Malam ni sunyi sepi .. Encik Firdaus bobok awal sebab x sihat lagi..kesian dia..Hari ini dapat berita gembira daripada seorang sahabat berpangkat adik, iaitu Fizree. Dia baru sahaja mendapat cahaya mata lelaki. Dia berkahwin dalam setahun lebih juga la baru dapat cahaya mata. Macam2 usaha juga yang dibuat..:)
Saya gembira sangat ..Tapi dalam masa yang sama saya rasa sungguh sunyi ..Sunyi sepi (sebab tu tangan laju je tulis apa yang saya rasa) kerana belum lagi dikurniakan cahaya mata. Tambahan pula usia saya yang sudah menjengah 3 series dan perkahwinan yang hampir 3 tahun ni, mula la fikir macam2.. Apapun kena sentiasa positif...Sentiasa berusaha. Semoga rumah tangga kita kelak tidak sunyi lagi. :)
Bg kawan2 yang sudah berkahwin dan belum menimang cahaya mata , jangan putus asa, moh kita sama2 usaha. Doakan kami semua agar berjaya. Ameen