Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Happy 3rd Birthday Alya.....


More pics on Alya's Birthday Party boleh didapati di sini.

Thursday, December 25, 2008

Pernikahan Johan...

Johan adalah my anak buah yang kedua berkahwin (after adiknya Joanna) - Johan ni anak kepada my sepupu, dearest KakLang ...heheheh..me ni kiranya dah tua lah kan?***tidaaaaaaaaaakkkk!!!*...ops..





Pernikahannya di buat di masjid pada bulan Disember 2008 and hari persandingannya akan diadakan Mac 2009.


To Johan & Wife (sorryMak Long tak ingat namanya...)


SELAMAT PENGANTIN BARU..
moga berkekalan ke akhir hayat...
all the best & welcome to the club!!!












Friday, December 5, 2008

Happy Birthday Abang Ngah & Syahmi...


Happy Birthday to Syahmi (2nd Dec)
& Abang Ngah (28th Nov)...


We love you both so so much...
moga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat...

salam sayang, Mak Long
(& Pak Long & Alya)




Sunday, November 2, 2008

Majlis Raya SAFF...


Last Rabu SAFF telah mengadakan majlis terbuka raya untuk meraikan para pekerja, sahabat perunding, klien kontraktor serta supplier. Opis kat JB telah ditutup sehari sebab Cdah, Oshie and Azie bermusafir ke BSP untuk meraikan bersama.

Gambar banyak ada dalam D40 AFK sebab my camera batterynya kapuut (asik kapuut ajakan...? Takda rezeki la gamaknya). Adala gambar yag sempat diambil..tapi tak banyak... (Ir. AFK..nanti jangan lupa mintak yer gambarnya...) tapi most of the pictures me guna D40 AFK..bukan apa..AFK sibuk layan tetamu..lagipun memang saja nak biasakan diri..kut mana tahu..ada orang nak bagi free DSLR nanti...*wink*

To all yang datang tQ so much....moga silaturrahim yang terjalin kekal sehingga ke akhir hayat.. next year if ada rezeki kita jumpalagi.. InsyaAllah...





Wednesday, October 15, 2008

Salam Aidil Fitri...


Yup..me know me got tonnes of work to do...tender, datelines, etc... but me need a break..(plus me know ramai tertunggu2 my update...loves u-ols)...so this lunch time hour me nak spent masa berstory morey about my Raya.. here goes...

30 Ramadhan 1429H (Post-Raya)

Went to Damansara Utama to submit my report......on the way there dapat extra perfume (a.k.a) from uchuk acham.. while waiting for my interviewer to came back from pasar siap tukar baju Alya... and teringat tudung for MIL tertinggal kat umah *aiseyh*. Submit my report and start the journey at 10.30a.m to Rompin.. (before that singgah again at my house to get the tudung..)

During the journey singgah Kg. Ampangan to send the kuih raya for Mak Teh. Got sambal tauchu from her and pasta for Alya (untuk lunch dalam keta) from Along Nor (tq Along & Mak Teh ..u are such a dear!!! mmuah!!).

Singgah again at Kuala Pilah and bought 4 batang lemang for PIL.. Alya dah tido after makan pasta...then......me slept all the way...zzzzZZZZZZ (sorry got to ganti all tak cukup tido time...) . Woke up bila dah sampai kat Pekan Rompin and singing Barney's songs all the way until sampai umah PIL at 4.30pm...

1 Syawal 1429H

Acara biasa.. bangun tolong apa2 yang perlu kat dapur.... gosok2 baju... and menonton TV.. amik gambar Alya ..... Malam barula menziarahi jiran2 PIL..


2 Syawal 1429H

Teman MIL to sambung beraya umah jiran2 and watching TV.. (actually bila balik Rompin takda aktiviti sgt.... + adengan yang menguji kesabaran berlaku - maleh nak cerita..*sigh*)..

3 Syawal 1429H

Pagi2 tolong MIL masak Sambal Goreng and lauk for lunch.. Atok & Nenek Alya nak datang dari Seremban (diorang singgah melawat besan)..

At 3.30pm kami bertolak balik ke JB saing my parents... sampai around 7.00p.m semua dah dead tired...

4 Syawal 1429H

Sibuk tolng Mak di dapur sebab at 3.00pm adik beradik Abah nak beraya kat umah... sambil tu Mak & Abah sibuk nak sambut birthday Alya sekali lagi..


Malamnya kami pulak melawat umah my Mak Long & Mak Ngah at Capt. Mohd. Amin, melawat my atok2 (bapak sedara Abah) di Kg Melayu...

5 Syawal 1429H

ini pelik sikit..ekekeek..kami ke Zoo Saleng...pasal gambar zoo ni later me masukkan... Malamnya ke rumah my Nenek angkat .. and then ke rumah my long lost fren Che Wan.. (tapi che wannya takda...). Balik dari beraya..sesi bergambar sakan :





So that's all about my raya... takla semeriah masa zaman raya kecik2 kat Kg. Ampangan....may be because of me dah makin besar kut... hopefully it was a meriah one for Alya... and for all of u out there...

Till then u-ols...take care..LOL.


Monday, September 8, 2008

Happy 3rd Birthday Aisy...

31 Ogos selain dari kemerdekaan, ianya juga adalah hari lahir Aisy (anak sepupuku bernama Linda - anak Pak Uda & Mak Uda) yang ke 3 tahun...

Seperti biasa..if part birthday ni..semua sedara-mara, sepupu-sepapat dijemput hadir.............. kebanyakan yang dapat hadir adalah sedara-mara sebelah Mak Uda.. if sebelah Pak Uda, rasanya me ngan family jer yang dapat hadir...takpalah jadi wakil la kiranya...btw Pak Uda ni abang Cik Taksiah (a.k.a my beloved Mak).

Birthday Aisy disambut di rumah baru Linda..kiranya 2+1 punya majlis la sebab sekali buat doa selamat masuk umah baru..(katanya lepas Raya baru Linda akan tido kat umah baru ni...)

Dek kerana me ngan family ke rumah jiran sebelah meraikan birthday Aira (juga 3 tahun), kami sampai ke umah Linda yang berdekatan dengan Mines tu agak lewat...eheheh....nasib umah sedara..if umah orang lain harus me tak pergi..malu sebab lambat...



Dearest Aisy....
Mak Long Yatie, pak Long Amin & Alya ucapkan :

Happy 3rd Birthday
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Jadilah hamba Allah yang bertakwa serta anak yang soleha..
Jadilah muslimat yang bijaksana
Jangan nakal-nakal

Salam Teramat Sayang...
Mak Long Yatie, Pak Long Amin & Alya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


pst!!! : Ni lak gambar Alya yang riang gumbiranya bermain belooonz... kalahkan birthday girl la pulak..!! ;p



To Aira : Happy Birthday..sorry Auntie terpaksa datang awal (at 2.30pm) dari waktu majlis Birthday (4.00pm) sebab Auntie nak ke umah Aisy. Moga Aira pun jadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleha serta bijaksana..

To Ajim & Ros : Happy Anniversary.... (yang keberapa..???? sorry Kak Yatie tak ingat)... take care..

Friday, September 5, 2008

Birthday Alya...

Alya dah masuk 2 tahun pada 22-8-2008 ..so sebab 2 tahun, me sambut 2 kali..boleh gitu? aci tak? eheheheh..takla... secara tak sengaja sebenarnya...:

first cake: black forest cake

Sambutan dibuat masa MIL, FIL and SILs datang umah... diorang datang sebab my SIL punya konvo kat UPSI... so dah terlanjur ramai2 kat umah..me pakat beli kek and sambut sekali... Alhamdulillah dapat juga kongsi kek ni ngan staff SAFF di BSP.

Second cake : blueberry cake

Sambutan ni pulak masa kat JB... after Alya gi zoo ngan Atok, Nenek & Angah... mula2 nak sambut kat KFC..tapi memandangkan Mama kerja balik lewat dan Alya pun tido.....last2 sambut kat umah ajala... kali ni kek dikongsi bersama staff SAFF kat JB..

tQ to Acik Bibik for the lovely tabung and buku grasshopper..

Ops...Actually ada hutang lagi satu celebration... celebrate ngan budak2 jagaan Along Nor..nampaknya kena buat time open house umah Along Nor la jawabnya... so tunggu ye....

Thursday, June 26, 2008

Pertunangan Khairul...

KHAIRUL : SELAMAT BERTUNANG

1st Jun 2008 - Khairul anak kepada Achik Julie & Achik Jamal selamat ditunangkan dengan orang tersayang....sorry nama tunangnya lupa lak me nak tanya...

Me and Along Nor ditugaskan buat hantaran . So disebabkan takda masa n nak jimatkan masa...2 weeks before the engagement ceremony... hantaran semua telah disiapkan (2 days for 7 hantarans --> not bad kan?)

