Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Feb 4, 2012

kek cinta

nak cuba rasa red velvet pula
buat sendiri tu tidaklah kan

maka membantu ekonomi ummah je la jawabnya
order je sudah
sedap juga kek ni. moist and heavy sikit rasanya
yang penting, cam kena je dengan tema 'kek cinta' ni
err tak buat acara apa pun
beli kek dan makan ramai2 je
ada budak2 mengaji,
yang sama2 mengaminkan bacaan doa oleh en suami,
selepas potong kek bersama :)

dan disertai oleh cinta hati kecil ini
yang dah cuit kek dulu.. ;)


Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka.
~ Di Riwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri [info]


~salam maulidurrasul 1433h~ info

Feb 2, 2012

hadiah anniversary

alhamdulillah
lepas 3 tahun, baru lah dapat kad nikah pintar ini
suka..;)

Jan 23, 2012

istimewa yang ke 3

alhamdulillah.. 
pertama kalinya 
dapat bersama-sama pada hari ulang tahun yang ke 3 ini. 
rasa syukur yang berpanjangan, doa yang malar, 
moga kekal rumahtangga dalam limpah rahmat dan kasih sayang dariNya.. 

 
terima kasih untuk segala2nya

Sep 21, 2011

hajat dan kehendak

100yen. boleh la buat kenang-kenangan.
eh bukan brg kenangan,
ini kan salah satu bahan pembelajaran awal ;)
barang tambah banyak
impian tak terkira
mudah2an hajat nak ada teratak sendiri tercapai segera
(^_^)

Sep 2, 2011

alkisah raya 2011

menjelang 1 syawal,

malam raya, lepas isya, tunggu pengumuman raya.
dah tukar rupanya penyampai nya ya.lain lak feeling dia..
hehe takde kaitan
dengar takbir raya. maka confirm esok raya. 
rebus nasi impit, telur puyuh, perap ayam. 
call mak dan mak. acara ampun maaf in advance (^_^). 
yeay, mak beri duit raya rm25. sebab rm100 bahagi 4 beradik. 
tapi mak kata, dia amik balik beli baju tn muda. 
sbb mak tn muda tak muncul raya tahun ni. isk!
sms tn besar. tak berbalas. huh, rupa nya bz main mercun & bunga api. 
boleh??? merajuk
kuarkan mixer, cheese, mangga & susu. 
buat dessert raya lagi best. 
sambil dengar takbir dan rancangan malam raya dari tanah melayu.
akhirnya, mimpi indah malam raya.. lupakan kesunyian ;)
 
subuh menjelma, pagi hari raya, gigih betul di dapur. tentulah sorang2. 
berurusan tekun dengan ayam masak kicap, sambal telur puyuh, 
masak lodeh, ayam & sotong percik. 
dapur cuma satu, maka semua menu kena ikut Q. 
potong nasi impit & deco meja raya a.k.a kotak tissue besar. 
memang syahdu la, terkenang meja kayu jati kat kedai perabot. haha
 
kala fajar menyinsing di tanah melayu, 
berkurung biru, bersimpuh ayu, bersalam2an dengan tn besar, 
bergenang air mata cakap dgn tn besar. 
hanya dengar suara dan membayangkan suasana. 
ampun maaf kekanda y dinda harapkan. sudah2. g solat raya dulu.
 
sekitar waktu dhuha, merenung je meja raya y 'cantik'. 
tunggu tetamu y akan berangkat pulang ke tanah melayu. 
terakhir mereka berhari raya di sini.
 
lepas zuhur, tak boleh tahan. 
pakai blouse coklat dan bergerak ke satu rumah sasaran. 
mereka jg akan pulang ke tanah melayu minggu hadapan. 
wah barulah nampak cam raya. ramai y berkumpul di sana, 
bersalam2 bermaaf2an. tahun ni takda perasaan nak ambil gambar. 
jadi mmg takda gambar raya. petang tu dapatlah beraya 2 rumah.. 
lupa sekejap kesayuan.
 
malam itu, makan juadah y kawan2 beri. 
tukar rasa. makan dan makan.

menjelang tengah malam, bergenang lagi airmata 
tgk gambar tn besar dan tn muda dgn persalinan raya mereka. 
saya punya pun ada, tp jasadnya tidak di sana bersama. 
rasa nak photoshop je ;).
 
