Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Lagi cerita pasal public holiday.
Hihihi.
Kalau hari Khamis i p jenjalan dengan boipren and friends, hari Jumaat pulak i p Perlis with my family.
Tapi sebelum tu nak story, lepas i balik dari Zoo Taiping terus i kena sakit mata.
Huhuhu.
Takkan laa i sakit mata sebab tengok gajah buang air kecil and air besar kut?
O men.
=_='
Harini baru mata i dah sembuh.
Tak buh ubat pun.
Okayy sambung balik cerita public holiday.
Pagi Jumaat kitorang gerak balik Perlis.
Jalan tak berapa sibuk sangat.
Pukul 11am gerak, pukul 2pm dah sampai Kangar.
Angin kat sana kuat okayy.
Macam dok tepi pantai.
Syok.
Mujur laa tak berapa panas terik.
Kalau tak, mesti rasa macam dok dalam oven.
Tak pun macam dok bersauna kat spa.
Rumah tok i atap zink.
Siling pun takda.
So bila tengahari tu paham-paham laa kan.
Petang tu p umah Long.
Kebetulan pokok mempelam dia dok berbuah.
So amek kesempatan menyicah laa.
Memang terbaik laa kan.
Mempelam plak tak berapa nak masam, lemak-lemak gitu.
Perghhhh.
Malam tu kitorang p Kuala Perlis.
Dinner ikan bakar kat sana.
Sedap laa jugak.
Tapi harga dia lagi laa "SEDAP" kan.
Bapak punya mahal.
Ikan 2 ekor, sotong 2 pinggan, sayur campur 2 pinggan and sup ayam 2 mangkuk.
Total RM168.
Rupa-rupanya jiran tok kata kedai yang kitorang p makan tu memang mahal nak mampus.
Patut laa kedai tu tak ramai orang.
Dah laa lambat.
Air dah habis makanan tak sampai-sampai lagi.
Pfftt.
Lepas neh memang confirm takkan jejak kaki kat kedai tu dah.
Serik.
Pagi Sabtu lepas breakfast apa semua kitorang gerak balik.
Tak boleh lama-lama sebab abang nak balik Kualala Lumpur pagi Ahad.
Otw nak balik singgah kat Dataran Gurun sebab kak ipar nak beli kuah rojak Mak Bee.
Suka betul dengan kuah rojak tu.
Lagipun Long kasi bekal buah mempelam.
Nyum nyum.
Sampai kat Butterworth jalan start sesak.
Abang kata kalau nak tunggu neh berjam jugak.
So dia decide masuk pulau dulu sebab kat situ jer jalan tak jammed.
Lagipun kak ipar tak pernah sampai Penang lagi.
Kami pun terus naik jambatan, p Batu Feringghi.
Cuaca haritu sangat laa panas.
I dah laa pakai shawl hitam.
Mendidih otak.
Hmm.
Ameera anak buah i sangat teruja tengok laut.
Dia memang suka pantai.
Then abang decide lepak tepi pantai laa kejab.
Ameera dah eksaited nak mandi pantai.
Seronok tengok dia mandi.
Lepas dia habis mandi apa semua, singgah pekena laksa tepi jalan.
Not bad laa rasa.
I buat lagi sedap okayy.
Ekekeke.
I kan hantu laksa.
Nak makan laksa Kuala Perlis rithu tak dapat.
Frust.
=_='
Lepas dah settle semua tu kitorang pun gerak balik.
Masa datang guna jambatan.
Masa balik guna feri.
Saja nak kasi Ameera merasa naik feri.
Tu pun kena beratur panjang.
Semua pakat nak naik feri.
Bila dah naik feri tu paham-paham laa budak-budak kan.
Menjerit syok.
Sengih sampai nampak gigi.
Hahaha.
(^___^)v
Angin tiup sampai nampak dahi jendul dia.
Ahaks.
Nak berjalan atas tu tak berani sebab dia rasa pening kut.
Berdukung jer laa.
Bila dah sampai Butterworth, masuk highway jalan start jammed.
Dari Butterworth sampai laa tol Juru.
Kalau i memang bebai laa.
Tapi abang i neh cool jer.
Sabar betul.
Dah lepas tol Juru tu takpa dah.
Jalan dah tak sibuk.
Kitorang sampai rumah dalam pukul 7.30pm.
Sebelum sampai rumah, singgah gerai buah tepi jalan sebab teringin nak makan durian.
Sekali kauuuuu, 3 biji RM50.
Gilaaaaaa.
Tapi beli jugak laa sebab teringin.
Mujur isi semua elok.
SEDAP
Puas hati beli.
Cerita Cuti CNY : Perlis Penang tamat disini.
Hikiks.
ameera mandi pantai dengan ayahnya.
ameera kat atas feri. muka ketat sebab angin kuat sangat. hihihi.
Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)