Showing posts with label Tips dan Panduan. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Panduan. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Cara Menyimpan Lauk Mentah Dalam Freezer


Di awal menjadi suri rumahtangga E-na simpan lauk mentah di dalam plastik kuih. Sekarang masih lagi menggunakan kaedah yang sama atau menggunakan Tupperware freezemate khas untuk frozen. Tengok pada yang sesuai pada masa tersebut. 

Mula-mula perlu siang dan cuci bersih semua lauk sebelum disejukbekukan. Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai atau plastik kuih. Satu plastik/ tupperware untuk sekali masak. Tak perlu nak keluarkan semua lauk padahal nak masak 3 ekor je. Lauk akan kurang fresh dan kemungkinan dijangkiti bakteria bila defrost dan kemudian sejuk bekukan semula.



Peti lebih tersusun dan kemas dengan Tupperware Freezermate. Jika  berminat bole email lovelykitchen2009@yahoo.com atau FB E-na Lovely Shop


Monday, 19 September 2011

:-> Cara Mudah Kukus Pulut Kuning STEP BY STEP


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Ada pelbagai cara memasak Pulut Kuning dan Pulut Pagi. Antaranya pulut direndam dengan kunyit dan asam keping, dikukus dan digaul dengan santan kemudian dikukus semula. Mengukus pulut cara tradisional seperti ini akan menghasilkan pulut kuning yang cantik berkilat dan masak lembut sekata dan tidak lembik. Boleh tengok disini cara memasaknya.

Selain itu Pulut Kuning juga boleh di masak menggunakan rice cooker. Kaedah ini agak senang cuma memerlukan banyak kali percubaan  untuk mendapatkan sukatan air yang sesuai dengan beras pulut. Jika tidak kemungkinan pulut akan menjadi lembik dan tekstur beras pulut akan hancur. Tengok disini cara memasak pulut kuning menggunakan rice cooker.

Lagi satu cara menggunakan periuk dan di masak di atas dapur. Biasanya cara ini digunakan mak E-na untuk memasak pulut pagi untuk di makan bersama kelapa(agak muda) parut diagaul dengan sedikit garam dan di makan dengan ikan masin/kering. Sedap ni!. 

Kali ini E-na nak kongsikan cara paling mudah mengukus pulut kuning juga pulut pagi atau apa2 jenis pulut. Cara ini juga yang E-na guna untuk mengukus pulut untuk di buat Lemang Tanpa BuluhLemang Pulut Kuning Special dan Pulut Kuning Sambal Ikan Bilis



RESEPI PULUT KUNING KUKUS MUDAH
(6-8 orang)


Bahan-bahan:
  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)
  • 5 inci daun pandan / sehelai
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih, boleh letak warna lain yang di sukai/ mengikut kesesuaian kuih)
  • Loyang 20cm / 8 inci

Cara-cara:
  1. Panaskan peiuk kukus yang telah diisi air.
  2. Cuci beras pulut seperti biasa.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Rujuk gambar 1.
  4. Kemudian masukkan santan, air, pewarna kuning, garam, daun pandan dan minyak masak ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Kacau rata. Rujuk gambar 2 dan 3.
  5. Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukus lapisan atas. Tutup kukusan. Rujuk gambar 4.
  6. Set timer selama 30 minit.
  7. Kacau pulut setiap 10 minit. Rujuk gambar 5.
  8. Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit.
  9. Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan warm kan sahaja. 
  10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama rendang, serunding, sambal tumis, dan apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Sukatan diatas untuk beras pulut jepun yang E-na guna. Klik di sini untuk gambar beras pulut Jepun.. Adjust sukatan cecair dengan beras pulut anda.


TIPS KUKUS PULUT MUDAH DARI LOVELY KITCHEN

  • Kacau pulut setiap 10 minit untuk mendapatkan pulut yang masak sekata.
  • Lebihkan santan, kurangkan air (tetapi jumlah cecair masih sama) jika mahu pulut lebih rasa lemak. 
  • Tambah sedikit air panas jika pulut masih belum masak sekata selepas 30 minit , kacau dan kukus lagi.
  • Masukkan pulut yang telah masak ke dalam rice cooker dengan function'warm' untuk kekalkan kepanasan pulut.
  • Boleh gunakan pewarna lain jika mahukan pulut bewarna merah / biru/ hijau dan sebagainya.
  • Cara ini juga sesuai untuk buat pulut panggang, lopes, pulut pagi, atau apa sahaja kuih yang mernggunakan pulut yang dikukus.

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Monday, 21 June 2010

:-> Gula Oh Gula



Ada pelbagai jenis gula tapi tahukah kita setiap gula mempunyai fungsi yang berbeza dan tersendiri. Jom baca!

JENIS-JENIS GULA DAN FUNGSINYA

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.

1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.

2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.

3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.

4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).

5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.

6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.

7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.

8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.

9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

Source : Hajah Noraini bt. Haji Zakaria
Photo : Kredit to Mr. Google

Tuesday, 15 June 2010

:-> Cara Mengetahui Kek yang Mengandungi Arak




Terima kasih
Chef Farid di atas perkongsian ini. Semoga pengunjung Lovely Kitchen juga mendapat manfaatnya...

"Assalamualaikum

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.


Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.

Ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara."


Source : Chef Farid


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...