we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, July 15, 2014

quick update : #pray4gaza

hai2 salam you ols... busy dengan kerja. busy dengan keluarga. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya... maaf terlambat nak mengucapkan selamat berpuasa bagi mereka yang beragama Islam. diam tak diam, dah 17 hari kita berpuasa. tinggal seminggu lebih je lagi untuk kita menyambut hari raya. tahun ni perasaan sedih sikit sebab mak ayah beraya di Melbourne. fuh, kalaulah banyak duit, memang dah ikut dah diorang. huhu... minggu depan hantar mak ayah mesti aku nangis over ni. jangan terbatal puasa sudahhh!


di kala kita bergembira menyambut Ramadhan, sibuk memikirkan juadah berbuka, baju2 raya, duit2 raya, kuih2 raya, hiasan2 rumah dan macam2 lagi... saudara-saudara2 kita di Palestin sedang berjuang untuk hidup. Nauzubillah, really breaks my heart thinking of them, especially the kids and babies yang tidak bersalah menjadi mangsa. dan kebanyakan kematian yang dilaporkan, anak2 kecil pasti terlibat. Ya Allah... lindungilah mereka.

sejujurnya, aku buta isu2 semasa. aku tak tahu sebab musabab peperangan itu berlaku. tapi aku tahu, its totally wrong to attack innocent people, destroy their home. melihatkan gambar2 di facebook, menitis air mata. anak kecil yang pergi mengadap Ilahi. ataupun anak2 yang kehilangan ibubapa. bagaimana mereka nanti? siapa nak besarkan mereka? Astaghfirullah. apakah sebabnya peperangan ini dimulakan. lebih2 lagi di bulan Ramadhan. ketika umat Islam di sana berpuasa.


suka mendengar moto pejuang2 sana.

"bersahur di Palestin, berbuka di syurga"

simple. deep.


saya menyeru kawan2 supaya membantu mereka semampu kita. kita tidak mampu untuk ke sana. kalau di suruh ke sana pun, kita pastilah tidak berani. tapi, ada pelbagai cara kita boleh membantu selain mendoakan keselamatan mereka.

 
 
di harap dengan bantuan kecil kita ini dapat meringankan beban saudara-saudara kita di sana. kita tidak mampu berperang jadi ini sajalah yang mampu kita bantu. selain itu, cubalah kita boikot barangan yang menyumbang ke ekonomi Israel. kita umat Islam berada merata diseluruh dunia. bukan saja Islam yang mengecam tindakan Israel. jadi, sama2 lah kita memprotes, memboikot supaya mereka sedar, kita adalah bersaudara. kita kuat!
 
 







p/s (i) : sedihnya tengok gambar2 budak tercedera dan gugur di sana. rasa macam nak pergi peluk mereka. ya Allah, lindungilah mereka.

p/s (ii) : janji Allah, bani Israel akan lenyap dari dunia. Allahu Akbar!!

p/s (iii) : 10 minit lagi nak balik. hari ni masak lauk simple dimple je. he... lama dah tak masak.

p/s (iv) : kurang seminggu mak ayah and alleya nak fly. sad!






15072014 ~ 4.24pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com