Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Cuti-Cuti Ke Melaka - Day 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari kedua, pagi2 cam biasa lah budak2 ni ajak mandi kolam.. mmg sajer cari hotel ni sebab asben kata hotel ni kolam dia cantik. memula kami masuk kolam area depan apartment aku, pastu baru tukar pi kolam kat tempat lain. cantik gak





ni plak kolam kat apartmetn lagi satu.. kat sini ada air pancut dan gelongsor




snap dari jauh je ni. malas plak nak pi dedekat2.. emily asyik main gelongsor tu. ada lah 30 kali dia turun naik turun naik


Lepas check out kami terus pi cari makanan untuk lunch.. mmg target nak makan asam pedas melaka



daging salai masak lemak cili api

sayur taugeh


ayam kampung

asam pedas ikan tenggiri




lepas makan, kami singgah Mahkota Parade.. nak jumpa seseorang..


kenal tak anak sapa ni??

aku jumpa Emy Omar la.. blogger dari Melaka..

dan lepas tu kami terus balik Segamat.. abis dah cuti2 ke Melaka. bukan jalan2 sangat pun. kikikiki

Monday, February 4, 2013

Cuti-Cuti Ke Melaka - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Eh betul ke cuti2 ke Melaka? bukan ke Kota Bahru ke?? hahaha sebenarnya cuti ke Kota Bahru jumaat lepas, yang ke Melaka ni masa cuti maulidul rasul haritu.. minggu lepas tak sempat nak buat entry, so aku buat harini.. untuk cuti2 ke Kota Bahru aku buat lepas abis entry cuti2 ke melaka ni ok..

Pagi2 sebelum gerak ke Melaka, kami singgah di Tanglin untuk bfast.. cam biasa la kalau ke sini, menu wajib adalah mee kari..

sekarang ni kalau pi mana2 mesti emily nak bawak anak patung
muka setia menunggu mee kari

3 mangkuk je.. mee sup tu farhan dan emily share je..

Lepas makan kami terus gerak ke Melaka, lebih kurang pukul 1 ptg kami pun sampai ... terus ajak hubby pergi Klebang nak cari coconut shake yang gelemer tu.. nak hilangkan kempunan. sebab ramai kata sedap.



tu dia.. baru pukul 1.00 petang tp orang dah ramai beratur.. yang kat sini untuk tapau. kalau nak makan2 dan minum kene masuk lorong depan..


order 2 jek, budak2 tak suka.. (anak aku ni makanan or minuman pelik2 mmg tak suka)

sedap sangat.. mmg puashati la datang dr jauh
siap tapau bawak balik hotel.
 
dah nak sampai hotel.. sat gi baru nak check in
bebudak ni pun sibuk nak bawak bag. bukan nye ada baju derang pun.. tp semuanya toys.. grrr

 

 
 
budak2 kan bila nampak bath tub sibuk la nak mandi manda..ok korang mandi dulu, mak pak nak rileks tengok tb sat
 

Petangnya plak, kami plan nak makan di Umbai.. x tau jalan, kita bukak GPS



kami makan di Ikan Bakar Parameswara ni.. aku pi sini sebab banyak review tentang kedai ni.. not bad la


untuk kami 2 orang makan. hehehe
kami giliran ke 22
telur dadar
kailan ikan masin .. punya la besar hidangan ni, padhal nak makan 2 orang je.. RM7.00 (sengal orang yg amik order haritu)
 
kupang masak pedas .. sepinggan RM12.00 (banyak kupang tak terbukak, payah nak kopek grr)
 
Sotong celup tepung .. hat ni paling fail aku rasa.. nama je celup tepung, tp tepung tu tawar giler, dan keras kejung.. tak rasa apa2 okeh... sedap lagi kat Senandung Semalam Bagan Lalang, rasa sotong celup tepung ala2 tepung KFC, sedap giler (aku bg review ni bukan nak kondem, so kalau ada pekerja or tokey Restoren Ikan Bakar Parameswara ni yg baca, sila la ubah cara goreng celup tepung sotong ni, supaya sotong tu jadi sedap, ikhlas ni tau aku bg komen)
 
udang butter prawn RM22.50, tp macam salut nestum jek aku tengok/rasa... pelik rasanya, bukan butter prawn tu ada sarang2 telur tu ke?

Ikan bakar bercili.. yang ni mmg terbaek.. walaupun ikan sekor besar, licin asben aku kerja kan..
cecah air asam dan cili kicap.. air asam tu sangat2 sedap dan menepati tekak aku..


nasi lomak.. makan sebungkus jek..
 
 

semua ni makan 2 orang je. anak2 tak mo makan. heheh pengsan nak abiskan
 
sebelum

selepas. hehehe aku sorang je bedal udang tu. besar2 ada la 8 ekor
balik singgah plak beli kuih bakar

Balik dari umbai, kami terus ke bandar melaka.. jalan2 sana plak.. naik cruise .. dulu pernah naik waktu siang. kalini naik waktu malam

 





 
balik dari naik cruise kami ke menara taming sari. tp dah tak larat nak amik gambar.. pastu kami pun balik hotel


gambar adalah hasil campuran samsung notes & Lumix GF5