Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri...

Ikhlas dari kami sekeluarga:

Aminudin Zamri
Fadzilayaty Ramli
Ain Fadzila Alya Aminudin

Monday, September 22, 2008

Happy Birthday To Both of You....

1. Along Nor...

Along : heppy birthday yang ke ..... (aisey yatie lupa la yang ke berapa - saja buat lupa...umur anda adalah rahsia...har har har..)..

apa-apa pun..tQ for being a great big sister to me..... and great Mak to Alya.. giving both of us lots of loves and food..ekekeke......

May all your dreams come true.. bahagia dunia n akhirat...

we (especially me & Alya) love you so so much...

p/s: So nak hadiah apa..? 2+1 ngan hadiah raya la yer? Tunggu........



2. Mr. R ....

Happy 55th Birthday.. may all your wish came true.. may your health getting better... tq for having me as your fren ( and princess).

p/s: jom ajak Tn. Haji and go celebrate at Chili nak? After Raya OK..?



Sunday, September 21, 2008

Slpnielg is Not Taht Iantmorpt la...

Can you raed tihs?


i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


Subhanallah....

Saturday, September 20, 2008

Allah Panggil 3 Kali Saja....

Panggilan pertama adalah Azan


'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Dan panggilan ke-3 KEMATIAN

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'


'Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

  1. orang yang meninggalkan sembahyang.
  2. orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
  3. orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  4. orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  5. orang yang suka minum arak.'

==================================

Meh kita sama-sama renungkan...

take care semua... salam

Note: tQ to Ifa & Kak Lang for sharing this info..

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar...

Today adalah hari Nuzul Al- Quran.

Me googled tadi and got this from here. Meh la kita share this ilmu bersama-sama.


Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

  1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
  2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
  3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.


Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.


Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.


Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.


Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).




Monday, September 15, 2008

Berbuka Sana Sini Situ...

Sana:

Jumaat me sefamily ke Alamanda mencari selipar raya untuk budak kecik.. (sekali beli stok susu + pampers Alya yang makin kurang tu...). Lepas berbuka ala kadar kat umah, solat Maghrib, baru bertolak ke Putrajaya... kami pilih TCRS untuk makan malam... kekonon nak test Alya untuk dibawa ke Majlis Iftar esok... tapi.. Alya failed the test.. lom sempat 15 minit dia dah start main sudu, nyanyi & jerit2...har..har..har..aiyok...malu aku!!!! takleh bawak ke majlis ini macam... i don't blame her..being a budak kecik yang tak reti duk diam..mana tahan kan duk statik kat meja makan... tak boleh punya....


Sini:

Sabtu pulak dapat jemputan berbuka di Equtorial Bangi... memula rasa males nak gi.. tapi atas permintaan ramai.. (eheheh perasan VVIP gitu... ekekekek.. ops...jangan jeles ye..tak baik :p), me gi la jugak.. pergi pun solo sebab En. Amin kena jaga Alya kat umah.. can't imagine bringing Alya along..mahu tak makan dibuatnya... tQ yer En. Amin sebab sporting menjaga Alya di rumah...

Gambar me tak amik sebab busy makan..ehehehe leh gitu? tak caya ? leh tengok gambar me yang asik dok makan dalam blog AFK

To Tn. Hj. Ismail & Tn. Hj. Faizal: tQ sebab belanja kami satu ofis berbuka bersama...
To. En. Man & Kak Mun : tQ sebab tumpangkan me ke Equtorial Bangi..

Situ:

Ahad pulak after puas duk pikir2 sama ada nak balik Kg. Durian 3 Batang atau nak ke umah Angah Alin untuk berbuka, me pilih ke umah Angah Alin.. saja jer nak raikan Qayyum habis UPSR.. lagipun lama tul tak ke sana.. dulu Qillah pernah sound " Mak Toon dah ada Alya dah tak sayang kat kita lagi ".. so sebelum kena sound lagi sekali... baikla ke sana...

Kali ni sebab tak rancang nak ke umah Angah Alin dari awal, me tak sempat nak beli apa2 ole2 untuk 3Q (Qayyum, Qillah & Quwaidir).. so stock makanan kat umah jerla me bawak bersama juadah berbuka...

Lepas berbuka Qayyum & Qillah sibuk bersiap ke surau untuk Terawih ..Alhamdulillah..sejuk hati Mak Toon tengok korang... Quwaidir pulak sibuk berposing amik gambar.. excited tul dia bila Mak Toon amik gambar dia...


tQ Angah sefamily sebab sudi terima tetamu mengejut untuk berbuka...

Hm..next week rasanya nak berbuka kat Kg. Durian 3 Batang la ... Ada sesapa nak ikut???



Saturday, September 13, 2008

I LOVE Your Blog...

tQ Kak Shop for giving me this award.. so like always.. me nak bagi jugak award ni to u-ols out there...especially kepada my pembaca tetap (sama ada yang gelap atau yang terang) .. and to the blog2 yang me linked to my blog... dengan ucapan I LOVE YOUR BLOG ....

Friday, September 12, 2008

TARA Datang Lagi...!!!


Finally TARA datang lagi... yeay...!! can't wait to continue watching these team from Malaysia to perform their very best... this time the burden will be much much more great because the first season : Malaysia No. 1 and the second season : No. 2. So this time they have to work hard hard hard to be at least in the final................ LUCK!!!!!

Watching the first episode last night made me think : yeap..this time the challenges are reaaaally tough!!! ---> Makan all those lipas, ulat, kala jengking and katak + basuh bas besar giller... aiyok...

All the best to Ida & Tania and Bernie & Henry ---> do your best!!! Aja-aja fighting...

Take care...

Thursday, September 11, 2008

Berbuka Di Mana..?

Bila tang Ramadhan aja..semua sibuk merancang nak berbuka di mana... Ada yang sibuk makan kat Hotel (tak kira 3 star atau 5 starz), di restoren, KFC, McD dan berbuka sesama sedara... Supplier and kontraktor pun dah mula ajak2 nak berbuka bersama..

Semalam ada jemputan dari York, arini dari IEC, akan datang dari KWT... hhhmmmmmm... entahla..bila memikirkan nak biarkan Alya kat umah Along sampai ke malam buatkan me pikir lebih 10 kali.. Ialahkan, me sedap2 makan kat hotel, Along kat umah kena melayan karenah Alya... tak sampai hati rasanya.. So rasanya tak gi mana2 buffet kut tahun ni... kecuali spesial case... boley gitu..?

Me sefamily setakat ni paling vogue pun berbuka kat umah Along Nor...kira dah cukup happening la tu... Tak macam sesetengah orang tu...makan kat Concorde Inn la, Allson Klana la, Nilai Spring la...Equotorial la..paling tidak pun Puri Pujangga... rasanya me dah puas kut makan kat hotel zaman K*IM mula2 nak berkembang dulu tu. Betul tak Bik? Best gak masa tu kan Bik..? Alhamdulillah...yang penting me dah puas merasa gi buffet sana sini... Alhamdulillah...

Bila Alya lahir aktiviti berbuka di luar dikurangkan.. ialahkan rasa kurang kenyang bila nak melayan karenah Alya... lagi2 bila tahun ni dia duk aktif explore..susah nak kontrol wooo... So baik berbuka kat umah...walaupun juadahnya tak semeriah di hotel, Alhamdulillah berbekalkan sebungkus nasi and RM1 kuih setiap hari, sudah cukup mengenyangkan. Air me buat air panas... and sahur pukul 5.00pagi cukup sekadar buah kurma dan milo se-mug.

Sabtu lepas me sefamily berbuka kat umah Along Nor. Along masak mee kari and me buat Puding Triffle tengah hari tu.. Resepi puding leh tengok kat Dapur FR ye. Gambar kat bawah tu masa me on the way nak ke umah Along Nor and seperti biasa bila me bosan.. Alya la jadi mangsa... ;p


So u-ols semua..hari ni berbuka di mana?

Di mana pun jua korang berada.. Selamat Berbuka tau... elakkan pembaziran..L.O.L.

Tuesday, September 9, 2008

Pengislahan Diri Di Bulan Ramadhan...

Saja nak share :


Cut n Paste dari Harakah Online untuk tatapan u-ols especially sesape yang tak baca Harakah...

Sama-samala kita pikirkan.....:


Ramadan peluang mengislah diri

Ustaz Zainudin Hashim
Thu | Sep 04, 08 | 3:28:00 pm MYT

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.


Monday, September 8, 2008

Happy 3rd Birthday Aisy...

31 Ogos selain dari kemerdekaan, ianya juga adalah hari lahir Aisy (anak sepupuku bernama Linda - anak Pak Uda & Mak Uda) yang ke 3 tahun...

Seperti biasa..if part birthday ni..semua sedara-mara, sepupu-sepapat dijemput hadir.............. kebanyakan yang dapat hadir adalah sedara-mara sebelah Mak Uda.. if sebelah Pak Uda, rasanya me ngan family jer yang dapat hadir...takpalah jadi wakil la kiranya...btw Pak Uda ni abang Cik Taksiah (a.k.a my beloved Mak).

Birthday Aisy disambut di rumah baru Linda..kiranya 2+1 punya majlis la sebab sekali buat doa selamat masuk umah baru..(katanya lepas Raya baru Linda akan tido kat umah baru ni...)

Dek kerana me ngan family ke rumah jiran sebelah meraikan birthday Aira (juga 3 tahun), kami sampai ke umah Linda yang berdekatan dengan Mines tu agak lewat...eheheh....nasib umah sedara..if umah orang lain harus me tak pergi..malu sebab lambat...



Dearest Aisy....
Mak Long Yatie, pak Long Amin & Alya ucapkan :

Happy 3rd Birthday
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Jadilah hamba Allah yang bertakwa serta anak yang soleha..
Jadilah muslimat yang bijaksana
Jangan nakal-nakal

Salam Teramat Sayang...
Mak Long Yatie, Pak Long Amin & Alya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


pst!!! : Ni lak gambar Alya yang riang gumbiranya bermain belooonz... kalahkan birthday girl la pulak..!! ;p



To Aira : Happy Birthday..sorry Auntie terpaksa datang awal (at 2.30pm) dari waktu majlis Birthday (4.00pm) sebab Auntie nak ke umah Aisy. Moga Aira pun jadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleha serta bijaksana..

To Ajim & Ros : Happy Anniversary.... (yang keberapa..???? sorry Kak Yatie tak ingat)... take care..

Sunday, September 7, 2008

Happy 50th Birthday Ir. AFK...


Khas buat Ir. AFK:

Happy 5oth Birthday....

Moga 50 tahun lalu adalah kebahagian
Moga segala impian telah jadi kenyataan

Moga panjang umur dan murah rezeki
Moga mendapat kebahagian yang hakiki

Moga setiap langkah dilindungi Allah
Moga hidup sentiasa penuh berkah

InsyaAllah...

:: fr ::
----/---<@


Saturday, September 6, 2008

Updates On Alya ....



Lama tul tak bercerita...kali ni takda la nak cerita banyak..cuma just nak story-mory masa me and Alya balik JB.

Macam biasa if ada peluang and disebabkan keroja..me kena balik JB..and seperti biasa sedaya upaya akan bawak Alya along... sorryla En. Amin sebab kena tinggal...so this was the second time Alya terbang dengan Air Asia... this time totally different sebab Alya tak nakal..tapi telah tido dengan nyenyaknya..mana taknya..tido kul 2.00a.m and kul 5.00a.m dah kena bangun untuk bersiap..flight at 8.15a.m. .......Alhamdulillah... takla me mati kutu pikir nak entertain dia macam mana....

Alya balik JB disambut gembira oleh Atok and Neneknya.... so diorang pakat bawak Alya ke Zoo Johor sebagai hadiah birthday..jeles tul Mama sebab tak dapat ikut... gambar kat zoo ada dalam camera Atok and me tak sempat nak amik..takpa..next time kita letak gambar tu yer sayang...?*kiss*

Ops..today genap me ngan En. Amin bernikah selama 5 tahun.. Happy Anniversary En. Amin.. tQ sebab sentiasa sabar melayan karenah me yang ntah apa-apa ntah.... sorry for not being a good wife...

oklah..take care u-ols... salamz...

Friday, September 5, 2008

Birthday Alya...

Alya dah masuk 2 tahun pada 22-8-2008 ..so sebab 2 tahun, me sambut 2 kali..boleh gitu? aci tak? eheheheh..takla... secara tak sengaja sebenarnya...:

first cake: black forest cake

Sambutan dibuat masa MIL, FIL and SILs datang umah... diorang datang sebab my SIL punya konvo kat UPSI... so dah terlanjur ramai2 kat umah..me pakat beli kek and sambut sekali... Alhamdulillah dapat juga kongsi kek ni ngan staff SAFF di BSP.

Second cake : blueberry cake

Sambutan ni pulak masa kat JB... after Alya gi zoo ngan Atok, Nenek & Angah... mula2 nak sambut kat KFC..tapi memandangkan Mama kerja balik lewat dan Alya pun tido.....last2 sambut kat umah ajala... kali ni kek dikongsi bersama staff SAFF kat JB..

tQ to Acik Bibik for the lovely tabung and buku grasshopper..

Ops...Actually ada hutang lagi satu celebration... celebrate ngan budak2 jagaan Along Nor..nampaknya kena buat time open house umah Along Nor la jawabnya... so tunggu ye....

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan...


Salam Ramadhan buat semua...

Untuk semua pembaca yang sudi singgah tak kira yang aktif dan pasif... me sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat perceritaan yang mengguriskan hati..

Moga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang sebelumnya.. InsyaAllah...

Salam Ramadhan,
Fadzila, Amin & Alya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Psst: Kat bawah ni me ada cut n paste sajak yang me amik dari blog Fahidayati.. tak sure dia tulis sendiri atau dia pun cut n paste dari memana.. apa2 pun kepada penulis asal sajak ini... saya letak sajak ni sebab saya really appreciate apa yang awak tulis... so mintak halalkan ye.. Fahidayati..tq for sharing this sajak ...*wink*

ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ....lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKANLAH SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKU