Mama Farhan & Emily
Harini aku nak share ayat pelindung / keselamatan yang boleh diamalkan dari ilmu pukau dan apa2 sahaja lah.. tp aku amalkan ayat2 berikut sebelum tido..
Ok seperti yang ramai tahu atau tak berapa tahu, ayat keselamatan atau pelindung adalah surat Yassin Ayat 1 - 9 .. insyallah kalau rajin baca, boleh hafal ayat ni..
sebelum tido biasanya aku amalkan ayat/surah kursi..
kemudian baca surah Yassin ayat 1 - 9 tadi seperti di atas.. tp kalau tak leh hafal, boleh jugak di baca ayat 9 jer dari surah Yassin tadi.. iaitu seperti di bawah ini.. ayat ini juga sebagai pelindung rumah kita dari dimasuki pencuri (dengan izin Allah s.w.t) Baca sehingga sampai ayat "saddau"...(bayangkan keliling rumah kita) dan teruskan bacaan sehingga selesai.
pastu amalkan bacaan ayat/surah 3 KUL ini..
dan baca surah Al Fatihah
dan sebelum aku tutup mata tido, aku baca ayat ni
Terjemahanya: "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah".
ayat atau doa ini sebenarnya untuk keluar dari rumah, tp aku amalkan jugak untuk tido.. menjadi kelaziman aku bila nak drive ke tempat kerja, drive pulang dari kerja dan nak tido aku amalkan ayat tu..
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)