Inilah rupa dia skang nie..Mata kena tutup..Kerahsiaan dijamin..hehe..
Lengang kawasan luar kolej. Kesian peniaga kat luar tu..
Pintu pagar dah kena tutup. Tak boleh nak keluar..Huhu
Lagi Berita Terbaru Di UPSI.
dikemaskini 2.50 p.m. -
Pengumuman cuti dibuat Pengumuman berkenaan cuti yang bermula hari ini diumumkan di kolej-kolej. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan kolej untuk mendapatkan tiket balik kampung. Teriakan gembira juga kedengaran selepas pengumuman dibuat.
Arahan kuarantin masih diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkanPihak pentadbiran kolej masih meneruskan arahan kuarantin meskipun dikhabarkan cuti bermula hari ini. Pihak kolej dikatakan belum menerima arahan rasmi berkenaan kebenaran untuk pelajar pulang ke kampung daripada pihak universiti.
Pelajar sihat dibenar balik kampungDesas-desus cuti pertengahan diawalkan semakin mencapai kepastian. Terbaru
UPSIkini dilaporkan semua pelajar yang sihat dan tidak disyaki terkena jangkitan
H1N1 dibenar pulang ke kampung masing-masing. Cuti akan bermula pada hari ini 29 Julai sehingga 9 Ogos. Walau bagaimanapun cuti awal semester hanya akan dikira bermula 1 Ogos ini. Kuliah 29 hingga 31 Julai perlu diganti selepas kuliah bermula.
Beberapa program universiti ditangguhEkoran kes
H1N1 yang semakin mendapat perhatian ramai pihak hari ini, beberapa program universiti terpaksa ditangguhkan. Antaranya adalah Pameran Keusahawanan FPE dan program Anjuran Pusat Islam. Penangguhan program-program ini juga dikatakan berkait rapat dengan cuti pertengahan semester yang dilaporkan akan bermula lebih awal.
Maklumat awal : Cuti pertengahan semester diawalkanCuti pertengahan semester akan diawalkan seperti yang dilaporkan
UPSIkini sebelum ini. Keputusan mesyuarat bersepakat mengawalkan cuti pertengahan semester berikutan kes H1N1 yang dilaporkan positif terhadap beberapa suspek. Namun, surat rasmi berkenaan perkara tersebut masih belum dikeluarkan.
Mesyuarat selesai, Pengetua kolej akan umum keputusan di kolej masing-masingMesyuarat yang melibatkan pentadbiran kolej dan universiti berkaitan terdapat kes H1N1 yang dilaporkan positif di UPSI selesai pada jam 2.30 petang tadi. Pengetua kolej-kolej kediaman bakal membuat pengumuman dan penjelasan berkenaan keputusan mesyuarat di kolej masing-masing.
Pelajar UKLK dakwa dianak tirikanBeberapa pelajar yang menginap di luar kolej mendakwa mereka dianak tirikan dan tidak dimaklumkan tentang H1N1. Mereka mengadu perkara tersebut di dalam ruangan forum MyPortal UPSI. UPSI sebelum ini mengeluarkan arahan semua mahasiswa mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing.
Jualan ‘mask’ larisSeorang peniaga di hadapan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) mengambil kesempatan menjual ‘mask’ di hadapan pintu masuk ke KHAR selepas mendapati ramai pelajar dihalang keluar oleh Pengawal Keselamatan untuk mendapatkan ‘mask’ di kedainya. Beliau mendakwa jualan ‘mask’ begitu laris hari ini berikutan berita jangkitan H1N1 mula dijangkiti di sini.
Pengawal keselamatan berang pelajar ingkar arahanKeadaan di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sedikit kecoh di depan pendok Pengawal Keselamatan kerana sebilangan pelajar mengingkari arahan kuarantin. Mereka dilaporkan ingin keluar untuk mendapatkan ‘mask’ di kedai berhampiran namun tetap dihalang pengewal keselamtan yang bertugas.
Solat Zohor berjemaah di surau tetap dilaksanakanMeskipun arahan kuarantin dikuatkuasa hari ini ke atas semua kolej kediaman dan semua penghuni diminta tidak keluar daripada rumah masing-masing, azan Zohor di surau kolej-kolej kediaman masih berkumandang dan solat berjemaah masih dilaksanakan.
Pelanggan Abuya kurang, tidak seperti biasaBilangan pelanggan di kedai makan Abuya dilaporkan kurang berbanding sebelum-sebelum ini yang menjadi warung pilihan ramai warga UPSI untuk makan tengah hari. Keadaan ini dikatakan kesan arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh pihak UPSI ke atas semua kolej dan penutupan kampus
UPSI daripada sebarang aktiviti hari ini.
Masih ramai ambil mudah saranan pemakaian ‘mask’Pelajar-pelajar yang turun mengambil makanan di kolej-kolej kediaman kebanyakannya tidak mengenakan ‘mask’ meskipun disaran berbuat demikian melalui iklan yang disiarkan media apabila jangkitan ini mula menular di kawasan masing-masing. Rata-rata mendakwa tidak mempunyai 'mask' dan mencari-cari di mana boleh mendapatkan ‘mask’ tersebut.
Prosedur ketat di pintu masuk kolejProsedur keluar masuk kolej diperketat dan menyaksikan pelajar tidak dibenarkan untuk keluar sekiranya tiada urusan yang mendesak. Keadaan ini memaksa pihak pentadbiran kolej turun padang dan berada di pintu masuk kolej bagi memastikan arahan kuarantin benar-benar dilaksanakan.
Pelajar kolej ambil makanan guna kuponPelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman dilaporkan sedang mengambil makanan menggunakan kupon yang diberikan oleh pihak kolej selepas kaunter mengambil makanan dibuka beberapa minit yang lalu.
Beberapa pelajar ambil tindakan balik kampungUPSIkini dilaporkan sebilangan pelajar mengambil tindakan nekad untuk balik ke kampung kerana beranggapan tindakan tersebut lebih selamat dan sudah menjangka cuti seminggu pasti diumum berdasarkan beberapa kes serupa di Institusi Pengajian Tinggi dan Kolej-Kolej lain sebelum ini. Mereka juga dikatakan bimbang kehabisan tiket apabila pengumuman cuti seminggu dibuat dalam masa terdekat.
Taman Bahtera turut dikuarantinSemua penghuni di Taman Bahtera termasuk Bahtera Arked dan Bahtera Teres turut diarah kuarantin kerana berhampiran dengan kedudukan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO). Kedai-kedai di Taman Bahtera juga dilaporkan lengang.
2 identiti pelajar positif H1N1 dikenalpastiDua identiti pelajar yang dilaporkan antara suspek positif H1N1 dikenalpasti. Mereka adalah Siti Zuraihan dan Mariam, masing-masing pelajar program Pendidikan Perakaunan. Pihak yang memaklumkan perkara ini meminta agar semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka.
4 pelajar di KZ pula dilaporkan positifMaklumat terkini yang diterima UPSIkini mengatakan 4 orang pelajar yang menginap di Kolej Zaaba dilaporkan antara suspek yang positif ujian H1N1.
Kawasan sekitar kolej lengangSuasana sekitar kolej di sini dilaporkan lengang dan hampir semua pelajar mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan. Semua pengawal keselamatan dikerah untuk meningkatkan pengawasan keluar masuk kenderaan dan orang awam ke kawasan kolej.
Bas UPSI angkut pelajar di kolej buat pemeriksaan segeraBeberapa buah bas dilihat berulang-alik ke kolej-kolej kediaman untuk membawa pelajar-pelajar untuk membuat pemeriksaan di hospital berdekatan. Kebanyakan yang diminta membuat pemeriksaan tersebut adalah mereka yang mengalami demam dan ILI (influenza-like illness)
Orang ramai turut bertopengOrang ramai sekitar Tanjong Malim turut kelihatan memakai topeng (mask) setelah berita mengenai penularan wabak H1N1 tersebar di kalangan orang awam.
Seorang penghuni KHAR antara yang positifSeorang pelajar perempuan yang menginap di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) antara yang dilaporkan positif ujian H1N1. Pelajar tersebut juga merupakan peserta yang mengikuti satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pentadbiran kolej diminta urus makanan penghuni kolejSemua pentadbiran kolej kediaman diarahkan untuk menguruskan bekalan makanan kepada semua penghuni kolej masing-masing berikutan arahan kuarantin yang masih berkuatkuasa.
Cuti seminggu berkemungkinan dikira sebagai cuti pertengahan semesterSusulan makluman yang dibuat Bahagian Perhubungan Awam berkenaan pengumuman status cuti seminggu yang dijangka dibuat esok, maklumat terkini mengatakan cuti seminggu berkemungkinan dibuat tetapi dikira sebagai cuti semester sepertimana Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengmbil langkah pencegahan dengan memulakan cuti pertengahan semester lebih awal.
Cuti seminggu : UPSI jangka umum esok Bahagian Perhubungan Awam (PRO) memaklumkan
UPSI dijangka akan mngeluarkan pengumuman sama ada diberi cuti seminggu atau tidak esok. Sehingga kini, pihak
UPSI dan Bahagian Kesihatan Batang Padang masih menjalankan kerja-kerja mengenal pasti tahap keseriusan jangkitan ini di UPSI.
Ambil kesempatan solat hajat dan berdoaExco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP, saudara Akmal Madzir menyarankan agar semua mahasiswa UPSI mengambil kesempatan penangguhan kuliah hari ini untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar semua warga
UPSI berada dalam keadaan sejahtera.
Waktu kuarantin dijangka dilanjutkanBerikutan maklumat yang dikeluarkan Bahagian Korporat dan Antarabangsa UPSI supaya semua pelajar mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing hari ini sehingga satu tarikh yang diumumkan kemudian, ramai pihak menjangka waktu kuarantin akan dilanjutkan sepertimana lain-lain IPT dan Kolej yang dilaporkan media sebelum ini.
6 pelajar dilaporkan positifUPSIkini dilaporkan seramai 6 orang pelajar UPSI positif ujian H1N1. Namun pihak UPSI masih belum mengumumkan angka sebenar kes.
Sumber :
UPSIKINI &
BERITA HARIAN