Salam dan hai
Sembunyi!!
Bukan sembunyikan diri. Tapi itu nama spa yang saya pergi -- Sembunyi Spa di Cyberview Lodge Resort & Spa.
Saya bersama Cik Reen ke Cyberjaya! Terima kasih Reen yang dah tolong booking kan. Kami pergi serentak pasal voucher yang kami dapat dulu, sudah hampir luput tarikh sahnya. Beli daripada bulan lima hari tu, dua minggu sebelum majlis baru sempat pergi.
Sampai disana, sedikit keliru pasal tak tau lokasi spa. Lepas bantuan daripada pekerja, jumpa pun tempat tu! Pekerja sambut mesra kami. Memandangkan ni spa pertama kami, jadi kami diterangkan satu per satu semua pakej-pakej yang ada.
Dapat cuba bau-bau bahan yang ada.
Dian (nama pekerja tu) bawa kami ke bilik locker, terangkan semua yang ada dalam locker tu. Kami diberi dua kain yang besar, diikat jadi macam kemban tapi hujung kain ikat dileher. Dapat selipar juga. Kami punya sesi mula 3 petang, jadi sementara waktu menunggu, kami dibenarkan guna jakuzi, wap dan sauna . Dian kata, biasanya tetamu datang awal sejam daripada waktu temujanji pasal mereka nak gunakan fasiliti lain dulu. Huua patut kena gi awal lagi. Dapat la segar-segarkan badan dulu.
Gambar ni diambil selepas habis sesi dan spa dah nak tutup. Dalam kawasan ini, telefon tidak dibenarkan.
Kami masuk jakuzi dulu. Best. Rendam dalam 20 minit rasanya. Kemudian masuk bilik wap. Sekejap sahaja pasal bosan. Kemudian masuk sauna. Pun sekejap pasal rupanya giliran kami dah sampai.
Pakej kami Give Me A Break Massage Give me a Break (massage, scrub and bath) , makan masa 2 jam. Pakej penuh disini .
Memang kalau ikutkan harga asal, tak mampu saya nak buat spa disini. Tapi dengan voucher ni, alhamdulillah dapat la potongan sikit, jadi merasa la gaya hidup ini. hihih.
1. Urutan
Ada tiga jenis urutan
i) Tranquility Aromatherapy Massage - Choose Your Favourite Scent from our Exclusive Collection
ii) Serenity Traditional Balinese Massage - Long, Soothing Strokes
iii) Vitality Shiatsu Massage - with Traditional Stepping
Saya pilih yang no ii pasal belakang saya sakit. Mungkin kesan buat biskut lama-lama sangat. Jadi memang perlukan urutan yang padat!
ii) scrub
Ada empat jenis srcub, tapi saya pilih yang 'Rub-A-Dub-Dub' --traditional Lulur Rub with Yoghurt. Kemudian, kena pilih pula jenis bahan scrub. Saya pilih kopi pasal Dian kata untuk selulit. Haha. Berangan la selulit boleh hilang sekelip mata.
iii)Mandi
Yang ni sedikit rambang mata pasal boleh pilih, Serai Wangi, Relaxing Lavender, Rich Milk and Fresh Blossom Bath Scented with Melur Dream Bath Gel dan Ocean's Away. Saya pilih Serai Wangi pasal nak sesuatu yang lebih tradisional dan boleh pulihkan tenaga.
Masa masuk dalam bilik tu, memang ngaku siang-siang kat orang spa tu yang saya tak pernah buat spa, jadi amat segan. Nasib dia memang amat terbuka dan sangat membantu. Segan oooo!
Sebelum mula sesi, minum dulu air halia yang sedap.
Borak-borak sikit dulu dengan tukang urut. Dia asal daripada Bali dan baru berpindah kerja di Cyberjaya ni. Dia urut memang amat best! Saya tak perlu bagitau sengal kat mana atau bahagian mana yang nak lebih ditekankan, dia tau-tau kat mana nak diurut. Memang best! Tak terlalu kuat atau terlalu perlahan. Memang sedang-sedang.
Sesi 2 jam berlalu dengan amat cepat rasanya. Saya siap tidur masa dia scrub kan badan. Pasal lepas letak yogurt, memang la amat selesa. Jadi saya tidur jap. Haha.
Selain urutan badan, dia pun urutkan sikit rambut dan muka. Selesa sangat! Diiringi muzik yang sedap dihalwa telinga. Best gile kot!
Sesi disudahi dengan makan manisan dan air halia lagi.
Suka la!!
OK. saya pelanggan yang sangat berpuas hati dengan layanan di spa ni, jadi mungkin bias.
Yang pasti, sekarang lenguh-lenguh badan kat bahagian belakang sudah tiada :) Terima kasih untuk teknik mengurut yang dibuat!
Selingan idea untuk deko majlis:
Idea untuk deko yang murah tetapi masih menarik -- Gunakan bunga jejarum. Idea ni digunakan dengan banyak di spa Sembunyi ni.
Tapi pastikan potong dalam bunjut-bunjut. Jangan pecahkan tangkainya.
Macam ni, pelbagai warna pun molek.
Mungkin bunga jejarum tidak wangi seperti bunga lain, tapi alternatif bagi mereka yang masih inginkan element bunga dalam majlis. Kebanyakkan deko di spa ni gunakan bunga jejarum. Simple, murah tetapi cantik.
Rumusan post: Memang puas hati dengan perkhidmatan spa disini. Pekerja mesra, fasiliti lengkap dan sesi spa yang menyegarkan. Mungkin kalau ada voucher lagi, kena beli! Kemudian datang awal sejam dua daripada waktu slot, jadi boleh rendam dalam jakuzi lama-lama.
Tapi, terlebih dahulu kena guna voucher kedua yang saya beli, Couple Package. InsyaAllah selepas majlis nanti :D, semestinya dengan D!! (tapi kalau D takmo, bawa Nity!!)
17 Oktober 2010
Salam dan hai
Jarang-jarang sekali saya terpengaruh dengan iklan di TV tentang produk kecantikan dan kesihatan. Tapi untuk Innershine ni, entah kenapa saya boleh lemah.
Mungkin:
1. Budget Kahwin memang ada bahagian dikhaskan untuk pembelian Innershine.
2. Pil vitamin C saya dah habis.
3. Mental yang lemah disaat nak kahwin.
4. Ibu tak larang.
5. D pun tak larang.
Jadi, saya beli dan beli. Kena kutuk dengan abang saya, pekakkan sahaja telinga. Iye, tau, takkan minum mata terus jadi bulat dan bersinar cam anime Jepun. Ikut logik la juga kan? cuma tak apa la, cuba sahaja.
Lepas kali pertama merasa sebotol [post penuh disini], terus suka dengan rasanya. sedar-sedar, dalam simpanan saya sudah ada beberapa kotak yang 14 hari tu. Satu pun tak buka lagi pasal sayang dan nak simpan menjelang hari majlis.
Tapi rasanya, kena mulakan rutin minum innershine ni minggu ini. Nanti dah dekat dengan hari majlis, boleh la selang selikan pula pengambilannya.
Baik! Saya mulakan minum innershine ni pada hari ini, sempena hari pertama Ramadhan!
Selamat menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan ye kawan-kawan.
11 Ogos 2010
Salam dan hai
Seperti yang saya tulis dalam post tentang perjalanan saya dan berat badan saya minggu lepas, saya dah buat satu azam baru:
Nak letak gambar ni kat banner tepi ni sebagai motivasi untuk kuruskan peha saya.
Bulan 6 ni harus muat untuk zipkan seluar.
Positif!
Pasal dulu, elok aje muat...
Berusaha..!!
11 Mei 2010
Salam dan hai
Kali ni, saya nak kongsi sesuatu tentang diri saya. Post khas untuk diri sendiri, boleh?
Saya pernah tulis pasal azam nak kurangkan berat badan saya di post yang ini.
Konon nak kurangkan berat kepada 62Kg dalam masa sebulan.
Ceh.. azamku ke laut!!
Saya tau saya perlu kurangkan berat badan. Bukan atas faktor nak kahwin semata, tapi saya suka keadaan fizikal saya masa berat 57kg. Saya tak mudah letih, lebih bertenaga, stamina mengkagumkan.
Uhuk*Stamina penting untuk kahwin*Uhuk.
Mari saya kongsi, sedikit rumusan tentang perjalanan berat badan saya dalam tempoh 10tahun ni.
Berat badan ideal saya adalah 57Kg. Saya tak boleh turun daripada itu pasal nanti saya akan nampak cengkung. Dulu masa kat UiTM S.Alam, pernah terbabas sampai 55Kg dan kesudahannya, ibu asyik suruh ayah saya pergi UiTM hantar makanan pasal takut saya takde duit nak beli makanan (sedangkan duit diorang bagi, saya buat beli baju baru untuk keluar dating dengan D.--- dan D tak pernah pun perasan saya pakai baju baru. Huh!)
Saya hilang berat badan mendadak masa kat UiTM Shah Alam pasal hari-hari berjalan. Mungkin kerana itu juga, saya percaya satu-satunya kaedah selamat dan berkesan untuk turunkan berat badan untuk diri saya adalah dengan cara bersenam. Biarla orang lain kurus dengan cara pil atau JusMatte5 ke atau korset, tapi saya tetap pilih senaman. Walau makan masa, tapi bukan lemak sahaja sasaran saya. Saya bersenam bukan untuk kurangkan berat badan sahaja. Tapi untuk jaga tahap kolestrol dalam badan.
Saya lebih selesa dengan sesuatu yang norma.
Masa saya praktikal di McDonald, hari-hari saya makan fast food. Kalau shift malam, bayangkan makan pukul 10pm. Tapi berat sikit pun tak naik. Mungkin banyak kerja di McD memerlukan aktiviti fizikal, jadi sikit pun saya tak naik.
Bila dah bekerja, mula la berat naik sikit demi sikit dan tanpa saya sedar, terus banyak! Nasib la kat tempat kerja saya ni pula, kemudahan gym memang disediakan. Jadi bonus la untuk diri saya, tanpa perlu keluarkan duit. Cuma perlukan komitment dan masa. Saya takut nak pergi gym waktu petang pasal takut hantu (Dulu kat office ni dah ada bermacam-macam benda halus berlaku. Saya cam trauma), jadi saya pergi waktu tengah hari.
Gym pada waktu lunch bukan masalah bagi saya pasal ada locker sendiri. Letak segala sabun dan bedak dalam tu.
Ni la gym office saya. Saya suka naik pengisar--gambar kedua, yang hujung kanan sekali tu.
Teori mengatakan, kalau kita selalu ke gym dan kita berhenti, berat badan kita akan naik mendadak berbanding orang yang tak pergi gym.
Itu yang berlaku pada saya pada tahun ke 3 di pejabat. Mungkin teori itu betul, tapi semestinya disokong dengan rutin pemakanan saya yang hanya akan berhenti selepas betul-betul kenyang-sampai-rasa-nak-muntah.
Bila tengok Biggest Losser, saya faham kenapa mereka boleh gagal apabila berhadapan dengan dunia luar yang penuh godaan makanan. Saya pun begitu. Saya tau kelemahan saya macam tu. Mungkin kerana itu juga saya lebih suka berkurung di gym pada waktu tengah hari pasal saya takut kalau saya tak ke gym, saya mula menyetan di cafe.
Saya memang tak boleh tahan godaan makanan. Pasal tu, saya latih diri saya untuk makan kerap tapi jumlah sedikit. Hasilnya, memang sekarang saya makan sikit, tapi kerap. Dalam 2 jam, saya akan makan lagi. Sekurangnya, saya tak seperti dulu--makan semuanya selagi belum habis dan selagi muat.
Mungkin juga pasal daripada kecil, ibu selalu kata "Habiskan nasi, nanti nasi tu menangis" Jadi pasal takmo dengar nasi tu menangis, makan sampai penuh mulut. Mak korang buat tak cam tu?? Tapi zaman adik saya sekarang, dah tak jalan la cara tu.
Kawan-kawan saya pun kadang-kadang bengang pasal saya tak habiskan makanan. Jadi saya tapau, tak pun, mereka terpaksa habiskan :P hihih.
Secara fizikal dan luaran, tiada siapa yang akan kata saya gemuk. Semalam, masa kawan office tegur saya dah kurus, bila ditanya berat badan saya sekarang, saya jawab 62kg, mereka mati-mati tak percaya.
Mula la teori: mungkin berat tulang.
Tapi saya tau, lemak masih banyak di peha saya. Bahagian pinggang dan ke atas memang sudah fit, cuma pinggang ke bawah, masih banyak lagi kerja perlu diusahakan.
Kalau tak, masakan saya masih tak muat jeans saya masa di UiTM Shah Alam dulu. Tu memang titik rujukan saya.
Saya tak gemuk.
Jangan kata kita gemuk kalau kita tak gemuk. Nanti apa pula perasaan orang yang betul-betul dalam keadaan macam tu, dengar kita yang kelihatan kurus pada mata diorang-- bising kata "Aku dah gemuk!". Macam dalam post Mazuriah ni.
Dulu, saya selalu cakap macam tu, tapi sekarang cuba nak kurangkan daripada cakap macam tu lagi.
Saya bukan FAT, cuma tak FIT. Perlu kembali kepada berat badan 57kg-- berat UiTM Shah Alam.
Pada post lain, saya akan masukkan gambar jeans UiTM S.Alam saya dan saya sudah muat kat mana.
Sekian, post tentang diri sendiri di pagi Jumaat
7 Mei 2010
Salam dan hai
Semalam dapat (bukan dapat, tapi bayar :P) voucher ni daripada kawan opis.
Hapa ada cicak kat sini???!!! tapi cam gitu la rupa booklet Spa tu.
Takpe, kita bagi peluang. Lagipun saya dah dengar macam-macam cerita best pasal spa ni. Yang bekerja di Cyberjaya atau pernah pergi training di Cyberview Lodge Resort & Spa, mesti tau tempat ni memang sangat cantik (kecuali banyak nyamuk kat luar petang-petang :P Nak buat macam mana. Kata nak bagi suasana "5 Star Tropical Boutique Resort" Memang banyak la nyamuk!) Bahagian paling jauh saya pernah pergi di Cyberview Lodge R&S ni, kat lobi resort sahaja, itu pun pasal bertugas untuk daftar masuk penceramah. Orang putih pakai kebaya memang cantik!
Ni la gift certificate yang saya dapat. Dapat sesi "Give me a Break Package" yang merangkumi urutan, scrub dan mandi. Sah laku sampai Oktober nanti.
Kalau ikut harga pakej asal, dalam RM260++, tapi lepas dapat certificate tu, merasa la buat dalam ratus-ratus. 2 jam? Sama cam balik Muar dengan kelajuan 140km/j.
Simpan dulu gift certificate ni.
Nanti, baru boleh fikir. Sebenarnya, ikut dalam belanjawan, aktiviti memanjakan diri tak termasuk. Tapi ibu saya beria minta saya buat. Jadi buat aje la. Harap-harap duit Nuffnang dapat tampung sikit-sikit. hihi.
28 May 2010