Showing posts with label OPK. Show all posts
Showing posts with label OPK. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

BBT Chart during BFP Cycle..



BerBBT setiap hari bukanlah perkara yang mudah. Perlukan disiplin yang sangat tinggi. Walau mengantuk mcm mana pon, erin terpaksa juga bangun sebab nak melengkapkan BBT chart. kalau ada lompong2 mcm tak cantik pula chart.

Sebenarnya dah hampir 2 tahun erin berBBT. Gigihkan? hehehe... sebelum erin memulakan  fertility treatment lagi erin dah start berBBT. Chart semuanya normal. with solid cover line. Ovulation detected, suhu remains high until 13-14DPO, then it dropped dramatically.Itu chart sebelum start treatment. tapi bila dah start treatment. makan clomid, chart dah pelik sikit. makan Duphaston pon sama. Bila dah start nak buat IUI lagi la chart jadi haywire. Ovulation pon dotted line je. Agaknya suhu badan kita akan berubah kot bila bermacam2 ubat masuk dlm badan.

Erin sangat galakkan kawan2 TTC  sekalian untuk berBBT sebab daripada graph, kita boleh tahu bermacam2 masalah kesuburan. macam2 boleh detect. Antaranya ialah:

1. Waktu ovulation yang sebenar. memanglah ovulation boleh jugak kita detect pakai OPK tapi waktu sebenar ovulation terjadi adalah melalui BBT chart sahaja. Once OPK dah positive, 12-36 jam lagi baru kita akan ovulate. tapi bila? tu kena tanya BBT chart lah. hihi..

2. Sebenarnya PCOS pon boleh detect melalui kaedah ini. Apabila BBT chart suhunya naik turun naik turun like a rocky mountain, you have the possibility to have PCOS. You cannot detect when is actually the ovulation takes place. Lepas tu, tak nampak dengan clear follicular phase and luteal phase. Keadaan ini haruslah berlaku setiap kitaran tanpa sebarang ubat-ubatan barulah anda ada kemungkinan mengidap PCOS. tapi kalau sebulan je cycle pelik, that's normal. erin pernah baca dlm setahun akan ada satu cycle yang abnormal. salah satunya anovulatory cycle di mana seseorang itu tiada ovulasi berlaku dalam kitaran haidnya pada bulan tersebut.

3. Keseimbangan hormon. Seperti yang kita tahu hormon estrogen sangat penting utk pembesaran folikel. Luteinizing hormon (LH) pulak penting untuk mematangkan folikel. Itulah yang di kesan melalui OPK dan membuatkan OPK positive. Satu lagi hormon progesteron pula penting utk persediaan rahim semasa kehamilan. Daripada BBT graph pon kita boleh detect. Apabila ovulasi dikesan, contohnya dlm graph di atas, ovulasi berlaku pada CD16. 

CD1-CD15 - adalah follicular phase. Hormon estrogen adalah tinggi di sini.
CD17 onwards- adalah luteal phase. Make sure suhu tinggi di sini kerana kadar suhu yang tinggi menandakan hormon progestron kita cukup untuk menampung kehamilan. satu lagi, suhu yang tinggi haruslah maintain sehingga 12-14 hari iaitu 12DPO (Days past ovulation) ke atas kerana kalau seseorg itu mempunyai Luteal Phase yang singkat, ada kemungkinan susah utk sustain pregnancy apabila berlaku kehamilan nanti. Ia juga dipanggi Luteal Phase defect. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh la gugel sahaja. hehehe.. :p

So, nampak tak, daripada BBT chart pon kita boleh tahu sama ada kita ni ada masalah progestron yang rendah ke tak. Suhu tinggi = progestron tinggi. 

4. Dapat detect kehamilan. ini berlaku apabila suhu selepas ovulasi iaitu suhu di peringkat luteal phase maintain tinggi sehingga 14 hari ke atas.. you are most likely to get a positive pregnancy test. macam mana erin rasa kemungkinan erin pregnant adalah daripada BBT chart. erin jarang la pakai UPT every month sbb daripada graph pon dapat tengok suhu makin hari makin jatuh. so, membazir je la beli UPT. tambah pula sedih kalau negative. di sebabkan suhu badan erin maintain tinggi dah 16 hari...erin dah mula rasa something wrong...adakah betul erin pregnant? tengok2, mmg betul erin dah pregnant. Alhamdulillah. Kalau tengok chart kat atas tu, bila UPT positive, dia terus keluar garisan warna hijau. :)

Sekarang ni erin dah berhenti berBBT.. bila pregnancy dah detect, tak payah lagi la nak BBT. Tiba2, suatu hari erin bukak Fertility Friend application, erin dpt message ni..


Dengan itu, dengan rasminya erin akan stop berBBT. ;)


inilah termometer yang sentiasa erin gunakan pagi2 utk berBBT. selama 2 tahun tau. bateri  pun masih ada. x pernah padam. semangatnya termometer ni sama seperti kentalnya  semangat erin utk terus berTTC. inilah termometer yang banyak berjasa dan tidak pernah kenal erti putus asa.. :')

BBT chart ni adalah hadiah yang paling indah bagi erin.. erin dpt detect bila ovulation dan juga baby yang terhasil adalah daripada hari BD yang mana satu.. hahaha.. ni mmg baby bulan Syawal. kemungkinan embrio melekat pada uterus pada CD26 sebab ada temperature drop sedikit. 

Sekian...erin rasa dah banyak pulak membebel.. hihihi... next time erin tulis lagi yer..

Tuesday, 20 May 2014

Cerita boss dan TTC

Assalamualaikum...kembali bersua lagi.rindu x rindu x? hahaha..bajet femes je kan. :p

Hari ni erin CD17. cycle kali ni erin buat macam biasa je. dah nama pun TTC naturally kan. terasa lama pula x pergi berjumpa dokter. hihi...appoinment seterusnye adelah selepas raya. Appointment for IVF. huhh..lambatnyee rasa..ade 3 cycle period lagi. hohoho..rindu pulak nak TVS, rindu nak cucuk2 ni.

TTC kali ni erin just berBBT and OPK sahaja. CD13 dah dapat +ve OPK. Alhamdulillah. kalau previous cycle, erin sangat risau kan diri sendiri ovulate ke tidak. tapi +ve OPK ni kena confirmkan dgn BBT dulu. pagi tadi suhu dah start naik. tapi kena tunggu dulu. nak tengok pattern chart mcm mana. baru boleh confirm ovulation.

erin nak cerita pasal boss erin. Actually she knows what i've been through. All the TTC tingy. daripada makan clomid sampai la IUI yang kedua. yang paling penting dia sangat supportive. officemate yang lain pon sama. erin dah siap2 bgtau yang erin most probably akan apply for unpaid leave after raya. Dia okay aje. in fact, boss yang atas pon tahu pasal ni. dorg pon setuju if erin rest kat rumah.Syukur Alhamdulillah diberikan org sekeliling yang sgt memahami. erin rasa macam xdela stress sgt bekerja tapi maybe sebenarnye stress tapi erin yang x perasan yang diri ini stress. Tadi call Alpha Fertility, erin nak supporting letter drpd doc for unpaid leave application. baru 3 hari lepas erin call. Nurse check file, dia kate letter dah siap! hehehe.. nampak x...sangat x sabar nak bercuti. wahahaha...

Haaa..satu lagi erin nak bgtau yang erin dah start makan multivitamin. persediaan utk IVF nnt. erin makan multivitamin brand Blackmores. beli je kat Watson. Pastu bile gi Guardian, tengok kat Guardian lagi murahh..uwaaaa...xpela..nasib baik beli yang botol kecik je dulu. nak cuba.So far makan, okay aje. 

Sumber: Google


Hari Jumaat ni erin akan ke Jakarta. buat ape? ape lagi jalan2 dan bershopping la. hehehe...x sabarnye. 

Okay, tata....

sumber: encik Google lagi


Monday, 14 April 2014

Mari mencucuk Pregnyl!

Semasa entry ini dibuat, erin baru je beberapa minit lepas cucuk Pregnyl 5000iu. nak tahu ape tu.. tu la antara jenis HCG yang fungsinya utk memecahkan telur. lepas inject dlm 36-48 hours, telur2 sekalian akan pecah. today is CD13..erin inject pukul 9 malam..CD15 pukul 9 pagi dah 36jam.. IUI dijadualkan pukul 10am. means dah 37hours after injection. actually, timing is very crucial for IUI procedure. hmmm...yang masa yang sama, erin ade buat BBT dan OPK. BBT masih sama je, suhu still rendah. OPK erin dah buat starting CD11 lagi. CD11, CD12, CD13.. Test line makin terang setiap hari tapi still negative. should be esok akan jadi positive la. ;)

sebelum ni doc bagi HCG trigger shot menggunakan Ovidrel. Ovidrel lebih senang sbb solution semua dah siap2 dlm syringe. cuma buka dan terus inject.

tapi...Pregnyl mcm ni rupa dia...


 Yang belah kanan tu kotak dia. belah kiri plak ape lagi..syringe la. sama horror mcm inject HumoG.

yang ni plak rupa dia selepas kotak dibuka. ade 2 botol kaca. yang ade line hijau tu solution, yang line kuning tu powder. kena pecahkan 2-2 botol ni dulu. hubby erin takut nak pecahkan. so, xde org lain lagi nak buat, terpaksala erin yang pecahkan. hubby cuma nak inject je. dia kan dokter. hihi.


