Monday, April 30, 2012

CikSusu 1st Giveaway

update : entry ni dah melekat kat sini
sila scroll bawah untuk entry baru ye :)
kerjasama kawan-kawan semua daku ucapkan terima kaseh :D



salam semua
nampak tak banner yang comey tu
dua ekor rakan karib nak buat giveaway!! :D
yezzaa..
meh join !!
syarat-syarat sah mandi wajib :

1) Wajib follow la blog daku ni ye
CikSusu
2) Wajib like link contest yang daku join ni dulu
 1st like page ni
2nd like pic ni
3) Wajib buat sticky post contest ini sehingga 30 April 2012
4) Wajib tag 5 orang dan maklumkan kepada mereka
5) Wajib tinggalkan komen di entry ini ~ sertakan nama, emel, dan link blog 

hadiah :
hadiah adalah untuk 3 orang pemenang yang akan ditentukan oleh random.org
hadiah bernilai RM50, RM30 dan RM20
tema hadiah adalah cantik dan wangi 

so ape lagi..cepat-cepat join k!! ;)

p/s ~ jika dapat sambutan, nilai atau jumlah hadiah mungkin bertambah ;D

Thursday, April 26, 2012

Senarai peserta CikSusu 1st Giveaway

sempena 5 hari sebelum tarikh tutup GA daku ni
meh kita lihat siapa yang join ;)

1) http://pikapikah.blogspot.com/2012/04/ciksusu-1st-giveaway.html
2) http://kotaktissuenakkahwin.blogspot.com/2012/04/cik-susu-1st-giveaway.html
3) http://syafiqsarah.blogspot.com/2012/04/ciksusu-first-giveaway.html
4) http://luvlina.blogspot.com

setakat ni hanya 4 orang je :p
hehe

takpe-takpe masa masih panjang
so kawan-kawan yang belum join sudi-sudikan ye ;)

Terma & syarat boleh rujuk  di sini.

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday!!

congrate to Syezreen and husband ;)
lepas tenung muka pengantin ni lama-lama kat blog Rina semalam
rupanye kenal pengantin ni :p
ex-classmate time Uitm
maybe dia tak kenal pon daku..
haha


perfect!! by G.i Photoshoot

p/s ~ tak berapa nak wordless :p

Tuesday, April 24, 2012

Kasut Resepsi

update la harini 
 dari semalam sakit kepala
subhanallah kenapa la panas sangat sekarang ni
mandi pun rasa tak mandi je 


tapi tetap nak share kasut resepsi idaman
dah lama mengidam kasut Clarks dari sekolah lagi
tapi maklumla kasut ni mahal kan :)
hope ada jodoh dengan kasut ni
hee


Clarks shoes



kasut yang praktikal dan selesa
boleh pakai g kerja juga ;)

p/s ~ jangan lupa join GA daku ni ok ;) 

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday!!


para isteri kena jadi macam dalam gambar ni ok
sentiase senyum walaupun penat ;D


p/s ~ lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman :p

#gambardariGoogle

Monday, April 16, 2012

Proton Preve'


walaupun tak arif tentang kereta
tapi perkembangan Proton sangat membanggakan
bertuah kan negara kita ada kereta sendiri :)

nak tau lebih spesifik tentang Proton Preve boleh baca sini

tapi dalam famili induk daku
daku orang 1st beli kereta Proton
support local kan :p

kereta  1st abah Toyota secondhand kalau tak silap
2nd Nissan Sunny secondhand jugak
3rd kereta dapat la yang baru -- terus sambar  Perodua Rusa
ngam-ngam 8 orang 
sekarang van Rusa ni pun dah tak keluar dah

so legasi baru berkereta dalam famili adalah daku and adik lelakiku
so pastilah Cik Putih pilihan daku
banyak dah berkorban dan cedera ni :p

manakala adikku beli Honda Civic secondhand
biasa la orang muda kan
senang nak buat modal ngorat -.-"

ok, moral of the story
bersyukur la dengan kereta yang kita ade
sila jaga baik-baik
sayangi ia macam kucing sendiri, eh
hantar servis tepat masanye
yang penting enjin mesti tip top! :p

sekian pesanan penaja

p/s ~ kalau mampu suatu hari akan kumiliki jua kamu! 

Sunday, April 15, 2012

Ini kisah minggu lepas

tengok tajuk tu
pemalas kan
dah basi baru nak buat kenangan dalam blog ni
hee..

so last week hari ahad 08 april 2012
ade sedikit little dinner farewell untuk schoolmate daku
actually mesti ade kamu-kamu yang kenal sebab beliau juga blogger
malah b2b 2011 yang banyak dijadikan rujukan
sape-sape yang belum terjah blog beliau boleh terjah okey ;)

so ahad lepas kami sepakat jumpa kat Wong Solo, Seksyen 7
antara tempat favret kalau reunion ni
ni pun last minit punye plan
so tak ramai yang hadir
kami nak mengucapkan selamat tinggal sebab tak tau la bila boleh jumpe kan
kalau dah pindah sarawak tu faham-faham je la kan
lagi satu sebab nak tengok perut mommy to be ni :p
nak ambik berkat katenye..
hehe

antara yang hadir..abg cyg daku enterprem pulak halang muka pudin :p

sukenye ibu mengandung ni dapat makan ayam penyet :p

kan betul nak ambik berkat :p
kina dan pudin pun dah selamat sampai di Bintulu, Sarawak
seronok tengok kawan-kawan makin bahagia
tak sangka dah 12 tahun kenal kan
nanti reunion bawak anak-anak pulak k ;)
lepas ni Bella pulak
wah tak sabarnye ;)

p/s ~ nak baby cepat-cepat!! :D



Wednesday, April 11, 2012

Tsunami

moga dilindungi semua umat manusia dari bencana

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kami mohon segala kebaikan di dalam situasi kami dan lindungi kami, seluruh umat Muhammad SAW dari segala keburukan dan bencana. Amin.

p/s ~ hilang mood + risau lepas peristiwa gegaran petang tadi

#sumberdoaTValHijrahFB

Tuesday, April 10, 2012

Lagu untuk video nikah lagi

mula-mula nak lagu Dalam Mihrab Cinta by Afgan
tapi sekarang terjatuh cinta pulak dengan lagu baru Liyana Jasmay ni
best!
sweet sangat la beliau dalam video ni ;)


Cinta Bersatu
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


p/s ~ OP dah booking ;) yang murah-murah je untuk nikah moment :D
tapi nak guna lagu mana ni??


