we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life
Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Monday, January 31, 2011

bubur jagung~

hai2 korang... hari ni hari isnin. genap seminggu dari hari ni, aku akan melapor diri. okay, sedang menunggu panggilan atau surat dari pihak berkenaan. sama ada KPM or BPTV. aiseh lah... kenapalah dapat BPTV. i will miss Tasek. forever in my heart. kanak2 tu dah msg2 cakap terkezut aku sampai ke Pahang. kakak2 di sana pun dah msg2... uhuk2... apakan daya, rezeki bukan di Tasek. okay, masih terkilan dan mengharapkan miracle. walaupun tak mungkin. hmm... berusaha yanna!

okay, hari ni nak story pulak pasal resepi membuat bubur jagung. as usual... bukan aku yang buat. chef mokna yang buat. aku konon2 nak tolong dengan parut jagung tu. aku buat separuh jalan. bila cikna take over, aku pun angkat bontot. haha... cikna buat sekejap je. aku parut 2 batang tu macam setengah jam okay. kakakaaa... okay, bahan2 yang diperlukan :

  1. jagung (lebih banyak lagi best... aku beli 10 batang. kat pasar malam rm6 je. tapi pendek2 lah)
  2. santan sebiji setengah
  3. daun pandan 2 helai
  4. sagu semangkuk penuh (if suka banyak, taruk banyak... tapi dia jadi manis sikit lah)
  5. gula 2 senduk
okay, langkah pertama ialah memarut jagung. aku tak tahu istilah sebetulnya tapi nenek aku sebut parut. caranya ialah guna pisau potong isi dia. jangan tebal sangat. cikna kata cukup 2 kali potong 1 tempat tu. biar isi jagung tu kita boleh gigit2. sedap!


kemudian, masukkan semua dalam periuk dan letak di atas dapur. api jangan kuat sangat. tambah air sikit. cara ni nak biar jagung tu masak. kemudian masukkan daun pandan. ni untuk menaikkan bau dan selera. he...


dah agak2 macam dah masak and dah mendidih, masukkan santan tadi... kesemuanya sekali. gaul2 biar didih dan masukkan sagu. masak hingga sagu tu kembang.


nilah rupa sagu yang anda perlu beli untuk memasaknya... putih macam ni je... bila dia kembang jadi kaler lutsinar.


after masuk sagu tu, masukkan gula. kemudian rasa. if manis, tambahkan sikit air. jangan masak lama sangat sebab nanti takut pecah minyak. so, after masuk sagu, cepat2 masuk gula dan rasa. kemudian, tutup api! pecah minyak dah tak sedap dah. he...




selamat mencuba dan menikmati. aku pun nak turun ni, nak makan bubur jagung yang lebih dari semalam tu. okay, yang lebih simpan dalam peti sejuk okay. bubur ni sedap di makan panas2 or sejuk2. kecur pulak tiba2. aku suka kembang2 yang sagu banyak.







p/s (i) : adoi, kesabaran yang tinggi. puas dah aku! tak sabar nak kerja!

p/s (ii) : dapat sekolah apa yaaa... mintak2 dekat2. hmm... mane orang ni tak call2 aku lagi nii... kang balik kampung mana ada line. ish!

p/s (iii) : esok, balik kampung. rabu ke seremban amik Boy then straight balik JB. khamis, dating bersama yayang tersayang montel2 tuuu...

p/s (iv) : untuk puan pamila... semoga u dapat pasir gudang ya!







31012011 ~ 3.35pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, January 18, 2011

resepi : prawn carbonara

hai2 korang... jadual aku semalam agak lari sebab berita mengejut. atok jiran aku meninggal dunia. innalillah... agak terkejut sebab few days ago aku nampak atok tu duduk depan rumah. dalam hati aku, "dah tua atok ni... panjang umur dia..." then semalam, aku, mak and ayah keluar ke kedai depan nak beli air sukida. around 8.20pm lah. then terus balik rumah. sampai rumah dalam 8.45pm lah. tiba2 nampak budak yang aku ajar tuisyen lari2 kat kitorang, "Kak, atok kite baru meninggal". sentap aku. baru meninggal dalam 15 minit. so ayah and mak rushing2 uruskan hal. ayah pergi report polis, mak g inform orang2 taman. aku ikut mak, sejam jugak nak inform semua Islam di taman. syukur semua berjalan lancar. kitorang balik rumah dalam 1am. ngantuk gile aku.