tn besar call. memang tak boleh tahan lagi dah. 
berjurai2 airmata sambil bercakap dgn tn besar. 
SABAR. azimat dr tn besar.

esok pagi, raya ke2, pergi sekolah dengan muka sembap. 
mari mulakan puasa 6.

sekian terima kasih. sila sambung kerja mulai sekarang (^_^)

Sep 1, 2011

jangan main api

dikhabarkan dari tanah melayu,
ada orang takut dengan api lilin
ingat ke mercun agaknya..
sian terperanjat ya. musim raya katakan
sana sini dam dam dum
sayang betul dengan domo kan..
abis kena gigit dengan dilambung2..(^_^)

Aug 28, 2011

sedar tak sedar, detik itu kembali

Istimewa Ogos, Ramadhan dan Syawal
bulan2 kelahiran saya dan tn muda.
Alhamdulillah.

Ya Allah, 
aku memohon kepada-Mu agar 
Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, 
sebaik-baik amal pada penutupannya, 
sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu.

“Ya Allah,
ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku
dan cucurilah rahmat kepada mereka
sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Aug 21, 2011

apa dah jadi?

21 ramadhan..
setahun y lalu,
ketika umat islam sedang berpuasa,
saya sedang minum air milo panas,
di atas katil,
di dalam bilik bersalin,
di sebuah hospital..
hangat. sedap.
eh!

bukan salah saya tau,
tapi nurse itu y suruh minum. hik2

Aug 19, 2011

dah tukar gaya baru ya?

main basket ball macam ini kan?
jadi apa kena dengan yang ini?
nak kata tinggi betul net nya tu taklah pulak kan?
kemam2 mulut y belum bergigi tu.. 
kiss karang baru tau.. hehe
tatau ke kita rindu sgt dengan awak ni..
main bola elok2 tau.. 
buatlah gaya manapun selagi tak menyalahi hukum, 
biar tercapai matlamat..;)

Jun 20, 2011

antara seth tan dan irfan ikmal

oh yeah.. drama adaptasi novel lagi..
bicara tanpa suara
tak pernah baca novel ini
tapi sekilas pandang pada sinopsisnya,
tampak puitis dan indah bait-bait bahasa y digunakan
ada maksud yang ingin dibicarakan.
stanza : sebilangan baris yang membentuk rangkap (sajak).
tentu tambah manis kalau berjaya disampaikan dalam bentuk nyata

alahai, melekat lagi la ni jawabnya dengan drama ni.
barisan pelakon nampak serasi dan ada potensi
tapi bila bersambung pelakon,
dalam situasi berbeza secara berturut ni
kena cepat2 tukar mode.. hehe

kisah kasih
cinta hati bersulam rindu
pahit dan manis melunsuri masa
bukanlah hidup indah semuanya
biarlah yang terindah beriring rahmat dan kasih sayang Nya

Jun 19, 2011

kasih ayahbonda dan mee rojak skippy

assalamualaikum..
minna san, ohaiyo'
rojak dinner semalam
tak da kacang kisar,
kita bubuh je skippy peanut butter tu..
ahahaha boleh la
takda la rojak bertukar rasa spaghetti,
kira ok la kan..(^_^) alasan

rojak. memang salah satu dari 100 makanan kegemaran kita ;)
tak kisah la cemana rupa & persembahannya,
dari rojak spore, rojak asma, rojak manis, rojak mee, rojak buah,
rojak tepung, rojak mamak, rojak pasemboq dan adik beradiknya y lain
memang selalu jd pujaan hati.
meniti saat2 menantinya kelahiran tn muda,
kebetulan ada di tanah melayu
dah ini je lah jd permintaan..
rojak rojak rojak hehe
x pernah tolak lah
kalau balik rumah mak pun,
ayah dah ready belikan rojak & sate. siap frozenkan lagi

kasih ayah dan ibu
walau sudah sedewasa mana pun anak2
kasih sayang dan perhatiannya tak pernah pudar
tingginya perasan itu, selikat merah darah y mengalir dalam diri
menyambung kelangsungan hidup dan kesinambungan generasi
betapa tinggi darjat & kasih sayang ibubapa kepada anak
sungguh doa dan restu dari mereka adalah sejahtera hidup kita
izinkanlah untuk membahagiakan mereka selamanya

petikan puisi untuk ayah dan ibu
Ya Allah,
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
pahala yang besar atas kasih sayang
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Jun 8, 2011

lagi tentang nora elena

ada kawan post link di fb..
>>baca selanjutnya: surat terbuka untuk tv3
 aduhai tersenyum2 sorang kita baca sambil makan mee. 
mujur tak tersedak.
pastu kalau dah tersedak, mulalah nak terfikir, eh ada sapa2 sebut nama kita ke??
padahal nya makan laju2..isk2
ada sesapa y dah baca? kelakar la baca surat tu
pandai lak cikgeli-geli mengarangnya.

tapi betullah, kasih sayang, romantis dan romantika, 
semuanya bukan hanya dalam tafsiran sekuntum bunga
atau sebaris madah sahaja
itu hanyalah elemen2 pembawa maksud
alat2 penyampai

ada banyak lagi cara untuk menyampaikan kasih sayang
bahawa hidup tidak selalu indah
adat memberi dan menerima
walau dengan apa cara sekalipun kasih sayang y disampaikan
moga sikap saling mengerti dan menghargai, dapat mengukuhkan hubungan
saya? antara y teromantis bila saya sedang hujan lebat dalam emosi
'abang kira sampai 3 je... ' 
maka muncullah pelangi nan indah,
sebab hujan kena berhenti serta-merta.
kahkah..oh sayang~i miss u 

May 26, 2011

yang terindah biarlah berkekalan

berikutan dengan jauh panggang dari ayam golek,
maka perkara merah-merah yang semalam tu,
sila bawa baki ke tahun akan datang ya..
maka...
silalah gunakan perkara-pakara berikut dengan manisnya
kerana ia lebih bermakna..
alahai sopannya kamu
ya benar,
semua perkara2 tersebut masih di atas dulang hantaran
beserta dengan alasnya sekali
cuma pelamin tu je dah takda
tu pun sebab sewa..
kalau tak,
dengan balai2 pengantin kita tak bagi orang tu buka tau
nak macam tu je sampai bila2..hehe

bagai kasih yang bersemi
yang ditatang dan diuji
bersama rahmat dan kasih sayangNya
moga yang dihati ke hujung nyawa

ecewah, pengantin baru la sampai bila2 nih..;)

May 11, 2011

ketika cinta

malam penuh doa penawar rindu kasih
munajatkan maha cinta diatas cinta
jika memang takdir cinta pasti bertemu
meski kau dan aku ada di ujung dunia [more]
R.I.N.D.U

May 6, 2011

lelaki ini

entah mengapa hati selalu dihambat sayu..
pengorbanan seorang lelaki y ini di dalam hidup saya.
tabah dan sabarnya dia memilih cabang hidup y ini
sungguh hidup ketentuan Illahi,
tapi kita insan y mengemudi dan mencorak ketentuan itu
7 hari selepas bertunang mula berjauhan.
fasa bertunang dan perkenalan semula hanya melalui corong suara
terakhir dia menghantar saya di lapangan..
dalam senyumnya, ada kesayuan y tak terbendung..
duhai hati2 ini, bertabahlah hingga akhirnya
saat itu semua adalah permulaan.
9 bulan tidak bertemu
9 bulan menanggung rindu y berbatas ikatan ini
dalam gembira, suka duka, cabaran dan dugaan
airmata dan doa yang berpanjangan

dan demi takdir y telah ditentukan Tuhan
benarlah saya susuk kirinya
seribu kesyukuran dalam tiap2 sujud padaNya
sesungguhnya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik

14 hari selepas janji bersaksi itu, kembali berjauhan
walau sudah dalam kewajiban tanggungjawab
ada batas dan maruah yang perlu dipelihara

buatmu lelaki ini
sungguh tiap2 doa y kupautkan adalah sejahtera buatmu
biar dugaan mendewasakan hubungan
biar dari kejauhan mengikat kerinduan
biar hanya suara menghubung perasaan
takkan pernah menyangsikan kasih dan sayang
takkan pernah terlupa dimana permulaan
terima kasih untuk segala-galanya
http://www.emocutez.com
ehehe okla kawan2. dah berjela2 jadinya kita menulis kisah kitorang ni.
apapun masing2 punyai kenangan, cerita dan pengalaman
y tetap indah disudut pandang y memilikinya kan..
semoga y terbaik dalam hidup kita semua
~salam ceria untuk semua~

Apr 29, 2011

wordless friday

saya ternampak kat blog2 lain wordless wednesday,
tapi saya nak tukar la ke friday..aci kan? ;)
sekarang ni waktu2 solat jumaat kan?
eh masih ingat lagi kisah mertuaku sayang
meh kita sambung sikit ya..
lgpun citer kita terhenti sebelum org solat jumaat balik kan?
Ramlah Ram - Diam Diam Jatuh Cinta

tak lama lepas tu, kawan kita balik.
tau apa jadi kat kitorang masa tu.
segan gila nak pandang muka dia..
ecewah. tp akhirnya pandang bertemu seketika
sambil senyum simpul. diam je la kan. kata tanda setuju..
eh xyah bayangkan la.. semua pun pernah rasa saat manis tu kan
pastu baru la kita dijemput masuk ke rumah utk makan tengahari
sambil terus tentukan berapa dulang, rombongan, hantaran dll.
kira settle la sume dlm masa 30 minit punya plan.
sekitar jam 3, kitorang bergegas ke mall untuk cari cincin.
bahan utama ni kena settle dulu.
rasanya kami spent masa 2 jam sahaja utk cari isi dulang.
memang tak pilih2 tak diskus2 pun. amik saja sesuka hati masing2
sebab kawan kita y bayar semua.. ahahaha nikmat!
pastu apa berlaku? ada 1 hari je nak siap ni
y ada baru cincin & barang hantaran..
y belum digubah, baju tunang tak ada lg, makanan tak decide lagi.
rumah bilik tak kemas lagi and ntah apa2 lah...
zero!
yang dah siap kan cuma luggage nak datang sini..
hatta, waktu tu dah 7 mlm,
kita tak jumpa pun lg mak ayah kat rumah..
hahaha apa macam ini olang
ok. saya tangguh lagi cita ni..maaf ya kawan2.
tuan rumah nak pegi lawatan sambil belajar esok. yippi2

Apr 24, 2011

kasih seorang isteri

ada sapa pernah tengok citer ni? 
antara dugaan dan waras fikiran... 
hailah.. bergenang jg airmata tgk ni..
kisah begini mungkin berlaku realiti
bila menidakkan maksud perkahwinan,
bila menafikan anugerah Illahi
bila tindakan tak berasas pertimbangan
bila kata-kata tanpa makna jadi sebutan

sungguh, suami kunci syurga buat isteri..
mudah-mudahan rasa tak pudar, kasih tak lenyap,
anugerah kasih sayang & rahmat berpanjangan
jangan sampai pernah terlewat

untuk menghargai apa yang kita miliki

Apr 20, 2011

akhirnya.. mertua ku sayang

untuk menambah emosi, klik dulu lagu ni..;)
siti nurhaliza - Patah Hati

ok ok.. kita wat ringkas je penutup citer ni la ya. taip laju2 dah ni
wat sekuel banyak2 budget besar wooo
on camera, roll and action!

dah dah... memang kita sudah pasrah maksima.
entah apa2 la jiwa masa tu. padahal kawan kita tu takda pun cakap apa2..
berjanji pun tidak. dia memang super selamba.
kita siap dah plan tau, kerana mak & ayah kawan kita tu baik, 
hari akhir sebelum berangkat, kita nekad nak g jumpa diorg..
 nak babai2..kekonon nak membawa rajuk hati jauh..
 fuhh heroin bawa hati lara sampai celah sakura..
adala airmata y bjela2 jg masa tu. hehe eh malu ah!

lagi 9 hari..
eh kawan kita call la. dia suruh datang rumah lepas jumaat.
haii tengoklah kawan kita ni, bukannya nak ambik kita ke apa kan
maka kita pause sekejap nangis masa tu. suka plak tu nak g sana
mak siap sound, 'ha tu g sana suka2 nanti balik nangis2'..
hehe ala boleh la boleh la

masa kita sampai, org tu pun x abis solat jumaat lg..
kita pun duduk b2 dengan mak kawan kita tu kat beranda..
pastu mak kawan kita minta kita call mak kita lak. 
eh napa lak ni?? haaaaaaaaa
maka sekitar jam 1.50 ptg jumaat tu la kita dirisik & dipinang sekali melalui telefon.
rombongan akan tiba lusa! 6 hari sebelum berangkat.
tengok. mak sana & mak sini deal baik punya, wpun diorg tak penah jumpa...

