Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

May 23, 2012

microwaved salmon

lepas cubaan dengan telur menjadi
maka bergegaslah kita cuba bahan lain untuk dieksperimenkan dalam micv. 
maaf sahajalah, tn rumah ni memang tak berteknologi tinggi
jumpa micv tatau nak buat apa
nak guna pun agak2 je putar butang tu
mujur tak jadi apa2
tapi jadilah juga. tu.. jadi salmon kukus.. hehe 
rasa cam sedap sangat lah tu.. 
cuma hiriskan bawang putih/merah, halia banyak2, lada yang memang tak pedas langsung
daun bawang dan serbuk dashi
garam pun tak ada.. macam menu sihatlah sangat
bubuh saja dalam micv and putar sesedap rasa
yang bawah ni ikan lain. putar banyak2 kali sampai kering..
asyik juga ada micv ni kan..:)
maka syukur ke hadratNya
dapatlah juga bersantap dengan penuh nikmat 

May 15, 2012

jom goreng telur

apalah sangat kan.. hehe
sumber terhad, perut lapar
goreng telur nampak mudah kan
memang senang
 
sayangnya tanpa kuali dan minyak serta sumber gas memasak
apalah maknanya niat nak menggoreng telur tu kan
 
 jadinya cubalah sumbatkan telur tu dalam microwave
kut2 la jadi.. see
 
seminit je dah jadi
tanpa kesan minyak
gebu menggelembung bau semerbak.. puas hati!
tapi seminit juga la kegebuannya tu..
bila sedia nak disantap
agak liat teksturnya
barulah tau, itulah kesan minyak dan lemak dalam masakan
 
apapun alhamdulillah
dapat juga makan dari tak lauk kan ;)

Mar 21, 2012

rabu tanpa kata


nasi kerabu ayam organik tanpa budu

Feb 19, 2012

oh cis cis

mengapakah engkau begitu ketara sedap.

beli dengan kawan, nak try rasa, dapat edisi kecil ni..
 
tapi tak mampu menidakkan kesedapan cheese cake setakat ini

yang ini penuh salju. oh tidakk.. baru berniat nak ulang suapan ke2,
tapi sayang dah habis dijamah isi rumah


oh bila nak gaji ni?
mau order giant size

Feb 17, 2012

langit pagi jumaat

pemandangan setiap pagi hari kerja..
langit yang mulai mencerah
 
pagi tadi terlambat sikit 10 minit dari biasa,
maka merasalah mengiringi lori-lori balak dan 
segala macam yang bersusun memenuhi laluan
yang terasa besar sungguh di hadapan

ialah, dah semua orang pun ada tugas masing2,
takkan tak bagi lori tu lalu situ kan.. hehe

huhu penat lah juga
takpa, meh makan ni dulu.
 
nasi ambang 2.50, gerai akak depan sekolah menengah
kuih muih dia pun murah.
5 seringgit... besar lak tu.
puas hati
 
selamat berhujung minggu ;)

Feb 10, 2012

apam pisang cinta

 
sedap. comel.
sayangnya macam terlebih baking soda.

Dec 17, 2011

musim kenduri

sejak majlis sendiri, hampir 3 tahun lepas, 
rasanya baru ini berkesempatan menghadiri jemputan kenduri kahwin. 
masa preggy kan tuan muda dulu, 
 
memang ada juga perasaan nak makan nasi kenduri.
satu nasi kenduri kahwin camni, 
dan satu lagi nasi kenduri kat kampung 

ala2 nasi ambang (berkat: orang jawa panggil)
 tapi sebab nun di sana masa tu, 
maka memang di abaikan secara total sahajalah perasaan itu...
hujung minggu,
beberapa minggu yang sudah,
dapatlah merasa nikmat makan nasi kenduri kahwin ni. 
nikmat tak terkata la makan masa tu. isk isk
cukup-cukup la tu ;)
alhamdulillah.. syukur

pengantin belum siap,
so, tn muda je la enterframe kan..


Dec 6, 2011

pertama kali: secret recipe

salam 10 muharam semua. 
alhamdulillah sekali lagi berpeluang 
untuk menambah amalan-amalan baik pada bulan Muharram ini. 
mudah-mudahan berserta niat yang baik, 
kita akan memperoleh rahmat dan keredhaanNya selalu...

lagi tentang kisah pertama kali: 
ala bukan apa pun. pertama kali makan kek SR.
yang selalu jadi sebutan.
ini adalah ihsan adik ipar yang comel itulah..
terima kasih ya.. 
merasalah juga kita ni makan kek mahal..
orang katalah.. hehe

tatau lah apa namanya ni
kita makan je. ramai-ramai.
yang meriahnya tuan muda la..
nanti-nanti, boleh la belanja kek lagi kan..;)

 Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, 
telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: 
"Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah 
nescaya terhapus dosanya dua tahun 
dan sesiapa berpuasa satu hari daripada 
bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." 
(Dikeluarkan oleh al-Tabrani) : ehsan

Dec 4, 2011

pertama kali: yee mee sizzling

banyak pulak edisi pertama kali kan. 
sebelum pertama kali buat trifle bunga, 
berlaku banyak kejadian pertama kali saya dan dia
kejadian 1: makan sizzling mee. 
kejadian 2: tungguuuu
kejadian 3: nanti dulu
hahaha apalah kan..


tapi nak buat camana, memang betul2 inilah pertama kali rasa. 
saya rasa biasa-biasa je mee sizzling di kedai tu,
mungkin ada yang lebih sedap kat tempat lain.
tapi saya tengok tn besar memang teruja makan ni.
dah sedap sangat agaknya. 
yang ni mee biasa.
huhu makan panas2 sedaplah kut.
saya punya dah kembang sebab makan lambat.


tuan muda tak nak duduk diam.
jadi saya layan dia main sambil suap fries.
lapar sangat. mungkin sebab dah kenyang makan fries,
feeling makan mee tu dah kurang.
tuan besar kata, eh betul ke ni tak habis.
takkan nak bungkus kan, pastu dengan seleranya dia habiskan semuanya. 

haha. sedap ya. nanti-nanti boleh la request lagi kan. suka-suka

Dec 1, 2011

trifle pudding bunga

lama nak buat, tapi tak tercuba lagi.
maka terjadilah percubaan yang pertama2 kalinya.
trifle pudding.

atas bantuan adik-adik yang sangat ceria and membantu.
riuh rendah dapur mertua dengan budak2 ni
 
saya hanya beli bahan dan beri arahan
sebab tuan muda dah terjaga saat kami plan nak mulakan operasi
maka sambil mendukung, sajalah saya beri arahan
walaupun sendiri tak pernah buat hahaha
yakin je..
sudahnya adunan kastard sikit sangat kut.
jellynya pun sama
 
maka hasilnya, tiffles ni jadinya dah macam bentuk bunga pulak.
jellynya sedikit, atau bekasnya agak besar.
tngok tu kelopak bunga nya timbul..
orang lain wat trifle semua kek tenggelam,
kami punya timbul lak..
haha tapi hati sendiri berkata comel lah..
tak rasa lagi, harap2 sedaplah..


hati rasa gundah dan kecewa
hampa
walaupun sedar itu semua datangnya dari kelemahan sendiri
dari kurang nya ilmu dan bijaksana
mengapa saya tak dapat buat sama baik macam orang lain?
mengapa saya pilih jalan ini walaupun tahu diri tak mampu
akan selesaikah tanggungan yang satu itu..

Nov 17, 2011

betul kan.. suka makan..;)

tak caya ke?
betul...
wat keja sehelai dua je,
tapi makannya.. isk isk
  
lepas satu,
 
dua,
 
pastu tiga..
ahahaha
"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari bisikan2 syaitan 
dan aku berlindung kepada-Mu dari apa yang mereka bawa kepadaku. 
Al-Mukminun: 97-98"

Nov 2, 2011

sedapnya makan coklat

tn muda dapat belated birthday present. 
chocolate crispy. 
owh memang kegemaran dia lah kalau yang berkaitan dengan coklat ni.
tak boleh tidak.
tau pulak tu y mana coklat dan y mana bukan
 
tinggal lagi, kena kawal lah
kalau beri pun tak banyak, saiz ibu jari kecil tu je sudah
nanti super aktif dibuatnya
tak termasuk mencomotkan pipi sendiri 
isk-isk
 
tengok tu, tak boleh tangguh2, nak juga.
  
sapa boleh nafi kelazatan coklat kan.
sedap
cuma, berpada-pada lah bila memakannya.
mudah2an manfaat coklat tak terhapus dek kerana berlebihan mengambilnya

Oct 21, 2011

implikasi...

sejak dua menjak di tanah melayu ni, 
hari-hari bersarapan perkara seperti yang berikut.
   
 ini kan, entah apa la implikasi 
yang akan dicerap oleh badan dalam masa terdekat ni 
hehe apa? 
masak?
   
ya, selagi belum punya dapur sendiri, 
maka agenda memasak, 
sila serahkan pada pemilik dapur dulu 
lagi pun masakan beliau tentulah lebih sedap.. 
kih2.. alasan!
  
ah sila mulakan segera

Oct 7, 2011

orang mengantuk di sorong nasi lemak

memang menjadi-jadi lah jawabnya kan..
   
 nikmat. tidur? heh kerja-kerja.. hehe
 
hailah nasi lemak.. 

Sep 28, 2011

saya bukan masterchef

teringin.. tak pernah la pula cuba2 membuatnya secara manual
yang instant tu pernah la juga.
maka kali ni dengan gigihnya cuba juga lah buat
dengan penuh kedamaian dan ketenangan
juga kelaparan
maka terjadilah perkara seperti di bawah ini
versi kuah curah atas mee celur (kurang best).
sebab dah ala2 mee rebus lak.
so tukar method.
versi mee di masak sekali dalam kuah..:)
yang ini lebih asyikk

sedap lah pada citarasa saya.
mujurlah takda juri yang perhati cam dalam masterchef.
kalau tak mau bertabur2 gaknya mee dan telur tu.. haha

teruja tengok budak2 ni memasak. memang layak digelar master.
ini baru umur 11/12 tahun.
tu nanti kalau dah umur 30 tahun tak taulah cemana skill memasaknya
apa ntah kebolehan saya masa umur 11 tahun dulu.. hehe
main guli dan tin ting je agaknya
bakat.. perlu dipupuk dan disokong
selagi tak melanggar suruhan agama dan memudaratkan

Sep 24, 2011

sudu & garfu. nora elena dalam kenangan V

hujung minggu lepas, hujan ribut dari tengahari.. 
sampai ke tengah malam masih tak reda lagi..

takut juga dengar bunyi kuat angin y menderu2..
kesan taufan roke tu agaknya.. kelmarin pun jadi lagi.
bangunan tak lah rasa bergegar atau goyang,
tapi memandangkan kita di tingkat 7, huhu..isk..
minta dijauhkan dari bencana

malam minggu tu, tengok drama sudu dan garfu,
rupanya cik nora y blakon.
kelakar juga watak fauzi dalam cerita ni
cik nora pula garang betul
erm.
cinta itu saling memberi dan menerima
bagai sudu dan garfu
dan bermacam2 bagai lagi
itukan lumrah hidup, sifat saling berpasangan
saling memerlukan
walau tinggi mana pun ego
tak ternafi fitrah

punya kelebihan dan kelemahan masing2
tapi rupanya sudu & garfu,
tetap saling memerlukan di dalam pinggan..(^_^)

Sep 23, 2011

sambal pecal merah dan hijau


variasi sambal pecal..
sedap kan makan pecal ni. lagi2 kalau sambalnya sedap
kuah merah, sambal instant. tinggal curah air masak secukup rasa. manis.
yang hijau ni saya buat. kacang sikit je, stok abis.
malas lak tu nak buang kulit kacang, so tak berapa cantik lah sambalnya..
dalam bancuhan curah serbuk udang kering, baki buat mee bandung. yummy

mempersembahkan, yang dah sedia diratah ;) 

makan juga dgn ikan goreng tepung dan cumi2 goreng..
hah berejam la jawabnya makan 

Sep 10, 2011

selesai

alhamdulillah..
 
dah selesai ganti untuk tahun ni..
 
boleh sambung beraya..;)

Sep 4, 2011

kad raya dan sayonara

teruja je dapat kad raya..
tak kisah lah walaupun dah lepas raya
   
dah tentu dari tanah melayu dan  y pasti confirm bukan dari tn besar.
 isk! hehe cuba perhati.. takda nama kan? 
 haha yakin je buka. eh kalau dari tanah melayu, sapa punya lagi kan  
dari seorang kenalan. terima kasih la daun keladi, 
raya nanti leh hantar lagi
  
harini, sekeluarga lagi teman sekolah,
akan kembali pulang ke tanah air esok.. 
sedih je. dah kurang kawan kat sini.
 
tengahari tadi ke rumah mereka 
bersama mee sup udang dan apam pisang
mereka ini banyak membantu saya sepanjang di sini
maklumlah, kita ni 'celik' nihonggo..
apa2 hal mesti cari mereka utk tolong baca atau bercakap nihonggo
terima kasih atas bantuan selama ini

sayu je.. sayonara utk mereka..
semoga selamat perjalanan &
panjag umur moga kan bersua kembali