okay2, hari ni aku sebenarnya nak story pasal resepi prawn carbonara masakan cikna. wuhuuu! haha... aku sebenarnya nak update dah lama. tapi tak transfer2 pictures. tu yang tak update2. lagipun, ni gambar2 cikna masak a day before aku bertunang. haha... it's been a month! mari sama2 belajar buat prawn carbonara. boleh tambah sotong tapi favourite kitorang prawn sahaja. hehe...

bahan2 yang diperlukan :

  1. 1 pek San Remo pasta. jenis Small shells
  2. 1 kg udang segar
  3. 2 pek cendawan shiitake (boleh beli kat giant) - di hiris
  4. 1 kotak besar whipping cream (beli kat giant)
  5. 1 tin Prego. jenis carbonara. tin kaler biru ya!
  6. 2 biji telur
  7. rempah McCormick jenis Mix Herbs (boleh beli kat giant jugak. yang botol hijau)
  8. 2 biji bawang besar (di hiris halus)
ok... langkat pertama ialah mencelur pasta tadi. dia ambil masa untuk kembang dan sejat sesejat sejatnya... jadi buat benda tu dulu ya. at the same time, kopek kulit udang 1 kg tu. portion dia adalah, 1 pek pasta menggunakan 1 kg udang. 2 pek, 2 kg lah ye. udang2 yang dikopek tu jangan buang! rebuskan kulit2 sekali dengan kepala udang tu untuk dapatkan air udang. lama sikit sampai air dia jadi kaler oren gelap sikit. okay, inilah rupa pasta small shells tu. ada big shells, tapi very mouthful lah bila nak makan kan? hehe...


okay, ini gambar shiitake yang telah di hiris, udang yang sudah di kopek, air udang dan jugak box of whipping cream.


okay, kemudian... panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah di hiris tadi. agak2 dah layur sikit, masukkan udang tadi. kesemuanya... dah merah2 sikit, masukkan shiitake yang telah dihiris.


biar selama beberapa minit... then masukkan whipping cream. masukkan ikut selera kita. macam aku, aku suka pasta ni berkuah, jadi taruklah banyak sikit.


kemudian, masukkan mix herbs. secukup rasa. siapa suka rasa herbs, letaklah lebih. hehe...


after that... masukkan Prego Carbonara. the whole tin okay.


kemudian, masukkan pasta yang di sejat tadi... gaul2 biar sebati. and pecahkan 2 biji telur. gaul2 lagi, kacau2 sebati... masukkan garam secukup rasa. dan lada sulah. rasa sikit biar cukup segala rasa. aku biasanya rasa sampai bermangkuk2. hehe...


jadi... siaplah carbonara kita ye. hehe... okay, ini secara teori. praktikalnya... aku tak pernah cuba sendiri. kikiki... selalu aku tolong kacau je untuk cikna. itu pun sekejap2 je. cikna tak bagi aku kacau2. haha... okay readers, yang dari first step tu, dah masukkan bahan2, jangan lupa kacau2 pulak. kang hangit kat bawah. hehe...






p/s (i) : sambil menaip sambil msg cikna mintak resepi dan bahan2 sekali. haha...

p/s (ii) : tiba2 nak makan pizza domino's lah... ish, nak chicken deli from Pizza Hut. hari ni nak lunch apa? hadoi!! tak reti masak dan malas masak... tolong!!

p/s (iii) : malam ni tuisyen... hmm.... hmm.... boleh ke aku nak buat budak pandai ni... hmmm... i try my very the best!

p/s (iv) : it's been a month since we engaged! wee... thank you sayang. Tiffany & co ya! haha...








18012011 ~ 1.37pm
rumah aku ~ depan tv

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com