Hai..hai..
Hari ni aku nak cerita apa jadi semalam.. Hmmmm, boleh kata perkara yang menggembirakan dan buat aku malu-malu blushing-blushing mintak penampar sedas dua..kekeke..
Aku ada guna beberapa art aku untuk buat wallpaper kt pc office. Semalam, ada seorang office-mate ni singgah kat desk aku dan tegur pasal wallpaper aku masa tuh, art aku sendiri.
Berikut adalah butir-butir perbualannya.
Office-mate: Eeeeeh, wallpaper ni macam muka you la..
Aku: *terkujut malu-malu* Hmmm, macam muka I? Kartun ni? *tunjuk kat wallpaper screen pc*
Office-mate: *angguk-angguk.* Yala, dagu, mata.. U tak rasa ke?
Aku: *geleng. sumpah aku tak rasa.*
Office-mate: Yala, macam you la.. Kejap, you lukis ke ni?
Aku: *angguk* Haah..yang ni I lukis..
Office-mate: *terkejut* Habis, apa you buat kat sini (sebagai editor sains)? Wastedla you, talent you..
Aku: *sengih-sengih kerang busuk*
Selepas tu, kami sembang sekejap, adala dalam 10 minit dalam waktu bekerja..huhu.. Dia orang designer so memang dia ambil kelas seni, macam-macam kelas dia amek. Dia ada cerita sikit pasal fine art. Dia ada jugak merungut pasal macam mana digital dah ambik alih traditional medium. Aku pun sharela sikit-sikit pasal angan-angan aku nak amek 2nd degree dalam art dan serba sikit tentang minat aku.
Dan sebelum dia balik ke tempat dia, dia cakap lagi, talent aku wastedla..huhuhu.. Nak buat macam mana, on paper, aku budak yang cerdik, ambik aliran sains makanya sapa nak galakkan aku ambik aliran seni ni? Yang dulu orang kata takde masa depan.. "Engkau pandai, apesal nak ambik aliran lain selain sains, bazir jek otak kau tu.."
Hmmm, sekarang pun I'm nobody even though aku ambik aliran sains. Aku masih lagi cuba untuk setia dengan aliran ni sebab aku sayangkan ilmu tu.
Haaah, menyimpang pulak cerita aku ni. Aku nak share rasa gembira tu jek, ada orang kata muka aku sama dengan art aku. Makanya, aku handsome. Wakakaka..
Art yang aku dok sebut-sebut dari tadi tu adalah art kat bawah ni.
Ok, tu jela nak share.. Jyaaaan kengkawan..! ^^