Assalamualaikum w.b.t.....
Aku mendengar azan berkumandang
Tapi aku leka dibuai hiburan
Aku tangguhkan solatku di akhir waktu
Aku mengadapmu dengan fikiran celaru
Kusyuk ku hilang dalam angan-angan
Hidupku selalu dalam kelalaian
Apabila senang aku punya ramai kawan
Aku lupa tentang dosa
Kewajipan padamu kian menipis
Apabila susah aku mencariMu
Aku tahu Engkau sentiasa menunggu
Mendengar suaraku merayu
dan Kau hiburkan kembali hatiku
Kemudian aku terleka kembali
Aku memang sangat hina
Maksiat dimataku bermaharajalela
Iman ku senipis kulit bawang
Aku menzalimi diriku sendiri
Tanpa perlu dipaksa-paksa
Aku sering lupa tentang amanah
Aku sering lalai menunaikan janji
Dan aku cuai melakukan ibadah
Ya Allah
Aku memang tidak layak untuk Syurga Firdaus Mu
Juga tidak layak untuk Syurga Al-Ma'wa, Syurga Al_khuld
Syurga Al-Na'im, Syurga 'Adn, Syurga Dar Al-Salam dan Syurga Dar Al-Jalal
Namun Ya Allah
Aku tidak sanggup menyemarakkan lagi api nerakaMu
Janganlah Kau tempatkan aku disana
Walaupun cuma di Neraka Lazho
Ya Allah
Jangan Kau biarkan aku
Berterusan dalam kesesatan
Kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu
Aku hambaMu yang buta
Tidak dapat melihat cahaya kebenaran
Ampuni aku Tuhanku
Izinkan aku menghirup udara SyurgaMu.....
Haramkan aku melintasi NerakaMu.....
Wallahualam...
Wednesday, January 19, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Gelas Separuh Kosong
Assalamualaikum w.b.t.......
Sekian....:)
Anda pernah ditanya dengan soalan..."Gelas itu separuh kosong atu separuh penuh?".....Ramai orang pernah terbaca atau mengalami situasi ditanya seperti itu...Malah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pun pernah ditanya begitu oleh rakan facebook beliau.........persoalannya...kenapa...kenapa soalan itu begitu.....?
Secara logiknya.....mmg la gelas itu separuh penuh...penuh dengan apa.....dengan air barangkali....kalau kita minta seseorang menuangkan air untuk kita dan kita cuma mahukan separuh...separuh apa?separuh gelas itu diisi dengan air lah kan.......hmmmm
Tapi lebih daripada itu soalan ini berkait rapat dengan ilmu psikologi.......sekiranya anda menjawab "separuh dipenuhi oleh air" maka anda sebenarnya adalah seorang yang positif..........jika anda jawab "separuhnya adalah kosong" maka anda adalah seorang yang negatif......
Positif atau negatif yang dimaksudkan di sini bukan lah bererti anda seorang yang baik atau jahat,tapi cara anda memandang sesuatu perkara yang berlaku pada diri anda.....jika anda seorang yang positif maka semua masalah yang anda hadapi akan dapat diselesaikan dengan baik.....begitulah sebaliknya......begitu juga kalau anda disuruh oleh bos anda untuk melakukan perkara yang tak pernah anda buat,anda akan mengambilnya sebagai cabaran,bukannya menentang....
Ada banyak lagi perkara yang melambangkan keperibadian kita,,,,contohnya kalau kita bersin dengan kuat,maknanya kita seorang yang yakin pada diri sendiri......kalau kita jalan sambil menundukkan kepala,mungkin kita seorang yang suka merendah diri/pemalu......lagi?
Sekian....:)
Thursday, January 13, 2011
Kalau ada jodoh bertemu juga,,,,,
Assalamualaikum w.b.t......
Cerita dipetik daripada Mega Utusan Malaysia hari ini....
Orang Ikhlas Itu Kuat
Cerita dipetik daripada Mega Utusan Malaysia hari ini....
Orang Ikhlas Itu Kuat
Orang yang ikhlas orang yang kuat!Ikhlas itu adalah rahsia Allah dengan hambaNya,yakni manusia.Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas para manusia. Malah syaitan tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan dan syaitan juga susah dan takut hendak hendak mendekati mereka yang segala perbuatannya menginginkan keredhaan Allah.(rujuk surah Sad ayat 79-83).
Ada satu kisah yang ingin dikongsi berkaitan dengan keikhlasan.Ada seorang jejaka terjumpa sebuah buku di taman.Dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya dan juga tertera 'Aisyah yang sedang mencari sahabat hati'.
Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku kepada si gadis misteri itu.Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan jejaka itu dan berterima kasih kerana memulangkan buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang.Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.
Pada suatu hari,si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara.Maka dia mengutus surat kepada si gadis yang berbunyi "Kalau Allah panjangkan jodoh kita dan kamu masih sayang kepadaku,kita akan berjumpa suatu hari nanti.Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah.Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.Setelah itu izinkan aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".
Selang beberapa tahun,pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara,si gadis yang setia itu menuggu kepulangan buah hatinya,sambil memegang sekuntum mawar merah.
Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu.Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
Tiba-tiba si jejaka ternampak gadis yang gemuk,hitam dan berjerawat duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.
Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah.Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah.Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza daripada imaginasinya.
Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa,Aisyah?Gadis itu melihat ke arah jejaka dan tersenyum ceria.Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "Aku amat merinduimu,terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku.Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu".
Si gadis tersenyum lagi dan berkata:"Aku tidak tahu apa yang terjadi.Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi.Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menuggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".
Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini?Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah.Masihkah wujud lagi lelaki seikhlas dan seluhur jejaka itu?
Hmm jawapan ehhhh.....seperti kata omak kepado kawan den:"Mano nak ambikkkkkk"........tapi pempuan pun samo yo........Untuk menjadi orang yang ikhlas dan kuat hendaklah kita bersihkan niat kita dalam melakukan semua perkara.Sucikan hatimu.......ok.
Wallahualam......:)
Itu tandanya orang nampak awak....huhu
Assalamualaikum w.b.t.....
Di sebuah kawasan yang dinamakan pasar@tempat orang kampung membeli ikan/sayur/ayam untuk dimasak.....
(Situasi 1)
Cik Akak: Eh...ada dia lagi kat sini
Saya:Ada.......
Cik Akak:Bila balik??
Saya:Erk........(tak paham soalan)........memang dok sini.......
Cik Akak:Kan haritu g KL........
Saya:Oooooo.....g jenjalan jer....(dh lamo dah balik....)
(Siapakah Cik Akak itu......hmm mcm pernah nampak...tp di mana ya?kekekeke)
(Situasi 2)
Cik Abang:Bila nak nikah??
Saya:Hah????
Cik Abang:Bila nak nikah?
Saya:Erk.....(kompius....)...(selalu org tanya bila nak kawin)......jawab:hahahahahahaha tak tau lah lagi
(terpaksa bagi jawapan yg tak berapa lengkap sebab terkejut nak jawab....)patut kena tambah lagi......belum sampai jodoh...kalau sudi...tolong lah carikan.....huahuahua......
(Siapakah Cik Abang itu??........2 tahun saya dok kampung ni dan mmg selalu jumpa dia....baru harini dia tegur.....hahaha)
p/s:roadtax baru dah sampai....baru semalam buat payment ngan MyEg....cepat betul.......
Di sebuah kawasan yang dinamakan pasar@tempat orang kampung membeli ikan/sayur/ayam untuk dimasak.....
(Situasi 1)
Cik Akak: Eh...ada dia lagi kat sini
Saya:Ada.......
Cik Akak:Bila balik??
Saya:Erk........(tak paham soalan)........memang dok sini.......
Cik Akak:Kan haritu g KL........
Saya:Oooooo.....g jenjalan jer....(dh lamo dah balik....)
(Siapakah Cik Akak itu......hmm mcm pernah nampak...tp di mana ya?kekekeke)
(Situasi 2)
Cik Abang:Bila nak nikah??
Saya:Hah????
Cik Abang:Bila nak nikah?
Saya:Erk.....(kompius....)...(selalu org tanya bila nak kawin)......jawab:hahahahahahaha tak tau lah lagi
(terpaksa bagi jawapan yg tak berapa lengkap sebab terkejut nak jawab....)patut kena tambah lagi......belum sampai jodoh...kalau sudi...tolong lah carikan.....huahuahua......
(Siapakah Cik Abang itu??........2 tahun saya dok kampung ni dan mmg selalu jumpa dia....baru harini dia tegur.....hahaha)
p/s:roadtax baru dah sampai....baru semalam buat payment ngan MyEg....cepat betul.......
Wednesday, January 12, 2011
Aku mahu lena
Assalamualaikum w.b.t......
Tidurkan aku
Di malam yang tenang
Bertemankan bintang bergemerlapan
Berselimutkan sejuk yang nyaman
Sebelum aku terlena
Mimpikan aku tentang nikmat kehidupan
Aku inginkan kejayaan
Aku inginkan kekayaan
Aku inginkan ramai teman
Namun
Wajarkah aku tidur dengan lena
Hingga semua mimpi menjadi kenyataan?
Ya Tuhan
Lenakan aku dalam cahaya keimanan
Agar tidak terpencong perjalanan
Agar aku ditetapkan tujuan
Ya Tuhan
Hapuskan segala angan-angan
Bangkitkan aku dari kegelapan
Agar dapat kulihat yang kelam menjadi terang
Ya Tuhan
Pandulah aku ke jalanMu
Tetapkan keyakinanku
Kuatkan semangatku
Tingkatkan kesabaranku
Bantulah aku......Berilah aku perlindunganMu
Tidurkan aku
Di malam yang tenang
Bertemankan bintang bergemerlapan
Berselimutkan sejuk yang nyaman
Sebelum aku terlena
Mimpikan aku tentang nikmat kehidupan
Aku inginkan kejayaan
Aku inginkan kekayaan
Aku inginkan ramai teman
Namun
Wajarkah aku tidur dengan lena
Hingga semua mimpi menjadi kenyataan?
Ya Tuhan
Lenakan aku dalam cahaya keimanan
Agar tidak terpencong perjalanan
Agar aku ditetapkan tujuan
Ya Tuhan
Hapuskan segala angan-angan
Bangkitkan aku dari kegelapan
Agar dapat kulihat yang kelam menjadi terang
Ya Tuhan
Pandulah aku ke jalanMu
Tetapkan keyakinanku
Kuatkan semangatku
Tingkatkan kesabaranku
Bantulah aku......Berilah aku perlindunganMu
Saturday, January 8, 2011
Taubat:Kemuliaan hati seorang Pelacur
Assalamualaikum w.b.t......:)
Pada zaman Nabi Isa a.s,kemiskinan dan kebuluran berleluasa kerana Palestin diperintah dengan zalim oleh tentera Rom. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan makanan dan menangani kemiskinan. Ada ibu yang terpaksa menjual anak demi sesuap makanan. Pelacuran juga semakin berleluasa demi mendapatkan makanan.Kaum lelaki ramai yang menghilangkan diri.Maka tinggallah kaum wanita untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak dalam suasana yang sukar. Hanya ketabahan dan keyakinan penguat semangat mereka.
Suatu ketika,seorang wanita muda melangkah dengan lemah.Dia sangat lapar dan haus. Dia menawarkan diri kepada sesiapa sahaja,walau dengan harga yang murah,hanya untuk membeli makanan. Apabila ia lalu di jalanan,semua orang menjauhkan diri.Mereka mengejeknya.Mereka jijik melihatnya. Namun,dia tidak peduli.Dia sudah biasa dihina.Penghinaan masyarakat menjadikannya tabah.
Wanita muda itu terus berjalan.Tenaganya semakin leah.Dadanya semakin sesak.Perutnya semakin berbunyi.Tekaknya juga sudah kering.Terik mentari semakin membakar tubuh namun dia tidak berhenti.
Dalam pandangannya yang samar-samar melalui kepulan debu, dia ternampak sebuah perigi di pinggir sebuah desa.Hatinya berbunga-bunga.Dia lantas mendekati perigi itu dan duduk di tepi perigi yang semak itu.
Wanita muda itu menjenguk ke dalam perigi.Rupa-rupanya air perigi tidak dalam.Hanya ada sedikit air sahaja di dasar perigi tersebut.Bagaimana aku hendak mengambil air itu?Sudahla perigi curam,fikirnya.Dia duduk sambil berfikir.
Selepas itu dia mendapat idea.Dia membuka tali yang mengikat perutnya.Dia juga membuka sebelah kasut buruknya.Kemudian dia mengikat kasutnya dengan tali tersebut.Perlahan-lahan,kasut itu dihulur ke dalam perigi.Dengan berhati-hati,dia mencedok air yang cetek di dalam perigi tersebut.Dengan segala susah payah,akhirnya adalah juga sedikit air masuk ke kasut buruknya itu.Dia menarik kasutnya naik dengan penuh waspada.Air yang sedikit itu sahajalah boleh dibuat penghilang dahaga.
Tiba-tiba dia berasa bajunya ditarik-tarik dari belakang.Ketika dia menoleh,dia melihat seekor anjing yang terjulur lidahnya.Anjing itu juga sedang haus.Wanita itu serba salah.Tekaknya telah terbakar kehausan sedangkan anjing itu juga begitu.
Wanita itu sudah berkira-kira hendak meminum air itu tetapi tidak sempat kerana melihat rintihan si anjing.Dia berasa kasihan lalu menghulurkan air itu kepada anjing itu.Anjing itu pun meminum air itu hingga habis.Tiba-tiba wanita itu jatuh terkulai dan meninggal dunia.
Para malaikat turun ke bumi.Malaikat Atid sibuk mencatat manakala malaikat Malik dan Ridwan saling berebut sama ada mahu membawa wanita itu ke syurga atau ke neraka.Akhirnya persoalan itu dipersembahkan kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah...sudah semestinya pelacur itu mendapat seksaan di neraka kerana sepanjang hidup dia menentang laranganMu,"kata malaikat Malik.
"Tidak!"bantah malaikat Ridwan.
"Ya Allah...bukankah hambaMu itu ikhlas membantu anjing yang kehausan sedangkan dia sendiri sangat haus?"kata malaikat Ridwan.
Allah lalu berfirman:"Kamu benar wahai Ridwan.Wanita itu telah menebus dosanya dengan mengorbankan nyawa sendiri demi makhlukKu yang lain.Bawalah dia ke syurga.Aku meredhainya...
Malikat Ridwan berasa gembira.Dia pun membawa wanita itu ke syurga.Lalu bergemalah suara takbir.Para malaikat berbaris memberi hormat kepada wanita itu.
*Ada pelbagai sebab yang tidak kita ketahui yang membolehkan seseorang itu dapat masuk syurga.Hanya Allah yang berhak menentukannya.Jangan memandang hina kepada manusia lain jika anda yakin anda kaya dengan pahala.Jika kita berasa lega kerana tidak pernah melakukan walau satu dosa,maka hendaklah kita khuatir dengan sifat ujub@kesombongan.
Sumber:KeranaMu aku berubah:Ruhana Zaki....:)
Wallahualam....
Sunday, January 2, 2011
Dia atau dia?
Assalamualaikum w. b.t.......
Ish,berdebar jantung nih menghalau kucen yg tiba2 melintas ganas....kucen jantan ngan betina la,,,si ayu n si singa.....musim mengawan kot sekarang ni,,,,huhu....boleh tak cakap ngan kucen cmni..."ko jgn asik nak beranak jer eh,,,,beranakkkk jer mati anak kau,,,bukan tau jaga pun,,,,,aku ni umo dah berapa pun belum pernah beranak lagi,,,huahuahua....."ok,stop!
So harini 2 jan 2011,,,,cepat jer eh masa berlalu....sebelum ni rasa lambat jer,,hehe...semoga tahun ni memberikan semangat yang baru kepada kita semua untuk menempuh kehidupan dengan lebih baik,,,,mana2 perkara yang tak elok tu,tinggalkan lah,,,,,mana2 perkara baik yg belum pernah dibuat tu,cuba2 lah buat,,,,,,,yang penting ikhlas.......selalu cemburu pada orang yang mendapat hidayah daripada Allah,,,,,,,kalau dapat hidayah maknanya kita berubah ke arah yang lebih baik lah kan,,,,,betapa Allah tu menyayangi hambaNya,,,,,,,sehina2 kita pun Dia masih bagi peluang untuk kita berubah...kan?
Tahun baru biasanya dikaitkan juga dengan azam...azam tahun baru...tp malas nak pikir pasal azam...yg pasti nak buat benda2 baik jer,,,tak kesah la untuk diri sendiri atau orang lain,,,,,,semoga niat ini akan seiring dengan perbuatan,,insyaallah......
Berbalik kepada Dia atau dia,,,yang mana satu pilihan saya......dia kukenali suatu ketika dahulu,,,dan Dia kukenali semenjak akal mula mampu berfikir.....dia juga mula kekenali melalui nafsu mata........ibarat jatuh hati pandang pertama,,,,bukan jatuh cinta.......dari mata turun ke hati........hati mula berbicara,,,,wajah dia terbayang tiap ketika.....sehari tidak dapat melihat dia,terasa hidup seperti tidak lengkap....tapi dari hari ke hari,tiada apa yang memberansangkan yg berlaku antara saya dan dia.....hampir berputus asa,,,,,,,,,,,dan akal mula berfikir di mana silapnya..........tiba2 saya mengingati Dia.......rupa2nya saya terlupa akan Dia disaat saya mengenali si dia.........saya kembali kepada Dia.....walaupun wajahNya tidak dapat dilihat,tetapi saya tau Dia tetap memerhatikan dan melindungi saya walau di mana saya berada.......setiap pengharapan saya kepada Dia pasti akan dimakbulkan,lambat atau cepat bukan masalah......kini tiada apa lagi yang saya fikirkan.......tidak perlu berharap jawapan daripada si dia kerana Dia pasti akan menghidangkan yang terbaik buat saya......insyaallah.....
Wallahualam....
Subscribe to:
Posts (Atom)