju je mengalir.

Macam ni keadaan hospital ni. Ni hospital lama. Katil aku yang paling hujung. 


Nota kaki :- Baby Arif jaundis selama 3 minggu. Huh. [lap peluh kat dahi]


(◕‿◕✿)
  
  
X.O.X.O.

Monday, July 21, 2014

Review Breastpump Spectra M1



Salam semua,

Ingat tak dulu aku nyanyi2 nak beli breastpump baru [entry]..Akhirnye aku dapat jugak ape yang aku idamkan [entry].

Sebelum aku beli ritu, aku ade la bace review sikit tentang breastpump ni. Pastu dengan gigihnye aku buat nota sikit. Nah, aku nak share ngn korang review jenama breastpump yang aku da shortlisted kan [oh my english]. Harap2 berguna untuk korang jugak.

 Jangan korang cube2 nak gelak tengok tulisan aku ni.

Ok, ni antara seller yang jual murah. Actually harga die berbeza bergantung pada free gift yang dorg tawarkan.


Sekarang turn aku plak nak bagi review sikit. Setakat hari ni da 2 bulan ++ aku gune breastpump ni. Memang tersangat superb n best.

  • Sangat senyap. aku pump kat workstation je kadang2, xsiape pon yang perasan. Ade la bunyi vibrate, tapi tak kuat n aku pasang la muzik kuat sikit untuk cover. Bile pump dalam surau, baru dengar sikit sebab surau kan sunyi. Tapi bile pump kat rumah siyes tak dengar. Bunyi kipas lagi kuat. Aku pump dalam bilik je, sebelah baby. Sikit pon targanggu tidur die [sememangnye anak aku tu tidur macam aku, Haziq jerit2 tepi die pon die boleh lena tidur. hoho]
  • Ringan dan kecil. Tapi aku gedik jugak nak kendong 3 beg g kerja. Handbag, beg pump dan cooler bag. Ikutkan bole je klo gune cooler bag yang ade 2 compartment utk simpan pump tu, tapi aku malas nak keluar modal da, gune jela beg ape yang ade tu.
  • Boleh double pump. Jimat mase aku..huhu.
  • Aku tak risau pasal battery atau soket. Sebab breastpump ni built-in battery, boleh cas macam handphone. Aku pernah pump dalam kereta ok..Tapi bukan aku yang drive la..ngeee...
  • Suction die lembut dan tak sakit. Ade 2 mode. Setiap mode ade 5 level. Aku suke gune level yang rendah je, sebijik mcm anak aku hisap.
Tapi..tapi..tapi...tak semua botol wide neck sesuai dengan breast shiled breastpump ni. Aku jarang gune botol yang dorang kasi tu. Sebab leceh, kene salin cepat2, kalo lambat basuh, nanti lambat kering plak untuk next session.

Jadi aku beli la convertor ni supaya boleh pump terus gune standard botol. Tapi aku xminat sangat gune standard botol. Xmuat jari2 jemari aku nak basuh dalam botol.

Ehsan Google


Ehsan Google

Lepas tu aku ade beli Avent via cup storge ni.

Aku try adaptor tu ngam2 je ngan breast shield pump aku. Terus rase nak lompat bintang time tu. Nasib tengah pantang kan, jadi aku goyang2 bahu je la tanda seronok. Wihuuu.

Aku memang xgemar gune botol, makan ruang. Yang ni bile da basuh boleh tindih2 mcm dalam gamba tu. Bile aku bawak ofis 10 cup pon xperlukan beg yang besar kan. Lagipon nanti cup ni boleh gune untuk isi solid food Arif bile die da 6 bulan. Best!




Nota Kaki :- Sejak2 ade anak kecik ni, aku nak update pasal anak je. Jangan korang termuntah sudah bace cite aku...

(◕‿◕✿)
  


X.O.X.O.


Friday, July 4, 2014

Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah??

Salam Jumaat Semua,

Da lame aku tak bersiaran kan.. Bagi can rehat lame sikit. huhu..Ala, korang bukan rindu kat aku pon kan...Sentap.

Da 2bulan aku tinggalkan keyboard, keras plak jari jemari aku ni nak menari2. huhu...Aku nak share ngan korang experience aku bersalin anak kedua..

Aku tak tau betul ke x, kakak cleaner kat ofis aku ni selalu cakap bersalin anak ke2 ni selalunya lebih mudah. Wallahua'lam. Mungkin kebetulan, bersalin yang kedua ni memang lebih mudah bagi aku. Alhamdulillah.

Dari awal mengandung, aku tak alah teruk macam mengandungkan Haziq dulu. Mungkin sebab yang dulu anak sulung, xtau mcm mane nak handle. Lagipun time ni la nak ngengade lebih2 kan..huhu. Kali ni, aku mabuk, muntah2 jugak, tapi masih boleh handle [walaupun awal2 dulu 3bulan x masak]. Tapi mungkin aku lebih kuat.