Dekat 10 minit jugak la nak prepare bende alah Pregnyl ni. terketar2.. nasib baiklah x tumpah. bende yang paling takut skali. x kan nak gi clinic memalam buta ni. 

Okay, lusa erin akan menjalani process IUI yang kedua..kawan2, doakan erin dan hubby yer.... ;) 


Saturday, 12 April 2014

Follie Scan..Salah kira lagi ke?

10 April 2014..patutnye CD12, erin and hubby pon pergi la Alpha Fertility seperti dlm appointment. kol 8am dah sampai. ingatkan org pertama, rupanya kami adelah org yang ketiga. okayla kan..

sebelum doc scan, erin ade bgtau doc yang 3 hari lepas erin demam..x sihat..adekah effect telur2? pastu doc tanye masa injection ke demam tu? erin ckp la, injection dah habis dah. doc kate patutnye xde effect. pastu bermula lah activity TVS..

Endometrium Thickness (ET): 7.5mm
Right ovary: 10.5mm, 9 mm
Left ovary: 12.5mm, 11mm, 10.5mm

erk....nape telur2 ku masih kecil2 ni? erin dah mula risau...adekah erin salah kira CD1 lagi? mengikut pengalaman yang lepas spotting tu erin x kira..cycle mcm pendek giler. so, cycle ni, bila ade je spotting, erin anggap la itu CD1. 

CD1...spotting
CD2...spotting
CD3...spotting
CD4...heavy flow

pastu erin bgtau la doc...actually CD1-CD3 tu spotting aje. adekah ia dikira? doc tanye la, flow mcm mana? kalau pakai pantyliner still can hold ke? erin kate, haah..kalau pakai pantyliner pon okay. tapi erin pakai je pad sebagai langkah berjaga2. doc kate, bila dah pakai pad baru dikira CD1. hmmmm...sedih pon ade sbb salah kire cycle..pastu tanye la doc, injection dah ambil. mcm mana? doc kate, okay xpe kalau injection ambil awal pon. should be on that day suppose to be CD9 la. doc kate, betul la CD9 sbb size telur2 ni bersepadan dgn CD9. telur erin biasenye dlm range 14-18mm on CD12. if semua telur ni membesar dlm jangkaan 2mm sehari, mmg logik la on CD12 ia akan membesar dalam range itu.

erin ingatkan IUI akan dibuat sabtu ni CD14 (read: CD11)..hoho..so sekarang nie, doc lambatkan date IUI la.. kih3..erin tanya la doc, on CD12 nnt nak kene dtg lagi skali x buat TVS? doc kate, x payah. doc bagi injection Pregnyl 5000iu utk inject on CD14 nnt pukul 9pm. IUI akan dibuat on CD16 pukul 10am. erin tanye doc, telur2 ni akan pecah awal x? doc kate, kalau ikut size, telur2 x akan pecah before injection. 

sebelum balik encik hubby ade tunjukkan pada doc video laparoscopy erin bulan August last year. doc ade buat dye test untuk check fallopian tube. tapi ni buat kat Prince Court dengan doc lain. saje nak tunjuk kat doc leong utk double confirm..doc kate, x tersumbatlah tu..ade blue dye flush out.okayla...lega..

lepas jumpa doc, nurse ade ajarkan cara2 nak inject Pregnyl pulak. hmm sama la dgn HumoG. kena campur2 bancuh powder dengan fluid. baru boleh inject. insyaAllah boleh buat sbb dah ade pengalaman dengan HumoG. 

kami berdua diberi time slip sebelum balik. okayla kan. pastu terus masuk ofis semula. Total bill: RM 280. 

hari ni CD11. saje buat OPK. masih negative. pastu, BBT hari2 masih buat. belum ade shift in temperature. so, betul la tu telur2 erin masih belum pecah. ;) 

okayla, nnt erin cerita lagi yer on IUI pulakk..stay tuned... ;)



Friday, 21 March 2014

Ovulation spotting?

Hari tu, on CD13, kat ofis...erin pergi la toilet nak pee pee. tgk kat pantyliner ade mucus kaler coklat. dlm hati dah berdebar2 ni...betul ke darah ni? ehhh..erin x pernah la darah during mid cycle ni. 1-2 hari sebelum kejadian mmg erin ade rasa sakit belah kanan ari2. erin dah dpt agak la waktu ovulation dah makin hampir. tapi bile keluar brownish discharge ni rasa takut plak. tapi amount dia sgt2 la sikit. setitik je. erin takut ade penyakit lain je.. pastu erin cuba wipe dgn tissue. erin nampak ECWM tapi bercampur dgn sedikit darah. sedikit je tau. 

erin mmg pernah dengar pasal ovulation spotting ni but it's never happens to me before. so, erin x pernah terfikir pon akan ade spotting ni. very interesting to hear that every women are different. yang lebih menyakinkan erin itu adela ovulation spotting sebabnye, OPK CD11 (malam) dah +ve. BBT pada CD13 (semasa spotting) pon tinggi. cycle kali ini erin xde buat TVS appointment. syukur Allahdulillah, Allah beri petunjuk dgn ovulation spotting ni..hmmm...kalau la every month keluar ovulation spotting mcm ni kan senang. suatu petanda yg jelas kita ovulate. tapi kalau ovulation spotting bertukar jadi implantation bleeding lagi la best kan? hahahaha... berangan jap.. ;p


Ini ade la BBT chart terkini. CD13 ovulation sedang berlaku.



OPK @ CD11. ni test malam. result dah hampir positive tu. makin terang.

 OPK @ CD12. erin test dlm kul 2.30ptg. dah -ve. so, confirmla erin dah ovulate. maybe ovulate on CD12 pagi atau tgh malam CD11. 


Ni keseluruhan OPK. maka habisla sekotak OPK itu. hehe..


lepas keluar spotting tu, ape lagi.ber'baby dance' la kami. hihihi... perlu grab setiap peluang yang ade. yang penting berusaha. berjaya atau tidak itu urusan Allah. keesokan harinya, CD14 tu dah xde spotting lagi. sebelum ni, erin dah melalui 4 medicated cycles. this cycle unmedicated. no clomid, no puregon, no nothing...pastu sesuatu yang luar kebiasaan pulak terjadi. Harapnya ini suatu petanda yg baik. ;)

sedikit info tentang ovulation spotting. erin ambil dari internet.


Signs & Symptoms of Ovulation
Some women experience something called mittelschmerz, which is German for middle pain. This pain or ache is located near the ovaries and will occur mid-cycle around the time of ovulation.
Another way to determine ovulation is charting your basal temperature, which will rise during ovulation. Also, checking your cervical mucus can also help pinpoint ovulation timing. Around ovulation, the cervical mucus will become slippery, and egg white in consistency and more wet.
Causes of Ovulation Spotting
It's believed ovulation spotting occurs due to hormones causing the ovarian follicle surface to weaken. With the weakening, a hole or stigma forms in the surface, which permits the passage of the egg. Blood may appear due to rupture of the stigma. Another cause may be the rise in estrogen accompanying ovulation.
Appearance of Ovulation Spotting
When ovulation spotting occurs, it will appear brownish or pinkish rather than red in most cases. It may be mixed with the egg-white type cervical mucus. Heavier bleeding or spotting is not likely to be associated with ovulation, however. Also, many women do not experience ovulation spotting at all even though they may have normal ovulation and cycles.
Timing Sexual Intercourse
It's a good idea to try sexual intercourse when ovulation spotting occurs and for a few days afterward for best chances of conception. Charting temperatures or using a home ovulation predictor test will help as well.

nak tau lebih detail, kena search sendiri la. hihi.. sesiapa yang pernah ade mid cycle spotting, boleh la berkongsi pengalaman. ;)



Tuesday, 18 March 2014

BBT & OPK during IUI#1

seperti biasa, erin nak tunjuk, inilah hasil BBT semasa cycle IUI kami tempoh hari. 




i think this is the worst chart ever kot..hehehe...nak tau kenapa? sebab chart ni langsung x de cover line bile erin ovulate. padahal dah terang2 OPK positive on CD13. HSG trigger shot on CD12. nak je erin lukis sendiri cover line tu kat CD14. talking about software application, this is something that Fertility Friend needs to improve. 

chart ni mcm2 ade...clomid,CM, EWCM, FSH (Puregon), HCG, Progestrone (Duphaston)..hahaha..sbb tu kot application ni jadi pening nak plot cover line. After IUI pon ade BD lagi tapi last2 end up BFN jugak.. :(

bawah ni plak OPK erin masa tu. lepas je HCG shot on CD12, on CD13 tu erin saje je gatal tgn nak buat OPK. nk tau betul ke ovulate ni. tgk2, betul la +ve! hihihi.. so xde la erin was2 sgt. ye la tu telur dah pecah.. yeayy!



