Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Kad Kahwinku

kalau sebelum ni tengok draf je kan
harini daku tepek kad yang dah siap ;)
Alhamdulillah siap tepat seperti yang dijanjikan yakni hari sabtu sebelum raya 
hehe
dah tiga minggu dapat baru nak update kan 
mood nak update blog memang kelaut la sekarang :(

ok ok
meh tengok kad kahwin daku ye ;)


tak sangka ada kad kahwin sendiri :p
hehe
memang tepat la tindakan daku siapkan kad kahwin sebelum raya 
sebab famili abg cyg dah start edar untuk famili-famili jauh 
maklum la, time raya je la baru nak jumpe kan ;)

daku dapat extra 50 keping kad dari LH Creative
so total 1050 keping la jadinye

terima kasih kepada kesesakan jalan yang melanda masa balik raya hari tu
1050 keping kad berjaya dilipat dalam kereta ;)
sampai je Triang nak drop abg cyg semua kad dah boleh divide dua 

lipat melipat :D

p/s ~ lagi 2 bulan 14 hari, banyak lagi yang pending -.-'


Thursday, August 9, 2012

Draf akhir kad kahwin

Salam khamis ;)
woah! post terakhir pun khamis lepas
jadinye cukup seminggu la tak update kan
maafkan daku penunggu gua hehe
nak kata bz tak la sangat tapi daku nak salahkan line streamyx yang slow :p
blogwalking je mampu tu pun azab nak komen
loading je pastu retry pulak -.-'
ofis ke rumah ke sama dengan je

okeh now i'm back ade ke yang rindu ni??
TQ pada Cik Puan Nora sebab sudi singgah dan pesan suruh update
haha

bulan ramadhan ni progress memang agak slow tapi masih ada la sikit-sikit
weekend lepas plus cuti nuzul quran daku bertapa kat shah alam
konon nak shoping raya dan barang hantaran tapi malangnye gaji abg cyg pulak masuk lambat
maka berjaya beli mana sempat tercapai dek duit yang ada je la
 tapi yang tu tak kisah sangat

paling penting adalah kad kahwin
oit, dah separuh karangan baru masuk topik
haha
maap-maap
kad kahwin la paling crucial sebab daku target nak setelkan before raya
mudah nak bagi pada saudara mara dan kawan-kawan yang jumpe time raya nanti kan
jimat dah duit setem sebab kad kahwinku terlebih bajet sudah

ada jugak la drama cuak sebab daku selalu contact LH Creative ni
tapi mereka tak pernah contact balik
daku rasa telah di anaktirikan wuwuwu
sebab belum dapat draft walhal dah masuk 3 minggu
takut jugak tak sempat siap
sebab mula-mula designer cakap dorg tengah kejar nak siapkan yang bulan 8,9 punya
make sense la sebab daku kan bulan 11 tapi gatal tempah awal
haha
tapi dorg cakap dulu boleh siap bulan 7 maka memang tak mustahil la boleh siap awal kan
jadi tanpa kompromi daku pun selalu push dorg
akhirnya last week contact balik cakap draft dah siap tapi email dorg pulak problem
tak boleh attach
nak tak nak kena datang kedai
mujur weekend lepas memang plan nak g KL
so sabtu lepas setelah check dan betulkan apa yang patut
ahad tu dah dapat emel final draft
dah check banyak kali hope takde salah

now draft dah on the way printing
target siap 18 Ogos ni -.-'
memang betul-betul sebelum raya kan
dengan nak balik terengganu lagi
jem lagi
tapi takpe, ada la keje daku melipat kad dalam kete nanti kan
hehe

tapi apa-apa pun lega sebab dah setel dan ikut target time walaupun terbabas sikit :D
maka setelah membebel panjang lebar
daku tepek final draft ni kat sini sebagai rujukan dan kenangan hari tua

muka depan
envelop
inlay dua belah pihak
peta dua belah pihak

kosnye memang terlebih dah pun
 kes abg cyg sakit perut pada hari kejadian tak sempat dah nak survey lebih-lebih
tapi memang dah niat nak hot stamping dan emboss detail
tu yang tambah mahal tu -.-'

kos total :
RM 0.70 / pcs X 1000 keping = RM700
free 2 bunting

tapi LH Creative tetap ok cuma kena push sikit sebab dorg ni famous dan banyak job kan :p
p/s ~ jemputla datang kenduri daku ye :p

Thursday, February 16, 2012

Kad kahwin Kak Long

semalam sampai je rumah dah nampak kad ni atas meja
yeay!!
1st time dapat kad kahwin blogger selain schoolmate Kina
Tahniah diucapkan buat Kak Long & pasangan
semoga kekal ke anak cucu cicit :p



p/s ~ siapa kawan-kawan nak pergi roger-roger eh..boleh jumpe :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...