S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Thursday, June 30, 2011

The Taste


~ The Taste ~



Its Kiyo and Kidou..

“I can’t believe that the’ve tricked us!” Kiyo grunted. Looks like that she had ignores the Nescafe can Kidou handed to her. They’re supposed to hang out with other members of the team but when the time comes no one showed up accept for both of them.


“So...dun wanna hang out with me? And wanna go home?” Kidou asked. He opened one of the can and drink it. 


“Can we?”


“So, u dun like to hang out with me?” 


“It’s not that..”


“Then u like to hang out with me...”


“I didn’t say that neither..”


“Then what is it actually..” 


They kept walking as they talks.


“Neah, never mind. It’s not a date anyway..” Kiyo reach out for her Nescafe can, supposedly.


Kidou pulled away the can. “ Hey..!”


“Who said this isn’t a date?” 


“Me...!”


“But I say it’s a date..”


“Supposely, a date is between a man and a woman..”


“Then, I’m the man, you’re the woman..”


Kiyo laughed while still trying to reach out for her Nescafe. “Give me that! I dun see any woman in me..”


“Take this one..!” this time Kidou handed her the can that he had already drink half of it.


“Give me the new one! I dun want yours..!”


“Not giving you the new one! Just drink from whatever you have..Hahaha..” Kidou laughed. 


“No fair!!!”


They kept fighting for the new can as they were draw closer to each other. Kidou suddenly stopped while his arm wrapped around Kiyo’s shoulder, trying to reach out for the new can which was already in Kiyo’s hand. 


“Hey Kidou...!”


“I don’t see any woman accept you..”








To be continue...


*         *               *          *            *            *              *             *   

Hahaha, acah jek. Just a simple story to explain a lil bit on the pict since so many speculations have been made. Hahaha..

So, not much to say.. Just enjoy.. 

Oh yeah, I'll just leave what happen next to your imaginaton.. XP


           

Tuesday, June 28, 2011

Linework Layer dalam SAI...

Lama dah x hapdet blog.. Hapdet2 pasal melukis plak..hehe.

Tutorial ni actually khas untuk member yang baru download SAI.. SAI aku dah expired da, lama da tapi still aku guna lagi..pandai2la..hehehe.

Untuk kali ni aku bukan nak kongsi cara2 melukis tapi nak citer camne nak guna SAI. And focus kat basic understanding untuk mulakan lineart kite dgn SAI.. ^^

Okeyh, meh kite tengok, menatang apela SAI ni yang aku dok sebut2 slalu tuh.
Basically SAI kosong camni ah.


SAI ada dua layer, satu layer biasa cam dalam photoshop tuh..aku takkan citer pasal ni. Satu lagi layer linework, untuk lukis lineart je..

Let the picture speaks.. ^^d


Okeyh,meh kita briefly browse general tools.


Okey, skang meh browse spesifik tools yang ada kalau kita guna linework layer untuk lukis art kita.



Okeyh, yang paling penting bukan lakaran mula2 tapi macam mana kita alter lakaran kita tuh jadi cun. Ada 2 functions yang penting kat sini yang akan selalu aku guna, EDIT and PRESSURE.

Dalam EDIT ada lagi subfunctions..guna function2 ni macam2 kita boleh buat. Kita boleh padam garisan yang kite tanak, boleh buang curve yang x cantik, boleh tambah point supaya curve jadi smooth and x nmpk awkward n macam2 lagila. Just all u have to do is explore first while looking and try to understand the next pict.


Okeyh x? Tak kesahla korang nak draw line tuh guna ape2 pun antara 3 tuh line medium tuh, LINE, CURVE atau PEN. Bese aku guna CURVE. LINE nak lukis straight line. PEN pulak kalau terpaksa pakai stroke free hand cam lukis tangan ke tapi kalau guna PEN point akan banyak gile. But dun worry sebab nak cantikkan line2 tuh nanti kite akan gune EDIT. Memang superbla EDIT. ^^

Lastly yang paling aku sayang... PRESSURE. Tengok gambarla senang faham..



So, tuh basic things about SAI.. banyak lagi sebenarnya function dia tapi kalau nak buat lineart macam ni jela. Kalau nak mewarna ada lagi function dia.. Hope sape yang membaca dapat something so that leh jadi kick start untuk korang2 yang nak guna SAI. ^^

Ape2 kemusykilan lehla tanya. Selagi aku taw aku akan jawab. Happy Trying!!!

TIPS kali ni, lepas siap artwork try tanya pendapat orang sekeliling, sama ada yang reti melukis ker atau orang yang tak reti melukis. Jangan simpan jek dalam fail banyak2. Hehehehe.

Thursday, June 23, 2011

Tarik menarik tertarik....TALI...

Apela aku merepek ni kan?


Hmmm, apa agaknya ye pendapat orang ramai tentang main tarik tali? Best2! Kena ada semangat kerjasama.. Apa yang penting? KERJASAMAAAA...!!! Hehehe..karut marut tukang karut.


Okeyh2, lets get down to the real business here.. Apa yang ingin dibincangkan di sini adalah isu main tarik tali dalam sesebuah hubungan. Wait, is there any 'hubungan' to begin with? Okeyhla, at least as friends kan.


Masa zaman lampi2 dulu mungkin seronokla main tarik tali. Bila si dia nak, kita plak wat2 tanak, bila si dia tanak kita plak beria2 nak. Hmmm, cyusly, as you grow older, there is no fun anymore in that.


Ape sebab nak main tarik2 tali ni? Seronok? Saje suker2? Thrill? Entahla, cer tanyer orang yang suke main tarik tali tuh sebab aku tak reti sangat main tarik2 tali. At least bukan aku yang akan ajak tarik talinya. Selalu orang lain yang mulakan dulu. Aku plak jenis yang tarik sekuat2nya atau lepaskan aje. Bukan jenis akula kejap nak tarik, kejap nak lepas.


Kenapa bila kita slow down, pihak satu lagi plak beria2 nak? Kenapa masa kita beria2 nak dia tanak? Apa yang menyebabkan sesetengah pihak selesa berada di stage main tarik tali ni? Masing2 da taw masing2 suker same suker tapi tanak ke stage ikat tali.. Hmmm, dari pandangan aku ada beberapa sebab.


Mungkin dorang takut nak ikat tali. Yela, kalau dah ikat tali kena cyus kan. Kalau dalam stage tarik2 tali still boleh ushar orang lain, usik2 orang lain, x terbatas kan. Mungkin juga sukerkan rasa thrill masa dalam stage tarik2 tali tuh. Bile si dia tak bagi respon, masa ni la kita wat strategi spy dia tarik balik tali tuh. Bile si dia da start tarik, kite plak slowly lepaskan tali.. Camtu? Sonok eh main camtu? Sonok eh main tarik2 feelings orang.. Kena orang cam aku, sekali lepas tanak tarik dah cmner? Dah aku plak susah nak tarik sekuat2nya. Padanla muka kau, main tarik tali lagi.


Ingat main tarik tali tuh xder kesan ape2 ker? Masa ko tarik tali tuh guna kekuatan kan? Melecet tak tangan? Melecet kan, abeh merah2, turun harga hantaran..hehehe. Kaki yang terpasak ke bumi tuh sakit ? Sakit jugak kan, kdg2 tergeliat kalau silap cara stand. Macam tula kesannya kat hati mereka yang men tarik tali. Kesan tuh mungkin akan hilang tapi still pernah berkesan kan..


Entahla, aku pun tataw apesal aku merapu. Mungkin bosan da kot men tarik tali. Untuk main2 memang best tapi kalau da start pk cyus, memang xder pekdah pun main tarik2 tali ni. Aku pun tak faham senanya ape yang orang dapat dengan men tarik tali ni. And kenapa kena libatkan aku? Jadikan aku tali dahla, aku tanak jadi orang yang menarik..tak menarik langsungla!


Hahahaha, puas hati dapat merapu.. Sorryla, xder pape untuk mata pembaca(kalau adela) selain ayat2 rapuan aku. Sekian.

Wednesday, June 22, 2011

Saje2 xder keje di kala kebuhsanan..

Bila aku bosan and xder keje, aku suke browse artwork2 aku.. Kalau kat umah aku belek balik komik2 yang aku wat yang aku ase best.. Hmmmm..dah lama gak x melukis something camni tapi malas r..amek masa lama sebab aku amatur lagi..huuu. 

Entah sape nak tengok.. Ah, saje nak upload. Aku sorang jek tengok pun xper..haha.. XP



Captured Moment


The Look



The Trio Bishies


Pre-match


The Twins and Sister

Monday, June 20, 2011

Fakta salah pasal makhluk bergelar Lee

Kalau orang tau aku minat anime mesti dorang akan tanya..minat drama Jepun tak? Drama Korea? Bajet aku minat. Salah2..! Aku dengan lajunya akan menggeleng dan menegaskan bahawa aku cuma suka tengok anime jek and aku giler anime. Silela jangan tanya or sebut nama mane2 artis Korean or Jepun sebab memang aku tak kenal. Lenla kalau seiyu (pelakon suara anime)..aku kenalla.

Bukan x minat..bayangkanla..


Aku ada banyak koleksi anime. Dalam laptop sampai laptop slow sebab hard disk penuh dgn anime pahtu bile hang mule nak bengang..dalam cd yang aku burn, x terkira..belum campur yang aku beli sdr lagi..beli dari ada org burn pun ade jg.. Pendek kata memang berlambakla..ada yang x sentuh lagi pun..huuu.


Korang bayangkanla kalau aku minat giler jugak dengan drama..x kesahla Korea ke Jepun.. X ker berserabut kepala otak aku..



Dengan anime yang dah memang berlambak and bleh kata tetiap bulan ada anime baru, pahtu nak tngk drama pulak? Hahhaha, kem salam jela.. Drama Jepun yang aku betul2 follow are Hanakimi, A diary of Tokyo Princess and Gokusen. K-drama plak Coffee Prince, Full House, My Girl and Fake Family Sevice. Yang len toksah tanyela. Tapi kalau anime, isnya-Allah sumer aku taw. ^^

Yang terbaru, fenomena Nora Elena.. Nora whooo?  Penggila novel memang taw and most of my friends taw pasal novel ni and boleh citer balik kat aku. Aku nganga jek. Aku memang tataw. Aku pun tataw apesal orang akan bajet aku suke bace novel, salah lagi..!

Most of books (BOOKS eh bukan manga or komik) yang ada kat umah aku adalah buku2 citer seram omputih yang memang aku kumpul dulu. Antaranya koleksi Mr. Midnight Library and Ghost Stories all over the world (true stories). Novel? Novel sesat adela..satu2nya novel yang aku beli adalah ‘Bini Aku Tomboy ke?’ sebab ada perkataan tomboy tuh. tu pun beli masa tunggu nak wat passport, bosan punyer pasal. Tu pun aku tak bace bersungguh. The only novel yang aku bace bersungguh is ‘Princess’ (siap nangeh guling2..masa tula), the one and only.

Yang ni memang xleh ngam. Novel memang langsung tak mampu tarik perhatian aku. 


Manga or komik len! Tak kirela tajuk x best ker, lukisan x cun ker aku akan belek2 dulu then aku akan baca gak. Kat umah aku penuh novel grafik, majalah komik berkotak2. Kalau kira harga setiap majalah komik yang aku kumpul dari lower form tuh memang aku dah jadik orang kayo dah..Pakcik kayolaaa! Kalau jual kat paper lama pun laku lagik tapi sayang punyer pasal, aku sumbat jek dalam bilik aku.



Manga and komik pun tak terkejar aku nak baca, nak tambah novel plak? Xderla.. Tapi aku suker bace novel member aku buat. Dia buat suke suki jek..dari lower form aku dok follow. Skang da jaoh susahla sket..but citer dia buat menarik perhatian aku. ^^

Sunday, June 19, 2011

Need a lil help here..! TT^TT

To all bloggers..

Aku perlukan pertolongan since dah menemukan jalanraya buntu sebab aku skang kera sumbang, duk wat keje sorang2 dalam lab di tempat baru jadi aku tataw nak tanya saper yang lebih arif selain bloggers sendiri..

Mengapakah aku xleh reply komen and mengapakah ada sesetengah page yang aku xleh nak komen gak..? Mungkin sebab aku x baper reti sangat dalam dunia blogging ni tapi pada yang pakar silelah bantu and nak gelak pun gelakla, aku x kesah, as long as prob aku selesai..huuu.

Setiap kali nak komen ni masalah yang aku akan hadapi..pahtu dia suruh verify pahtu dia suruh log in pahtu bla..bla..bla..same thing goes again..and again sampai aku fade up last2 x komen..wuuu.



Silela bantu aku yang buntu ni..da hampir 3 minggu kot aku kena camni. Sebelum ni okey jek.. Tolongla tolong...! TTT^TTT

Aku, Si Anime Maniac..







Kalau maraton anime 20-27 episod tuh normalla pada aku..hehehe.


Friday, June 17, 2011

Kugapai bintang depan mata.. ~~

Pagi2 datang lab rasa happy. Mintak2la boleh run semua sample ari ni so ari Isnin ni boleh run sampel lain plak. Aleh2 sampai lab mesin butt hal sampaila skang (3.45pm)! Jangan kata semua sampel, satu pun x boleh run..Adehlaaa!
Tengahari plak aku skip lunch..lagi. Semalam tunggu orang time lunch pahtu orang tu pukul 3 baru sampai..terpaksa skip lunch. Gi lunch kang dia datang aku xder plak. Skang perut berhangen, kepala aku berhangen..ngan aku2 ase nak naek hangen. Hmmmm..(tarik nafas panjang2)..chill2.
Sambil nak hilangkan kebosanan, kebengkekkan..aku pun tanya Mr. Google. Tanya dia kot2la ad blog2 best berkaitan dengan lukisan. Mr. Google pun bagila beberapa blog and seriously, thanx to Mr. Google aku ase happy sebab jumpe beberapa blog yang bloggernya pandai wat kartun..beridentitikan Malaysia.. Thumbs up to those bloggers! b^^d
So aku follow and x laratla nak baca setiap entry yang menarik. Menarik dengan isi and ditambah tarikan lagi dengan lukisan kartun dorang. Kagum2! Excited nak bace lagi tapi skang mata aku dah berpinar, telinga rasa panas, dalam bilik ni pun ekon da x ase pape, kepala plak da rasa berat..so better aku stop and relax dulu.
Apa yang penting aku ase best and excited, teringin juga nak wat blog bertemakan lukisan macam dorang. Xla bakat aku tersia2 camtuh jek. Nak tunggu jadi manga-ka baru nak utilize bakat alamat terkubur camtu jela bakat aku. Keje freelance pun da xder sangat..bukan da xder sangat, memang xder pun.
And bakat aku dalam menulis2 ni memang kurang. Tulis plak merapu2. Teringat balik tujuan asal buat blog. Member aku suh buat. Katanya gather followers so nanti masa nak publish komik2 aku orang dah kenal dah. Harapanlaaa..haha. Semenjak sambung master ni aku ase haluan aku dah makin jauh dari bidang seni. And aku semakin sayang nak lepaskan bidang sains aku. Hmm, tatawla, semuanya serah pada Allah.
Tapiiiii..dengan penemuan blog2 yang macam ni, aku ase excited gak nak slowly jadikan blog aku blog yang bertemakan kartun juga..hehehe. Xde published komik pun xperla, leh wat kartun kat blog sendiri..hehe. Kita tengok jela aku bleh wat ke x. Dalam keadaan aku skang yang tengah pening2 lalat ni ase cam impossible jek. Huuu, tatawla.
Okeyh, aku da nampak bintang..gapai2! Lalalalalalalala... ~~~~~


Tuesday, June 14, 2011

There goes the MVP and NBA title..

The final battle of NBA was between Heat and Dallas. Aku benti updating myself since the semi finals of the league. Agak kelam kabut rutin aku 2-3 minggu lepas so nak update pun x sempat.
Semalam tengok berita kat tv3 aleh2 ada berita pasal Dirk Nowitzki dah ditabalkan as MVP for the season. Excited aku..hehe. Dirk is one of my fave baller even not top 5 faves la. Well, xla terkejut sangat since Dirk pun bukan calang2 player. Dia antara muka2 NBA All Stars gak.

The new NBA champion!

The new MVP for this season. Thanks to NBA.com

As for the battle, Heat lost 2-4 to Maves. Heat won the first two games but then Maves takes the lead throughout their NBA season’s winning. Aku tak tengok game dorang so aku x berani nak komen panjang2.. Maybe the Heat lost their rhythm and touch on the half way to be the so called NBA champion.  
Tapi ikut ape yang aku follow sebelum ni, Heat ada angin. Banyak games dorang ada comeback. Cam lawan ngan Boston Celtics, sama2 hebat. Heat ketinggalan dalam kebanyakkan game but dorang buat comeback and last2 menang 4-1 ngan Boston masa quarter final. Masa semi final plak, Heat kalah ngan Bulls in the first game but they made their way to the finale by winning all other 4 games, beating the Bulls with 4-1 score.
As for Maves, they have their own consistency. With Terry, Kid and Nowitzki on the line, the Maves sure do have what it takes to be the NBA king for the season.
Lepas membelasah Lakers 4-0 dengan jayanya, the Maves melangkah ke semi final bertemu OKC. Kehadiran Kevin Durrant (top scorer) dalam OKC langsung x goyahkan the Maves. Nak kata belasah pun bleh gakla since dorang hantar OKC balik dengan 4-1 score. Kebanyakkan game dorang menang so basically history the Maves lebih konsisten.
But the final battle still best since masing2 melawan balas dengan mata of each game agak rapat. Heat cud actually drag the battle to the 7th game but they lack a lil bit of luck, and possibly time (lambat panas..huuu), making the Maves taking advantages towards them and make their way as the top NBA’s team. Even so, the Heat still has made a rough patch for the Maves.
As final say, the Maves is just a way better than the Heat so u guys are the men! Congrates!

As for Nowitzki, the new MVP of the season..!!
"It was weird," Nowitzki said. "I had so many good looks. I can't even explain it. I had some threes, top of the key. I had a wide-open three in the corner. I had some pull-ups. I had some one-leg fadeaways that I normally make.
"The team always told me, 'Stay with it. Stay with it. You're too good of a shooter, too good of a player to keep missing.' "
Janganla merendah diri yang tinggi galah tuh.. XP That’s what he said but the MVP title has proved otherwise.
Yup, Nowitzki bukan LeBron yg sangat versatile. Kalau korang follow LeBron’s game, it’s really something coz LeBron really can make something out of nothing. With Dwayde and Bosh on his side, the big three sure rockz the game.
But what does Nowitki has that help him to snatch the MVP title form LeBron? His duty and responsibility as a scorer..that’ll sure do. Nowitzki just kept shooting even dia kata shooting dia banyak off but he get a grip of himself and kept focusing on the game..pfttt, finally..MVP’s in his hand!
Purata score Nowitzki, 26.0 dan rebounds, 9.7 dalam 6 game ngan Heat yang telah buatkan semua 9 panel setuju nak tabalkan dia as MVP of the season..! Power giler! Free throws dia 97.8% and D3 dia 36.9%! Malas citer banyak ahh! Memang powerla dia ni and he deserves the title! Congrates!!! ^^b

Monday, June 13, 2011

Reminisce: Baling Selipar..! Kid’s Rulez!

Apesal aku tulis pasal ni? Sebab semalam ada ramai budak2 dok main baling selipar depan rumah. Aku gelak jek tengok budak2 tuh men. Ikut suke ati jek peraturan dorang pakai. Xperla, budak2 lagi tapi itula yang buatkan permainan tuh jadi lawak giler! Hahaha.
Pernah main baling selipar? Err.. Ape..tu baling selipar? (tepuk dahi!) Adeh, nila budak2 zaman sekarang. Taw PSP..PS2..PC games, x menyihatkan langsung..tapi game2 tradisional ni tataw langsung. Seb bek aku budak zaman dulu. Eceyh! XP
Ni bukan selipar jepun aku. Selipar aku selipar Hawaii.. XP
Serba ringkasla pasal game baling selipar ni..err, xla baper ringkas mane..huu..
Game ni boleh main berapa ramai pun, yang penting mesti ada 2 kumpulan. Ape yang kita perlukan untuk game ni adalah selipar 2-3 pasang and orang ramai2. Main x ramai orang x best. Kalau ramai2 lagi best and lagi happening. Masa kecik2 dulu selalu main masa musim2 rayer. Masa tuh sepupu2 ramai lagi yang kecik2, skang dah besar2. Sepupu2 yang kecik pun x men dah game tradisional camni, men game moden dah.
Selipar paling ideal untuk digunakan adalah selipar jepun macam2 kaler tuh. Ni semua untuk langkah2 keselamatan. Kalau guna kasut lain cam kasut tinggi ker alamatnya berlubangla badan korang. Bahaya2!
Bahagikan kepada 2 kumpulan dan mula2 guna 3 selipar and dirikan selipar tuh, letakkan di tengah2 antara 2 kumpulan yang dah dibahagi awal2 tadi. Kumpulan pertama akan cuba jatuhkan selipar dengan membaling selipar di tengah tadi menggunakan selipar juga, kita panggil kumpulan ni kumpulan A ye. Kumpulan satu lagi plak tunggu menghadap kumpulan yang cuba untuk jatuhkan selipar di tengah tuh, kita panggil kumpulan B plak.
Setiap orang dalam kumpulan A akan dapat satu turn. Kalau x dapat jatuhkan kena tukar turn bagi kat kumpulan B plak. Kalau dirian selipar tuh runtuh terkena balingan or jatuh sendiri, ahli2 kumpulan A sediala untuk lari menyelamatkan diri daripada kumpulan B yang akan cuba ‘membunuh’ kumpulan A dengan balingan selipar juga. Kalau x ramai yang main, satu selipar cukupla nak baling ahli kumpulan A. Kalau ramai gunala 2 selipar. Ikut budi bicara masing2..hahaha. nak baling pulak kena baling bawah pinggang. Xleh baling ikut suke jek. Hooo..
Kalau ahli kumpulan A terkena balingan selipar kumpulan B, ahli dalam kumpulan tuh dikira ‘mati’. Kalau semua ‘mati’ kira kalahla kumpulan A. Tukar turn pulak dan seterusnya. Kalau salah sorang daripada ahli A berjaya susun semula selipar di tengah tuh, kira kumpulan A menangla dan turn seterusnya kumpulan A juga yang jalan. Macam tula seterusnya sampaila penat and tanak main dah..hehehe.
KID’S RULES! The rule is only one, ‘ikut suka ati’ rule! Hahahaha...
Kalau budak2 yang men and tanpa seliaan pakar, alamat jadi huru-harala game tuh..hahaha! Tengok bebudak tuh main aku gelak sepuas2nya..hahaha! Suke2 ati dorang jek nak main camne pun. Akibat suke ati tuh satu team lagi xder can langsung nak jalan..hahaha! Apela..
Dorang main team boys vs girls. Team girls langsung x dapat turn akibat dibuli dek team boys ni. Dua2 x reti bahasa and x reti main..hahaha!
Ade kot 3 kalila team boys punye turn. Ape taknya..ada sorang budak kecik ni selalu jek terlepas. Sedar2 jek dia dah kat tengah duk susun selipar. Lepas tuh sambil pegang sambil kira 1..2..3..menang! Hahaha, mane boleh camtu. Lepas susun kena lepaskan tangan and biar je selipar tuh. Kalau jatuh and x kukuh, susun lagi sampi selipar tuh berdiri dengan elok barula..dikira menang.
Dah tu, setiap seorang boleh baling sampai 3 kali..hahaha! ada 4 orang satu team, 4x3=12..12 peluang tuh..alamat sampai bila pun team girls xkan dapat turnla..hahaha!
Yang team girls plak sambil kejar sambil pegang selipar. Dah tunggu dekat baru baling..tu pun tak kena! Hahaha! Dahla tunggu dekat baru baling, kejar plak sampai ke hujung dunia..tertinggalla kelompok selipar yang team boys kena susun x berjaga. Tu yang aleh2 budak kecik tuh meh susun senyap2. Ade jek team girls yang nampak tapi dia wat dunno jek, dok kalot pi kejar abang2 (banyak akal..selalu jek protes dengan apa yang team girls buat..) budak kecik tuh..haha! Sakit perut aku gelaklaaa. Dah tu bukan satu selipar..! SEMUA orang pun pegang selipar masing2 and baling..hahaha! Caca-merba jadinya. Aku gelak kekeh2 jek..
Ada sekalila kot team girls dapat turn, tu pun yg mula2. Yang kesiannya, team boys baling selipar memang kasi hentam betul r. Kena kepalala, pinggangla. Dahla selipar jenis ape pun sumer dorang hentam. Terompah bebudak pun ade! Kalau kena yang tuh memang benjolla. Seb bekla bebudak tuh baling entah ke mana hala. Hahaha!
Pahtu bila dah penat dorang masuk dalam umah and main Maharaja Lawak plak..hahaha! Fenomena betulla Maharaja Lawak ni..budak2 pun kenal. Tabik springla!
Memang menghiburkanla..teringat balik zaman kanak2 aku. Men galah panjang, main guli, baling selipar, konda-kondi, polis entri (police and thief) and macam2 lagila game tradisional bebudak.  Memang meriah and happening. Tu budak2 dulu. Budak2 skang aku tatawla. Memang best jadi budak2! ^^

Saturday, June 11, 2011

Apa nak buat dengan SAI yang dah expired..??? Hmmm..

Simple way to utilize Paint Tool SAI even when the trial version had expired.
Tiba2 jek terasa nak tulis entry pasal ni.
Actually tadi baru jek selesai setelkan hal member pasal art. Dia kena handle pertandingan mewarna untuk kanak2. So dia mintak tolong aku untuk setelkan gambar yang akan digunakan untuk pertandingan tu nanti.
Dia minta aku ‘colourless’kan lukisan tuh sebab dia amek gambar dari internet yang ada kaler so aku trace balik, alter sket2 gune SAI and jadikannya dalam hitam putih.

Ni yang baru siapkan tadi.

Ni sebelum buat ape2.

Yang ni plak buat sambil tunggu result experiment dalam lab siang tadi.

Ni sebelum buat ape2.
Hmmm, SAI aku dah expired about 3 months ago I guess. Mati kutu juga masa mula2 expired tuh. Try cari cheat code kat tenet tapi x reti follow..hehehe. Last2 aku alter idea orang guna bantuan application lain cam Photoshop and Paint Microsoft dengan resolusi yang lebih cantik.
Simple jek. Open SAI macam biasa and lukis apa yang kita nak macam biasa. Buat slumber jek, xyah cuak2..hehehe. Lepas siap kita boleh jek print screen and pastekan kat Paint or Photoshop BUT resolution lukisan akan kurang kalau buat bodo2 camtu jek.
So nak lukisan dengan resolution yang cantik and xder pixelization, korang kena modify sket step simple ni.
Caranya.. Kat SAI tuh ade tab WINDOW, klik kat situ and klik HIDE COMMAND PANELS. Lukisan kita akan appear lebih besar tanpa gangguan command panel kat tepi yang makan space agak besar tuh. then ZOOM lukisan kita sampai salah satu lebar atau panjang lukisan muat dalam screen. Aku slalu zoom till 50%. Kalau boleh zoom smpi 100% is betterla. Then click print screen and paste kat Photoshop.
 
Klik kat mane yang patut.
 Skang scroll lukisan ke kawasan yang belum dicover oleh print screen kita tadi. Once again click print screen and paste (dalam file Photoshop yang sama) sampaila sumer kawasan lukisan kita dah print screen. Bese x banyak, dalam 2-3 kali print screen dapatla full lukisan +nice resolution. Cuma kena pandai bajetla.
Okeyh, ni crucial sket.. Skang masanya nak men puzzle..hehehe. cantumkan print screen2 tadi2 sumer..then siaplaaa..! Full lukisan, without pixelization, cost effective (xyah beli SAI original...hehe) and nice resolution.
Cuma guna teknik ni kena bewarela since expired SAI xleh save kan so kalau laptop yang suker hang tuh berhati2la.. Kalau hang abehla artwork kite. Agak riskyla. Kalau nak buat artwork yang complicated and amek masa lama lagila kena pandai2.
Aku lukis jek then kalau x siap and ade hal aku hibernatekan laptop. So dia akan save kite punyer current session beserta dengan SAI yang kita tengah guna. Bila on balik laptop akan munculla artwork kita dalam SAI tu. AS LONG AS SAI TAK CRASH!
Happy Trying.. Errrr..kalau korang guna SAIla..and kalau korang faham..huhuhu.. XP

Thursday, June 9, 2011

Ideal Day..Ideal Life To Be..hopefully.. ^^

Ideal Life
Jam 5.oo petang aku dah kemas2 barang. Siap2 nak balik. Almaklumlah, balik ngan orang, takkan nak biarkan orang tunggu kita kan. Alasan derr.. XP
Perjalanan balik umah x penat mana since nek kete jadi penumpang, jalan pulak smooth, xder jam cam kat KL. Pemandangan cantik jek, sawah mengijau, pokok tinggi and rending kiri kanan, sejuk mata memandang, letih pun tak terasa sangat. Padahal memang tak letih pun. XP
Selesai solat aku lepak2 kat luar ngan Pakngah and Makngah. Dorang ajak menyicah jambu ngan sambal kicap + cili api + belachan + garam + gula sket.. Perghhh!!! Kalau ada pelam lagi mantap!
Lepas tuh Makngah pi memancing kat tali air kat tepi umah. Aim Makngah mestila ikan kan. Aim aku plak is...RAMBUTAN..yang dok merah2 menyala kat atas pokok sana..hehehe.
Aku capai setangkai yang tinggi sket. Almaklumlah, bahagian2 bawah sumer orang len dah tibai dulu, Cuma tinggai yang tinggi melayup di ataih pokok nu.. Aiseyh, cakap loghat utagha plak..hehe. ade feel datang sebab skang ni dok kat Sg. Dua, P.Pinang.
Kaklong, cucu Pakngah Makngah yang baru darjah 2 tuh cam kagum tengok aku amek rambutan dari dahan2 yang kat atas. “ Fuiyyoo..Maklong sampaila..! katanya. Terasa tinggi plak..haha. Gelaran tuh Pakngah aku yang bagi kat aku untuk cucu2 dia panggil. Anty kan aku..hehe.
“ Macam mana kakak amek sumer ni?” Kakngah yang umor 4 tahun tuh plak tanya, panggil kakak kat aku..terasa muda balik..hehe. almaklumla baru 4-5 hari aku duduk umah Pakngah aku. Budak2 tuh pun x baper nak kenal lagi so dorang panggil ikut ape dorang nakla kan. Memang kalau ikut pangkat, aku ni pangkat makcik sedara dahla pada dorang sebab mak dorang sepupu aku.
Banyak gak aku hentam kutip rambutan. Adela dalam 40-50 biji juga, x termasuk yang dah dalam perut. Sambil kutip sambil makan..hehehe. Bajet nak amek gambar pahtu upload kat sini tapi malas..hohoho.
Pakngah aku plak makan nasi sambil berkelah kat tepi tali air yang Makngah aku duk memancing tuh. Udara petang kat kawasan kampung memang best..hehe.
Puas hentam rambutan aku pun masuk umah, mandi2 and siap2 untuk solat. Lepas solat makan malam and ada desert..hehehe. Makan aiskem 4 flavor. Huuu, banyak giler aku makan sebab budak2 kecik sumer dah tidor and Pakngah aku suh aku abehkan. Hooo, masyuk!
Lepas tuh layan tv and blog..hehehe. Ase lepak and rilex giler idup ari ni walaupun dok lab dari pagi sampai petang wat keje. Tapi disebabkan finishing yang rilex, rase rilex jek. Heee..
Paling best part beranganla.. Berangan nak dok umah dalam kawasan kampung, ada anak2 kecik comeyl2, layan dorang men petang2 sambil rilex2 ngan suami..hee. Tatawla tercapai ke tak angan2 tuh.. Entahlaa kan.. Allah jek yang taw.