Monday, April 9, 2012

Idea Tudung Nikah

memang berkenan sangat dengan shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite ni
tapi malangnye memang susah la nak dapat sebab ramai sangat orang suka shawl ni kan
blogger selipar buruk pun berkenan tapi beliau sempat la sambar sehelai

semalam ada je daku kat Shah Alam, siap lepak Wong Solo seksyen 7 lagi
tapi tak tau shawl ni dah keluar
takde rezki namanye ni


tapi cun kan
kalau nak DIY ni makan masa jugak
boleh la berangan je kan

gambar malam abpbh2011
ABPBH 2012




daku nak warna grey ni untuk nikah nanti
hurm
rasenye kena DIY jugak
kalau tak mampu tempah jahit manik ke kan ;)

p/s ~ bila nak datang rajin ni..bulan 3 no progress -.-"

Sunday, April 8, 2012

Pre Order Sunan Musafir

daku peminat RAM
siapa RAM??
novelis thriller nombor satu kat Malaysia la
Ramlee Awang Murshid

novel latest dah nak keluar
semalam baru je pre order via KELABRAM

seperti biasa tempahan awal akan dapat sign RAM
first time nak dapatkan sign beliau ni
karnival Karangkraf lepas tak sempat jumpe

so sape-sape yang minat atau baru nak try bace boleh terjah KELABRAM okeh ;)
yang nak pre order boleh isi borang kat sini :D
Tempoh akhir PESANAN KHAS ini ialah pada :   27hb April  @  jam 6 petang.

tapi if kawan-kawan baru nak stat baca dari Sunan Musafir,
daku nasihatkan baca dulu siri yang terdahulu
kalau tak melopong la tak tau hujung pangkal nanti
tak feeling la kan
tak boleh la nak berangan lebih-lebih
hehe :p

kena khatam yang ni dulu k :p
semua ni ada dalam simpanan daku
sape nak pinjam meh la jenguk sg.besar ni :p

p/s ~ teringin nak tulis novel jugak tapi asyik terbantut je :)

#imageGoogle

Saturday, April 7, 2012

Nescafe?

sambil-sambil tunggu baju-baju membasuh diri mereka dalam mesin basuh
rutin wajib adalah reply mesej abg cyg
percaya atau tak
sejak bercinta sampai sekarang mesej fon masih kencang macam baru-baru kenal
unless kami berdua terlampau sibuk sampai tak boleh pegang fon baru la mesej tak tereply
e.g : daku tengah meeting tadi pastu beliau pun banyak kerja ;)

cuma mesej dah tak panjang macam dulu la
memang betul-betul Short Messaging System ;p

kisah tadi..
Beliau : Syg watpe?
Daku : Basuh baju, online , tengok tv syg
Beliau : 3 in 1 kan syg
Daku : Nape lak!
Beliau : Nescafe kan
Daku : Nape!
Beliau : 3 in 1

erk..
nescafe ke?? -.-"
malangnye daku benci nescafe.

ah sudah
tahap nescafe la daku ni
haha
nanti dah kawen bukan setakat 3 in 1 dah
lagi-lagi dah beranak pinak kan
hebat kan wanita?? :D
semua boleh buat
superMak!!
eh


p/s ~ sudi-sudi la join Giveaway daku k ;)

#picehsanGoogle

Tuesday, April 3, 2012

Komen Facebook kena block!!



huwarghhh!!
gara-gara dok promote link contest HZWP ni
komen facebook daku kena block semalam -.-"

tula degil
tamak haloba kan
dah kena warning ngan facebook tapi tak reti-reti nak stop
sebab teruja sangat kan
FYI, sekarang daku di rangking pertama and kadang-kadang rangking kedua
huhu
diekor rapat je dengan mereka-mereka ni
chayok2!!

apelah nasib
hehe
abg cyg cakap pasni guna akaun dia pulak
nasib baik memahami dan menyokong :p
ramai lagi orang penting belakang tabir yang dok promote link ni
tunang tersayang
ofismate Yati dan  housemate Nanad yang comey
adikku Fatin dan roomatenye Huda
disamping ade beberapa rakan blogger yang lain ;)
rasa macam ade group pulak :D

anyhow, komen kena block pun takde boleh lawan rasa hepi semalam
alhamdulillah abg cyg dah dapat kerja baru
rezeki kahwin mungkin
dengan gaji yang berbaloi-baloi
tak sia-sia daku teman beliau pergi interview jumaat lepas :)
dapat spend masa 3 hari direct dari jumaat sampai ahad
hehe
makan-makan, jalan-jalan kat Teluk Batik
tak sabar nak kahwin :p
mode : gatal

so, rasa macam nak buat sedikit giveway la kan sempena abg cyg dapat kerja baru dan
sempena daku masuk contest ni :p

hehe
siapa nak join??
insyaAllah hadiah-hadiah daku cari yang best-best ;)

p/s ~ jangan lupa like SINI dan SINI ye kawan-kawan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...