Selasa, 29 November 2011

Puding Cream Crakers

BAHAN-BAHAN
35 gm - agar2 tali
350 ml - air
200 gm - gula (secukup rasa)
10 kpg - biskut mayat a.k.a biskut empat sagi
1 tin - susu cair
3 biji - telur
2 pewarna

CARA-CARA

1. Masakkan agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih dan hancur agar2 tersebut.

2. Tapiskan agar2 tadi.... dan masukkan semula ke dalam periuk utk dimasak. Perlahankan api.

3. Susu cair + biskut + telur diblend hingga sebati.

4. Masukkan bahan2 yg diblend td ke dlm periuk agar2 yg telah dimasak... kacau sehingga mendidih..... tutup api.

5. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan 1 pewarna utk 1 bekas... saya gunakan hijau & kuning..

6. masukkan berselang seli (anggaran 1 senduk setiap adunan).. letak di tgh2 bekas.... adunana akan bergerak dgn sndirinya dan menjadi belang2 dgn sendirinya... ulangi masuk adunan secara berselang seli hingga habis.... gunakan lidi utk corakkan adunan seperti sarang labah2.....


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan