Showing posts with label Tips a.k.a petua. Show all posts
Showing posts with label Tips a.k.a petua. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Tips bergambar

setelah blogger makin maju ni
inilah post pertama
ceh, gebang lebih ye dok :p

hari ni cuma nak share tips-tips menarik dari FB Terengganu's Wedding Photographer Directory

tidak tertumpu pada tips bergambar je
tips perihal majlis pun dorg share ;)



a) Jika anda ingin mengikut cara ISLAMIK dalam berfotografi perkahwinan. Ini saranan kami sebagai jurufoto.

1) tidak perlu lagi shoot makeup
2) tidak perlu lagi pose yang keterlaluan, cukup sekadar portret
3) lebihkan kepada group photo bersama keluarga & tetamu
4) posing gantikan kepada potraiture
5) outdoor session di lokasi yg lebih privasi
6) indoor session di katil, di pelamin, kurangkan, lebihkan kepada flow event sahaja
7) berhenti waktu untuk solat, beri laluan utk ibadat
8) elakkan berposing di masjid atau surau
9) sarung cincin, serah cek, serah hantaran semua di rumah
10) sesi kompang boleh tukar dengan selawat beramai-ramai
11) pakaian menutup aurat
12) sesi karaoke tukar dengan ceramah agama ringkas atau tips-tips perkahwinan cara Islam utk didengari tetamu. 
*inshaAllah akan cuba sedaya upaya ikut guideline tersebut ;) 

b) Ketika bersembahyang di masjid terpencil di Benta, Pahang, editor/admin TWPD terbaca adab majlis pernikahan di masjid. Salah satu daripad adab itu ialah, usah terlalu ketelaluan bergambar di masjid sehingga mengganggu jemaah atau orang lain yg sedang beribadat. Selesaikan dalam suasana yang sopan dan berhemah. Sekadar berkongsi :) 

*dah ada yang share kan pasal adab ni ;)

c) Outdoor photoshoot tidak semestinya anda lengkap dengan pakaian pengantin serba serbi. kadang-kadang untuk meraikan penyatuan anda bersama pasangan... realiti pakaian kita seharian itu lebih bermakna. Contoh, kalau anda doktor, why not dengan dress doktor itu anda buat post-wedding outdoor... pasti menarik dan berkonsep :D 

*sesiapa ada uniform boleh la kan..hee

c) 2 orang atau 1 orang jurufoto sudah memadai untuk majlis perkahwinan di rumah. Tidak perlu sehingga 4-5 orang photographer. Hanya akan crowdedkan majlis. Apatah lagi ditambah dengan jurufoto tidak rasmi (sedara mara, adik beradik dan kawan-kawan) majlis akan tampak kelam kabut, pengantin pun tak tahu nak tengok kamera mana :D 

*betul-betul..kalah artis dah time tu :p

d) Aturcara majlis ketika kenduri berlangsung juga boleh diselangi dengan ceramah ringkas agama atau tentang topik2 perkahwinan. Gaya begini boleh menjadi tren atau pilihan lain kepada majlis-majlis yg sekadar ada karaoke atau tarian-tarian. :) Kenapa tidak cuba ? kan best. 

*dah ada yang buat jugak kan ;)

e) Di Terengganu, kebanyakan kenduri kahwin atau majlis perkahwinan yg dibuat di halaman rumah menggunakan khemah. Cara untuk nampakkan khemas majlis lebih tegap dan kelihatan lapang adalah dengan meninggikan khemah tersebut sekurang-kurangnya melebihi 7 atau 8 kaki. Barulah orang yang duduk dihadapan sampai belakang khemah semuanya nampak jelas. Kebiasaan yang majlis di Terengganu, khemah dipasang agak rendah dan suasana kelihatan kelam. (kalau orang tinggi sikit, kepala pun boleh cecah renda/hiasan khemah). 
*ok noted :)

f) Nak gambar wedding anda lebih cantik ? selain cantik dengan baju dan pelamin... bagi saudara mara, sahabat anda, ahli keluarga dengan tema warna baju. Jadi bila dalam photoshoot... fuhh best warna sedondon atau seirama. Tengok sedap je mata memandang... :D 

*ada jugak suka baju warna warni kan ;)

g) Walaupun anda susah nak senyum tetapi bila dah nak kahwin tu, belajar-belajarlah senyum depan orang atau depan cermin dalam bilik air. Senyum sikit pun jadilah. Kan sweet dalam foto. :) 

*kena praktis ni !

h) Kalau anda ada port idaman untuk buat outdoor... nyatakan kepada jurufoto anda seawal yg mungkin. Mereka boleh recce (re-key) lokasi tersebut dan mencari angle terbaik. 

