Sunday, April 19, 2015

Aktiviti di Dataran Putrajaya Part 2

Assalamualaikum w.b.t.......

Selamat bersantai di hari minggu wahai para sahabat.......

Malam tadi saya pergi Dataran Putrajaya..sesapa yang taktau kat mana tu, dataran putrajaya ni yg dekat Masjid Putra bersebelahan dengan Putra Perdana (ofis PM), Presint 1....

Kawasan tu memang jadi tumpuan para pelancong untuk ambil gambar. Pada suatu ketika ia menjadi tumpuan para peniaga untuk menyewakan dan menjual alat permainan untuk kanak2...sebab tempat tu sangat sesuai untuk aktiviti santai keluarga. Boleh rujuk kat sini.

Tapi baru2 ni aktiviti permainan dan perniagaan di Dataran Putra dilarang/diharamkan. Ada notis diletakkan. Saya tak pasti sebab apa. Dekat2 pukul 10 mlm, semua lampu di tutup....kalo dah tutup lampu tu paham2 lah kan...sila lah tinggalkan kawasan. Jalan nak masuk pun ditutup.

Walaubagaimanapun ia mungkin inisiatif yang baik untuk menjaga keharmonian kawasan yang terletaknya sebuah Masjid yang gah. Yela kan, kdg2 org datang sana untuk bersantai jer, tapi bilangan yang masuk Masjid tak seramai yang dok main2 kat luar tu....Taktaulah apa alasan sebenar untuk menghalang aktiviti permainan, tapi bagus jugak kan, mak bapak takyah pening kepala nak kuarkan duit kalo anak merengek nak main itu ini, haahahaha..


Saturday, April 4, 2015

Lawak GST

Assalamualaikum w.b.t......

Apabila pelaksanaan GST berkuatkuasa 1 April 2015...Mcm2 cerita keluar..itu ini begitu begini...dari sebelum, ketika dan selepas......

Nak dijadikan cerita,suatu hari rushing pergi beli beras kat sebuah tempat membeli belah..nak beli beras biasa/tempatan yg 5 kg jer,,,,,cari2 tak jumpa...ok pergi kat pusat beli belah yg lain...takde jugak.....erk ape ni, semua orang borong beras 5kg ke?beras naik harga ke slps GST?Semua org buat stok beras ke kt rumah?yg tinggal cuma 10kg jer....harga?semua mahal2....capai je la......lepas byr...sampai rumah check resit....ha?beras 10kg RM45???dalam hati "penangan GST ke ni, beras pun naik harga ke?patut ke?"...marah la konon.....

Harini baru nak masukkan beras tu dalam bekas.....baru perasan kat plastik beras tu.....erk?beras wangi?erk Thailand?ehhh gred AAA?CISS patut la mahal...salah amik rupenya.....terambil beras wangi Thailand gred AAA....OMG...

Harga rm45 tu boleh beli 20kg beras biasa tau tak,huh! hmm takpe la sesekali dpt mkn beras mahal kan....makan je la.....tp kalo buat nasi goreng tak sedap tau, lembut sgt!Lame lagi nak abis beras ni, 2-3 bulan gak ni....... sabar je la nak tgu beli lain!!!maklumlah perut org miskin, mana thn mkn beras wangi, tak kenyang,,,,huhu...