Hehehehe. Gelak lak dia. Alhamdulillah hakak dah selamat bersalin anak kedua errr 3 bulan lepas hehe.
6 February 2016, jam 10.27 pagi di DEMC, Shah Alam. Tidak berjaya untuk VBAC, kita LSCS jugak. Tapi tak apa, tak sedih pun sebab sungguh2 percaya ada hikmah semua ni insyallah. Bila whatsapp DD adik aku, minta dia doakan supaya dapat VBAC, dia reply - apa cara sekalipun kngah, itulah yang terbaik untuk kngah. Terus macam wow, bila ko matang dik? Hahaha.
Seperti dijangka gynae jugak, baby lahir semangat, 3.96kg hehe, panjang 54cm. Masih mengeluarkan anak-anak tembun aku ni, Riyadh dulu 3.79kg, 56cm, Aku masuk wad Jumaat 5hb February, lepas Subuh abah hantar pergi DEMC, laki akak kat Melaka, exam pagi jumaat tu. Mak abah nak teman ala tapi takpela, aku nak masuk labour room terus pun, buat penat diorang je tunggu.
Riyadh pun tinggal kat USJ. Rasa cuak jugak tapi lebih kepada excited nak kena induce sebab tak sabar nak jumpa anak plus dah tak larat bawak perut. Kat DEMC breakfast dulu, dah kenyang baru serah diri kat labour room. Nurse tanya puan sorang ke, haah saya sorang husband sampai petang nanti, sengih-sengih je aku. Konpiden kan walhal takut nak terberak bila masuk labor room hehehe. Kena positif, happy happy!
Memang plan nak induce sebab baby bila scan dah besar nau. Cut the story short, induce pakai tablet 2 kali, contraction 24 jam, nangis 20 jam hehe, very poor progress, esok paginya bye lah VBAC, and hi LSCS, we meet again.
Baby lahir terus admitted NICU, condition memang sama dgn Riyadh jugak, lung infection, difficulty to breath on his own. Alhamdulillah, lepas seminggu baby dah sihat sepenuhnya, ada jaundice sikit, tapi sikit sangat, dalam seminggu dah hilang completely alhamdulillah.
Dugaan jugak dengan baby kali ni, dah 2 kali warded lepas lahir, tak termasuk NICU tu. Sekali waktu dia 7 weeks sebab kena bronchopnuemonia, ye lah, paru-paru dia memang weak awal2 kan, batuk sikit terus jadi teruk. 5 hari warded alhamdulillah okay. Pastu time dia 2 bulan, dia demam tinggi, naik rashes, blood infection. Aduh luluh hati. DEMC dah jadi second home huhu.
Tapi alhamdulillah sekarang dah getting better. Semoga terus sihat dan kuat ye sayang. Oh nama baby Muhammad Raed Iman bin Mohd Razmin. Raed bermaksud pemimpin, ketua. Semoga jadi pemimpin, khalifah Allah yang beriman ye nak, insyallah.
Raed dalam pantang sangat senang jaga. Sangat senang sampai mak dia lebam mata bukan sebab tak cukup tidur berjaga jaga anak meragam tapi sebab layan Netflix hahaha. Baik sangat Raed ni, nak dengar nangis pun susah. Menyusu pun kena kejut, berak pun tidur haha. Lain oiiii dengan si Riyadh, mencabar keimanan sangat hehehe. Tapi tapi mama sayang sangat dua-dua hihihi.
Riyadh pulak sayang sangat aih adik dia. Peluk cium manjang. Tak boleh lah orang lain pegang adik dia. Alhamdulillah tak ada jeles2, dah besar pun kan, elok je dia dengan adik, tolong jugak mama suruh macam-macam, thank you Abg Yadh :)
Sekarang ni aku dah masuk kerja, Razmin masih kat Melaka, course habis akhir bulan 6 insyallah. Situasi anak dua handle sorang-sorang boleh tahan jugak lah penatnye, hakak jadi sotong lah jugak hehehe. Penat tak penat, tak ada pilihan kan, hidup mesti terus.
Aku ni jenis pentingkan rumah kemas, baju nak berbasuh & berlipat hari-hari, tak boleh semak-semak, tak tenang haha. Tak makan takpe aku ni, makan gitu gitu je. Masak untuk Riyadh je. Bagi dia makan, layan dia buat homework, main dengan Raed, pukul 8 malam naik atas terus tidur ye anak-anak. Aku akan bangun balik pukul 11 or 12 malam, sapu rumah sikit, jemur baju, lipat baju, pam susu, minum susu, isyak, kemas beg diorang, pastu sambung tidur. Alhamdulillah so far so good. Kesian lah jugak kat diorang sebab 6.30 dah kena keluar rumah tapi sebab tido awal so okay je.
Semoga urusan kami terus dipermudahkan insyallah. To Riyadh and Raed, jadi anak-anak soleh ye!
![]() |
Hari ke 7. Masih di DEMC masa ni, esoknya discharge. Nama diberi Muhammad Raed Iman. |
![]() |
Gambar terbaru. Esok cukup 3 bulan budak demok ni hehe. Duduk dalam car seat pun elok je tidur. Car seat pink abg Yadh punya dulu hehehe. |
![]() |
Kat rumah ki & wan. Kesayangan abg Yadh. My boys. |
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment