SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday

JoM JoiN CeRaMaH MoTiVaSi bersama DMFK



Pagi tadi dengar Sinar FM...
pakar motivasi DMFK ada kat konti Sinar FM...
teringt terus pasal program kat opis aku...
ni aku tolong promote...

nak terang2kan semua dah ada dalam broshur tu yer...
kl berminat sila call yer...




Thursday

TaPaK TaNgAn GaTaL

Biasa tak dengar orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatal tandanya nak terima atau keluar duit??
Betul ker??

Disini saya kongsikan sedikit pengalaman saya:
Hebatnya Allah SWT memberi isyarat awal kepada tubuh badan kita bila hendak berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita.

1. Tangan Kanan
Apa yang pernah saya alami dan saya sedari selama ini, bila tapak tangan sebelah kanan tiba-tiba rasa gatal tanpa ada sebab, maknanya kita bakal menerima duit yang kita tidak sangka. 

2. Tangan Kiri
Bila tiba-tiba tapak tangan kiri gatal pula, bermakna ada rezeki (duit) yang terpaksa kita keluarkan sama ada membayar denda dan sebagainya.

3. Mata Kanan
Biasanya bila saudara jauh yang dah lama tak jumpa nak balik kampung atau kawan lama yang dah lama tak berjumpa tetapi tiba-tiba terserempak dimana-mana, bawah mata saya akan bergerak-gerak. Makin dekat hari nak berjumpa makin kuat bergerak secara spontan. Bila dah berjumpa, dah tidak bergerak-gerak.. (Bergerak-gerak bukan berkelip banyak kali tau.. Kulit bawah mata bergetar-getar sendiri.)


4. Mata Kiri
Yang ini saya sedar berlaku sebelum arwah datuk saya meninggal dunia. Ketika itu saya di matrikulasi. Selama ini tidak pernah-pernah mata sebelah kiri saya bergetar dengan kuat sendiri. Tapi pada hari tersebut, sebelah pagi mata kiri saya kuat bergetar sehingga saya dapat panggilan dari rumah memaklumkan datuk sakit kuat. Saya sempat balik melihat arwah atuk sebelum beliau meninggal.
Itu antara tanda-tanda dari tubuh kita bila hendak berlaku sesuatu disekeliling kita yang saya alami. Mungkin ianya secara kebetulan bagi setengah-setengah orang.

Atau rakan-rakan juga pernah alami pengalaman ini. Boleh share bersama. Sekian.



p/s: copy paste orang punya, sbnarnya aku dari semalam, jap2 tangan kanan gatal, jap2 tangan kiri....tp lom lagi dapat duit or keluar duit, kl setakat sarapan tu adalah...x kan lah tu dikira gakkan....tp x pelah kl masuk duit alhamdulilah...kl keluar duit pun x kisah....



Wednesday

Thursday

sambungan tips untuk kekal cantik...

Tips ke-7
ELAKKAN BERMEKAP TEBAL
Wanita 30an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

yang ni aku ikut, foundation pun x tebal..sbb nk jimat...mahal beb...aku leh pakai sampai setahun...ha3...lipstik pun x suka merah..suka warna orange dan pink...kalau blh nk pakai lip gloss je...tp bibir aku gelap...x sesuai...nnti orang ckp aku mcm baru lps romen...ha sapa nk jawab...


Tips ke-8
POSITIF, CERIA & SELALU BERSAMA YANG TERSAYANG
Wanita 30an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

mmg betulah...bila bersama orang tersayang muka kite akan bersiri je...manis sentiasa je...orang tgk kite pun ada aura...ha3 perasan...yang pasti myhubby buat aku ceria sentiasa...gaduh skit2 biasalah...baru syok..asam garam umah tanggakan...


p/s: oklah...nijelah tips yang diorang bagi
agar kite sentiasa muda belia....renung2 kan
selamat beramal

Tip-tip kesihatan & kecantikan wanita 30-an

Assalammualaikum...
td aku godek2, selak menyelak dalam kete opis...
terjumpalah atikel lama dari paper metro...
terkenangkan usia pun lgi 2 tahun nak masuk 30...
kenalah baca untuk kecantikan....he3
berkongsi tips2 supaya kite sentiasa kekal muda dan cantik..
ahaks...he3


tip pertama...
KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan...

huhuhu...ni yag susah ni...aku ni dah lah kuat makan...

kena kwal2 lak...sayur, buah2an pun jarang makan...
kalau betul2 teringin barulah gi beli buah...
mcm tu sekali kan...



tips kedua...
GUNA PELEMBAB YANG SESUAI
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangt diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit masing2. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama mahal dan popular tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

ni betullah...aku pakai jenama yang murah je...x lah jejak lbh dari RM50...
oklah sesuai ngan gaji aku...kl pakai mahal2 lbh dari gaji..takut pakai beberapa bulan lps tu x mampu nk beli...huhuhu...haru biru nnti...sekarang ni aku pakai krim olay je, yang ada pelembab sekali, pencuci muka-sabun papaya...jimat..blh belah 4 lagi..sebulan seketul...he3...lps tu malam pakai bedak sejuk...ikut kerajinan..kalau pakai sll kulit jadik kering, kata mak cik aku pakai bedak sejuk ni nmpak kite kekal muda...wah lps ni aku nak oder kat langkawi punya bedak sejuk...he3...


tips ke-3
CUBA ELAKKAN DARI PANCARAN MATAHARI
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangka masa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

yang ni pun aku rasa nk pakai payung bila jalan kat luar mmg x delh...setakat kedai depan opis, xkuasa hai nk bawak pyung, redah dgn selambaje...alang hujan pun aku malas nk bwak payung, apatah lagi panas terik...ha3..tp kalau terik sangt aku mmg x keluar opis lah, bukan sebb muka, sbb x tahan peluh...tu yag x suka sebenarnya...nnti buat aku migrain...tu lagi susah...aku x suka pening o...



tips ke-4
SENTIASA BERSENAM
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Patikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

waduh...ni mmg susah sekali, kat opis biro wanita buat 2 minggu sekali pun aku susah nak atten, apatah 3x seminggu...susah betul nk disiplin kan diri..padahal kat umah aku tu depan umah padang..bukan x leh joging, basikal pun ada...tu pun dah sampai berkarat sbb x guna...taman besar pun aku dah lama x gi dah 3 tahun dah rasanye...kalau dulu, baru2 kawin tiap2 minggu gi taman, berbasikal, main badminton..lps tu roti sardin satu...ha3...



tips ke-5
MINUM BANYAK AIR
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka.Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

patutlah kulit muka aku, lps ambil air sembahyang je..mst kering...lps tu aku ni jenis susah nk buang air...minum air pun x lah sampai 1000 liter..lps ni kena minum air bnyak lh...masalahnye bukan apa, mst lps minum asyik nk membesehje...tu yang malas nk minum banyak2 air...


tisp ke-6
MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

bukan nak cakap apalah...aku ni, walau pun ubat tu dah ada atas meja solek siap ngan air..aku blh pandang sebelah mata je...mcm x de perasaan nk telan ubat...ni apatah lagi vitamin...buat koleksi jelah agaknye...sikap ni kena ubah...  
 
 
 
p/s: ada lagi 2 tips...memandangkan cuaca panas...
aku dah nk rasa migrain...kat opis ni pun panas...
adoi hai nak pensan...nak cari tempat sejuk....
huhuhuhu...sambung entry berikutnye nnti...tunggu...

Wednesday

MENGAPA OH MENGAPA??

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan

menyimpan janggut untuk mengamalkan

kepercayaannya...
 

 
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian,

dia dianggap ekstrim dan pengganas?




 

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi

keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan

diri kepada Tuhannya...


 
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan

begitu, dia ditekan?



 

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,

dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk

keluarganya...

 

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu,

mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"




 

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti

dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana

punyai hak dan kebebasan...

 
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai

hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya

ke universiti?




 
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu

bidang, dia dikatakan punyai bakat...


 
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati

Islam, dia dikatakan tak berguna?

 
 

 

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi

membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi

baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan

jenayah, nama Islam turut diadili!



 

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk

melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...


 
...tetapi bila seseorang warga Palestin

melakukannya untuk menyelamatkan diri,

keluarga, rumahtangga dan masjidnya,

dia dikenali sebagai seorang pengganas?



 

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah

dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah

dipertikaikan...

 
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan

kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama

Islamnya!





 
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

 
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung

di dalam Al-Quranul Karim?

 



 
Sampaikan...

jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Saturday

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki 
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada

5. Lelaki yang baik sangka

6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. 





Kegagahan Wanita 
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan
yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
 




Thursday

Nurani Lelaki- Godaan Tubuh Wanita

Lelaki mudah tergoda dengan fizikal wanita. Tak percaya? Cuba perhati apabila ada wanita cantik melintas di depan mata. Jika muka x berpaling pun, tanpa dapat dikawal matanya cepat mengerling.

Tetapi kepada wanita, jangan cepat perasan. Kerlingan lelaki bukan bermaksud mereka berminat atau jatuh cinta. Itu mungkin sekadar kerlingan sesaat bagi memenuhi libido yang sebentar.

Begitupun, wanita perlu tahu bahagian mana tubuh mereka yang boleh membuatkan mata lelaki menjeling dan menggoda nafsu mereka?

BADAN ATLETIK
BAgi lelaki, badan atletik (bukan bermaksud otot-otot) dianggap sihat dan mampu menjadi seorang ibu yang baik. Wanita tegap tentu sekali boleh melindungi dirinya daripada bahaya.

PAYU DARA PADAT DAN BERISI
Payudara wanita yang paling indah pada pandangan lelaki ialah dalah usia 20an. Cubalah perhatikan ayiknya lelaki apabila mengamati gambar2 wanita muda dimajalah atau iklan. Begitupun, bentuk payudara seperti ukuran besar atau kecil bukanlah hal yang penting.

Selain itu, menurut para pengkaji, disekitar puting wanita ada bahagian yang disebut aerola. Aerola akan mengeluarkan aroma menggoda lelaki semasa berhubungan jenis. Inilah juga disebabkan, lelaki suka bermain-main di sekitar puting isterinya.

KAKI JENJANG
Di mata lelaki, kaki yang jenjang melambangkan kedewasaan seseorang wanita. Dan, biasanya wanita pula sering mengeksploitasi bahagian tubuh ini dengan memakai seluar ketat atau skirt pendek. Tujuannya untuk menunjukkan kakinya yang panjang ala model.

PUNGGUNG BULAT
Lelaki memang sukar mengawal nafsunya daripada mengerling punggung wanita yang montok. Punggung montok wanita seperti elektrik, ada tarikan sendiri.

PINGGANG RAMPING
Pinggang ramping bak biola. Wah! ini yang selalu didambakan wanita. Tak mengapa terseksa pakai korset, diet malah pembedahan plastik asalkan lemak di pinggang dapat dihindari.

PERUT RAMPING
Bagi lelaki, perut ramping menandakan wanita itu pandai mengurus diri. Ia juga tanda wanita itu masih gadis, sekain menjadikan mereka tetap cantik walau berpakaian apa pun.

Sekali lagi, walaupun wanita memiliki semua keistimewaan berkaitan tidak semestinya mereka menjadi pilihan lelaki. Bentuk fizikal itu hanya godaan sesaat. Selepas beberapa minit, lelaki akan mula menilai hal-hal lain.