Followers

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

KELEBIHAN DAN KHASIAT DOA NABI YUNUS

Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam..Hari ini saya kongsi Doa Nabi Yunus a.s. Amalkan la setiap hari .
image from google

Doa Yunus ~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~

Doa Nabi Yunus a.s ini memang banyak khasiatnya . Teringat doa inilah yang arwah emak saya baca semasa arwah sakit dan juga sehingga nafas terakhir arwah selain ucapan syahadah. Subhanallah...Allahuakbar. 
.

Dikatakan bahawa doa ini juga penawar segala musibah.

Memetik daripada blog KONGSI BERSAMA NORA:

DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita. - 

Memetik daripada blog ILMU MUTIARA :


Nabi Yunus alayhissalam diutus oleh Allah swt. kepada masyarakat Naynawa, yang terkenal dengan kekafirannya. Nampaknya, Nabi Yunus kurang sabar dengan perlakuan kaumnya. Dalam keadaan kesal, ia pergi meninggalkan kaumnya menuju tepi laut.

Kemudian ia menumpang kapal yang akan berlayar. Di tengah lautan, kapal diterpa badai dan angin kencang. Untuk menghindari kapal karam, muatan kapal harus dikurangi. Semua penumpang kapal sepakat untuk melakukan undian. Siapa yang namanya keluar, maka dialah yang harus dilemparkan ke lautan.

Ternyata, yang keluar adalah nama Nabi Yunus. Akhirnya, Nabi Yunus menceburkan dirinya ke lautan, dan ia ditelan ikan besar. Al-Quran menyebut ikan itu dengan Hut atau Nun. Namun, Allah swt. mewahyukan ikan itu untuk tidak memakan tubuh Nabi Yunus.

Ada yang mengatakan Yunus a.s. tinggal di dalam perut ikan selama 3 hari, 7 hari, bahkan 40 hari. Selama itu ia berdoa kepada Allah swt., ‘Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.


Doa Yunus menembus Arsy, sampai-sampai para malaikat berkata, ‘Ya Rabb, sepertinya ini adalah suara orang lemah yang sudah dikenali, yang datang dari negeri yang jauh dan asing’. Allah bertanya, ‘Tahukan kalian, suara siapakah itu?’

Malaikat menjawab, ‘Suara siapakah itu?’ Allah berkata, ‘Itu adalah suara Yunus, hamba-Ku’. Malaikat berkata, ‘Yunus yang amalnya senantiasa naik ke langit dan doanya dikabulkan? Ya Rabb, tidakkah Engkau menaruh belas-kasih padanya lantaran dia senantiasa memuji-Mu di saat senang, dengan begitu Engkau selamatkan ia di saat terjepit seperti ini?’

Allah menjawab, ‘Ya, tentu saja’. Maka, Allah memerintahkan kepada ikan hut untuk melemparkan Yunus ke daerah tandus.

Yunus terdampar di sebuah pulau yang tandus, dalam keadaan lemah. Lalu, Allah mengembalikan kekuatannya dengan menumbuhkan pohon labu di dekatnya. Bukan hanya itu, Allah mengembalikan seribu umatnya dalam keadaan beriman, dan Allah berikan kemakmuran hidup kepada mereka.

- (Q.s. as-Shaffat/37: 145-148)




Friday, 18 October 2013

ORANG PALING KAYA IALAH

Bismillahirrahmanirrahim
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.

Ramai manusia yang menjadi orang terkaya di bumi Allah ini. contohnya

Versi Forbes rilis Maret 2013:

1. Carlos Slim Helu
Jumlah kekayaan: 73 Miliar USD 

2. Bill Gates
Jumlah kekayaan: 67 Miliar USD 

3. Amancia Ortega
Jumlah kekayaan: 57 Miliar USD 

4. Warren Buffet
Jumlah kekayaan:  53,5 Miliar USD 

5. Larry Ellison
Jumlah kekayaan: 43 Miliar USD 


Versi Bloomberg Millionaires Index :

1.Bill Gates
Jumlah Kekayaan: 73,7 Miliar USD

2. Carlos Slim
Jumlah kekayaan: 71,4 Miliar USD

3. Warren Buffett
Jumlah kekayaan: 60,4 Miliar USD

4. Amancio Ortega
Jumlah kekayaan: 56,7 Miliar USD

5. Ingvar Kamprad
Jumlah Kekayaan: 55,7 Miliar USD

Akan tetapi orang yang paling kaya sebenarnya di sisi Allah ialah mereka yang melakukan perkara di bawah.Sila baca seterusnya:))

Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melakukan amalan sebanyak mungkin sebelum maut menjemput kita.

Sebelum datang kerja tadi saya ada mendengar satu kuliah di TV9 mengenai Kelebihan Solat Subuh. Selain itu saya juga tertarik dengan SOLAT SUNAT FAJAR yang dilakukan sebelum kita solat Subuh. Ganjarannya memang besar wahai para sahabatku..

“Nabi tidak pernah menjaga solat sunat melebihi perhatian
Beliau terhadap dua rakaat sebelum subuh.” (Muttafaq ‘alaih)

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya
Daripada Saiyidah Aishah r.a. isteri Rasulullah SAW,
Bahawa baginda telah bersabda:
Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik
Daripada dunia dan segala isi buminya”.


Masa bagi solat Fajar ialah setelah masuk waktu subuh  iaitu selepas azan subuh.

Cara Mengerjakannya

Bilangan rakaat – 2 rakaat 

Lafaz Niat Solat Sunat Fajar




“Sahaja aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Bacaan surah selepas Al-Fatihah

Rakaat Pertama – baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas

Setelah memberi salam  bacalah yang ni:


Ertinya : “Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan, aku mohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan Nur MakrifatMu, Ya Allah! Ya Allah! Wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih: kasih yang pengasih.”


D   Doa selepas solat sunat 



Ertinya : “Ya Allah, ya Tuhan Jibril dan Mikail, dan Israfil dan Izrail dan Tuhan Muhammad s.a.w., selamatkanlah aku dari api neraka.”


Jadi, selagi kita masih bernafas, jomlah solat sunat fajar sebelum kita solat Subuh. Sesungguhnya mereka yang melakukan solat sunat ini lebih kaya daripada mereka-mereka ini kerana ganjarannya tiada tolok bandingnya. Yang pasti yang fardhu jangan ditinggalkan.

Sekian, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk kita semua..InsyaAllah.

Thursday, 17 October 2013

KENALI MEREKA

Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam


pic from google
Saya sekadar ingin berkongsi di mana selepas ibu meninggal setiap malam saya suka mendengar bacaan Yaasin yang saya download dari Play Store. Luckily yang saya download itu tak perlu Internet untuk saya mendengarnya. Ada 6 orang Qari yang memperdengarkan bacaan masing-masing. Sungguh syahdu dan mengubat hati saya yang sedih. Sampai sekarang Alhamdulillah setiap hari saya mengamalkan bacaan Yaasin dan sememangnya surah ini memberikan ketenangan. Selain itu amalkan baca Al Quran. Dan selepas itu saya taip di Google nama-nama Qari-qari ini dan Alhamdulillah saya terjumpa laman web ini: 



Laman web di atas ini membolehkan anda mendengar bacaan Al Quran dari Syeikh kegemaran anda. Mungkin anda ada boleh dengar sambil buat kerja di pejabat atau di rumah. InsyaAllah jadikan amalan membaca dan mendengar Al-Quran sebagai amalan harian kita semua. 


Antara Qari yang menjadi kegemaran saya:


Sheikhs AlSudais and Shuraim (Apabila mendengar bacaan Syeikh ini apa yang menyentuh hati saya, beliau menangis kerana sebak)-Maaf tak letak gambar




                                    Mishary Rashid Alafasy


                                           Saad Al-Ghamdi



        Mahir Al-Muaiqly



Dengarkan bacaan Surah Al Mulk daripada Syeikh Mishary Rashid Alafasy :

                                                 


SELAWAT TAFRIJIIYAH

sumber gambar di atas dari SINI

Sumber text di bawah saya copy dari SINI
Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
.
 Imam ad-Dainuri r..a.
  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.