Aku sepatutnye due 14-5-2014, tapi baby da tak sabar nak tengok dunia.., 27-4-2014 da bersalin. Alhmadulillah...Pukul 6.30 petang turun air. Pukul 9.30 malam baru start rase sakit contraction. Dan pukul 11.12 malam aku selamat bersalin. Tanpa sebarang guntingan. Sakit contraction pon xlame, berbanding Haziq dulu 18jam aku bertarung menahan sakit contraction. Memang ade rase nak terjun bangunan sebab xsanggup rase sakit tu..Seram bile ingat balik.

Mungkin rezeki aku, yang ni lebih mudah..Yang akan datang esok2 tak tau lagi macam mane kan. Bile bersembang dengan budak2 ofis ni, ramai la yang tanya aku ape petua mudah bersalin..Nak tergelak aku dengar. Macam aku ni beranak ramai la plak, nak petua2 bagai. Haha. Tapi mungkin ni petua yang aku amalkan. Meh nak share ngan korang :-

  1. Aku kerap ngaji mase pregnant dulu. Kadang2 bukanlah ngaji bukak Al-quran pon. Sambil2 ngadap pc tu aku bukak la surah2 yang pendek & surah Yasin. Jadi secara otomatik mulut ni akan ikut sama mengaji kan.
  2. Aku amalkan minum VCO brand Tanamera. Brand lain aku da cube, tapi ade rase minyak kelapa pekat sangat. Yang Tanamera ni tak rase sangat minyaknye.
  3. Sambil minum VCO tu niat la dalam hati supaya Allah permudahkan untuk bersalin nanti.
  4. Aku buat urutan perineum start minggu ke 36. Cara urutan ni boleh google eh, malu i nak cite..hehe.
  5. Rajin2 bersedekah [kalo tak mengandung pon kene rajin bersedekah jugak tau].
  6. Jangan kedekut dengan haiwan. Kalo korang makan kat kedai makan, selalu je kan ade kucing datang ngendeng2. Jangan kedekut, bagi la sikit ape yang korang ade tu. Jangan la plak bagi tulang semate2, die nak makan ape kan.
  7. Aku selalu makan kurma. Awal tahun ritu boss aku g umrah, aku kirim kurma nabi. Aku makan 3biji setiap hari.
 Ok, tu jela nak share ngan korang. hehe. 


Oh..lupe plak aku nak kenalkan...Ni la permata hati aku yang ke2. Arif Iman. Lahir 3.28kg. Alhamdulillah.


Arif Iman - Yang berpengetahuan, yang beriman. Doa ibu buat awak...

 Ni suasana mase dalam ward..time ni baru nak start sakit.

 Hari ke2





 Ni dialog sebenarnye....  'idung awak same mcm idung abang'...hehe  =)

Alif Haziq - Arif Iman



Nota kaki :-  Allah mudahkan aku bersalin.., tapi aku diuji dengan cara yang lain plak lepas tu..


(◕‿◕✿)
  
 
 
X.O.X.O.


Wednesday, March 19, 2014

Checklist Bersalin Dan Berpantang

Salam semua,

Da lame kan aku tak bersiaran...Aku tak sihat..seminggu sekali mesti ade MC. malu gak ngan boss aku. Tapi nak buat camne, da xlarat kan..Telinge aku sakit, berdenyut2 dan aku tak boleh makan ubat sebarangan..Ni nanti aku cite kenape..

Rini aku nak share checklist bersalin dan berpantang yang aku da buat..Bukan main ko kan, siap ade checklist bagai. Macam la bersalin anak sulong je. Ahaks..Ko budget ape? Aku beranak tiap2 tahun ke sampai igt sume bende yang nak bawak g spital, g labour room bagai? Aku ni pelupa orangnye...plus...kan lagi systematic klo ade list, supaye tak de barang yang terlepas pandang atau tertinggal nanti. Ko bukan tau nak bersalin bile kan...So, be prepared!

Ni aku share list yang aku prepare dalam diari aku..




Juling biji mate tgk tulisan aku kan? hoho..abaikan..

Ni antara brg2 yang aku da prepare. Bukan xde y lame2 tu..Banyak je lagi, tapi saje nak beli baru. Xpela, nak sambut org baru kan..  =)

Kebetulan Annakku ade buat sale, aku beli la..Murah2 je ni..Y ade topi tu satu set baru RM6-7. Ade warne pink jugak...huhu.

Baju2 ni aku kirim kat kawan aku mase Pureen Warehouse Sale tahun lepas. Banyak hokei. Tapi xde size newborn. Memang aku saje xmo size newborn. Membazir, pakai kejap sangat.

Kain batik pon harus kirim kat orang jugak. Aku cari kat pasar malam boleh pulak xde. Stress aku. Bile aku cari xde, bile tak cari berlambak je... Kebetulan opismate aku g Bandung baru ni, aku kirim 2 helai. Pastu kak ipar aku plak g Langkawi, kirim lagi..mengirim je keje aku ni..haha..

 Ni barang2 yang aku nak packing masuk beg. Senang nak bawak p spital.

Ni plak breastpump idaman ati kan..Aritu aku da nyanyi2 kan nak beli yang mane satu..Berminggu jugak aku buat list, bace review sane sini. Setelah diperkenankan oleh Incik Hubby, akhirnye aku rembat jugak breastpump yang ni. Alhamdulillah 85% da settle...


Nota kaki : Ngah survey set bersalin plak. Tak tau yang mane bagus.


(◕‿◕✿)
  
 
 
X.O.X.O.



Wednesday, February 26, 2014

Misi Mencari Breastpump

Salam semua,

Hai..., macam mengandung anak sulung je ko kan... Sibuk nak mencari breastpump bagai..Mane g breastpump ko dulu Tiem oiii!!!  Takkan da buang kot!

Ha..., ngedik je aku ni. Breastpump dulu tak besh! Bole tak aku jawab mcm tu..Rase nak lempang je kan? Macam la ko tu nyusukan anak ko sampai 2tahun pon..Ye, aku tak dpt nak nyusukan Haziq sampai 2 tahun.., mampu bertahan sampai setahun 5 bulan je...Tapi aku masih bersyukur sebab aku berjaya susukan die melebihi setahun..

Tapi korang jangan la bayangkan yang susu aku banyak ye..Aku ni kais pagi makan pagi je..Tu pon tak cukup. Silap aku, sebab mase dalam tempoh ngandung tak pernah pon aku korek gali ilmu tentang penyusuan. Dalam pantang pon tak pernah ade istilah nak buat stok EBM. Bile da masuk kerja baru terkedek2 korek ilmu...Baru nak beli pump time tu.. Dan paling aku nyesal..., aku selalu skip jadual mengepam. Mule2 aku pump 3x sehari. Pastu da makin sibuk, kerja bertimbun sebab cuti bersalin 2 bulan tu, jadual mengepam aku makin ke laut..Pernah sampai sehari sekali je..Sedih betul aku bile terkenangkan mase tu. Nyesal ok! Nyesal sebab aku da abaikan hak anak aku.

Dulu, mule2 aku beli pump jenis picit2 yang getah bulat tu..haha. Da kate tak de ilmu kan, tu je pump yang aku kenal time tu..Tapi sumpah, aku tak pandai nak gune. Pastu laki aku belek2, suke2 je die potong tiub tu bagai, stress aku time tu...

Pastu da naik kerja, aku beli pump ni. Pump ni leceh sikit sebab ko kne control button die.

Pastu aku beli pump ni plak. Murah je pump ni RM79 kot xsilap..tapi sesuai je ngan aku, cume lenguh tangan la nak picit2 tu.


Pastu aku senyap2 je beli pump ni plak. Tak serasi ngan aku kot, pastu aku let go pump ni balik..huhu.

Dan sebenarnye aku lebih gemar marmet (picit ngan tangan je). Aku dapat tau bile 'kilang' aku betul2 kosong. Dan memang lagi banyak production aku bile marmet daripada gune pump.


**

**

**

Bile ngandung kali ni, aku memang tekad nak nyusukan anak aku sampai 2tahun. Paling tidak pon, aku aim untuk fully breastfeeding...InsyaAllah..Doakan aku ye..

Jadi untuk kali ni, aku semangat nak survey breastpump..huhu. Hubby pon da kasi green light, asalkan aku manfaatkan sebaiknye.

Survey punye survey, pening jugak nak pilih yang mane satu. Klo ikut ati, memang la aku nak sambar Medela Freestyle. Tapi bile tgk harga nye, terbantut terus hasrat aku..Terus terang aku tak mampu.. 

Aku macam berkenan je ngan brand Spectra yang baru ni..Sepctra M1.

Macam comel je, macam comel je...


Boleh double pump jugak..

Tgk size die...kecik je kan? suke sgt...


Pastu aku macam minat jugak ngan Unimom Forte kaler pink ni.
Suke sebab die kaler pink..sweet je rase..


Yang ni pon macam best je kan..Autumnz Passion.
Double pump, n bole jadi manual jugak..Yela, kot2 xde power supply ke kan..


Serabut aku fikir nak pilih y mane satu..Sesape yang pernah gune salah satu breastpump kat atas ni, boleh share review tak..nak tau gak yang mane lebih berbaloi...



Nota kaki :- Da masuk 3rd Trimester uols..Sekejap je mase berlalu..  =)


(◕‿◕✿)
  
 
 
X.O.X.O.