Salam Semua,
Mood menulis aku da kembali..yeay..
Semalam seharian aku habiskan mase dengan si kecik kat uma...Golek2, buli2. Warrgghh..Bahagia nye rase bile da ade baby.. Hari ahad, walaupon hubby tak de kat uma, tak rase nak g mane2 pon. Lepak2 layan si kecik tu lebih bermakna.. Oh, my life is totally changed. =)
Semalam for the first time kne gigit dengan Haziq. Aktif sangat. Da pukul 1 pagi pon tak tido2 lagi. Da tutup lampu sume pon masih merayap lagi. Panjat sane, panjat sini. Saba jela. Then macam biase, aku amek die, pelok kuat2 n masukkan Cik N dlm mulut die. Harap2 die menyusu dan terus tertido, as usual. Suddenly he bites my N! Auch. Sakit ok. Mentang2 gigi da tumbuh 4 batang. Da pandai menggigit ye. Bile aku menjerit, die pandang aku, muke macam terpinga2.., terkejut agaknye. Then die gelak terbahak2 n sambung gigit balik. Bile aku jerit die gelak. Aduyai... Walaupon sakit, tapi aku suke tengok die gelak. Happy sangat. Then terpakselah aku lepaskan die dari pelukan aku. Tak tahan aku klo kne gigit lagi. Sakit woooo...huhu. Lepas tu tak puas hati, sambung gigit hidung aku pulak. Adey..
Pagi ni aku search kat Kumpulan Ibu Menyusukan (
KIM) cara2 nak tangan ni baby menggigit..Dan ini la hasil yang aku dapat...Saja nak kongsi ilmu dengan pembaca sekalian..
- Alihkan bayi drpd payudara secara perlahan-lahan sambil
berkata "jgnlah gigit mama sayang" atau "ibu sakitla".Walaupun ketika
itu kita mungkin naik angin.
- Lekapkan muka bayi kearah payudara.Ini merupakan salah satu
cara.Kaedah begini secara automatik akan menyesakkannya.jika anda kerap
melakukan langkah ini,lama kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit
dia akan dia akan mengalami perkara ini.
- Ulangi langkah pertama dan kedua sekerap mungkin bg mbolehkan
bayi faham dgn mesej yg ingin kita sampaikan.jika dia berterusan
menangis,masukkan jari masukkan jari kelengkeng ibu bg membolehkannya
menghisap jari ibu sblm menyuskannya sekali lagi.
- Seharusnya diawal sesi penyusuan ibu sendiri perlu mengelakkan
diri drpd gigitan bayi.Ini dpt dilakukan dgn mengenal pasti penyebab
bayi menggigit.Adakah ia berlaku krn dia kecewakrn tidak memperolehi
susu yg diingininya.
- Diakhir penyusuan,sekali lagi dpt mengelak diri drpd digigit dgn
mengetahui samada dia suka mengigit apabila sudah mengantuk krn kenyang
ataupun ketika puting hampir terlepas drpd mulutnya. Jadi,ibu perlu
peka dan menghentikan penyusuan dr kebiasaanya.Namun,pastikan dia
benar-benar sudah kenyang!
- Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. jika dia masih kecil
fahamila,bahawa dia masih dlm proses pembelajaran utk menyusu dgn
betul.Sebetulnya ibu sendiri perlu mberikan keselesaan kpdnya ketika
menyusu.Betulkan posisi ketika menyusu.
- Periksa dan teliti corak pernafasannya.Jika bayi anda selsema
atau hidungnya tersumbat keadaan ini memberi kesan kpd cara dia
menghisap dan boleh menyebabkannya menggigit.
- Berikan bayi sesuatu yg boleh digigitnya sebelum dan diantara
waktu menyusu.gunakan teether,mainan beku ataupun tuala kecil yg telah
dibekukan.Kesemuanya sgt bagus utk digunakan sbg alternatif mengelakkan
diri drpd terus digigit bayi.Alat-alat ini dpt memenuhi keperluannya yg
ingin menyunyah sesuatu bg menghilangkan kegatalan gusinya.
Harap info ini berguna untuk semua. Pada pembaca lelaki, tak yah malu2 nak bace. Ilmu ni korg bole share ngn wife @ further wife korang...
Nota kaki :- Tak saba nak balik.., nak gigit budak busyuk!
(◕‿◕✿)
X.O.X.O.