Hi guys, salam.
Aku dah start buat illustrasi untuk buku kedua. Dan aku dah dioffer untuk 4 buku lagi bagi projek yang sama. Aku takde masalah nak teruskan tapi pace aku sangat lambat sebab aku bekerja di siang hari.
Pada aku, personally, aku rasa bayaran yang aku dapat sekarang adalah setimpal dengan usaha yang aku curahkan. Boleh cakap aku ni seorang yang perfectionist dalam menghasilkan masterpiece (cheh!). Comparatively, dengan sifat perfectionist aku, aku letakkan usaha aku as 100%. Tapi untuk projek ni, aku dah kikis sikit sifat perfectionist tu sebab graphic designer cakap setakat 50% usaha aku dah cukup memuaskan hati. So, aku cuma curahkan usaha 50%.
Cumanya orang-orang sekeliling aku keep on pushing to demand for more. Ok, Diagram 1 menunjukkan contoh illustrasi yang aku dah buat untuk buku tuh. Aku nak minta tolong korang nilai harga yang korang rasa berpatutan. Setakat ni, semua suruh aku minta lebih daripada bayaran yang dah verbally agreed antara aku dan dealer.
Diagram 1
Aku agree untuk harga yang buat masa ni dirahsiakan adalah berdasarkan beberapa faktor. Ringkasnya, faktor-faktor tu termasuklah status aku as amatur, masa dan usaha yang aku curahkan, pengalaman sebelum ni dan juga flexibility dari segi masa di pihak commissioner (orang yang upah aku melukis, bersabar dengan pace aku).
Overall, aku boleh cakap, benda simple tapi leceh. Tapi masih, aku tetap rasa harga yang aku dapat berpatutan. Tapi bila orang sekeliling keep on pushing, aku jadi kadang2 tak puas hati. Rasa yang harga aku dapat tuh sangat murah.
Illustrasi kat atas ni ada pihak yang share kat fb, pihak ni ada kebenaranla sebab dorang punya. And ada satu komen ni kata, illustrasi macam ni biasanya orang amek harga RM 500.00. Amboiiiihhh, ko ni dah kenapa..? Aku taktau betul ke tak or dia ada motif dia sendiri, motif yang aku takkan tau. So, benda-benda ni buat aku terfikir, aku ni dah dipergunakan oleh dealer ke apa? Entahla.. Tapi still, aku rasa untuk harga RM 500.00 is ridiculous. Unless branding is involved here.
Jadi, minta jasa baik korang2, sesiapa sajalah, yang amatur ke pro ke, sila komen pasal harga yang korang rasa berpatutan.
Illustrasi dalam Diagram 1 aku siapkan dalam masa lebih kurang 4 jam kot. Sebab orang ramai sangat plus ada kereta plakla..bla..bla..bla.. Basically yang lain-lain tak seleceh yang atas ni. Owh, aku dah diberi sketch so lebih mudah berbanding buku 1. Buku satu aku cuma dapat indication sahaja dan aku kena fikir sendiri macam mana nak illustrate.
So, anybody wants to voice out their opinion?
Thanks in advance, amigos..! Mr. Potataaaa..!
Pssssstt..Don't worry, BOTK masih lagi diteruskan..! Gile pe taknak buat.. XP