Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Tuesday, January 23, 2018

M.E and H.I.M




Pemilik hati.
Yang kadang-kadang tetap bikin saya makan hati
Dan ada ketikanya cambahkan bunga-bunga dalam hati
.
Saya dan dia jauh beza.
Baik dari segi tingkah mahupun usia
Namun ketaksamaan itulah yang jadikan kami berdua
Saling lengkapi dan sentiasa berusaha
Untuk terus menongkah cabaran dan juga ujian dariNya.
.
Sayang sepenuhnya
Moga kekal selamanya
Biar sampai syurga cinta kita
Yang memisahkan hanya jasad dan nyawa
Serta ajal ketentuanNya
Mudah-mudahan hendaknya.
Amiiin.
.

Posting khas menjelang ulang tahun pernikahan ke-11 Februari ini.








W.A.N.I.T.A


Saya masih tak boleh hadam kejadian tular wanita semalam tu.
Serius saya kesian.
Dengan mendukung anak kecil, phisically she's okay.
Tak gemok, takdelah tak cantik.
Entah apalah yang ada dalam fikiran si suami. Nauzubillah.
.
Saya bukan penentang poligami.
Kahwinlah dua atau tiga sekalipun sekiranya mampu.
Pakcik saya sendiri beristeri lebih seorang. Tapi dari segi kewangan memang dia lebih dari mampu.
Cuma dari segi didikan dll. Saya kira banyak yang terabai.
Dan satu prinsip saya - kalau betul-betul hendak, berkahwinlah dan halalkanlah.
.
Saya cukup pantang lelaki yang dah beristeri dan mempunyai kekasih gelap di belakang isterinya.
Dan kepantangan saya juga apabila ada yang bersekongkol menghalalkan perbuatan tersebut.
Terutama bila yang bersekongkol itu kenal baik si isteri.
Nampak tak pengkhianatan yang terang-terangan??
.
Wanita ni darjatnya cukup mulia.
Allah menyuruh setiap dari kita memuliakan wanita.
Ibu diberikan penghormatan tiga kali berbanding ayah.
Makanya seorang suami yang punya isteri yakni ibu kepada anak2nya - wajar dihormati.
Tapi kalau lelaki atau suami tadi lebih suka berhubungan tidak halal.
Untuk apa lagi wanita itu perlu setia.
.
Perkahwinan - akad - ijab dan kabul.
Perjanjian sang suami untuk bertanggungjawab menjaga isteri dan seterusnya keluarga.
Jika perjanjian itu telah dikhianati apa masih perlu setia?
Orang akan melihat tulisan saya sebagai - benda tak jadi dekat kau senang lah cakap.
Tapi saya masih berpegang kepada sayangkan suami tu berpada-pada.
Selagi dia masih suami ayah yang bertanggungjawab - setia dan menjaga hubungan perkahwinan dengan baik sayanglah sepenuh hati.
Tapi kalau sedah sebaliknya - janganlah direndahkan martabat wanita untuk merayu sang suami.
Unless beliau taubat dan insaf sepenuhnya untuk tidak mengulangi.
Sebabnya banyak lelaki yang kantoi minta maaf pujuk dan belai maka cairlah isteri.
Dan teruslah memaafkan dan menganggap yang salah ialah wanita kedua yang hadir.
Sedang kita tak tau di belakang sang suami masih berhubungan secara rahsia ibarat pasangan asyik bercinta.
.
Moga Allah pelihara mahligai perkahwinan yang saya bina dan jauhkan kami dari ujian sebegini. Aamiin
.



Monday, October 29, 2007

new family member..insya allah

‘‘Kasih dan cinta saya pada Kak Endon tetap teguh. Tuhan menciptakan banyak ruang dalam hati sanubari kita bagi berlainan orang untuk disayangi.

‘‘Kita boleh sayangi ibu, anak, isteri, cucu, adik tetapi kita tidak dapat bandingkan kasih kita kepada ibu dengan kasih kepada isteri. Jeanne adalah satu daripadanya... itu adalah kelebihan Allah,’’ Itu kata Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi kala mengumumkan pernikahannya dengan Jeanne Abdullah.

Dan saya pasti perasaan sama tetap subur dalam hati abah meski kini telah bertemu dengan pengganti arwah mama. Yang pergi tetap pergi, dan kita yang hidup perlu meneruskan hidup sebagaimana biasa tanpa dibayangi perasaan sedih dan pilu..Biarkan sejarah menjadi sejarah...hakikatnya, hidup perlu sentiasa memandang kehadapan, jika kita tidak mahu ketinggalan.

Dan kini, selepas kira-kira setahun lapan bulan pemergian arwah mama, akhirnya abah terbuka hati untuk menyunting suri baru dalam hidupnya. Sebagai anak perempuan sulung, saya tiada sedikit pun halangan waima tentangan..malah saya memberi sokongan seratus peratus agar abah mencari teman kerna saya kini bukan lagi saya yang dulu...Saya sudah berkeluarga dan agak sukar untuk saya memperuntukkan setiap waktu terluang yang saya ada untuk abah tersayang...saya kini perlu berbagi kasih...satu di Kedah, satu di Terengganu...dan Kedah dengan Terengganu menjarakkan lagi kasih sayang saya...

Alhamdulillah, kini saya boleh menarik nafas lega..sekurang-kurangnya sudah ada insan yang akan menjaga makan pakai minum abah..ada insan yang akan menemani abah di kala susah mahupun senang...ada teman yang akan mengiringi langkah kakinya...satu harapan saya...agar kasih sayang abah tak akan hilang untuk arwah mama...dan semoga kasih baru abah ini membawa bahagia dan saling mengambil berat antara satu sama lain...
Abah1
28 Oktober detik pertama kehadiran insan baru meski bukan secara rasmi..cincin disarung tanda termeterainya ikatan yang bakal disimpulkan dalam tempoh sebulan lagi....dan ia nyata satu pengalaman baru buat saya...jika sebelum ini, saya merasa detik bahagia saat disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua...merasa debaran saat kali pertama bersalaman dan mencium tangannya, kini saya tetap merasakan debaran untuk menyarungkan cincin ke jari bakal "mak"...alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik... pelukan sayang dan ciuman kasih bakal "mak" menguatkan perasaan saya yang abah akan dijaga dengan baik....insya allah....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin