Showing posts with label aktiviti cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti cuti sekolah. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Aktiviti di Dataran Putrajaya Part 2

Assalamualaikum w.b.t.......

Selamat bersantai di hari minggu wahai para sahabat.......

Malam tadi saya pergi Dataran Putrajaya..sesapa yang taktau kat mana tu, dataran putrajaya ni yg dekat Masjid Putra bersebelahan dengan Putra Perdana (ofis PM), Presint 1....

Kawasan tu memang jadi tumpuan para pelancong untuk ambil gambar. Pada suatu ketika ia menjadi tumpuan para peniaga untuk menyewakan dan menjual alat permainan untuk kanak2...sebab tempat tu sangat sesuai untuk aktiviti santai keluarga. Boleh rujuk kat sini.

Tapi baru2 ni aktiviti permainan dan perniagaan di Dataran Putra dilarang/diharamkan. Ada notis diletakkan. Saya tak pasti sebab apa. Dekat2 pukul 10 mlm, semua lampu di tutup....kalo dah tutup lampu tu paham2 lah kan...sila lah tinggalkan kawasan. Jalan nak masuk pun ditutup.

Walaubagaimanapun ia mungkin inisiatif yang baik untuk menjaga keharmonian kawasan yang terletaknya sebuah Masjid yang gah. Yela kan, kdg2 org datang sana untuk bersantai jer, tapi bilangan yang masuk Masjid tak seramai yang dok main2 kat luar tu....Taktaulah apa alasan sebenar untuk menghalang aktiviti permainan, tapi bagus jugak kan, mak bapak takyah pening kepala nak kuarkan duit kalo anak merengek nak main itu ini, haahahaha..


Tuesday, December 17, 2013

Sungai Tekala, Kajang Selangor

Assalamualaikum w.b.t....

Hai readers......semoga sihat hendaknya...

Tak lama lagi sekolah akan dibuka kembali. Para ibu bapa mesti masih lagi dalam program membawa anak2 berjalan sempena cuti sekolah ni. Kalau cuaca elok boleh la bawa anak2 mandi manda di sungai dan air terjun. Baru2 ni saya ada pergi ke Sungai Tekala, Kajang.....hmm best gak dan sangat sesuai untuk kanak2 memandangkan airnye yang cetek dan arus tidak deras. Tak macam Ulu Yam yang saya rasa agak bahaya untuk kanak2.

Di bawah adalah beberapa keping gambar untuk rujukan: :)

Dibuka setiap hari. Bayaran RM1 (dewasa) dan 50 sen untuk kanak2

Masuk tempat orang, kena ikut peraturan ye.....


Bayaran masuk mungkin untuk penjagaan kebersihan. Rakyat Malaysia masih lagi tidak sensetif tentang kebersihan di tempat awam. Kalau semua orang pandai jaga kebersihan, mungkin tak payah bayar kot, even untuk masuk toilet..... MUNGKIN LAA...


Biasalah sungai...tempatnya dalam kawasan hijau....banyak pokok2.....nyamuk tkde kot (sebab tak kena gigit haritu...hehe)...binatang2 lain ada la......but don't worry....ada orang jaga...kan dah bayar masa masuk....


Camni lah area yang sesuai untuk kanak2 dan juga dewasa......tidak terlalu cetek untuk dewasa dan tidak terlalu dalam untuk kanak2.....


Sejukkkkk...kat atas ada lagi..tapi saya tak naik sampai atas...ni area pertengahan....

Pondok2 disediakan untuk letak barang2 dan lepak.......

Sungai Tekala ni terletak kat Jalan Sungai Lalang....masa pergi tu terlajak jugak....actually kat Masjid ada traffic light kena belok kiri untuk Jalan Sungai Lalang.

Jangan terkejut kalau korang jumpa beratus2 ekar kubur Cina dan kristian yg terdiri daripada Semenyih memorial Park, nirvana dan perkuburan kristian sebelum sampai ke Sungai Tekala........