Showing posts with label Maybank2u. Show all posts
Showing posts with label Maybank2u. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Awas Maybank Scam

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers :)

Lately saya terima banyak emel yang kononnya dari Maybank..diorang cakap ada problem ngan akaun la...account deactivate la....suruh sahkan akaun la....macam2....tapi saya tak layan pun delete je.....sebab sebelum ni pun dah banyak terima emel yang macam tu.....dan ada jugak terbaca yg org lain menasihatkan supaya jangan layan benda2 macam tu...Its a scam...penipuan....diorang bukan hanya guna nama Maybank...semua bank pun ada....hmmm....

Tapi hari ni lain pula ceritanya....bukan setakat dapat emel, malah dapat call....camni diorang call:

Scam: Selamat pagi cik, saya buat panggilan daripada bahagian pengesahan Maybank..cik ada menggunakan kad bla bla bla bla kan?Saya nak buat pengesahan.

Saya yang walopun tengah blur masa menerima panggilan bersyukur kerana masih waras untuk menjawab panggilan itu..

Saya: Awak dari mana?

Scam: Bahagian pengesahan Maybank. Saya nak sahkan kad cik

Saya: Saya boleh buat pengesahan di Maybank.. (marah)

Scam: Kalau macam tu kami akan blok kan kad atm cik, dan cik kena pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 petang ni.

Saya: Ok, terima kasih. Saya boleh pergi.

Panggilan tamat. Tapi dalam hati saya cakap mcm ni "alamak betul ke kena blok?"aduhhhh takkan nak kena g Maybank.

My friend cadangkan I call Maybank customer service. Nombornye tertera di kad atm. So I pun call la cakap dengan operator....

Saya: Cik, tadi saya dapat panggilan daripada private number nak buat pengesahan kad atm...dan minta saya pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 ptg ni sebab kad dah kena blok. Betul ke tu?

Maybank: Bleh bagi no IC cik. Saya nak semak.

Saya: Boleh...(dan bagi nombor IC)

Maybank: Ok...buat pengetahuan cik, itu bukan orang Maybank yang call...itu scam....cik takde bagi apa2 maklumat kan?

Saya: Hmm takde. Habis yang dia cakap kad saya kena blok tu macam mana.

Maybank: Tak (dah check)....diorang tak boleh blok kan kad cik sebab itu bukan panggilan dari Maybank. Akaun cik selamat dan tidak diblok.

Saya: (Alhamdulillah)...Terima kasih ye.....:)

Itu sekadar perkongsian. Kadang2 kita tak bersedia menjawab panggilan org2 yang tidak dikenali. Just remeber in your mind...kalo ape2 yang melibatkan akaun bank, bank2 berkenaan TIDAK AKAN sesekali menghubungi anda melalui telefon mahupun emel. Mereka akan memberikan notis atau surat yang meminta anda datang sendiri ke cawangan2 bank.

Jadi, awas!Jangan tertipu dengan scam.....habislah nanti duit korang kalo mendedahkan maklumat peribadi korang....hmm...ok?


Tuesday, September 3, 2013

Personal loan dan Maybank2u

Assalamualaikum w.b.t......

Hi.....hehe...

CumA nak kongsi tentang kelayakan membuat pinjaman peribadi di RHB......Jika anda mmpunyai gaji pokok RM1500 + elaun tapi epf hanya dipotong berdasarkan gaji pokok.......so anda berada di bahagian yang tepat2 jer untuk melayakkan anda mmbuat pinjaman di RHB................jumlah pinjaman pula hanya RM3000.....jadi pastikan elaun2 anda turut mengambil tempat untuk dipotong ke epf untuk membolehkan anda membuat pinjaman lebih daripada itu ok......ooo ok ni untuk staf swasta je........

Dan salah satu faktor yg melayakkan anda untuk mmbuat pinjaman yang lebih byk adalah anda mesti mempunyai hutang2 lain...seperti hutang kereta ke rumah ke credit card ke........jika anda dah byr habis semua hutang.......jangan fikir anda boleh mmbuat pinjaman yg banyak.......haaaa korang percaya tak......aku igtkan kalo tkde hutang lagi senang nak pinjam byk2 tp rupenye tidakkkkkkk.......aduiiiiiii apa ntah polisi diorang ni....jd berhutang lah.....dan tambah hutang lg ok........

Ok...tentang Maybank2u...apa ntah yg berlaku pada hari ini (3 Sept 2013).....bila dah dpt TAC number untuk proceed transfer money...tiba2 dia tanya...."What is your father's name?.....off course la aku jawab nama bapak aku kan.........tp ada ke dia cakap..."wrong"?...takkan la aku letak nama bapak org lain kot.......walopun bapak aku dah arwah tapi namanya masih tertera di kad pengenalanku ok.....huh

Lepas tu dia tanya pulak nama atok aku punya nickname...apa ke benda lahhhh ni....mano lah den tau nickname atokkkk den.........den panggil atok yo...........lagi sekali dia ckp "wrong"...lepas to terus kena "locked out" bukan "log out" tau......sakitnye jiwa ragaku...................so I called their service centre..............dan jwb mesinnye.........."maybank2u sedang mengalami masalah...sila cuba sebntar lagi..."sakit jiwa sekali lagi...........abis akaun dh kna lock cmne?????kna la delay kan pemindahan wang...dan contact customer service lagi....dan lagi............aduiii!