Thursday, January 13, 2011

Kalau ada jodoh bertemu juga,,,,,

Assalamualaikum w.b.t......

Cerita dipetik daripada Mega Utusan Malaysia hari ini....

Orang Ikhlas Itu Kuat

Orang yang ikhlas orang yang kuat!Ikhlas itu adalah rahsia Allah dengan hambaNya,yakni manusia.Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas para manusia. Malah syaitan tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan dan syaitan juga susah dan takut hendak hendak mendekati mereka yang segala perbuatannya menginginkan keredhaan Allah.(rujuk surah Sad ayat 79-83).

Ada satu kisah yang ingin dikongsi berkaitan dengan keikhlasan.Ada seorang jejaka terjumpa sebuah buku di taman.Dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya dan juga tertera 'Aisyah yang sedang mencari sahabat hati'.

Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku kepada si gadis misteri itu.Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan jejaka itu dan berterima kasih kerana memulangkan buku yang hilang itu.

Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang.Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.

Pada suatu hari,si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara.Maka dia mengutus surat kepada si gadis yang berbunyi "Kalau Allah panjangkan jodoh kita dan kamu masih sayang kepadaku,kita akan berjumpa suatu hari nanti.Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah.Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.Setelah itu izinkan aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".

Selang beberapa tahun,pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara,si gadis yang setia itu menuggu kepulangan buah hatinya,sambil memegang sekuntum mawar merah.

Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu.Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.

Tiba-tiba si jejaka ternampak gadis yang gemuk,hitam dan berjerawat duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.

Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah.Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah.Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza daripada imaginasinya.

Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa,Aisyah?Gadis itu melihat ke arah jejaka dan tersenyum ceria.Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "Aku amat merinduimu,terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku.Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu".

Si gadis tersenyum lagi dan berkata:"Aku tidak tahu apa yang terjadi.Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi.Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menuggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".

Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini?Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah.Masihkah wujud lagi lelaki seikhlas dan seluhur jejaka itu?

Hmm jawapan ehhhh.....seperti kata omak kepado kawan den:"Mano nak ambikkkkkk"........tapi pempuan pun samo yo........Untuk menjadi orang yang ikhlas dan kuat hendaklah kita bersihkan niat kita dalam melakukan semua perkara.Sucikan hatimu.......ok.

Wallahualam......:)

1 comment: