Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

DIY- Cara Membuat Ribbon Rose (Cara 2)

As-salam,

Kali ni Masha nak ajar satu lagi cara nak buat ribbon rose..yang ni mudah sikit dari yang previously Masha ajar dulu (Cara 1). Ok..tanpa membuang masa, kita mulakan sesi pembelajaran arini:
  • Mula-mula sediakan bahan-bahanya seperti berikut: Gunting, Gam UHU, Ribbon Satin, Kain Felt (potong bentuk sfera)
  •  Kemudian potong Kain Felt seperti dalam gambar di bawah: 
  • Kemudian gamkan pada 1/4 daripada sfera tersebut di kawasan smiley icon
  • Kemudian gamkan Kain Felt itu sehingga bentuk sfera menjadi ala-ala seperti kon
  • Ambil riben dan dihujung riben lipat empat segi dan tinggalkan bekas seperti dalam gambar dibawah. 
  • Gamkan kawasan 4 segi
  • Kemudian ambil semula Kain Felt yang berbentuk kon , dan tampalkan bahagian riben yang telah digam di tengah2 kon tersebut.
  • Biarkan ia kering.
  • Kemudian gamkan di kawasan smile icon berbentuk segitiga.
  • Bawa bahagian kiri riben dan gamkan di kawasan yang telah dibubuh gam tadi.
  • Ulang mengikut arah lawan jam
  • Ulang langkah di atas berulang-ulang kali (gam, tampal gam tampal) tetapi mantain bentuk empat segi seperti dalam gambar.
  • Ulang sehingga riben menutupi ke seluruh kain felt.
  • Apabila sudah sampai ke hujung riben, potong lebihan riben
  • Pusingkan riben ke belakang, dan gamkan lebihan potong riben di belakang.
TARAAA..dah siap..



Boleh dijadikan brooch


Boleh dijadikan headband


Selamat mencuba..Jiayou!!..

Friday, November 7, 2014

DIY- Cara Membuat CupCakes Flags/Banner

As- salam,

Time birthday BAM yang lepas, Masha ada buat beberapa DIY stuf. So, antaranya ialah CupCakes Flag. Ape tu CupCakes Flag?..ala, benda ni sebagai hiasan je, or kadang-kadang untuk cucuk pada buah-buahan..or  after makan boleh buat pengcukil gigi..ye tak..contohnya seperti di bawah ni:




Actually, ade je jual yang dah siap..tapi Masha nk yang printed nama BAM, so di bawah ni ada cara-cara buat step by step:



1. Mula-mula sediakan bahan2 seperti :
  • Pencungkil gigi
  • Kertas Sticker printable
  • Kertas A4
  • Gunting
2. Kemudian susun pencungkil gigi di keliling kertas A4
3. Kemudian tampal sticker printable
4. Final touch, Gunting kawasan sticker mengikut shape yang berkenaan..macam Masha guna round dan square shape je..

Printable sticker

CupCakes Flag



Wednesday, August 13, 2014

Persediaan Sambutan Hari Lahir My Baby Princess Annur Marissa Yang Pertama

As-salam

Salam 16 Syawal 1435H/2014..Semua rasanya masih dalam mood raya kan?. Jemputan ke open House boleh dikatakan every weekend musti ada la..hehe..sama la macam Masha pon..kadang2 penuh schedule, sampai tak sempat nak pergi..

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, pada 26 Julai 2014 / Sabtu / 28 Ramadhan (Lagi sehari nak raya..huhu) yang lepas Masha telah planning untuk menyambut birthday baby princess Masha yang pertama di Ipoh..Mula-mula pening jugak memikirkan majlis ni, sebab ye la jatuhnya pada bulan puasa. Birthday BAM pada 20 Julai 2014, hari Ahad minggu sebelumnya. So, bincang punya bincang dengan Mr. Hubby, so kitaorang decide nak buat kt rumah mak kat Ipoh jela, sebab nanti akan ada banyak budak2 dengan cousin2 BAM lagi..mesti meriah kan..sebab focus utama adalah hendak meraikan BAM dan budak2 je..tetapi, family in law pon nk celebrate di JB juge..so, ktorang buat la di kedua-dua belah (dah macam wedding plak gayanya..huhu)..so barang-barang yang tak habis time event di Ipoh, dibawa ke JB pulak..

So, sebulan sebelum majlis Masha dah buat research dan survey untuk preparation birthday BAM yang pertama kalinya, biar simple tapi meriah (Dah macam majlis pertunangan plak kan, biasa la Masha kan suke DIY & reka macam2 tu yang plan habis ni)..so, di bawah ini ada sample checklist untuk rujukan:

Senarai Checklist Majlis Hari Jadi Baby Annur Marissa (BAM)


1.      Tarikh dan masa : Bulan Puasa :  26 Julai 2014- Sabtu- malam & Bulan Raya : 8 Ogos 2014 - Jumaat-malam

2.      Tempat : Rumah Mak, Tasek Ipoh & Rumah PIL, Senai JB.

3.      Tema : Upin Ipin - Yellow & Turquoise Blue

4.      Jenis dan bentuk kek hari lahir : Chocolate Moist Cake-  Upin Ipin (Sangat sedap ye) & UpinIpin Vanilla Cupcakes . Order kt Dsuehouse Ipoh..
 
5.      Jumlah jemputan : 20 kanak-kanak dan 10 dewasa
6.      Goody Bag :
Kanak-kanak : 20 Bekas
Tupperware : Tampal Sticker - Tempah Sticker Murah ( RM 0.10 sekeping) di fb Tuan Nor Hidayu
Item dalam Bekas Kanak-Kanak (DIY)
- Apollo Roka
- Air Kotak
- Set Stationary
- Apollo Cake
- Lollipop Big Top 
7.      Atur cara majlis
- 7.30 pm – Majlis berbuka puasa bersama-sama family
- 7.45 pm – Solat Maghrib berjemaah & baca doa selamat
- 8- 9.30pm – Majlis potong kek & sambung makan berbuka & sesi bergambar

8.      Permainan dan aktiviti
            - Permainan Rebut Kerusi - Tak jadi buat

9.      Menu makanan dan minuman
      * Candy Buffet Bajet (DIY)
            - Yakult
            - Air Kotak
            - Keropok Rota Potato
            - Appollo Roka
            - Appollo Layered Cake
            - Appollo Mini Wafer
            - Mashmallow
            - Cupcakes Upin Ipin
            - Cake Upin Ipin
            - Paper Blower
            - Party Hat
    * BBQ 
            - Ayam , Sotong, Udang, Daging Kambing Marinated 
            - Dominos Pizza
            - Brownies 
            - Kuih Raya
            
10. Hiasan Untuk Candy Buffet
            - Ballon - Yellow & Blue
            - Kain Lapik Meja & Backdrop - Yellow & Blue
            - Patung Upin Ipin
            - Frame Gambar BAM dan Bunga Hiasan
            - Banner Yellow-Blue (DIY) 
            - Cupcakes Flag (DIY)

11. Dress BAM
      Beli online di fb Sweet Mommy & Baby Collection 
      Turqoise Tutu Dress- 1 year
       

So..inilah sahaja preparation of my BAM big day yang simple but meriah...walaupun ummi penat sangat prepare sume2 mende2 kecik2 nampak simple tapi nak perfect ..janji anak ummi happy..Love ur smile baby...Ummi and Babah always u my dear...Semoga menjadi anak yang solehah, rajin bersolat, dikurniakan kesihatan yang baik, pintar dalam pelajaran, cemerlang dalam pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat..dan peliharalah imannya ya Allah sehingga hujung nyawanya.insyaAllah..


So, enjoy da picca:



Yang ni 2nd celebration di JB, Senai..rumah PIL (recycle balance barang yang tak habis)


Thursday, October 31, 2013

DIY- Cara Membuat Guest Frame

As-salam,

Dah lama rasanya tak buat tutorial DIY ni..Ok kali ni Masha nak ajar cara membuat Guest Frame. Amende la Guest Frame tu kan..Guest Frame ni pengganti Guest Book la..ala-ala buku untuk tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan kita bagi ucapan dan tanda tangan. Masha ni nk buka album gambo pon malas, inikan pula book2 ni kan. so, Masha ubahsuai Guest Book menjadi Guest Frame, inspirasi dari blogger Puan Sue..Apa kelebihan Guest Frame ni, kita boleh baca ucapan orang hari2..Masha letak frame ni betul2 lepas masuk pintu rumah akan nampak..kadang2 Masha senyum sorang2, masuk2 je rumah baca ucapan diorg ni..nk keluar rumah pon terbaca lagi..best kan..

Bahan-bahan nya.
  1. NYTTJA Frame - 50x70cm - From IKEA : RM 16.90
  2. Gam dan Gunting : pre-own
  3. Aksesori Tambahan : printed wording 
  4. Mounting board (black/white) : RM3.50
Dan Cara membuatnya seperti dalam gambar di bawah.