Qiara - Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi
cut!
anti klimaks tak? ke cliche je citer ni.. hehe.
jadi itulah ketikanya sy tau mereka adalah bakal mertua saya ;)
ok dah2.. itu la kisahnya..kalau sambung lg bukan jd kisah mertua lak

y pasti tentulah saya sayangkan mertua saya. 
impression mereka adalah 'sesuatu' saya kira waktu itu.
antara perancangan kita dan kehendak y Maha Esa

siapa y tak sayang mertua
kerana mereka y  menjaga dan mendidik suami kita sebaiknya...
moga kasih syg tidak luntur dek masa
anugerah Allah buat kami buat saya rs cukuplah, apa saja y dtg menguji..

err ada sapa2 nak tau kisah hari bertunang & cara kami menghabiskan waktu btunang ke? kih2.. 
sekian terima kasih. yang benar: saya dan kawan

Apr 19, 2011

sekuel bertemu mertua 2

aishh bsambung lg kisah ni. sowi eh kawan2, panjang lagi jadinya.
ok kita sambung cepat2.
debar tak debar tak?apa jadi lepas tu???

pastu ada lg jumpa mak. dan kami makin mesra tau.
tiap-tiap hari kitorang bsembang by phone sebenarnya
sampai satu tahap, kita segan nak call mak
yalah kan
tapi kalau kita tak call, mak & ayah sekali cari kita..isk2
wpun sbenarnya kan, kawan kita tu tak da pun call kita..
hahaha....

kali ni background music dah jadi lagu ni lak
Utopia_-_Mithali Cintaku

jadinya, dah 4 kali jumpa ni, dah hari2 bercerita itu ini.
tp serius. kitorang masih kawan jg

masa nak blepas ke sini tinggal lg 10 hari. dan.
kawan kita ckp kita mmg KAWAN je
betul cakap kita kan? dah tak ada harapan..
hehe ada y terfikir tak, napa kita nampak mcm berharap?
sebabnya macam y kita ckp aritu la,
kita cam ada instinct y kuat masa tu
cuma tak pasti apa..
"Lewat ini ku rasakan, Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam, Pada takdir dan harapan " ~Nur Kasih

takpalah.. apa lagi nak dibuat
masa tinggal 10 hari
pasrah je lah hati ni meninggalkan semuanya
selamat tinggal kawan ku..
kenang daku dalam doamu

wah2, tekun nampak. hehe dah2 g wat keja sana ;)

Apr 18, 2011

sekuel bertemu mertua 1

eh eh lama lak kita minum br nak sambung story ya

lepas 2 kejadian tu, takda dah g umah mertua lg
sampai la 4 bln kemudian
masa tu dah tau nak blepas ke sini lg sebulan..
kita dgn kawan kita tu pun takla selalu jumpa

background music masa tu lagu ni lah..
Crossfire - Realiti Dan Fantasi

dalam hati memang taman habis la masa tu
apatah lg bila ingatkan, mgkn akan kehilangan kawan y seorang ni
yalah katanya kan, jauh di mata boleh jauh di hati jg
kita rs kita dgn kawan kita tu dah xda harapan la
eh kata kawan, napa dalam hati nak ada harapan lak kan
hehe eh mana la tau kan.. org kata instinct..;)
tapi serius kawan tu selamba je
macam tak ada apa2 langsung.
dah tu namanya pun kawan kan..alahai

kali ke3, kita dapat jumpa dengan mak mertua sekali lagi
dalam hati, entah2 inilah kali terakhir dapat bertemu
mak mertua lak cakap, janganlah pegi
dah jauh nanti susah nak jumpa lagi..
owhh hati rasa tambah pilu sayu..
kita pun tatau kenapa, kita rasa macam tu

walaupun xrasa mcm ada harapan
walaupun kami hanya kawan
lagi pulak agreement dah btanda tangan
tiket penerbangan sudah di tangan
apakan daya kalau itu sudah suratan Tuhan
maka... eh eh ewah2 pepagi menyembang nampak
ok geng nampak x sensei dah lalu tu.. 
kalau ada request selanjutnya kita sambung eh? (^_^)
selamat bertugas semua