*kat mane ye -.-"

i) Kadang-kadang bila nak group photo dengan keluarga sendiri jadi sukar sebab masing-masing taknak beri kerjasama. Jadi itulah gunanya tentatif... tentatif akan membantu ahli keluarga anda spend masa 5 minit atau kurang utk sesi fotografi berkeluarga. 

*mintak tolong emcee buat pengumuman ;p

p/s ~ malu la nak posing lebih-lebih :p


Thursday, May 24, 2012

Petua buang angin dalam badan

semalam memang rasa tak sihat
lepas muntah
muka pun cemberut je
tapi kat ofis cover jugak pura-pura sihat 
hehe
jadi selepas amalkan sedikit petua yang terkumpul semalam
harini rase sihat dah :)
trimas kawan-kawan 

so jom share petua-petua buang angin ye
gerenti terkeluar angin :p

"Rebus halia dengan gula batu.minum panas2. InsyaAllah kalau amalkan hilang. Kalau nak moden sikit makan probiotic. Tablet atau air yogurt pun ok jugak."

sluuurpp!
selalu juga pesan teh/teh o halia kalau makan kat luar
sedap!
tapi kadang-kadang kedai guna kordial halia so tak pure halia


suka yang putih tu!
belum pernah try probiotic ;)
tapi kadang-kadang minum vitagen dan yogurt bliss ade probiotic kan 
hehe

"Minum yang masam-masam kot?"


boleh kurangkan loya dan pening 
boleh minum jus atau air limau suam tanpa gula
tak pun makan je limau kan
favret jugak ni ;)

"minum coke satu tin"

comelness!!
teringat member cari coke halia kat 7-11 ;)
eh, tak sure jenama coca cola ke ape :p
tapi berkarbonat dan perasa halia dan coke 
banyaknye dan -.-'


UPDATE !
Munn
"minum eno halia "


tak pernah minum lagi
dulu mama buat apam guna eno biase tu selalu curi minum :p

tQ semua ;)

p/s ~ tak sabar nak cuti! daku cuti esok dan 5 hari next week ;)
bye-bye blog ;)

 #gambardarigoogle

Friday, February 10, 2012

Hari-hari mahu

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

-.-"

eh..
macam wordless wednesday pulak
tepek gambar sekeping pastu senyap
hehek

kenapa ada gambar orang meraba massage tu??
tengok tajuk pastu tengok gambar
paham tak??
nak massage!!

dan yes semalam dah massage pun dengan mak jemah leha
beliau ni tukang urut a.k.a bidan kampung so best sangat makcik ni urut
lega urat-urat yang bersimpul
berderap tulang-tulang semalam
takde gambar sebenar sebab seksi sangat
bagi kain batik tapi serupa tak pakai
massage pulak tengah-tengah rumah -.-"
aish~

daku pergi dengan housemate berdua
si nad first time massage sebab sakit pinggang jatuh main air terjun thaipusam lepas
daku pulak dah jadi rutin tahunan dah
memang wajib la massage at least 2 kali setahun ;)
dan after kawen kena up lagi 3 bulan sekali 
tehee

sambil tengok nad kena belasah borak-borak la
mak leha pun bagi petua
hehe
i like la petua-petua ni ;)

pesan mak leha :
-sebelum kawen jangan amal jamu, dah kawen nanti bila bersama panas dan susah lekat (pregnant)
amalkan lepas bersalin especially perapat jenama air manchur (buatan indonesia)
mak leha cakap memang elok

-petua naik kan seri muka pulak : 
rebus 7 helai daun sirih yang bertemu urat dengan 7 cawan air
gunakan air rebusan yang hangat tu untuk cuci muka, mandi pon boleh katenye ;)

daun sirih bertemu urat : pangkal bermula tiap urat tu sama tempat
-perempuan kalau jatuh terduduk cepat-cepat pergi massage takut peranakan teralih
nanti susah nak pregnant jugak

-masa mandi, time sabun badan urut breast dari ketiak ke puting 
mak leha cakap bagi senaman elak breast cancer

hurm..
ape lagi ye..
tu je agaknya setakat yang ingat
haha
takyah la nak sensor sangat
baik untuk kesihatan kan :p

pesanan khas untuk daku pulak
mak leha tegur urat-urat hijau belakang pelipat kaki
bakal jadi vena varikos atau urat timbul

klik untuk baca ;)
owh huduhnye
so kena rajin massage kaki 
yes i like :p

p/s ~ mak leha ni walaupun umur dah 58 tahun tapi kulit masih firm..jeles-.-

#gambar:google&wanitasihat

Sunday, December 11, 2011

Terapi Cuci-cuci




saje nak share:)
suka dengan pesanan kawan senior daku ni
seronok bincang2 sampai terkeluar pasal movie Needing You
hehe
sape penah tengok movie ni??
best kan??


yang menarik dalam cite ni mestilah Andy Lau :p
oppss silap2
yang menarik adalah terapi cuci-cuci Sammy Cheng
memang best tengok dia sental toilet time tengah tension
smapai last2 terjangkit kat Andy Lau bila Sammy Cheng nak tinggalkan dia
blogger Atiqahtuty pon pernah share pasal movie ni kat SINI:)

bagus kan terapi ni
dan ternyata terapi ni ramai yang buat
daku pon selalu buat
berkesan tau!!;)
berkilat toilet
kadang-kadang kemas dapur
haha
nampaknye kena tension selalu la ni baru rajen mengemas;p

tapi bak discussion di atas
kalau nak hati bersih mesti cuci toilet
eh, silap
tu adalah perumpamaan je kan2
konklusinye
hati yang kotor dan karat mesti dicuci dan dilunturkan kotorannya dengan istighfar:)

p/s ~ tazkirah ahad sambil tahan sakit n gatal kaki bengak kena gigit lintah -.-
eh, lintah gigit ke??

#picdarigoogle

Saturday, October 15, 2011

Doa Orang Teraniaya

semalam adalah hari Jumaat
hari yang sepatutnya memberikan keberkatan lebih dari hari lain
Jumaat juga sebagai penghulu segala hari ~ Saiyyidul Ayyam
segala kebaikan hari Jumaat boleh kita cari dalam zaman serba pantas ini

tapi daku bukan nak berkongsi tentang hari Jumaat
tapi Jumaat semalam daku telah berkonsi keperitan dan kesedihan sahabat2 yang daku sayangi
mereka dengan tegar telah berkongsi rahsia ulung cinta mereka terhadap seorang lelaki
daku rasa Jumaat semalam antara hari yang walang bagi mereka setelah tiada lagi keceriaan
keceriaan mereka hilang kerana seorang lelaki yang tidak pandai menilai dan menghargai 

buat sahabat2ku 
daku harap keperitan dan kesedihan kamu berdua terubat dengan sedikit kata semangat dariku
tiada apa yang mampu daku lakukan dari jauh
hanya titipan kata semangat dan doa buat pengubat kesakitan

Doa Orang Teraniaya

Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat puladapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya..


Friday, October 14, 2011

Pesan Rasulullah S.A.W

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.


pic ehsan google

Tuesday, October 4, 2011

Tips kurangkan rabun;)

sekarang daku tengah gigih nak kurangkan rabun mata ni..
huhu..
dah bertahun2 dah mata ade 4..
kadang2 je jadi dua bila pakai contact lense..
tapi mata daku ni alah ngan CL so xley nak melaram sket pong..

then abg cyg daku post kat wall fb suh amalkan Ayat 22 dari surah Qaf..
dier dapat info dari mne ntah..
but daku hafalkan jugak la sebab mmg ade pon ayat tu kan..
lagi pon 1 ayat je;p
pemalas beno le kalo xnak hafal..

eh, intro panjang sangat..
huhu..
ok2..
td try la google pasal kebaikan Ayat 22 Surah Qaf ni..
pastu jumpa la info ni :)

Amalan penjagaan kesihatan atau penjagaan mata menggunakan ayat suci Al Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ 


Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22) 

so, jom la kawan2 yang bermata 4 kita hafal la ayat ni..
satu ayat je pon..
peace;p

Tuesday, August 9, 2011

Tips mudah cari page Al-Quran;)



Salam ramadhan yang ke-9..
hehe..
so cmne puase taun ni..
ade ke yang terbarai..
especially bagi kaum Adam yang puase setahun sekali tu kan..
dugaannya lain la dari kita ni kaum Hawa yang dah training puase kan2..;p

since dah bosan melangut kat ofis ni..
online adalah satu pekerjaan baru..
hehe..
daku banyak keje tapi mood nak buat keje hilang..
ish2..
so sempat la blogwalking td..
(seperti biase la mukadimah daku ni..huhu)

ok2..straight to the point la ye..
bagi sesape yang dah start tadarus or mengaji tu mesti ade kesulitan sket la kan nak cari mukasurat juzuk surah2 dalam Al Quran..
cara paling cepat pon belek page last or tanda ngan bookmark..
tapi xkan la nak letak bookmark 1 Quran tu kan..
so meh kita wat simple matematik sket..
jeng3..

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442




amazing x kawan2..hehe
tapi jangan la sampai kuar kalkulator lak nak kira page tu..
so cepat2 praktis sekarang!!!

actually info ni dapat dari blog akak ni..hehe
 (sambung mukadimah td) ;p

ok la semua..
daku ni asyik batuk2 je..
menaip ni pon gegar satu badan..
jom kita...

rest!!;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...