OPK @ CD 13.. +ve



OPK @ CD 13 jugak...tapi ni test malam sikit. masih +ve



Okay...sampai jumpa lagi...! ;)





Thursday, 27 February 2014

8dpiui

Today dah 8dpiui. hmmm..x tau nak cakap perasaan erin skrg ni..nak kate excited pon x jugak sbb erin dah byk kali kecewa kan. tu la erin x letak kan harapan yang tinggi utk 1st IUI kali ni. 2-3 hari lepas erin ade la rase cramping sedikit. tapi x xdela teruk sgt. very mild..tapi malas nak fikir kan. kalau ade, ade la kan..kalau xde, kite cuba lagi... 

skrg ni dah rase sakit2 kat breast. tanda2 nak AF jugak tuuu..aiii.. :(

erin skrg kurangkan berjalan jauh dan kurangkan angkat bende yg berat2. so, hubby la kena buatkan semua. erin sebenarnye kesian sgt kat hubby. walaupon dia x cakap tapi erin tau dia mengharapkan rezeki kali ini.

erin masih gigih berBBT mcm biasa. tapi chart kali ni macam pelik sikit la. FF x jumpe the coverline. maybe ade conflicting data kot yang menyebabkan chart tu weng. nasib baik la erin buat OPK jugak. so, boleh predict ovulation bile. nnt kalau erin rajin, in next entry erin post BBT chart dan juga OPK during IUI cycle nie.

always bare in mind that IUI success rate is only 15-20%... hopefully, Allah mendengar doa kami... aminnn.. :)

Saturday, 25 January 2014

OPK lagi..

Every cycle erin akan buat entry OPK ni kan. memandangkan erin jumpa doc on CD12, doc akan buat OPK juga, erin pon start je la test OPK on CD12 jugak. biasenye erin akan test dlm pukul 2pm mcm tu la.dari pembacaan, LH kita paling tinggi masa tu. do not test using your first urine. result may not be accurate.

kalau nak tau, masa erin test on CD12 tu, tunggu 5 minutes...line C dah naik..line T belum lagi...tunggu punya tunggu, xde pon! aikk...pelikk...nape xde langsung LH ni?! selalu nye bila erin test, x pernah lagi xde double line tau. cuma terang atau kabur je..kali ni mmg mencabar jiwa dan raga. okay fine, tunggu esok la test lagi CD13...erin test kul 2pm, sama juga! xde langsung tanda kat line T. cuma kat line C aje...frusttt! sangatt frust hokayy! erin fikir, eh xkan la sebab makan clomid? kali ni mmg dosage tinggi sikit dari yang biasa. erin x puas ati...petang tu (CD13) erin test lagi skali.. hmmmm...lega...baru keluar faint line kat T. alhamdulillah.. esok mesti terang punya la.

CD14 tgh hari pon erin test lagi...kali ni confirm +ve. line T and line C sama terang. Alhamdulillah....malam sikit erin test lagi. line T masih terang tapi x seterang line C la. erin rasa, erin akan ovulate esoknya la..CD15.. rasanya betul kot sbb base on BBT, CD16 suhu naik tinggi mendadak. ;)

itula cabaran menggunakan OPK. hahaha...kalau beli OPK yang RM1 sebatang tu, xpela kan nak test byk kali. ni nak kena berjimat jugak. 5 batang je ade sekotak. so, kena make sure hari yang betul utk buat ujian. 

Okayla...cukup la utk TTC utk kali ini. agak2 kalau dah inject2 utk IUI nnt kan, ade effect x OPK? soalan tergantung..okay, xde jawapan. k, bai! 



besarkan imej utk lebih jelas. erin pakai semua la. nasib baik jumpa +ve. kalau x, menangis...melayang duitku..

 haa...nampak tak..line T sama terang ngan line C

Nie gamba yang lebih dekat.

Sunday, 29 December 2013

Kisah OPK

meh sini nak bercerita sedikit..hoho..ni first time erin guna OPK Guardian. erin start buat test in CD 12 sampai la CD15. ni la hasilnya..

sile click utk image yg lebih jelas

cantik kan OPK ni. haha..kaler purple tu yang erin suke sgt. Test line tu memula blur..pastu makin terang..pastu CD15 dah blur balik. last cycle erin dapat +ve OPK on CD14. kali ni.. mcm confuse plak. cuba tengok CD13 tu. nak kate +ve macam -ve plak. erin ingatkan bila test CD14 tu dpt la lagi terang...tengok2 lagi blur plak. tu la test lagi skali on CD14..-ve jugak. patutnye CD13 tu bila dah dpt result hampir2, erin kena test 2 kali la. maybe i missed the LH surge. kejap sgt. CD15 dah mmg blur la. kalau ikutkan BBT, suhu erin dah start naik CD14. betul la tu CD13 erin ovulate. Now, i'm on CD17, pagi tadi suhu naik mendadak 36.9 celcius. patutla rasa panas je badan ni. after BD je erin mengiring badan ke arah kiri. dah dokter kate 2-2 matured follies belah kiri kan. agak2 ade effect ke x baring belah kiri tu. hahaha.

okay, see you~



Monday, 23 December 2013

OPK

Salam yer kawan2 TTC.. ;)

Just to share semalam erin gi beli OPK. jeng..jeng...jeng... selalunye erin akan buat OPK on CD10. tapi erin rasa terlalu awal la plak. Normally pon erin akan dpt positive OPK on CD14. Jadi skrg ni erin nak test OPK bermula CD12 la. xdela banyak membazir OPK kan.

Semalam erin gi shopping kat  OU (One Utama)..selain menghabiskan duit membeli handbag,memula erin masukla watson kan. nak beli OPK. mmg sll pon erin beli OPK brand watson nie. tapi xde plak kat watson. tu yang masuk Guardian. harga OPK kat Guardian slightly expensive compared to Watson brand. yang Guardian OPK ni erin beli RM50.90. ade 5 sticks. yang watson plak selalunye erin beli RM49.90. ade 5 sticks jugak. lebih kurang je kan harga dia. 


nie bukan gambar Gugel tau


Walaupon Erin berBBT dgn cemerlang pada setiap hari, still erin have to rely on OPK jugak. temping pon sometimes suhu mcm ting tong. lebih2 lagi consuming clomid ni. graph pon jadi pelik jugak. 

Today is CD11. Erin akan pergi buat Follie Scan kat Alpha Fertility Centre, Damansara. takut dah nervous jugak sebenarnye sbb takut follie x membesar kan. ritu gi CD12, ni g CD11..ade beza x?  Lepas je gi scan nnt, erin terus bergerak ke Terengganu. actually hubby outstation. on business trip la ni. so, erin pon ikut la skali kan. lagi pon nak habiskan annual leave hujung2 tahun nie. doakan perjalanan erin dipermudahkan yer. Okay, nak packing ni. erin akan update on follie scan lepas balik dari Terengganu yer. tata~

Friday, 29 November 2013

CD15 + lapar

hmmm…sebenarnye x tau nak cerita ape..erin cerita je la ape2 dlm kepala otak ni. hehehe..

erin nak bgtau, sejak erin makan pil subur @ clomid ni, selera erin semakin menjadi2..kejap2 lapar…sikit2 lapar..kenape ye? dulu boleh je makan nasi sekali sehari..skrg ni, every time pon nak makan nasik. bgn pagi2 dah lapar. adessss…penangan ubat subur. bahaya..bukannye erin ni on diet pon BMI tahap normal je. tinggi 161cm berat 53kg. so, x perlu la nak berdiet bagai. cuma erin fikir utk kesihatan je. x bagus pon makan sehari dgn kuantiti yang byk. tadi gi kedai, order nasik goreng daging..byk giler kot sepinggan. mcm boleh makan 2 org. hubby kate, kalo x habis, mintak bungkus. tapi, licin sepinggan…haihhh..kenape dgn erin ni…

tadi kebetulan kat ofis ade health check-up. boleh check bp and glucose. nasib baik la glocose tu tahap normal. hahaha…risau plak..for this month ttc, mcm biase la erin only depends on clomid 100mg + bbt + opk only. lagi satu, erin berBD dgn preseed..my best buddy. mesti kena ada. kalau xde preseed, mcm kering je. maybe my cervical mucus x byk. sorry, tmi plak..seperti yang doc bgtau, CD14, CD16 and CD 18 kena BD. haa..doc pon suruh selang sehari. BD hari2 quality sperm x bagus nanti. membazir sperm je. anyway, if BD hari2 pon boleh pancit en hubby tau. haha.. dlm masa yg sama erin ade buat OPK test. ni ha resultnye…jeng jeng jeng…




betul kan on CD 14 OPK dah positive seperti yg doc predict? so, erin akan ovulate dlm masa terdekat la..cuma kan, bile berBBT with clomid ni, erin rase macam suhu pon ade yg mcm giler sket. tak tau la salah termometer ke, hormon jadi giler sbb tu suhu kadang2 tinggi jugak. okayla, nasib baik ade opk kan. x de la tercari2 bile hari nak ovulate. even period regular pon, kadang2 risau jugak. ntah ovulate ke x erin ni. sekarang kan ade 2 follie yang cantik membesar di kedua2 ovary. adekah dia akan ovulate serentak? masa scan ritu @ CD12, satu 14mm and the other one 18mm. sape tau? sile bagi jawapan. kalau dia ovulate lain2, adekah kita akan dpt 2 kali positive OPK? haaa.byk lagi erin nak kena belajar pasal ovulation ni..


Monday, 4 November 2013

TTC @ Korea

Dearest all my TTC friends.. :)

Okayla, entry ni erin nak cerita plak usaha TTC sepanjang honeymoon @ korea. Frankly speaking, bukan senang nak berTTC kat tempat org. lagi2 erin tgh ikut tour kan. huhhhh..penat yang teramat sgt! boleh katekan macam tido x berapa nak cukup la. 

