S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Showing posts with label komik. Show all posts
Showing posts with label komik. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

BOTK: The Awakening dan Meetup




Hi guys..!


Aku takde war-warkan apa-apa pun berkenaan BOTK: The Awakening sebelum ni. Tapi aku diberi peluang untuk terlibat dalam penghasilannya sebagai salah seorang 56 pengkarya yang lain. Makanya, 20 November lepas, di IOI Citymall Putrajaya, telah berlangsungnya meetup antara pengkarya-pengkarya BOTK: The Awakening. Komik dah terbit weyhhhh..!!! Hahahaha..!!!! Ye, aku excited..ngeeeeee..


Mari kita tengok komiknya dan lukisan-lukisan live pengkarya-pengkarya ohsem yang hadir pada meet up tersebut. 


Dari atas kiri turun ke bawah dan ke kanan dan habis di bahagian atas kiri (pandai-pandaila paham)..
Faye
Nazirul
Kanza Kishiro
Tongkat Jibril 
Owh, aku takde dalam lukisan..keke..


Ok, sekarang, mari tengok sneak peak into the comic, dan aku buka page komik akula.. Promote sikit.. LOL..




Tema kali ini ialah slice of life.. Sendu baq hang baca one shots dalam ni.
Maklumat lain pasal komik ni macam kat bawah:

Harga: RM 25.00

Jumlah mukasurat: 296

Caj penghantaran: RM 8 (Semenanjung) / RM 12 (Sabah dan Sarawak)

COD (Cash on Delivery): Ada disediakan untuk sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong

Tak rugi beli. Apa lagi tunggu korang, dapatkan segera secara online..! Macam mana nak beli? Haaah, meh aku nak bagitau..MACAM MANA NAK DAPATKAN KOMIK ni..?

Korang boleh hantar e-mail kepada: princeofnoob[at]gmail[dot]com
Atau PM di Facebook Prince of Noob di: https://www.facebook.com/prince.nub
Atau PM di Page Facebook Buasir Otak: The Komik di: https://www.facebook.com/buasirotakthekomik/
Atau Whatsapp/SMS agen kami: Sang Kancil: 013-9313541

Nakkan lebih kepastian, pergi SINI...! ^^


Jadi, apa lagi tunggu..? Cepat-cepat dapatkan BOTK: Awakening. Jangan setakat beli satu, beli lebih untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Spread the goodness through comics..!


Aku dah dapat aku punya copy so nak enjoy baca..!


Jyaaannn..~



Thursday, October 13, 2016

Komik satu mukasurat: Taste lelaki kacak






*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *


Hey guys...



Tajuk tak berapa kena dengan apa yang aku nak sampaikan dalam komik ni tapi aku malas pikir. So, sebenarnya aku nak cakap pasal perangai Homo sapiens a.k.a. spesis manusia. Semua benda tak kena, semua benda kita nak komen (aku assume at certain points of our lives, semua orang pun macam ni..haha). Boleh baca sendirila kat atas..



Laptop aku rosak, Windows corrupted so sekarang hantar kedai. Balik rumah, internet plak takde so ini jela keje aku. Haha..



Enjoy the one page comic, folks..!



Jyaaaaannn..~



Friday, July 29, 2016

Penipuan terbesar dalam hidup





*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *      *      *    *     *     *      *      *    



Sehingga ke hari ni, tatkala menulis entri ini, jerawat masih setia menemani kulit muka aku..



Geheeee..



Korang-korang yang kulit cantik dan sihat, untunglaaaaaa..~ XP



Mungkin aku masih belum cukup tua koooottt..in other word, aku masih muda remaja.. Yes, itu je alasannya.. UvU 




Sunday, July 24, 2016

Untuk keremajaan, pakailah pakaian bersukan selalu



*     *      *     *     *      *      *       *      *     *     *      *        *     *     *       *     *     *     *     *     *     *



Based on true story yang jadi kat aku. Hoho..



Cara pemakaian kita memberi impression untuk banyak benda. Kat sini aku nak sentuh dari segi umur. Selalunya orang assume aku muda dua tahun daripada umur sebenar, not a big deal setakat 1 2 3 tahun. Raya hari tu, husband sepupu aku ingat umur aku 22 tahun sebab katanya muka aku nampak lagi muda daripada adik aku yang lelaki tuh, umur 25 tahun.. =_=''''''''' Aku rasa sebab adik aku nampak tua kot, orang dah kawen, banyak hal nak kena uruskan.. Barangkali..



Aku rasa faktor yang menyumbang kepada benda ni adalah sebab aku tak dress up as perempuan sebaya aku. Aku still pakai t-shirt, pakai seluar trek, pakai jeans dan selipar jamban flipper ke mana sahaja. Aku tak bawak handbag merata dan juga tak pakai mekap. 



Pergi kerja pun aku pakai baju kurung plus sneaker plus bag laptop galas belakang. Nampak macam student U gitteuww.. Tapi mungkin juga ada orang yang terdetik kat hati kata, muka dah tua tapi gaya budak2.. Haisssh, mana tau kan.. LOL



Pernah pergi main basketball ngan geng-geng aku, budak-budak yang main ngan kitorang tanya, kitorang budak matriks ke? Seee, penangan baju sukan..haha.. Nampak taaaakkk? Hahaha.. Aku pernah join 3 on 3, rehat pergi sembahyang, ada makcik tanya, adik sekolah mana..? Haaaa, lagi dahsyat.. XP




First time kena hari tuh masa awal-awal masuk kerja, kawan kat tempat kerja minta IC, dia kata aku tipu dia umur aku 29. Weird.. Aku rasa muka aku memang kena dengan umur aku tuh..huhuhu.. Plus, aku dah ada kedut koooott.. Haaaa.. Sebab tula aku rasa cara pemakaian aku membuatkan orang pikir aku ni lebih muda daripada umur sebenar.



Haaaah, apa lagi, kalau nak nampak muda, pakaila pakaian sukan selalu...LOL.. Aku akhiri dengan slogan "Majulah sukan untuk keremajaan.." LOL.. Karut tak habis-habis..



Adiouuuss..



Friday, March 25, 2016

Tak pernah perasan pun orang sekarang suka mengadap phone tak kira masa..








o          o          o          o          o          o          o          o          o          o          o          o          o

Thursday, May 7, 2015

Komik : Ikatan







*    *    *    *    *   *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *


Yoooooo.... 



Komik yang dibuat pada tahun 2009..



Disebabkan aku malas nak melukis buat masa ni, aku edit jek komik ni letak dialog. Sorryla, resolution tak berapa cantik sebab ni pun aku download dari album aku kat facebook. File asal, soft copies dah takde, hilang bersama laptop aku yang mula-mula dulu. Raw file dah dihantar untuk dinilai.



Hope you guys enjoy. Aku baca balik, terasa ada loop sana sini sebab komik ni untuk pertandingan. So, citer ni aku cuba padat2kan ke dalam 6 muka surat sebab syarat dalam pertandingan, wajib 6 m/s.



Jyaaaannn..!

Thursday, April 30, 2015

Khazanah

Usssssshhhh..! ^^ *lambai lambai.*



Salam.. Memandangkan aku duduk di rumah sekarang, sukela aku dok menyelongkar khazanah2 dalam peti simpanan ajaib aku. Dalam tu ada komik buatan sendiri dan juga majalah2 komik seperti Gempak, Arena dan Kreko. Kalau dikira berapa banyak aku belanja untuk majalah2 tuh dulu, kaya dah sekarang ni kalau menyimpan.. LOL



Paling syiok menyelongkar ni bila tengok artwork2 lama..artwork2 zaman muda mudi dulu.. Ewwaahh.. So, kat sini nak share 2 komik yang aku buat untuk masuk pertandingan Bakat Baru Gempak dulu tapi yelah, komik hingusan sebab masa buat tuh pun aku dok berhingus lagi..selsema..LOL..



Ni satu komik, mungkin aku buat masa 2005 kot.. Tak ingat dah apa tajuknya pun.. Yang ni semua photostat punya sebab yang asal dah hantar untuk dinilai.. Entah sampai entah idok..hohoho.. Owh, dialog pun takde, lupe abeh dah,






Ni satu lagi komik, buat masa tahun 2007 kot..pun dah takde sebarang memori pasal tajuk, apetah lagi dialog..haha..XP






Lepas tuh, semua komik yang aku buat takde senonoh macam ni, inking pakai pen bagai..siap buat screen tone lagi..gigih tau aku masa muda2 dulu. Komik yang wujud lepas2 ni adalah semua syok sendiri dan pakai pensil murah jek..hoho.



Lagipun sekarang, semua aku tibai buat digital.. Hmmmm, rindu plak nak go traditional.. Well, nak go traditional kena ada duit, kena rajin banyak dan tahap kesabaran yang tinggi..



Moral of entry, aku suka simpan artwork2 aku sebab boleh compare, ada tak improvement sepanjang masa tuh. Sekarang, aku rindu plak stroke aku yang dulu..huhu.. Well, some things do change.. XP



Jyaaaannn...! ^^ *lambai2*



Edited.....

By  the way, aku ada hantar satu lagi komik tahun 2009.. Nanti aku selongkar2..yang tu masih segar dalam ingatan..agaknyala.. Mungkin boleh edit2 bagi jadi komik yang sempurna..pastu boleh letak kat sini. ^^

Tuesday, March 6, 2012

Otak kalut.. @w@

Salam..


Ape khabar korang? Cam dah lama aku tak hapdet kan.. Hmm, aku ada wat dudel tapi x siap lg so aku hapdet psl benda lain dululah..so kali ni takder dudel mudel.


Skang aku sngt kalut.. Aku dah 10 hari x turun men basketball. Pada korang mungkin 10 hari tuh takder benda tapi pada aku, 10 hari tanpa basketball is like HELL.. TT^TT


Minggu lepas aku ada back pain yg agak teruk so aku terpaksa rest since aku dah promised mak aku, aku takkan turun men basketball selagi pinggang aku tak betul2 elok. Aku dah wat check up tapi disebabkan kejadian yang sangatla menguji kesabaran, aku terus blah dari hospital and pegi makan pahtu balik tidor so sampai skang aku tataw lagi apa result x-ray aku..huhuhu. Kalau mak aku kol tanya ni mesti kena marah lagi and aku boleh dengarla suara ayah aku kat belakang tengah bebel2..hehe. Aku memang anak kesayangan..lalalalalala.. XP


Okeyh, minggu ni dah okey skit sakitnya tapi aku plak bz. Aku ada seminar kena handle and sangat kalut. Masa ni jugala otak aku pun nak kalut2 duk sibuk2 nak wat komik baru. Gedik kan otak aku.. Komik lama pun x nampak lagi bila nak siap. Owh, for those yg tataw aku ada upload komik aku yg buruk tuh, bolehla klik link ni eyh.. ~The Confession~


Ye, aku ada idea baru nak wat komik and you guys know wut, aku dah pun draft wataknyer..kalut kan aku? Hahahaha.. Ye, aku memang camni. Komik lama tak siap lagi, aku dah kalut pk nak wat komik baru. Hmmm, memang agak banyakla komik yang tergendala. Kalau setakat 2,3,4 page jek aku baru wat, memang aku tak sambung dahla. Kdg2 ada sesetengah komik yang aku biarkan dah seabad (okeyh, over..!) lepas tu baru sambung. Sudahnya, jadila jalan citer yg agak twisted sbb aku sdr pn kdg2 lupe citer asal akibat dah lama sangat..kuikuikkui. Pttla aku takleyh jadi manga-ka yg berjaya..hohoho.


Okeyh, ni draft watak2 baru aku. Seperti biasa, aku memang akan wat citer yg ada watak boyish. Sebab pada aku, citer2 cliche dah banyak dah orang2 lain wat. Tak kesahla, manga-ka pro ker, fan artist ker, manga-ka suker suki ker, manga-ka amatur ker or online manga-ka ker...yg penting citer2 romantik cliche dah banyak sangat. So, aku amek kptsn untuk bela nasib2 watak2 boyish (macam aku) yang jarang orang nk wat citer pasal dorang..hehehe. 


Moh kenal hero and heroin aku yang baru, yang aku dah kalut pk jalan citernye..




Komik ni nanti akan ada sikit pasal basketball and............op kosla jiwang..komik camni jek aku reti wat..kehkehkeh.. XP


Okeyh, that's all for now. Harap2 korang sumer sehat2 and lead a productive life..tak cam aku, asyik nak merapu jek taw. TT^TT


Mata neee.. ~~

Sunday, September 18, 2011

The Confession

page 1
page 2

page 3

page 4
page 5

page 6

page 7


page 8

page 9

page 10

page 11
page 12

page 13

page 14

page 15

page 16

page 17

page 18

page 19

page 20