Hari ini merupakan hari yang lemau.
Bos pergi meeting.
Beliau pulak tak bukak modem.
Perggghhh rasa macam menunggu waktu berbuka puasa pulak.
Punyalah lama nak tunggu habis kerja.
Tiba-tiba, one of my officemate masuk dengan muka yang mengerekot.
Macam dihuni pelbagai masalah.
Chewah memandai jak i membuat andaian.
Tapi memang betul pun.
"Hana, saya amek cuti seminggu taw. Adik saya kena kacau pulak"
I macam pelik sekejab.
Siapa yang kacau?
Then beliau story serba sedikit apa yang merunsingkan kepala otak beliau.
Ini kisah yang agak menyeramkan.
Huuuu.
=___=
"Adik saya baru jak kahwin Sabtu lepas. Semalam tiba-tiba dia meracau macam kena rasuk. Kitorang panggil ustaz tanya kenapa boleh jadi macam neh. Ustaz kata ada orang hantar something kat dia."
I tanya adik beliau lelaki ke perempuan?
Beliau kata lelaki.
Okay sambung.
"Masa ustaz neh tengah berhempas-pulas berubatkan dia, si ustaz neh tanya lah siapa yang hantar, benda thu tak mengaku. Bila ditekan-tekan barulah benda thu mengaku. Menurut benda thu, yang hantarnya seorang lelaki. Lelaki neh tak puas hati sebab adik saya dapat kahwin dengan adik ipar saya. Ala da tua pun orangnya. Dulu pun adik saya pernah kena sound dengan lelaki neh supaya jangan kacau adik ipar saya. Then siap kena ugut kalau tak dapat balas secara kasar, lelaki neh nak balas secara halus."
Hambek kau, sekali lelaki neh hantar betul-betul.
Keji gila ah kan.
Sambil-sambil beliau story kat i, beliau sempat tunjukkan rakaman video waktu adik beliau kena rasuk thu.
Pergghhh siap silat-silat lagi.
Seram kut.
=___=
I simpati gila dengan nasib adik beliau.
Dah lah baru kahwin, dah jadik macam neh pulak.
Huhuhuhu.
Kenapalah masih ada yang berperangai macam neh.
Terima jak lah kenyataan yang gadis thu bukan jodoh lu si orang tua.
Lu dah ada anak bini lagi mau miang keladi apesal?
Tak puas hati jak hantar macam-macam.
Cuba nanti kena kat anak dara sendiri baru lu tahu.
Huh.
I marah lah dengan orang yang macam neh.
Grrrrrr.
Nota kaki : officemate i ada kelebihan tengok benda-benda halus. sekali beliau kata ada something kat belakang i. bagok betul lah =___=
Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)