Pernah erin cerita dulu yang usaha kali ni just depends on BBT and OPK sahaja. tapi pemakanan susu kambing, buah prune, habbatussauda, olive oil, jus delima erin masih amalkan walaupun di sana. erin bawak tau semua tu. semangat x? Dulu ingat kan nak test OPK kat opis je susah. ni nak test OPK kat Korea much more difficult. toilet dahla xde air..adesss…ni yang lemah ni. tapi Erin buat jugak la. sorok2 tau. hahaha. ni la hasil OPK Erin..tadaa… boleh click pada gambar utk lihat dgn lebih jelas.



 Kalau ikut kan , erin dpt positive OPK on CD14. Actually, before CD 14 pun dah berBD..kesian jugakla kat encik hubby sbb kena berBD walaupun minda dan fizikal teramatla penat. tapi xdela kitorg BD setiap hari. selang sehari la. kalau BD berturut2 pon x bagus kan.Nanti quality sperm x bagus.Kat bawah ni plak hasil BBT chart Erin. 



See..Erin ovulate on CD15. :) anyway, erin sgt berpuas hati la dgn chart ni sbb erin yakin sgt2 erin ovulate.

Haaa..ade satu lagi berita gembira yang erin nak bgtau. actually dalam 10 org yang mengikuti tour ni, ade 2 org doctor tau. yang best nye dorg ni doctor gynae! erin sgt2 la gembira. dah la erin tgh TTC ni kan. so, mmg bykla soklan erin tanye kat 2 org gynae ni. free consultation kan? hehehe.. :p

Doakan Erin berjaya yer utk cycle kali ni. hmm..kalo cycle ni xde rezeki, nampaknye erin akan cuba next cycle with 100mg clomid and FT with Alpha Fertility Centre. 

Thursday, 24 October 2013

Honeymoon mood ON!

Salam kawan2 TTC semua... :)

Sorryla Erin update blog ni xde la sekerap dulu kan. sekarang dah masuk kerja. dulu dok memanjang je kat rumah. so, byk la masa tu..

Erin baru je balik dari spa ni..mmm..rasa best sgt bila ada org urut kita..dgn aromatheraphy oil lagi....rasa segar dan nyaman. bahagian perut mmg erin x bg therapist tu usik  sbb ni bukan berurut utk mengandung. utk kawan2 yg lain, sile la manjakan diri anda dengan pergi ke spa. apa salahnya membelai diri utk suami kan. nnt suami lagi syg gitewww..hehehe..

Erin cuti rini...sepatutnye hari ni nak kemas bag utk g honeymoon..tapi sampai skrg satu bende pon x start lagi. hahaha..nak pergi bercuti 8 hari tu.hohoho...biase la..nak dekat2 masa nak bertolak tu barula gabra sket kan.

Hari ni Erin dah CD8. Free from period..Period Erin x lama pon..CD6 dah stop.. nnt nak mulakan project membuat baby pada waktu subur dgn bantuan OPK and BBT sahaja..no clomid...no FT..Erin berserah kepada ALLAH. Pergi honeymoon, tenangkan fikiran..semoga ada rezeki Erin dan kawan2 TTC yang lain..

Okay, sampai jumpa lagi..maybe seminggu kot Erin x kan update blog...lepas balik bercuti nnt Erin update yer..Thanks kerana sudi singgah ke blog Erin...Doakan Erin selamat pergi dan selamat kembali yer..Tata~ ;)

Sunday, 20 October 2013

OPK

Semalam pergi Jusco pastu singgah kat Watson nak beli OPK. hehehe...hari ni dah CD4. nanti CD11 erin pakaila. actually lama dah erin x beli OPK ni. satu, sbb malas nak kencing2 kat ofis. dua, sebab terpaksa sorok2 bawak stick OPK nak masuk dalam toilet. nanti kalo org nampak dorg salah anggap plak. ingat erin ni pregnant plak. padahal bukan UPT..ni OPK la...mmg akan ade double line pon walau negative atau positive..tapi kali ni erin akan pakai OPK masa honeymoon nanti. hahaha..yeayyy..suke sgt sbb berhoneymoon masa subur. hmmm...harap2 berjaya la kan. tapi erin x makan pon clomid yang doc bg hari tu...xpela doc, kite jumpe next cycle jela kalo x berjaya k. xpon, kite x payah jumpe langsung laa. sampaila 9 bulan nnt! hehehehe...


gambar: Google


okay, tu je nak bagi tau dlm dairy cyber kali ni..x panjang pon..sebab x berapa nak ade idea..xde la penat korg nak membaca kan..tata~



Tuesday, 24 September 2013

TTC Journey #1

Kat sini erin nak citer la serba sedikit sejarah TTC erin. mudah2an dapatla share sedikit pengalaman erin kepada kawan2 TTC yang lain...

Actually, myself and hubby start berTTC around October 2012 last year. Sebelum ni masing2 kerja jauh2 kan. so, jumpa pon sebulan 2 kali jer..October 2012, baru la hubby dah officially transferred here to KL. i'm the most happiest person dpt kabar berita gembira ni. So, lepas ni boleh la kitorg berusaha untuk dapatkan baby. 

Dah 3 months trying, still belum dapat baby.. time tu ade sedikit perasaan sedih. lagi2 bile dapat tahu dari FB kawan yang kawin lewat dari erin pon dah dapat 1st baby. ade juga perasaan pelik. erin ni salah teknik ke ape. Pastu, macam2 la cari info pasal pregnancy kat internet. Macam mana nk kira waktu subur, how pregnancy occur,etc. Actually bende2 ni semua pon erin dah pernah belajar dalam subject Science form 3 kot. macam jadi budak skola menengah plak balajar bende2 ni. makin byk erin tahu, makin erin kagum dengan kebesaran Allah. tapi erin dah buat betul la..masa waktu subur,on project (paham2 lerr). lagipon, period cycle erin regular every month. mmg senang la nk kira waktu subur. erin siap monitor my cervical mucus and download apps dalam phone for tracking. tapi semuanya x berhasil.. :(

Lepas x berjaya conceive, erin pon beli la OPK. OPK ni Ovulation Pregnancy Kit untuk tentukan bila kite patut on buat project before ovulation occurred. bile pakai ni mmg tepat la selama ni prediction erin bila waktu subur. kan period regular...erin beli OPK ni kat Watson dalam RM50 gitu. ade 5 sticks. di sebabkan test ni kalo nak buat kena ambil urine yang tgh hari, terpaksa la erin bawak bende alah OPK ni gi ofis. test dlm toilet senyap2. bila dpt result positive je terus senyum sampai ke telinga.. mmg sgt2 happy macam positive UPT plak. tapi Ovulation je pon..hehehe..mula la nak on project with hubby di malam hari. blink2... ^-^ Erin guna OPK ni ada la dlm 6 months. dah la bende alah tu bukannya murah kan. pastu x menjadi pon baby..argghh..sedihnye...pastu erin dah stop dah guna OPK ni. reason stop: period regular, so prediction waktu subur sama macam OPK. so, x perlu la buat masa ni.

Erin ada juga baca pasal BBT ni..menarik jugak. this is something new to me. x tau la ade belajar masa Form 3 ke x. erin x ingat la..BBT ni kepada yang x tau is Basal Body Temperature. Kite kena ambil suhu tubuh sebaik sahaja bangun dari tido. 1st thing in the morning ok. jgn dok gatal pi toilet ke hape ke bile bangun tido sbb suhu dah jadi x tepat bila kita buat activity lain. so, nak jadikan cerita, erin pon mencari la termometer. byk la tempat..mmg byk je yang jual tapi erin nak termometer yang ambil bacaan sampai 2 tempat perpuluhan. yang ni lagi accurate. even 0.01 celcius pon, it does make difference to know when you ovulate. cari punya cari, last2 jumpa jugak. yahoo...bermula la episod mengambil suhu badan setiap pagi pastu key-in dalam apps dlm hp. erin suke apps ni sbb bila kita key-in BBT, dia akan reflect in graph. senang sket nk tengok kan. zaman dah canggihkan..x payah la nak plot2 graph manually setiap hari. so, drpd pattern graph tu pon erin dah boleh tau la bila erin ovulate. kalo nak tau, kat graph tu temperature akan tetibe meningkat dgn mendadak. boleh rasa tau badan cam panas2 masa kita tgh ovulate. hubby erin pon layankan aje erin pagi2 tetibe bunyi "tet tet tet". tu la bunyi temperature selepas letak kat bawah lidah selama 1 minute. cuma BBT ni kekurangan dia kita tau waktu ovulation when the ovulation is already occurred.just kena make sure kita dah on project before suhu jadi tinggi mendadak. kalau pakai OPK tu kite dpt tau before ovulation. so, 12-36 hours dah kena on project.

Lama juga la erin amalkan BBT ni. sampai la sekarang Erin jarang la miss ambil suhu. dah jadi habit.. bila travel je, even balik kampung pon erin akan bawak termometer ni. kira2 dah hampir setahun jugak la erin berBBT ni.

okla kawan2, penat dah menaip...nnt erin update lagi yer apa usaha erin in my TTC journey. segala comment dialu2kan.  ;)