Tema yang dipilih oleh pasangan bahagia adalah warna biru cyan (Khairul to tunangnya) and warna coklat-ke'gold'an (tunang ke Khairul).

Pagi2 Ahad tu me dah tercongok kat umah Along to siapkan sirih junjung yang mana sirih tu takla kami buat ala junjung..cuma ala bunga pegang aja...walaupun bunyi macam senang dia punya leceeeeeeeeeeeeh... Allah jer yang tahu.... anyway after bertungkus lumus..akhirnya siap gak..

Balik semula ke BSP..Mak & Abah dah sampai from JB... so after bersiap seadanya kami bertolak ke umah Achik Julie ... sesampai aja..semua sudah tunggu ....after solat Zohor..kami serombongan sebanyak 6 - 7 kereta bertolak ke kawasan UTM Semarak...

*Hasil tangan me & Along Nor - not bad kan..?*

*Upacara Pertunangan*


After the ceremony me and family ke Ampang untuk melawat Tok Uda & Cik Rin (my mak sedara muda...). Around 6.00p.m balik umah kepenatan.... The End...






Sunday, June 22, 2008

My First Kenduri & Doa Selamat ....

Dah lama me pindah...and today baru nak buat Kenduri & Doa Selamat...takpalah kan..its better late than never... Jemputan hanyalah terdiri dari sedara-mara me & En. Amin serta sahabat-sahabat dalam SAFF. Kepada yang me tak jemput tu...maaf dipinta...insyaAllah jika ada rezeki...me akan buat lagi and yang tak dapat dijemput tu..akan me jemput satu hari nanti...InsyaAllah.

Pagi-pagi lagi me dah sibuk mengemas itu ini... buat puding...masak ketupat mini dari Nona... mula-mula ingat nak pergi office kejap - nak photocopy some of the things to bring to UTHM nanti....tapi lepas dapat ada satu SMS ni .....me jadi malas nak pergi...

Sementara waiting for Mak & Abah balik dari pasar..me tolong2 MIL potong bahan2 untuk buat sambal goreng.. - actually this sambal goreng tak masuk dalam menu asal..tapi atas permintaan Mak..MIL sanggup nak buat..so adalah tambahan menu..

Overall menu for my kenduri are : Meehoon Soto Cik Taksiah, Sambal Goreng Cik Minah, Nasi Himpit (yang tak dihimpitkan a.k.a ketupat mini Nona), kuih Koci (sponsored by Angah Alin n Shaz), Munchkin from Dunkin' Donut, Kek Sarang Semut & Keropok Ikan (sponsored by MIL), Puding Buah (by me), Kerepek Ubi Pedas & Rempeyek (sponsored by Mak), Puding Mangga (sponsored by Kak Ina), Tembikai (sponsored by Along Nor) and Air Sarsi (sponsored by Ros).

Sepanjang hari dari bangun tido and sampaila kul 11.00 malam..me ke sana ke mari buat itu and ini..without rest..penat woo...ialah..tuan rumah kan..if me tak buat...sapa lagi nak buat...


Alhamdulillah walaupun ramai yang tidak dapat hadir..tapi ramai gak yang hadir...thanks to Allah sebab make it berjalan dengan lancar..thanks kepada tetamu yang hadir...yang sama-sama bersolat Zohor, membaca Yassin dan berdoa selamat untuk kami sekeluarga... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan-NYA...semoga Allah limpahi keluarga kami dengan rezeki agar majlis seumpama ini dapat dibuat sekali lagi...InsyaAllah...Ameen...




Saturday, June 21, 2008

Kenduri Kg Durian 3 Batang....

Walaupun me amik cuti hari ini....tapi disebabkan kena prepare my lecturer's this coming Monday plus ada meeting dengan contractor for CUB1, U*IM.... i have to masuk opis gak - Ir. AFK - my cuti kira batal ye....boleh ke? *wink*. Around 1pm jugak baru me sampai umah....siap2kan apa yang patut sementara En. Amin gi RnR Nilai amik MIL, FIL and SIL coming from Rompin. At 2.30pm diorang sampai and rehat2 kejap.

Me & Family & MIL's Family sampai kampung at 8.00pm (tunggu Alya bangun dari tido & after singgah ke pasar malam to buy ole-ole untuk dibawa ke kampung). Mak, Abah & Angah seawal pagi dah sampai untuk tolong menyediakan juadah kenduri.


Around 11.00pm baru sampai semula ke BSP and masa tu dah dead tired dah....the next day should be my kenduri at my house la pulak...... esok kena bangun awal2 la nampaknya....