Dan ni kegunaan Guest Frame tu time wedding Masha dlu

Dan, tempatnya Guest Frame itu di rumah


Selamat Mencuba Jaya..(",)

Tuesday, June 18, 2013

Tempahan Bunga Mas Kahwin dan Ribbon Rose Bulan Mei & Jun

As-salam, 

Sejak masha buat entry mengenai tempahan bunga mas kahwin dan ribbon rose ni, makin ramai nak order..Alhamdulillah, sikit-sikit pon, boleh la lepas duit minyak pergi kerja..hehe..Kalau ikutkan tak untung banyak mana sangat, just hobby mengisi masa lapang..seronok buat benda ni, sambil2 dalam kereta otw nak balik rumah, dah siap..(",)..Hopefully, lepas ni lebih ramai lagi la nak tempah la ye..tempahan dibuka bila2 masa..amat dialu2 kan..

Duit Mas Kahwin

1. Tempahan Dari Abgku sendiri (24/5/2013): Duit Mas Kahwin Selangor
 --> Idea: Gubahan menggunakan pasu bunga plastik


2. Tempahan Dari Sazrina- officemate (31/5/2013): Duit Mas Kahwin Johor
 --> Idea: Design macam bunga tangan..boleh pegang..


Bunga Ribbon Rose

1. Tempahan Dari Zuliana (April 2013): Shocking Pink (30kuntum) --> Untuk baju tunang


2. Tempahan Dari Zana Manje (Jun 2013): Shocking Pink (24 kuntum) --> Untuk baju raya
Terima kasih daun keladi, 
Kalau suka, boleh order lagi..(",)

Monday, April 8, 2013

Mengambil Tempahan Membuat Ribbon Rose dan Gubah Duit Mas Kahwin

As-salam, 

Setelah banyak permintaan dari orang ramai, dan ditambah tolak dengan kerja harian Masha. Dengan ini Masha secara sukenya sudi untuk mengambil tempahan untuk membuat ribbon rose dan mengubah duit mas kahwin. Actually, kalau ikutkan hati nak je amik tempahan buat bunga telur crepe paper tu..boleh memang boleh, tapi mengambil masa yang lama..contoh, Masha ada amik tempahan buat bunga telur tu utk best friend Masha, tapi dia dah order lama la..and Masha akan amik masa dalam 5-7 bulan untuk siapkan..lama kan..tu la limited order je untuk bunga telur. Kalau hantaran plak, so far, takde sape lagi amik tempahan. Masha just buat untuk saudara -mara n adik beradik je..

Tapi, kalau ribbon rose & duet mas kahwin ni Masha boleh siapkan cepat..sebabnya simple je..Lagi pun, Masha ada buat tutorial dalam blog Masha ni..So, kepada sesiapa yang ingin mengambil tempahan, boleh la pm Masha kt fb Maisharah Suhaimi ye..TQ very much.

 Gubahan duit Mas Kahwin

Ribbon Rose

Tuesday, July 31, 2012

DIY- Cara Membuat Riben Ros (Rose Ribbon)

As-salam,.

Di pagi yang sejuk ini, Masha hendak membuat tutorial cara membuat rose ribbon seperti yang telah banyak orang pakai pada tudung-tudung sebagai pin atau pun hiasan di sekeliling tudung atau pun dibaju.
White Rose Ribbon di tudung-credit pic Spice Hijab
Atau pada kain dan baju- credit pic Butik Qalesya Karim

1) Mula-mula, sediakan Satin Rose (warna terpulang), size (lebar kira-kira separuh jari telunjuk) - terpulang kepada saiz yang dimahukan, gunting dan gam UHU..
2) Kemudian potong riben kira-kira 36cm (terpulang tebal mana bunga yang dimahukan). Macam masha, potong je, tak kira pon..hehe..
 3) Kemudian, pada hujung riben yang sudah dipotong. Lipat sedikit sehingga menjadi segi tiga dan gamkan pada kawasan yang berlorek kuning seperti dalam gambar.
4) Kemudian, segitiga yang sudah digam, gulung sedikit ke dalam untuk membentuk pusat untuk bunga rose itu.
5) Kemudian, ambil riben yang panjang di sebelah kanan anda dan lipat ke atas seperti membentuk V seperti dalam gambar.
6) Ulang langkah 5 berulang kali sehingga riben di sebelah kanan anda menjadi pendek kira-kira separuh jari telunjuk.
7) Pada hujung riben yang terakhir ini, lipatkan ia ke bawah bunga dan gamkan hujung riben itu, pada kawasan yang berlorek kuning.

8) Kemaskan bahagian bawah bunga, lipat la macam mana pon, janji kemas..hehe..janji gam..
                                                                 9) TADAAAA..dah siap..boleh la jahit pada tudung atau buat pin hiasan..:-)..SELAMAT MENCUBA..Practice make perfect..



~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus