Jom Derma Darah

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Semalam merupakan hari pertama promosi Kempen Derma Darah di UPSI bertempat di Atrium Canselori, Bangunan Canselori.

Sebenarnya saya dah perasan promosi dia orang nie melalui banner yang digantung sekeliling UPSI. Entah kenapa, tiba-tiba dalam hati nie tergerak untuk mendermakan darah.

Haha..untuk pengetahuan semua, saya nie memang susah sangat nak derma darah..

"Saya takut jarum"..

Ahakz..iklan jer. Dulu memang ada niat untuk menderma darah bermula di matrik lagi. Tapi masa tu saya puasa, tak dapat lah nak derma. Kat UPSI nie pulak, siap ada anjuran PALAPES UPSI. Tapi tak pergi pun..Hehe..

Selain daripada tu, saya sempat lagi buat kajian tentang derma darah nie. Apa yang menarik minat saya ialah orang yang derma darah nie badannya akan rasa lebih ringan daripada sebelum nie. Ringan kat sini bukan dari segi berat badan. Yelah, ringan untuk laksanakan kerja. Kalau sebelum nie, malas jer..Huhu..

By the way, badan pun rasa segar sikit. Almaklumlah, lepas je derma darah, balik rumah terus MEMBUTA !! Pergh..memang tak sedar langsung masa tidur. Nyenyak betul..

Oklah, kat sini saya masukkan gambar yang saya sempat ambil yer..
Opss...bukan saya. Akak yang bertugas masa tu..Thankz kak, memang sporting habis akak tu. Siap bagi saya pegang-pegang beg darah saya. Haha.. Thankz juga kepada Bank Rakyat, atas sumbangan yang dia orang berikan. Barulah nampak fungsi Bank Rakyat kat Tg Malim nie yer..Bagus-bagus, next time boleh joint venture lagi..



Amoi ke sebelah saya nie asyik bising jer..Tahulah dah banyak kali menderma..Huh !!


Read More..

Comments