Ulam ulaman yang di beli di Pasar Stadium Shah Alam pada ahad lalu. Petai, kacang botol / kacang botor / kacang kelisa, pucuk tere / pucuk gajus dan pucuk Jenerih. Inilah salah satu kelebihan tinggal di Shah Alam. Pelbagai jenis ulam mudah didapati. Selain Pasar Stadium Shah Alam, kami juga selalu membeli ulam di Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam. Pucuk Jenerih juga selalunya ada di jual di sana. Dan kadang-kadang ulam-ulam kampung juga boleh di dapati di pasar malam sekitar Shah Alam.
Ulam yang telah siap terhidang untuk di makan pada hari minggu yang lalu. Segarrrr dari ladang kan...kesegarannya teserlah seperti baru petik di keliling rumah je.
Berbalik ke pada Pucuk Jenerih, rasanya sedap lemak-lemak mungkin ada sedikit rasa kelat (x rasa pun bagi yg minat ulam). Pucuh jenerih muda bewarna kemerah-merahan. Jika disimpan lama di dalam peti pucuk ini akan sedikit keras / liat, tidak rapuh seperti baru beli. Seakan ianya mengalami proses tumbesaran pula.
Menurut blogger yang pakar tentang pokok, En. Adry, pokok jenerih ada 2 jenis. Satu jenis menjalar dan satu lagi jenis pokok balak. Menurut beliau pucuk dari pokok besar lebih sedap. Jenerih juga ada dua jenis satu pucuknya hijau dan satu lagi pucuknya hijau kemerahan.
Ni ulam pucuk jenerih dan pucuk gajus sebelum di cuci. Pucuk Jenerih satu ikat RM1 dan Pucuk Tere atau pucuk gajus behaga RM2 seikat. Pucuk Tere / Gajus ada 2 jenis. Nanti E-na cerita di lain masa.
Mari kita tengok rupa pokok Jenerih. Dibawah ini gambar pokok jenerih dari blog kasutVINCCI.
Ini pula gambar pokok Jenerih di taman Ajwadamzar. kredit utk kedua pemilik gambar pokok jenerih.
Ada satu Pokok Jenerih Keramat yang berusia 200 tahun.
Besar sungguh pokok jenerih ni.
Bahawasanya dipertuturkan dari mulut ke mulut sejak dahulu kala lagi ( Generasi ke generasi) dikatakan Pokok Jenerih Keramat ini dijadikan tempat pemujaan, jampi serapah dan tempat Pemasongan jin, iblis, syaitan serta hantu jembalang yang jahat dan khianat kepada manusia.
Pemasongan makhlok halus ini dengan menggunakan paku panjang oleh bomoh-bomoh yang masyhur setelah sehari mengubati pesakit. Paku Panjang adalah senjata utama untuk Pemasongan.
Kesan tikaman pada pokok ini telah membentuk bengkak-bengkak dan bonggol-bonggol dibatang pokok yang mana dapat dilihat sehingga sekarang.
Info ini dari blog My Home Town. Terima kasih atas perkongsian.
Inilah serba sedikit info tentang pucuk jenerih yang sedap di makan sebagai ulam mentah. Tapi awas basuh bersih-bersih sebelum makan ya!