Tak aci sungguh pregnant kali ni update ikut trimester je, dulu Riyadh setiap kali check up petang tu terus up satu entry. Takpe nanti baby dah lahir kita gigih update blog time pantang ye. Ye ye je kan. Insyallah semoga malas ini berkurangan dan bukan bertambah.
Hari ni 4 Januari 2016, dah 34 weeks. Dah 8 bulan. Sekejap sangat masa berlalu. Alhamdulillah pregnancy yang okay walau agak mencabar pada awalnya dengan demam panas & warded seminggu due to bilateral pneumonia & H1N1, tapi alhamdulillah semua okay. Baby boy sihat2 aja, mak dia pun hmmm boleh tahan gak, lagi-lagi tang gula tuh, asyik laa border line, gynae siap refer ke dietitian lagi hehe. Dah bapaknya dah ada kat rumah kan, haruslah masak memasak. Gitu. Senang salahkan laki sendiri hehe.
Speaking of husband, hari ni jugak suami tercinta dah start buat combine class kat ALAM, Melaka. Alhamdulillah memang rezeki anak. Kalau ikutkan last 2 weeks cuti dia dah habis & dah kena belayar balik, & tak sempat lah nak teman aku bersalin. Tapi akhir bulan November lepas dapat email dari ofis cakap dia dapat buat combine class kat ALAM start Januari 2016, untuk 6 bulan. Scheduled course dari 4 January 2016 sampai 24 June 2016. Syukur sangat-sangat. Walaupun weekend husband & wife je lepas ni untuk 6 bulan tapi dah besar rahmat sangat la kan, at least tau dia ada kat darat & kalau dah nak bersalin pun insyallah sempat lah dia teman dah Melaka tu 2 jam je kan dari KL.
Riyadh pulak esok officially start kindy lesson dia kat tadika baru. Tadika dalam taman rumah ni jugak. Senang setaman dengan taska adik dia nanti. Dia pun happy je tengok. Last week dah start trial dah seminggu. Nangis sikit-sikit tu biasalah sendu kan, pastu dah sebulan sebelum tu dia duduk kat rumah je dgn papa dia tapi ni dah okay alhamdulillah.
Kalau dulu kat tadika lama lepas 2 minggu baru nak bercakap, ni lepas 2 jam hantar ustazah dia cerita bukan main mulut dia bercerita. Makan pun banyak, siap bertambah. Malu mak ko yadh hahaha, kang ustazah ingat mak riyadh ni tak bagi makan ke ape kekeke.
Tapi dia memang kuat sangat makan sekarang ni, tengah membesar kot. Nasi confirm 2 senduk boleh habis, kadang tu tambah lagi 1 senduk, dah-dah lagi kalau lauk2 favourite dia. Kalau masak spaghetti sepinggan lebih jugak. Roti wholemeal sapu butter tu sekali hadap memang minimum 2 keping, kalau dia selera 4 keping pun dia makan. Breakfast pulak yogurt satu, pastu sambung pulak dengan koko crunch ke honey stars ke dengan fresh milk semangkuk.
Nasi goreng kat kedai tu memang dah tak boleh share dah dengan dia, kalau aku order sepinggan end up aku yang lapar sebab tinggal suku je, tak cukup oi hahaha. Seronok sangat tengok dia makan tapi dah namanye budak kan, kang nanti ada la phase dia tak nak makan asyik nak susu je. Pun layankan aje. Kalau di paksa bukannya dia nak makan pun ye dak.
Okay sambung balik cerita baby. Barang-barang rasanye semua dah ada, tinggal nak servis breastpump je. Yang tu dalam pantang pun boleh mintak Razmin hantarkan kat kedai, dah jumpa satu kedai baby baru kat Seksyen 16 Shah Alam, 2 minggu je siap. Sementara dalam pantang memang akan pakai pump manual sebab lagi selesa, macam time Riyadh dulu. Insyallah semoga dipermudahkan breastfeed sampai 2 tahun lagi, amin amin.
Baju-baju tak banyak mana pun beli. Haritu Mothercare buat YES kan, pergi 2 kali, setel. Beli cadar baby cot, towel, swaddle & few baju newborn termasuk sleepsuits. Baju newborn riyadh pun banyak yang elok lagi. Nampak total memanglah macam mahal, nearly RM1k jugak untuk baju-baju je tapi percayalah memang berbaloi.
In fact baju riyadh yang lama-lama time baby tu boleh kata 90% dari Mothercare. Socks, mittens & booties baby memang tak beli langsung, yang riyadh punya dia punya getah kat pergelangan tangan & buku lali tu grip lagi, elok je. Puas hati sangat rasa nak cakap haa banggg tengoklahh hasil sy membazir 4 tahun lepas, jimat sejimat-jimatnya untuk 2nd baby :p
Pastu time baby expo akhir bulan November lepas kat Midvalley pergi borong barang-barang mcm diapers, botol susu, sterilizer, toiletries, nursing bra semua. Memang puas hati, pun tak sampai RM1k. Dapat pampers newborn brand Pet Pet RM20 je per pack. Gila murah kan. Riyadh dulu pun pakai Pet Pet so rasa macam okay je. Beli size newborn 4 pack, pastu beli size S 4 pack. Pun murah, rasanya tak sampai RM30 per pack utk size S.
Botol susu beli set Tommie Tippie, pun murah. Dapat 6 botol susu, brush & teat 1, dalam RM130 camtu je. Harap-harap baby serasi lah nak menyusu EBM pakai TT bila mak dah pergi kerja. Kalau tak dah jadi satu hal pulak nak cari teats yg sesuai dgn dia. Riyadh dulu beli Avent tapi tak nak teats Avent, time tu botol Avent still standard wide neck bottle kan, tukar pakai teats NUK. Pastu beli baby wipes, bottle wash dari Pureen. Yang biasa pergi memang tahu lah kan kalau expo ni Pureen memang booth yang hot, beratur memang panjang gile. Razmin beratur, aku pilih barang letak dalam bakul. Elok sampai turn dia, bakul aku dah berat haha.
Sterilizer beli Little Bean, beli combo dgn infra red digital thermometer dia. Dah lama dah aim thermometer dia sbb comel & ada stand, nampak canggihs tapi sebab harga pun canggih kita pendam perasaan hehe. Beli sekali dgn sterilizer dapat both dalam RM200 camtu kot. Kalau tak, retail price thermometer pun tak lepas. Sterilizer untuk botol-botol riyadh dulu pakai Avent, yang masuk microwave tu, sampai hancur lah pakai, puas hati.
Pastu toiletries macam biasa beli Buds punya range. Aku memang pakai 2 brand je untuk baby at least sampai 2 tahun, Buds & Moogoo. Moogoo tu sebab Riyadh eczema kan dulu so dia memang lagi soft dari Buds. Tapi Buds pun okay, pun organic. Buds ni haritu kirim kat kakak ipar aku time expo bulan berapa ntah. Murah sangat, beza sampai RM10 per item dengan retail price, memborong lah jugak buat stok kan.
Barut baby pun pakai riyadh punya. 2 tahun lepas anak sedara aku Hannah pakai, pastu ni pass balik kat adik riyadh pulak. Hand sewn uols, kain cotton putih lembuttt. Ada akak polis time aku kerja kat mahkamah dulu jahitkan. Vintage taww.
Eh memang jimat la baby nombor dua ni. Hahaha. Terima kasih ye baby. Oh pastu beli baby cot jugak. Awal-awal Razmin balik dah pergi beli kat IKEA. IKEA punya baby cot kan murah, sekali dgn tilam pun still bawah RM1k, dalam RM700 camtu kot. Susahnya pasang sendiri la kan tapi apa guna tool box tool bag tools segala macam yang laki mak minat sangat kumpul tu kan, ini lah masanya bang, asyik keluar masuk kedai hardware beli tools je kan hobi abang hehe. Dah siap pasang dah, dah letak tepi katil dah. Mekaseh bang.
Bantal segala pun pakai yang Riyadh punya, dah siap basuh jemur masuk dryer dah. Mainan gantung kat cot pun pakai Riyadh punya, elok lagi muzik dia, takde pulak aku dengar bunyi sumbang haha. Dulu riyadh pakai play pen kat rumah mak, so dah duduk rumah sendiri ni, cadangnya nanti nak pasang play pen tu letak kat bilik mainan budak-budak ni kat bawah, kat area dapur tu. Senang mak masak kat dapur baby duduk la dalam play pen tu tengok si abang melompat-lompat.
Sekarang ni tunggu roh kerajinan meruap masuk untuk prepare bag hospital pulak. Bila masanya tiba nanti kita eksport riyadh balik USJ lah kan. So bag Riyadh pun nak kena prepare jugak. Pantang nanti insyallah mak aku jaga kat rumah kitorang sebab Razmin akan balik weekend je kan. Ayah aku pun stay sekali. Mintak tolong hantar riyadh pergi tadika, jalan kaki pun boleh dari rumah. Bilik untuk parents aku pun dah siap. Dah letak katil, pasang aircond, pasang water heater. Ingat nanti nak beli wardrobe kat IKEA letak dalam bilik mak jugak.
Pastu kali ni dah booking siap-siap confinement lady datang seminggu selepas bersalin insyallah. Book dengan Blessed Beauty Confinement, yang owner dia Kak Ice yg femes tu. 10 kali urut & penutup pantang, Per session tu amik pakej 1, yang 3 jam terus sekaligus. Barang-barang pakai Nona Roguy, baby pun dia uruskan. Senang kan. Sediakan duit je sekarang. Total dalam RM1.7k, dua kali bayar. Deposit 50% lepas tu lepas bersalin sebelum dia datang kita bayar balance. Harapnya semua dipermudahkan insyallah.
Berdebar dah ni, aim nak VBAC sangat-sangat. Memang sekarang up kan lagi buat kerja rumah. Ni Razmin kat Melaka so kerja rumah buat semua sendiri. Kalau dia ada aku setakat masak & lipat baju sikit-sikit je. Basuh baju sidai baju sapu mop vaccum rumah semua dia buat. Maka marilah kita kerahkan tenaga buat kerja, bagi senang bersalin insyallah. Semoga Allah permudahkan segalanya, amin. K bye nak makan.
No comments:
Post a Comment