Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, January 24, 2012

Percutian Bajet Pulau Pangkor Part 2




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sambungan dari percutian bajet ke Pulau Pangkor.
Lepas kami dah siap pasang khemah, lepak2 kat tepi pantai, kami pon amek keputusan untuk ronda2 kat pulau and nak beli makanan untuk malam nanti.
Tapi kenderaan takda.
Jadinya kami tumpang owner Pangkor Rimba Kem untuk pergi ke jeti Pangkor.
Kebetulan dia memang nak p pekan.

Sampai pekan, owner Rimba Kem tu tolong kami carikan kete sewa.
Kebanyakan kete dah dibooking sesiap.
Pastu i teringat member i ada kasi contact no untuk sewa kenderaan.
Abang Jai namanya.
Try laa call mana tau kut2 ada kenderaan yang blom disewa.

Kami bernasib baik.
Ada 2 kete yang masih blom disewa.
Harga kete sewa, Abang Jai tu charge rm100/24hrs.
Tapi masa tu Abang Jai takda kat tempat kete tu.
Dia kata pilih jer nak kete mana 1.
Kunci ada dalam kete.
Nanti nak pulangkan, baru bayar.
Best gila deal macam tu.

Nak dijadikan cerita, Abang Jai just kata kete dia wira aeroback color hijau and color merah.
Yes, memang ada dua kete tu.
Memula kami pilih untuk sewa kete color merah.
Masuk dalam kete, start enjin.
Tetiba ada pakcik datang ketuk cermin.
Macam kami ada buat salah.

Pakcik tu kata better jangan naik kete tu.
Kami pelik laa and tanya kenapa.
Rupa2nya roadtax kete tu dah tamat tempoh.
Ceeettt.
Pastu pakcik tu tanya sewa dengan sapa.
Rupa2nya tu bukan kete Abang Jai.
Kami ikut dan jer naik kete orang.
Hahahaha.

Setel bab kete, kami pon mulakan perjalanan kami.
1st destination is Kota Belanda.
Berbekalkan peta yang tak lengkap, kami pon gerak.
Tetiba masa dalam perjalanan tu, ada sekatan jalan dari abe2 polis.
Uiii mujur tak naik kete yang takda roadtax tu.
Kalau tak, buta2 jer kena saman.

Tetiba polis tu mintak ic and lesen member.
Lagi sekali, kami pelik.
Sedangkan lesen member lambat lagi expired.
Pastu ada sorang lagi polis datang kat i.
Dia tanya dari mana apa semua.
Hensem okay.
Rupa2nya polis tu just nak amek statement sebab kami kan orang luar.
Fuh lega, risau takut kena saman jer.

Setel bab polis, kami teruskan perjalanan.
Pusing punya pusing, tak jumpa pon Kota Belanda tu.
Habis 1 pulau kami pusing kut.
Hahaha.
Rupanya silap jalan.
Dah alang2 sesat, kami teruskan jer laa.
Perjalanan dia agak mencabar jugak.
Jalan bukit bukau, bengkang bengkok.
Dah laa takda hon.

Cukup 1 pusingan pulau baru laa jugak signboard Kota Belanda.
Rupanya dekat jer dengan jeti Pangkor tu.
Dia masuk ikut jalan kampung.
Pheeww.




Tadaa.
Neh laa dia Kota Belanda.
Kecik jer tempatnya.
Tapi ramai orang.
P situ setakat tangkap2 gambar jer laa.

Sebelah Kota Belanda tu ada Batu Bersurat.
Tapi macam takda menda pon.
Memang laa batu bersurat, tapi bukannya bersurat mana pon.
Vandalisme banyak laa kat batu tu.
Sayang betei, tak dijaga.
Umm.
Layan sikit gambar kami kat situ.











Setel tangkap2 gambar kat situ, kami pon gerak.
Kononnya nak carik temple apa ntah tapi tak jumpa pon.
Last2 kami amek keputusan, nak lepak kat Pantai Teluk Nipah jer.
Nak pekena laksa.
Tapi laksa dia super pedas.
Seriously.
Bau tengit umpama dia guna air rebusan cili kering tu.
Hadoi.
Tapi habis jugak laa.
Ayu sampai bengkak bibir.
Hahahaha lawak.






Lokasi gerai tu bebetul tepi pantai.
Best.
Sambil makan sambil menikmati keindahan alam.
(",)
Lepas makan kami pon balik ke khemah.





Saat yang dinanti2kan.
Matahari terbenam.
Tapi time tu hujan renyai2.
But still ada yang mandi kat pantai and so on.
Subhanallah, cantik sungguh pemandangan matahari terbenam neh.
Untung betei khemah mengadap pantai.






Neh antara shot yang i sempat amek laa.
Cantik kan.
Hahahahahaha.
Puji hasil kerja sendiri.





Malam tu hujan jer.
Nak lepak kat luar pon tak boleh.
Tapi memandangkan gadjet dah kehabisan bateri, terpaksa laa keluar sat p charge.
Tempat tu kat sebelah pejabat pengurusan.
Nasib baik ada kemudahan untuk charge bateri.
Sampai tertidur2 laa nak tunggu.
Last2 dapat charge tak sampai separuh sebab mengantuk sangat.

Okay laa stop kat sini dulu.
Next entry i story pengalaman yang sangat mendebarkan.
Cekidaaaauuuutttt!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, January 23, 2012

Percutian Bajet Pulau Pangkor Part 1




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy Chinese New Year.
Happy holiday.

Lamanya tak update blog.
Sebenarnya nak tunggu nak update pasal percutian bajet i dengan bff.
Hihihihihi.

21 Januari 2012
I, Ayu and Dayat gerak ke Pulau Pangkor.
Nak release tension laa kononnya.
Memang plan last minute.
Tak sangka plak menjadik.
Tu laa orang kata selalunya plan last minute lagi senang daripada plan bebulan tapi haraaaamm takda hasil.





Pagi Sabtu.
Dayat bertolak dari Bukit Mertajam dalam 0700.
I and Ayu, tunggu kat exit Tol Kamunting.
Dalam 0830 kami pun bergerak ke Lumut.
Kami ikut jalan lama jer.
Ikut jalan Pantai Remis.
Actually, bukan tau sangat pun.
Redah jer.
Tu pun berpandukan GPS sikit2.





Perjalanan ke Lumut kurang dua jam.
Kira dekat laa jugak.
Kereta, kami parking kat bangunan bertingkat area Lumut tu.
Harga dia charge ikut hari rasanya.
Kami parking untuk 1 malam jer.
Harga dalam rm12++ camtu.
Tapi masa balik baru bayar.






Sampai kat Terminal Jeti, terus amek tiket ke Pulau Pangkor.
Harga tiket rm10 pergi-balik.
So jangan buang tiket tu, sebab before balik depa nak check tiket.
Kalau hilang, kena jadik nelayan laa kat sana.
Okay tipu.
Kena denda laa kut.
Hihihihi.





Tiket feri tu tak tetapkan masa pun.
Siapa awal, dia naik dulu.
Ada banyak feri jugak.
Yang i nampak, ada laa dalam 4-5 biji feri.
Rasanya setengah jam sekali kut.





Neh salah satu contoh feri yang disediakan.
Ada dua kategori.
Yang dok dalam feri saja or yang boleh lepak kat luar.
Masa kami p, kami naik yang boleh lepak kat luar tu.
Syiok oh.





Time neh dah nak masuk feri dah.
Kemain depa, eksaited.
Orang tak pernah p Pangkor, memang cemtu.
Hahahaha.
Yang baju putih tu namanya Ayu.
Yang baju pink tu namanya Dayat, nak panggil Ieda pomboley.






Kemain 3 orang neh pakai sunglasses.
Panas kut dok lepak kat luar feri tu.
Gaya kena ada.
(^^,)
I pon gigih p cari sunglasses kat pasar malam.
Eh.






Yang kat atas neh jeti untuk para nelayan punggah ikan.
Majoriti kaum cina laa yang jalankan aktiviti neh.






Yeay.
dah sampai Pulau Pangkor.
Perjalanan dalam 30-45minit kut.
Tak tengok jam laa plak.






Sampai jeti Pulau Pangkor, kami amek teksi van untuk ke tempat penginapan.
See the color, pink gittew.
Hahahaha.
Comel okay.

Penginapan kami kat Teluk Nipah, so dia charge rm15 untuk 1 teksi.
Perjalanan nak ke Teluk Nipah tu sangat adventure.
Jalan bukit, bengkang bengkok.
Driver teksi neh plak bawak laju gila.
Dah macam naik roller coaster.






Pangkor Rimba Kem.
Kat sini laa penginapan kami.
Kami sewa khemah jer.
Chalet, bilik semua fully booked.
Kalau ada pon hat mahal2 jaa.
Kami kan percutian bajet, so khemah sudeeehhh.
Harga khemah rm60/malam.





Tapak khemah kami betul2 mengadap laut.
Memang best gila laa.
Bukak pintu khemah tu terus nampak laut.
Syiok.







Ayu and Dayat gigih memasang khemah.
Sorang-sorang takda pengalaman pasang khemah.
Main hentam jer.
Dah laa angin kuat.
Asyik nak terbang jer khemah tu.
Dah laa depa pasang terbalik.
Memang tak tidur laa gamaknya.
Nak tak nak i kena laa tolong sebab i dah biasa dah buat kerja2 cemnih.
Ecewah.





Yeay.
Akhirnya khemah pon siap pasang.
Lepas pasang khemah, kami pon lepak sat dalam khemah.
Bajet nak rest laa sat, tido.
Tapi panas.
So lepak kat luar jer.
Belakang khemah kami tu ada bangku panjang.
Situ laa port kami.

Okay, cukup laa takat neh.
Panjang sangat dah neh i rasa.
Letih pon tak hilang lagi.
Hukhuk.
Nanti i sambung lagi k.
Cekidaaauuuttt!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, January 20, 2012

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Tengahari tadi i berkesempatan bertemu my bff from KL.
Kiah namanya.
Beliau merupakan bff i masa kat PUO dulu.
Classmate, housemate, soulmate.
Ecewah.
(",)

Harini beliau datang Taiping untuk projek KFC yang beliau design.
Haa nanti kat Simpang akan ada KFC.
Dekat jer lokasi dia ngan Mekdi.

So lepas beliau dah jumpa client, i lepak dengan beliau kejab kat Mekdi.
Then, baru kitorang gerak ke Kuala Sepetang.
Beriya diorang nak p sana.
Nak pekena mee udang yang famous amos tu.

I bawak diorang p kat Mee Udang Mak Jah.
Kat situ selesa sikit.
Mee udang dia pon sedap.
Tak macam Mee Udang Mak Teh.
Rasa macam kuah sos jer.
Umm.
(*--)

Diorang order mee udang special.
I just order kuetiau kuah.
Beza biasa and special dari segi harga and size udang.
Biasa rm7.
Special rm11.
Udang ada laa dalam 7-8 ekor.
Selak mee, nampak udang.
Selak lagi mee nampak udang lagi.
Begitu lah mewahnya mee udang kat Kuala Sepetang.
Hahahahaha.

Memandangkan i alergic sikit ngan udang, so i makan 3 ekor jer.
Lagi 5 ekor, i sedekah kat member Kiah.
Itu pon lepas makan terus gatal lidah.
Cepat betei efek dia.
Uhuks.

So far sangat berpuas hati laa dengan rasa dan suasana kat situ.
Tapi masa kitorang p tu tak ramai sangat.
Lepas semayang Jumaat kan.
Elok kitorang nak balik baru laa pakat2 datang.
Kalau malam, memang pack laa situ.

Dapat jumpa bff.
Dapat makan free.
Murah rejeki hang, Kiah sebab belanja aku.
Nanti datang lagi okay.
(^___^)v

Published with Blogger-droid v2.0.3

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, January 17, 2012

Good Night Good Night by Maroon 5




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Dah lama tak kongsi perebet song dengan korang kan.
Kalini nak kongsi 1 lagu.
Actually baru jer terjumpa semalam kat youtube.
Best jugak.

Okay enjoy the song!






Good Night Good Night by Maroon 5



You left me hanging from a thread we once swung from together
I’ve lick my wounds but I can’t ever see them getting better
Something’s gotta change
Things cannot stay the same

Her hair was pressed against her face, her eyes were red with anger
Enraged by things unsaid and empty beds and bad behavior
Something’s gotta change
It must be rearranged, oh

I’m sorry, I did not mean to hurt my little girl
It's beyond me, I cannot carry the weight of the heavy world
So goodnight, goodnight, goodnight, goodnight
Goodnight, goodnight, goodnight, goodnight
Goodnight, hope that things work out all right, yeah
Whoa

The room was silent as we all tried so hard to remember
The way it feels to be alive
The day that he first met her
Something’s gotta change
Things cannot stay the same

You make me think of someone wonderful, but I can’t place her

I wake up every morning wishing one more time to face her
Something’s gotta change
It must be rearranged, oh
I’m sorry, I did not mean to hurt my little girl
It's beyond me, I cannot carry the weight of a heavy world
So goodnight, goodnight, goodnight, goodnight
Goodnight, goodnight, goodnight, goodnight
Goodnight, hope that things work out all right

So much to love
So much to learn
But I won’t be there to teach you, oh
I know I can be close
But I try my best to reach you

I’m so sorry, I did not mean to hurt my little girl
It's beyond me, I cannot carry the weight of a heavy world
So goodnight, goodnight, goodnight, goodnight
Goodnight, goodnight, goodnight, goodnight
Goodnight, goodnight, goodnight, goodnight
Goodnight, hope that things work out all right, yeah
Whoa, oh…
Yeah




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, January 15, 2012

Quote Of The Day

Everything Happens For A Reason

Published with Blogger-droid v2.0.3

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, January 08, 2012

Tahukah Anda?

Okay baru tahu.

**Sumber : Kosmo, Sabtu 07 Januari 2012**

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, January 07, 2012

Katakan Tidak Kepada Blackhead

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Uols ada masalah blackhead or whitehead tak?
Kalau ada masalah tu, kompem bila sentuh hidung rasa kasar jer kan.
I pun mengalami masalah yang sama.

Dulu masa zaman sekolah, takda laa sangat.
Tapi bila dah masuk 20-an, banyak pulak munculnya.
Faktor usia kut.
Eh (?)
Tapi i ada jalan penyelesaiannya.



BIOGLO CLEARPORE DEEP CLEANSING MASK

Produk Cosway.
Harga?
Tak ingat pulak.
Dalam rm20-rm30 cemtuh jer.
Tapi kalau jadik member Cosway, harga lebih murah.

Best produk neh.
Dia boleh kurangkan blackhead/whitehead sebanyak 80%
Bergantung pada berapa tebal kita buh, berapa lama kita pakai.
Dia macam gel color hitam sebab diperbuat daripada arang.
Bila gel tu dah kering, dia jadik macam kepingan getah.

Produk neh lebih bagus daripada biore pore pack tu.
Lagi lama kita pakai, lagi kuat dia melekat kat kulit, lagi senang blackhead/whitehead tercabut.
Kalau 1st time pakai, pedih sikit laa masa nak cabut dia.
Nak lagi kalau muka ada bulu roma gitu.
Hahahahaha.
Ini serius.
(",)

Dia boleh pakai kat badan sama.
Keseluruhan muka pon boleh tapi takut time nak cabut tu laa pedih.
Jangan buh kat kening dah laa.
Kang tercabut bulu kening tu kang.
Ahaks.
I biasa buh kat hidung jer.

Sesapa nak cuba, boleh beli kat kedai Cosway or agen diorang.
Selamat mencuba!



hasil dari hidung I
Kihkihkih

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, January 06, 2012

Eeee Kepish Eeee Kepish





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini buat pertama kalinya i bawak kete abang p kerja.
Err, kali ke-dua actually tapi time tu p amek anak sedara kat sekolah agama.
Ala sekangkang kera jer jarak perjalanannya.

Memandangkan i dah takda kenderaan nak ke office, terpaksa laa i bawak kete abang.
Boleh jer kalau nak tumpang technician pagi tadi tapi time lunch makan meggi jer laa.
Dah laa semalam i lunch meggi.
Harini tidak mungkin.
Sebab ke-dua adalah serik nak balik naik bas.
Tak kuasa nak tunggu sampai 2jam.

Pikiaq banyak kali jugak nak bawak kete neh sebab tak reti.
Kete abang pakai enjin turbo.
I dah laa tak biasa bawak.
Masa 1st time bawak tu, asyik mati jer enjin.
Tobat stress.
Or mungkin jugak time tu kete abang dah rosak, so bila i dah bawak dia kata laa i yang rosakkan.
Pastu dia claim duit repair kat mommy.
Cerdik betei.

Tadi pun sepanjang perjalanan menggigil badan.
Hahahaha.
Dok buat macam tak pernah ada lesen kete.
Tapi okay laa, sampai jugak ke office.
Selamat jugak sampai rumah.
Bila dah mesreeee sikit dengan situasi, mula laa eksen kepish kepish kat atas jalanraya.
CEWI.
Buruk nau perangai.
(",)

I rasa neh laa yang terakhir i bawak kete abang.
Unless, kalau terdesak sangat macam sekarang neh, terpaksa laa pinjam.
Tapi sebolehnya tak nak bawak dah.
Kang jadik pape, kita jugak yang dipersalahkan.
Weehuu.
(*--)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, January 05, 2012

Bas Loncat Taiping



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Setelah beberapa lama tak naik bas loncat, tadi i balik kerja dengan public transport tu.
Bas Red Omnibus.
Rasa macam jakun pulak.
Hahahahaha.

Perjalanan yang sepatutnya 20minit jaa dari office ke rumah, jadi 2jam.
2jam okaaaaayyyyy!
Balik tadi mintak tolong officemate dropkan i kat bus stop area office.
Dari office kena naik bas untuk ke Station Bus Taiping.

Dah sampai situ, kena tunggu pulak bas untuk ke Station Bus Kamunting.
Untuk pengetahuan uols, bas loncat kat Taiping neh sangat olskool.
Lantai papan.
Hahahaha.
:B
Tingkap pon sliding.
Tiket bas jangan cakap laa.
Rare!



tiket bas


Pukul 5pm i habis keje, pukul 7pm baru sampai rumah.
Kalau nak diikutkan, tu dah macam perjalanan Taiping-Sg Petani tu.
Sangat membuang masa.
Tapi apa boleh buat, terpaksa.
Ikutkan boleh jer nak tumpang abang balik keje.
Tapi harini dia tak keje.
Umm.

Esok tak mau lagi naik bas.
Nak tunggu technician jer laa, tumpang dia.
(*--)



Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, January 04, 2012

Separuh Gaji Untuk Loewy

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Loewy buat hal lagi.
Kali neh lagi gempak kerosakannya.
Wiring Loewy ada masalah.

Baru2 neh, Loewy dah berasap masa i p pasar malam.
Tapi slumber boleh drive lagi.
Mujur laa time tu dah nak dekat sampai rumah.
I syak suis lampu yang shot.

Tapi keesokannya dah tak berasap dah.
I pon drive macam biasa p kerja.
Yang peliknya, bila i pasang kipas kedua lampu belakang menyala sama.
Ini pelik.
Tapi i buat derk jer laa.
As long tak mati tengah jalan, hentam jer laa.

After seminggu benda neh berlarutan, pagi tadi masa otw nak p kerja tetiba kipas kedua tak function.
I bajet memang dah shot.

Balik kerja tadi singgah bengkel uncle nan, suruh dia tengokkan.
Sebab esok i nak p Bagan Serai, nak collect data.
Kalau takda kipas kedua, agak risau laa.
Takut overheat berjalan jauh.

Bila uncle nan dah check, dia kata memang shot teruk.
Bila dia cabut fius and plug in balik, berasap terus.
Uncle nan kata, nak tak nak memang nak kena buat wiring lain.
Bahaya kalau tak buat.
Silap haribulan boleh terbakar kete.
Sebab banyak sangat wire yang dah tak leh pakai.
Yang tak guna pon banyak.

Tapi uncle nan kata kalau nak buat wiring lain, siap sedia laa dalam rm400-rm500.
Okay, i nak telan ayaq lioq pon dah tak lepas.
Memang mengundang betul laa.
Tapi kalau nak buat yang penting2 saja dalam rm200-300 jugak laa.
(*--)

Now Loewy ada kat bengkel.
I tinggalkan dia kat situ dulu, esok baru bawak balik.
Nak buat wiring lain, maybe tak laa kut dalam masa terdekat.
Mana nak cekau duit cheq oi.
Nak tak nak kena tunggu duit bonus or kumpul duit gaji laa.
Huhuhuhu.

Esok neh p kerja terpaksa laa tumpang officemate.
Hari Sabtu baru nak p amek Debby.
Debby ada kat Kedah sekarang neh.
Kat rumah memang dah takda kete.
Kete kancil abang ada laa, enjin turbo laa tapi.
Sumpah tak reti nak bawak.
Pernah bawak sekali, asik mati enjin jer.
Serik dah.

Bila Loewy prob, i nak merungut pon tak boleh.
Tak sampai hati.
I dah amek risiko untuk memiliki kete klasik.
So if anything happen, i kena terima laa kan.
Takpe laa Loewy, saya akan berusaha untuk pulihkan awak.
Awak sabar eh!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics