Thursday, September 11, 2008

Berbuka Di Mana..?

Bila tang Ramadhan aja..semua sibuk merancang nak berbuka di mana... Ada yang sibuk makan kat Hotel (tak kira 3 star atau 5 starz), di restoren, KFC, McD dan berbuka sesama sedara... Supplier and kontraktor pun dah mula ajak2 nak berbuka bersama..

Semalam ada jemputan dari York, arini dari IEC, akan datang dari KWT... hhhmmmmmm... entahla..bila memikirkan nak biarkan Alya kat umah Along sampai ke malam buatkan me pikir lebih 10 kali.. Ialahkan, me sedap2 makan kat hotel, Along kat umah kena melayan karenah Alya... tak sampai hati rasanya.. So rasanya tak gi mana2 buffet kut tahun ni... kecuali spesial case... boley gitu..?

Me sefamily setakat ni paling vogue pun berbuka kat umah Along Nor...kira dah cukup happening la tu... Tak macam sesetengah orang tu...makan kat Concorde Inn la, Allson Klana la, Nilai Spring la...Equotorial la..paling tidak pun Puri Pujangga... rasanya me dah puas kut makan kat hotel zaman K*IM mula2 nak berkembang dulu tu. Betul tak Bik? Best gak masa tu kan Bik..? Alhamdulillah...yang penting me dah puas merasa gi buffet sana sini... Alhamdulillah...

Bila Alya lahir aktiviti berbuka di luar dikurangkan.. ialahkan rasa kurang kenyang bila nak melayan karenah Alya... lagi2 bila tahun ni dia duk aktif explore..susah nak kontrol wooo... So baik berbuka kat umah...walaupun juadahnya tak semeriah di hotel, Alhamdulillah berbekalkan sebungkus nasi and RM1 kuih setiap hari, sudah cukup mengenyangkan. Air me buat air panas... and sahur pukul 5.00pagi cukup sekadar buah kurma dan milo se-mug.

Sabtu lepas me sefamily berbuka kat umah Along Nor. Along masak mee kari and me buat Puding Triffle tengah hari tu.. Resepi puding leh tengok kat Dapur FR ye. Gambar kat bawah tu masa me on the way nak ke umah Along Nor and seperti biasa bila me bosan.. Alya la jadi mangsa... ;p


So u-ols semua..hari ni berbuka di mana?

Di mana pun jua korang berada.. Selamat Berbuka tau... elakkan pembaziran..L.O.L.

3 comments:

Fahidayati Ramli said...

betullah fadzila... bila kita berbuka kat tpt lain, hati nih ingat anak jek. saya pun so far xpenah lagi buka pose tpt lain. manjang kat umah. biarlah kelam kabut ke huru hara ke... tapi kat umah dgn anak kita. meriah jugak.

itulah nxt week ada majlis kat opis nih... alahai malasnya nak buka pose kat opis nih. try2 usha line nak cari alasan nak balik... aci tak?

Shida said...

tull kak, erm zaman2 dulu puas tul rasanya makan kat hotel, bersyukur jugak kat afk sebab sudi ajak aku sekali.. bnyk2 tempat yang paling dirindui berbuka ada equatorial hotel..bestkan kak kenangan2 tu semua.. now dah ada anak,walau kelam kabut macam mana pun hati tetap gembira, klu tak ada anak buka sng tapi hati tak sng wooo..

Fadzilayaty Ramli said...

fahida: aci sangat... kaum bapa mungkin tak rasa apa kan..? tapi kaum ibu selalunya lebih sensitif bab ni.. macam fadzila..rasa bersalah sangat pada Along Nor sebab kita makan kat hotel dengan aman dan tenang.. dia di umah makan tak aman sebab melayan karenah anak kita... If nak gi pun fadzila akan pastikan En. Amin yang jaga Alya..supaya rasa brsalah tu kurang...

Bibik : A ah.. selalunya kita bertiga (ko, AFK and akak) gi sana sini memenuhi jemputan kan? masa tu pun memang kita jer SAFF BSP.. boleh katakan setiap hari ada jer rezeki kita..Alhamdulillah...