no introduction. hectic day. i thought it will just be a busy day. but turns out, my stress starts since 8am this morning. Allah tak suka hamba-Nya mengeluh. tapi hari ni, aku sangat2 banyak mengeluh.
semalam, syukur Alhamdulillah, aku dah dapat surat offer sah lantikan. ya, ya... aku lambat sah lantikan sebab tahun lepas aku tak send borang online tu. hmmm... takpelah, dah sah lantikan and lagi 2 minggu aku pergi induksi. tak lewat lah kot. sebab yang batch posting sekali dengan aku yang dah sah lantikan tahun lepas, baru pergi induksi awal bulan hari tu...
pagi2 pukul 8am, aku ke klinik kesihatan nak buat medical check up. banyak sangat kerenah, aku decide ke private. tak kisahlah bayar lebih sebab jimat masa. kalau tak, aku kena pergi sekali lagi minggu depan.
di private klinik, di sini lah. di depan doktor tu lah aku macam nak nangis. ya, aku ada sakit buah pinggang. buah pinggang aku satu. buah pinggang aku ada cyst. not a big deal sebab aku dah hadapi dari lahir. no hal. ingatkan takde kesan apa2. rupa2 nya... its hard for me to get pregnant because of this disease. aku susah untuk mengandung disebabkan sakit buah pinggang ni. sedih. sentap. benda ni aku ada sejak lahir. boleh diubati ke? boleh ke aku mengandung? kesian suami aku.
p/s (i) : stress. tepon mak. tepon cikna.
19092012 ~ 3.50pm
meja aku ~ bilik guru 2-KVK
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Wednesday, September 19, 2012
i need help!
Thursday, September 13, 2012
i miss them, i miss you the most
hai2 korang... aku tengah cari2 gambar untuk report English Language Month. KP aku dah mintak dari minggu lepas. ni baru aku terkial-kial nak cari. dan sebenarnya, semalam aku baru perasan aku takde gambar2 aktiviti tu. adoyai... dah hari ni kena rush cari2 gambar2 dari cikgu photography lah. ish, dahlah bilik dia jauuuuhhh!
tengah2 cari2 gambar, i came across few pictures. honestly, i miss you guys. and i miss you the most. do you miss me too? hmmm...
p/s (i) : hectic day today. mesti macam tak cukup masa sampai pukul 5pm ni. berusaha!
p/s (ii) : esok ke Melaka. nak jumpa Oja, mama buyung kesayangan. ish!
p/s (iii) : 2 minggu ke tak balik JB? hmm... next week curi2 masa balik JB agak2 gerek nak tak? uhuk2... rindu Alleya and Helena.
p/s (iv) : perniagaan semakin bagus. but still confuse. #MisiMelbourne. #MisiRumah. or #MisiBeetle? kikiki... macam2 ni nafsu ni.
13092012 ~ 9.26am
meja aku ~ bilik guru-KVK
Tuesday, September 11, 2012
Universal Studio Singapura part 1
hai2 korang... dah berapa lama aku tak update? takdelah lamaaaa sangat. hari tu bebel2 pasal kerjaya guru. ceh, mula2 azam takmo menceceh panjang2 tapi last2 panjang pulak entri berkenaan. huhu... macam kes semalam lah. nak panggil budak yang buat kesalahan. dah bagitau Shahida awal2, "aku takmo marah tau. aku nak suruh tulis surat akuan janji aje". tapi last2... panjang bebelan aku kat diorang. haha... payah2.
okay2, as mentioned before... anniversary aku and gerek yang ke-8, kami ke Universal Studio Singapura seyhhhh... haha... asyik bertangguh je nak pergi tempat ni. kali ni nekad and terus beli tiket 3 weeks earlier.
kitorang sampai USS around 9am. still early sebab dia bukak at 10am. so jalan2 lah kat kawasan luar tu. ada Malaysia Hawker Restaurants. interesting lah bagi aku sebab binaan dalam dia memang nice. makanan2 pun Malaysian. just aku nampak banyak pork. huhu... kami tak makan sebab dah breakfast. so jalan2 amik gambar aje.
okay, masuk2 USS adalah kawasan HOLLYWOOD. tadaaaaa....!
aku terus masuk kedai pertama; Universal Studio Store. oh maiii... Sesame Street dioranggg... Oh MAIIIII... comel2. dan mahal2. tshirt dewasa $29.90. rasa murah kann? cuba convert darab 2.51. rm75. untuk 1 tshirt? adoyai... bila aku nak kaya? kemudiann... kami berjalan ikut lawan jam. jalan punya jalan, tak perasan terlepas 1 attraction kat Hollywood. Monster Rock. so, janji kat diri lepas pusing seluruh baru nak cuba Monster Rock. nota : sila abaikan aku yang gemok. haihhhhhh!
so kami masuk attraction yang pertama di NEW YORK. namanya LIGHTS, CAMERA, ACTION! Hosted by Steven Spielberg. aku ingatkan benda biasa2 aje. rupanya interesting jugak. dengan Steven Spielberg bebel2. ada 2 bilik. bilik pertama dengarlah Steven Spielberg bebel and bagi contoh2 sound effects and pelbagai effects dia guna dalam movie. kemudiaaan... kami masuk dalam bilik kedua. wau! kawasan macam jeti kecik ada bot kecik. dia bagi effect hujan lebat, then ribut memang real lah.. ada api2 dalam air. so kita penonton boleh rasa real life dalam movie. api betul tau, sebab aku rasa bahang dia. kemudian bot nak jatuh. and kemuncak apabila dek yang kitorang dengan berdiri tiba2 nak roboh. haha... aku menjerit bukan main. belum habis terkejut, tiba2 ada kapal rempuh masuk jeti tu. sakit tekak aku menjerit. hehe... gambar tak jelas sebab sedikit gelap.
keluar tu aku memang haus gile2 lah sebab jerit over. aku sorang je kot yang jerit dalam tu. haha... eh lupa nak cakap, aku suka pekerja yang layan kitorang tu. ramah. Brandon nama dia. aku bagitau gerek, nanti anak nak bagi nama Brandon. haha... ada maksud tak?
tak best bila sampai awal sangat, street entertaiment tak start lagi. so kat New York sebenarnya ada 3 street entertainment. macam orang nyanyi2 tepi jalan keee... orang menari2 tepi jalan. ataupun celebrities untuk kita tangkap2 gambar. seronok. tapi ada masa-masa dia. so if sampai waktu tak kena, memang tak dapat jumpa and tengok. ni beberapa yang sempat tengok and bergambar di Hollywood and New York.
sebenarnya, ada banyak lagi gambar nak upload, tapi macam lembab pulak gambar size besar. so... last picture. picture of the day. my new collection to Crocs. Skylar Clog Prepair. size 8. padahal kaki aku size 6/7 tapi takde size, aku tetap nak beli. kikiki...
okay, covered Hollywood and New York. entri part 2 aku cover Sci-Fi City dengan Ancient Egypt eh. tempat transformer dan The Mummy.
p/s (i) : entri ni separuh aku tulis semalam. then tak sempat siap. hehe... hari ni sambung edit2, tambah2 gambar. walau tak banyak sangat gambar. gambar tak cantik sangat. aku gemok. uhuk2... hoho...
p/s (ii) : Happy Birthday my Sayang... nanti nak update pasal birthday dia. tak banyak pun nak cerita. banyak nak wish aje. hehe...
p/s (iii) : hujung minggu ni ke Melaka. oh, rasa seronok. nak teman gerek cari rumah sewa. aku cari through internet ada tak?
p/s (iv) : okay, mohon egtukar. aku rasa kehidupan aku berjalan slow pulak sekarang ni. and determination aku berkurangan. okay, tak seronok.
11092012-hari jadi suami ~ 10.03am
meja aku ~ bilik guru-KVK
Wednesday, September 5, 2012
Aku Guru, Kau Jurutera
hai2 korang... tak payah introduction lah eh entri kali ni sebab rasanya nak menconteng panjang ni. terasa terpanggil nak komen pasal blog Ceyana kita yang menjadi kontroversi guru2 di Malaysia sekarang ni. detikan pertama aku lepas baca blog dia, "Kesian budak ni, entri tahun 2011 baru jadi isu akhir2 tahun 2012 ni." cukup kot dia dicemuh dah, seperti yang dia jangka. plus2, blog dia memang ada muka dia. adoyai... kadang2, sesetengah orang, akalnya pendek ataupun dia terlampau emosional.
iya, aku seorang guru. memang rasa terhina sedikit lah dengan komen2 dia. tapi seperti aku muhasabah diri setiap kali menangani masalah budak2 nakal... "aku yang akal panjang ni, kenalah menerima perkara2 senteng yang dilakukan pelajar2 yang pendek sikit akalnya dari aku. dan tindakan aku mestilah lagi bijak dari mereka2."
1. pasal gaji 2k dan waktu bekerja yang pendek.
kami ni penjawat awam. apa yang diberikan, kami terima. lagipun, kami guru-guru takde OT. loceng bunyi 2pm. baliklah pukul 7pm pun, takde duit lebih akan diberikan ya. janganlah banding guru dengan operator. operator tu takde qualification. kita bandingkan guru-engineer cukuplah kan? awak pergi gelap, balik gelap. it's an option kan? but you are paid for the extra hours. correct me if i'm wrong.
2. cuti banyak, keikhlasan mengajar
kawan saya pernah kira... hari bekerja guru dan orang lain sebenarnya lebih kurang sama je. saya tegaskan di sini, hari bekerja. bukan jam bekerja. guru2 sekolah harian biasa 2 sesi mungkin jam bekerjanya kurang daripada guru 1 sesi ataupun sekolah teknik ataupun seperti saya, kolej vokasional. tapi di sekolah harian, aktiviti mereka terlampau banyak. sabtu ahad akan di ganggu dan kursus2 pun kacau hari rehat mereka. skop pengetahuan saya tentang jurutera di kilang sangatlah sedikit, tak dapat saya komen kerja anda bagaimana. keikhlasan? bukan kita untuk ukur. kalau cikgu2 awak tak halalkan ilmu untuk awak, biarlah dia jawab di akhirat sana. dan awak gunalah ilmu yang haram itu. yang awak nak kembangkan tu...
3. guru bersosial, berbisnes. guru hebat 1 matapelajaran.
logiklah... takkanlah guru nak berbisnes if dia takde masa. dengan kerja2 yang menimbun, sure dia tak boleh nak pikir benda lain selain rehat. but if seorang guru boleh maximise masa dengan menambah pendapatan, apa salahnya... takkanlah dia berbisnes ketika mengajar kan? hebat dalam 1 subjek? tidak dinafikan, ada kes begini. tapi engineer bagaimana? hebat dalam bidang dia je kan? bendanya sama... kenapa perlu perbesarkan? mekanikal enginner, reti pulak dia pasal civil masuk dalam2 tu? kalau setakat surface, saya sebagai cikgu BI mengakui saya hebat dalam surface math dan add math. suami saya town planner, reti ke dia pasal electrical engineering? dan kalau awak cakap, rupanya konsep2 belajar tu mudah jika diteliti, awak perlukan guru untuk menyedari semua itu.
4. pelajar tuisyen cemerlang, pelajar sekolah tak.
sila buktikan fakta keterangan ini. kalau segelintir je, jangan libatkan guru2 yang tidak berkenaan. saya, warden aspuri Kolej Vokasional Kluang, tidak terlibat dengan sebarang tuisyen berbayar.
banyak lagi benda nak komen. tapi aku rasa, komen2 aku ni secebis aje berbanding komen2 guru2 seluruh Malaysia yang lain. saya cuma terkilan, kalai anda terkilan kerja anda berat, janganlah anda merendahkan kerja orang lain. kami juga mencari rezeki yang halal. dan saya tidak merendahkan kerja orang lain. semua kerja yang halal, saya salute. sila hormati kerja2 kita umat manusia.
p/s (i) : nak jaga exam kejap lagi. sedang berusaha menyiapkan blog ini.
p/s (ii) : sabtu ni keputusan. hmmm... risau.
p/s (iii) : pening aku dengar cikgu2 ni berbual pasal budak. oh, ni bukan curi tulang. ini waktu rehat ya. hosh!
05092012 ~ 11.11am
meja aku ~ bilik guru 2-KVK