Mula-mula sekali nak tanya, ada sesiapa pernah 'Dine In' tak pon pergi kt mana2 restoran Domino Pizza tak?..
Ceritanya semalam la, Masha n Mr.EverDale sesaje le nak try kan dinner kat Domino Pizza (DP), sebab dh boring plak asyik makan kat Pizza Hut (PH) je kan. Sebenarnya Masha bukannya tak pernah makan DP ni, just before this selalu order melalui phone call je, tak pernah la makan kat kedai kan. So, semalam la nk try. Kitaorang pon pergi la DP dekat Ampang Point kan. Masuk2 je Masha pon terus la pergi kt kaunter, sebab tengok2 sekeliling, kalau duduk kat meja tunggu order, memang tak de sape nk serve kot. Then Masha discuss la dengan Mr.EverDale, pastu kitaorang pon order le ape2 yang patot kan.
Masha ni kalau pergi PH , yang menjadi peveret mestilah Spicy Chicken Wings dia kan, then tengok kt menu DP ade Chicken Wings, teros la nak order kan..huhu..tanya2 je, cashier tu cakap dh abes..tak dapat la order, then tukar le order BBQ Chicken Stick. Then pas bayar2 sume, sekali cashier tu mintak no phone Masha le kan. Masha pon pelik le jugak, die nak ngorat Masha ke..hehe..pas2 tanya dia, dia cakap nak simpan untuk record dia, then kena la bagi nama sekali. hehe, kelakar plak. Memang nampak sangat la tak pernah makan kt DP, yela kan, kalau korang pon mesti pelik kan, nak order pon kena mintak no phone n nama ke.. kalau order by call, yela kan..tapi ni order kt kedai kot..huhu..
Ok la, dh order kitaorang pon duduk le, kt sit. de la dalam 4 pasang sit je kot kat situ, memang kecil la tempat dia., tunggu dalam 15 minit kot, then orang tu panggil "Miss Masha please, order dah siap"...urmm?..Masha pon pelik sekali lagi, sebab kena ambil makanan sendiri ok.. takpe2, then dapat makanan pon semua dalam plastik dan dalam kotak ok.,memang macam nak 'Take Away' la gamaknya. huhu..tak pernah la Masha tau DP memang serve camni rupa2nya..ke memang Masha sorang je xtau..huhu..xpe la..So far, pizza dia memang boleh tahan, dapat rasa la cheese dia, n paling best Garlic Bread dia, besar kot n sangat lembut..kalah PH..yang makanan leh puji la..hehe..
Setelah tengok resit ..baru la Masha tau, DP ni takde tax pon, either government tax or service tax pon.. dan DP siap bagi Coupon Discount lagi RM 9.00 ok..(",)..Ooooo...Patut la takde orang serve kitaorang time tu..huhu..pa pe pon, DP ok la..n kalau dia buat cam PH pon ok gak kot, tak kesah la kne tax ke, janji service best.So..tu je la nak Masha ceritakan pengalaman makan di restoran DP..(^_^)