بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1
Cuti sekolah. Tapi tak macam bercuti. Tugasan di sekolah dan jadi bidan terjun pemeriksa soalan. Saat ini, saya rindukan ;sbuah percutian'. Macam di Tioman dulu. Ada laut. Ada langit yang biru. Snorkelling dan menyapa ikan-ikan yang cantik, dan saya rehat serehatnya tanpa memikirkan hal-hal yang berat-berat.. Tapi bila ye?? 2 3 bulan ni nampaknya tiada kesempatan lagi.. Rindukan saat-saat itu dengan amat sangat.
2
Nota buat pemeriksa: Bagila saya A subjek Tasawwur Islam. macam-macam ragam.
3
Kisah itu panjang. Rahsia Allah. hari ini amat banyak syukurku padaMu..Doa dan kekuatan hati. Percaya pada janjiMU. Pergantungan padaMU. lalu Engkau menjawab persoalanku satu persatu.
4
Disember. Ramai kawan-kawan melangsungkan perkahwinan. Masa untu 'si bujang' 'bergonjengan' dengan kawan-kawan hampir tamat. Enjoy the moment.
5.
Setiap hari terjaga dari tidur.. tolak sehari. Ada resah. Mudah-mudahan Allah membantuku memikul tanggungjawab dengan baik. Tanpa pertolongan dariMU aku tak berdaya. Tanpa kekuasaanMU, aku hanyalah hamba yang hina.. Bantulah Ya Allah...
hidupku,matiku,ibadahku,untukMU Rabbal 'Alamin اللهم ارزقنا الجنة وما يقربنا إليها من قول اوعمل ، وباعد بيننا وبين النار وبين ما يقربنا إليها من قول أو عمل اللهم اجعلنا من الذاكرين لك ، الشاكرين لك ، الطائعين لك ، المنيبين لك يا الوهاب يا الرزاق لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Total Pageviews
Showing posts with label miftah al-ilm. Show all posts

Monday, December 13, 2010
Sunday, May 16, 2010
Jiwa
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1
Ini adalah entry ke 495 di blog ini
2
Guru. Apa erti menjadi seorang guru? Bagi seorang yang baru ingin melangkah ke bidang ini, bukanlah saya orang yang layak berkata tentang manisnya alam perguruan. Dengan rendah dirinya, masih kurang dari setahun jagung dalam bidang ini.
Saya membesar dengan seorang guru sebagai idola di hadapan mata. Tentulah abah. Dia seorang guru. Guru sains, matematik dan matematik tambahan. Seiring usia, saya menyaksikan abah dan kehidupan sebagai seorang guru. Sedari kecil, saya melihat dia menanda kertas peperiksaan, mengisi buku rekod di rumah. Maka sejak itu saya tahu, seorang guru tugasnya bukan di sekolah sahaja.
Abah melalui pelbagai transaksi kehidupan. Mengajar di pedalaman, mengajar di sekolah bandar. Dibaling kerusi oleh pelajar berbangsa Cina lalu memohon pertukaran di sekolah agama- SMA Al-Wosto. Tekadnya, ingin berbakti pada bangsa sendiri, pada anak-anak didik seagama. Maka sehingga tahun ini, tahun terakhir perkhidmatan rasminya dalam bidang ini, abah masih kekal di SMAW.sudah 21 tahun dia di SMAW.
Sedari dulu, saya suka 'menyibuk' kalau abah menanda kertas soalan matematik pelajarnya. Saya turut teruja bila ada pelajar abah dapat markah yang tinggi. Saya turut kecewa bila ada pelajar abah dapat markah yang rendah. Padahal saya tak tahu pun siapa! Walaupun adakalanya saya dimarahi kerana mengganggu kerjanya, ada masa saya masih 'mencuri' tengok prestasi pelajar-pelajar abah bila abah tak perasan. Hehehe.
Saya memulakan kerjaya guru secara tidak rasmi semasa saya di tahun 1, kampus utama UIAM. Tidak mengambil semester pendek, saya bercuti 3 bulan. Ditakdirkan Alah, Cikgu Sarimah- guru bahasa Melayu saya di SMAW bersalin dan sekolah memerlukan guru ganti. Maka bermulalah catatan saya sebagai seorang guru pada April 2004. Guru yang amat muda. 20 tahun.Pelajar saya cuma 4 tahun bezanya dengan saya malah mereka adalah junior saya, sempat berada pada sesi persekolahan yang sama. Saya mengajar subjek bahasa melayu dan sejarah ketika itu. Usai 2 bulan, masih berbaki cuti saya sebulan lalu sekolah menawarkan untuk saya menyambung sebagai guru sehingga cuti tamat.
Amat manis pengalaman pertama itu untuk dikenang. Berada di sekolah sendiri, dikelilingi guru sendiri. Rasa kekitaan dan 'sense of belonging' amat kuat. Saya masih gadis remaja yang malu-malu. Maklumlah, bekerja dalam persekitaran- rakan sekerja adalah guru saya. Malu dengan guru sendiri. Alhamdulillah, tentulah amat banyak saya belajar dari mereka.
2 hari melaporkan diri, saya perlu menghadiri kursus format baru SPM. Semasa mengisi borang pendaftaran, ada ruangan untuk pengalaman mengajar. Saya melihat guru-guru yang lain. Pengalaman mengajar 10 tahun, malah ada yang 20 tahun! saya? Perlukah diisi 2 hari? hehehe. Kelakar juga mengingatinya. Namun dalam terpinga-pinga itu, saya amat banyak belajar asas tentang 'di sebalik tabir' peperiksaan. Aras-aras soalaanya, teknik menjawabnya, cara pemarkahannya. Kali ini- dari kaca mata seorang guru. Dan apabila pulang, sekembalinya Cikgu Sarimah dari cuti, saya membentangkan panjang lebar tentang format baru itu.
Seminggu kemudian, Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-sekolah Agama Pahang bermula di Pekan. Peringkat Pusat.Atas kepercayaan Cikgu Zaki, saya dilantik menjadi Ketua Kontijen sekolah. Jiwa sukan dan Ilmiah sudah sebati dalam diri. Maka tugas itu diterima dengan rela hati.
Dalam tempoh 3 bulan itu, saya sempat melatih pelajar untuk Pidato Piala Di Raja serta Forum Remaja. Alhamdulillah, kedua-dua acara tersebut menjadi johan daerah Temerloh dan saya turut mengiringi pelajar ke peringkat negeri. Meski tidak menang di peringkat negeri, memori itu cukup indah untuk guru muda seperti saya.
Pengalaman kedua- awal tahun lalu sehingga pertengahan Jun. Saya memilih untuk mengisi jawatan Guru Bahasa Arab Majlis Agama Islam Pahang dengan penempatan di SMAW. Sekali lagi- jodoh saya dengan SMAW. Dari guru bahasa melayu yang digelar 'cikgu' saya menngajar subjek nahu tingkatan empat dan bahasa arab tingkatan 1. Makanan yang amat enak untuk saya kerana bidang sendiri. Sangat seronok. Baru 2 bulan digelar 'ustazah' SMAW menghadapi masalah pertukaran guru secara besar-besaran. Paling parah, guru bahasa Inggeris ditukarkan dan tinggal seorang sahaja. Maka dengan kepercayaan kepimpinan sekolah, saya diarahkan mengajar Bahasa Inggeris. Dari mengajar Nahu tingkatan 4 dan 5, saya perlu mengajar bahasa Inggeris tingkatan 1 dan 2. Maka bertukarlah gelaran dari ustazah kepada 'teacher'.
Alhamdulillah, meski sukar pada permulaannya, saya hanya melakukan yang termampu.Saya hanya mahukan yang terbaik untuk pelajar saya. Dan dalam tempoh itu juga, seperti sebelumnya, saya seronok bersama pelajar, menjadi jurulatih nasyid, bola jaring,syarahan, bahas serta forum tanpa mengira bahasa- Inggeris, Melayu atau Arab.
Watak guru saya sedikit sebanyak berubah apabila dilantik sebagai warden asrama. Dari guru yang ceria dan tidak pandai marah (sungguh saya tak pandai marah), saya belajar menjadi lebih tegas. Sebab itulah di asrama, pelajar takutkan saya kerana ketegasan saya dan keseriusan saya. Dari zaman sekolah lagi, saya memang pelajar yang 'skema' dan amat menitikberatkan disiplin. Maka apabila ditaklif menjadi warden, perkara-perkara yang melibatkan disiplin menjadi perkara yang amat saya titikberatkan. Kecut perut pelajar kalau saya dah mula naik angin. Namun situasi ini tidak lama. Saya tinggalkan bumi SMAW dengan seribu kemanisan bergelar ustazah dan teacher untuk mengejar impian.
Mendapat tawaran mengikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dalam bidang bahasa Arab adalah satu perkara yang amat saya nantikan. Saya telah rasai pengalaman menjadi guru dan saya tahu saya masih kekurangan ilmu untuk menjadi guru yang baik. Saya berazam, saya ingin menuntut ilmu lagi untuk menjadi guru yang bagus untuk pelajar saya. Apatah lagi- bidang yang ditawarkan adalah bidang 'jiwa' saya. Maka sepanjang tempoh DPLI, saya tidak main-main. Saya bersungguh-sungguh. Saya ingin menghadam betul-betul apa yang saya pelajari. Saya memberi komitmen 150% untuk DPLI lalu. Dan hari ini, usai pengajian DPLI, saya rasa kepuasannya. dan saya bersedia menjadi guru yang bagus dengan izin Allah.
Guru. Itulah jiwa saya. Saya ingin menjadi guru yang baik. Dengan izin Allah, satu masa nanti saya ingin mendidik pula bakal guru. Cinta saya pada pelajar, persekitaran sekolah, bau padang dan kantin, suasana kelas, telah tumbuh dari dulu. Ini bukan pilihan terakhir, tapi pilihan untama sebelum saya melakar impian yang lebih tinggi, Insya Allah.
Mengapa memilih profesyen keguruan? Itu soalan lazim dalam temuduga guru. Apa jawapan anda? Untuk saya, cukuplah jawapan ini:
Inilah 'jiwa' saya. Mendidik dan dididik.
Mudah-mudahan tiap ilmu yang dicurahkan, jadi saham di sana. Ya Allah.. moga kami semua menjadi guru yang memaksikan ikhlas dalam diri untuk memajukan anak bangsa.
SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU SAYA
JASA DAN BUDI KALIAN TAK TERHINGGA
Emak guru pertama saya
Abah -ayahku guruku jua, qudwah guru yang sabar
guru-guru Sekolah Rendah Agama Al-Mukmin- saya teladani keikhlasan anda, mendidik tanpa mengharap balasan kerana kalian mendidik dalam serba kepayahan
guru-guru SMA Al-Wosto dari dulu hingga kini- saya sanjungi budi dan jasa kalian membentuk diri saya di zaman krisis identiti
Pensyarah Matrikulasi UIAM
Pensyarah IRKHS UIAM + UIAM ( 2 fasa saya di sana)
Pensyarah Institut Pendidikan UIAM- kembara DPLI membantu saya mengejar impian menjadi murabbi
Buat ayah, abg long, en tunang dan semua rakan-rakan bergelar guru
Moga kita semua sentiasa menjadi guru yang berusaha meمahirkan pelajar yang lebih bagus dari kita Insya Allah..
بارك الله فيكم جميعا

Labels:
Al-Wosto,
miftah al-ilm,
visi Murabbi
Thursday, December 31, 2009
semangat kawan..yang penting semangat..!
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
semalam ku temui dia kawan..
Dia kenalanku di sini..di Taman Ilmu dan Budi
Usai pengajian ijazahnya, menerima biasiswa ke kota UK untuk menyambung sarjana..
di sana dia diuji..
Kanser darah..
tahap kritikal kawan..
namun dia tetap mahu menyambung perjuangannya
mencari kalau2 ada rakan yang ingin menemaninya di sana..
menjalani rawatan di sana dan menyelesaikan pengajiannya..
Namun keluarga mahu dia pulang..
menjalani rawatan di sini..
Kutemui dia semalam, sekadar bertanya khabar
dan memberi kiriman buat seorang kawan
wajah pucat lesu, badan kurus melidi
namun masih sempat bertanya
bagaimana jika dia ingin menyambung sarjananya di sini..
itulah semangat kawan!
Biar ajal seakan menjemput
hari esok masih ada untuk dijalani
dan hari esok masih perlu dipenuhi dengan kebaikan
anda bagaimana kawan?
jangan biar semangatmu layu
perjuangan itu tidak akan berhenti
sehingga nyawamu benar2 diambil Rabbul Izzati!
****
mengambil semangat dia.. dalam kesakitan saya gagahkan diri menyiapkan assigment yang berbaki. Puas tidur dan berbaring..saya tidak betah begini.. Cuma untuk ke kelas, terasa amat lemah nak melangkah.. di atas katil ini, sambil berbaring, saya masih bisa memerah otak menyiapkan tugasan..
Allahumma Yassir li..

tazkiyah annafs
Saturday, May 24, 2008
Ayih n Mak Ngah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cuti yang panjang (khamis-selasa) Tenang saya di Laman Ayahbonda.
Wajah redup emak memberi bahagia
Bergurau dengan adik-adik yang manja.
Melayani wan yang semakin tua
Suara penyayang abah yang kekar memberi waja
Anak-anak yang pulang dari utara
Zulaika yang lasak berjenaka
Aisyah yang keletah bersahaja
Membunga gembira dan sentosa.
Di saat saya ingin pulang, saya menjenguk Harith Mifzal- anak jiran yang baru berusia 3 bulan tetapi sangat ramah menyapa dalam bahasa bayinya . Comel.Ayih pun ada sama. Melihat beg besar yang dibawa:
Ayih: Mak Ngah nak gi mana tu?
Saya: Nak balik sekolah mak ngah dah
A: Tak boleh, mak ngah tak boleh balik. (seraya menutup pintu dan langsir- tidak membenarkan saya keluar dari rumah)
S: Eh. mana boleh nanti cikgu mak ngah marah mak ngah tak pergi sekolah.
A: tak boleh. Biar mak ngah lain pergi sekolah. Mak Ngah ni kena duduk sini main dengan Ayih.
eheh. banyak la mak ngah lain dia. Comel ;-)
****
nota hati:
makin banyak hikmah tersingkap, makin saya bersyukur. Makin saya rasai nikmatNYA. Ya, ini pilihan DIA, bukan pilihan saya. Lalu Ar-Rahim, tertib cinta dan susun aturnya itu, mohon kami fahami dan kami pegangi, agar tidak disilang aturkan,agar tidak ditukar susunkan. Ratib hati dalam kehambaan. Peliharalah..
Labels:
Ayih. usratii,
miftah al-ilm
Monday, April 28, 2008
21 rabiul akhir: baru
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
21 rabiul akhir 1404h: 24 januari 1984
maka pada tarikh ini, saya sudah menjadi 25 tahun. ya, 25 tahun. Bukan sikit usia itu. suku abad lamanya. Dan dalam usia ini, Alhamdulillah, banyak sekali nikmatNYA yang diberi. Sangat banyak. Moga saya menjadi hambaNYA yang bersyukur.
Dalam usia ini, saya ingin menjadi seorang yang 'baru'. Ya. seorang yang baru.
***
Semester baru bermula, saya akan menghabiskan baki 1 subjek lagi dan menghantar proposal tesis pada sem ini, Insya Allah. Moga Allah permudahkan semuanya. Allahumma Yassir. Kelas sem ini- Selasa dan Khamis, 8-5pm.
****
Banyak yang nak ditulis tapi mood menaip itu kurang.Agak letih kerana kerja yang banyak di pejabat. Balik pejabat (kadang-kadang 10malam), solat+tartil kalamNYA. Sebelum menutup mata, seperti lazimnya, saya akan membaca.
Buat masa ini, 2 buku menjadi teman:
11 ciri Ibaadurrahman- Yusuf Al-Qardhawi
Life is an open secret- Sr Zabrina A. Bakar.
****
25 tahun yang 'baru':
I'm looking forward, to make my dreams come true
I'm looking forward to make your dreams come true
I'm looking forward to make OUR dreams come true
Moga Allah memudahkan segalanya, Allahumma Yassir

min ahtaafi qalbii
Saturday, March 29, 2008
bunga kebahagiaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, paper jumaat lalu dilalui dengan baik. HAmdan Lillah, Allahu Akbar yang memudahkan semuanya.
Sabtu
Ke Serendah. Rumah Pak De (Sepupu mak) yang mengadakan majlis kesyukuran sempena kelahiran cucunya yang kedua. Ke sana menaiki kereta dengan Ipi my brother. 'puak-puak' Jambu Rias berkumpul di sana.
Jambu Rias- kampung kelahiran saya. Kampung bonda yang menjadi sempadan antara daerah Bentong dan Temerloh. Kaum keluarga belah emak saya ramai di sana. Saudara mara sebelah abah pula mendiami Temerloh. Dari Kg Gantok, Kg Songsang dan Kg Paya Pulai, antara tempat bermukimnya saudara mara sebelah abah.
Kembali kepada agenda hari ini. Jam 2.30 petang, kami ke Putrajaya.Lebih tepat lagi- Hospital Putrajaya. Ziarah Piktam yang baru menjalani pembedahan Syafakallah.
Dalam perjalanan pulang, hujan lebat + jam merencatkan perjalanan. Kereta pula tiba-tiba mengeluarkan bunyi aneh. Terus singgah di kedai membaiki kereta di Kajang. Lama juga di situ. Pulang ke UIA, jam 6.30 baru sampai. Mujur sudah selesai menunaikan solat Asar di Hospital tadi.
Penat. Agenda esok untuk pulang ke Jambu Rias mungkin terpaksa dibatalkan.
***
Kes Raja Petra disaman NC UUM rupa-rupanya ada kaitan dengan bekas Presiden SRC UIA- Akh Muhtar Suhaili <<

jom jalan-jalan..
1) Pameran Buku Antarabangsa, PWTC. 4-13 april 2008
2) Pameran Wanita n Kuasa Iman (kalau tak silap nama rasmi dia gitula) , Muzium kesenian Islam, April ni juga...
*****
Must grab! Buku hasil nukilan Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (saya pun belum sempat menghabiskan bacaan. After exam, Insya Allah)
ANda bakal berkahwin atau berhajat untuk mendirikan 'masjid'? Sudah berkeluarga dan ingin menjadi suami/isteri soleh/solehah? Dambakan keluarga yang sakinah? dapatkan buku ini. Bunga Kebahagiaan. RM20.oo only.
jumpa lagi nanti.. doakan paper terakhir nanti najah. Ameen..
Labels:
miftah al-ilm,
study,
usratii
Thursday, March 13, 2008
...musim exam..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
doakan segalanya dipermudahkan
.. masih ingin tenang dalam kekalutan
..masih ingin senyum dalam keributan
..masih ingin damai dalam tekanan
<< tengok jadual sebelah ni.. musim exam tiba lagi.. ALLAHUMMA YASSIR...
http://www.cfkeep.org/users/atikah/allughah
website yang dibina untuk final project educational teknologi ( perlu tukar encoding kepada unicode (UTF-8) untuk difahami. Tangah2 malam merakam suara/adjust gambar + ambil gambar (jam dalam bilik jadi mangsa) untuk siapkan.. tak seberapa pun tapi banyak ilmu baru dipelajari ketika menyiapkannya..
ok.. mata saya semakin berpinar2.. kerana tidur yang tidak terjaga.. ;-)
..masih ingin tenang...

Monday, March 10, 2008
Allahu Akbar!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
PRU12
'Inna Fatahna Fathan Mubiina..'
seawal pagi 8 mac, jam 4.30 pagi, alunan surah Al-Fath berkumandang, memenuhi ruangan bilik saya.. sungguh-sungguh saya terharu..
saya berdoa, hari ini akan dibukakan kemenangan buat pejuang2 pejuang Islam.. semalaman, saya tidak lena tidur.. memikirkan PRU yang akan berlangsung pada hari itu..
yang saya bimbangkan- luntur dan semakin jauhnya nilai islam dari kita, jika keputusan PRU memihak kepada pemerintahan yang tidak berpaksikan nilai islam. Hedonisme yang menjadi-jadi sekarang pastikan akal lebih berkuasa. Dan suasana ini, dalam 5 tahun akan datang, adalah zaman saya membesarkan anak-anak saya kelak..(biiznillah).. maka hati ini gusar, bagaimana harus hati ini tenang memikir itu semua..
pagi 8 Mac, surah Al-Fath yang berkumandang mengingatkan saya sejarah kemenangan pembukaan kota Mekah. Moga-moga, sejarah itu akan berulang..
Allahu Akbar! sejarah itu sekurang-kurangnya berulang.
8 Mac- saya berbesar hati menjadi sebahagian dari sejarah itu, dan menyaksikan sendiri sejarah itu..
8 Mac- akan saya coretkan di sini pengalaman peribadi yang saya rasakan cukup istimewa..
Alhamdulillah, hari ini saya sudah boleh tidur lena.. walau masih ada ketikanya, terasa bernafas dalam lumpur (meminjam kata-kata seorang kawan)
kerana saat ini- Orang Melayu islam telah berpecah 3 (PKR,UMNO,PAS) dan selainnya bersatu bawah DAP..
Yang saya harapkan dari keputusan PRU-
1)Kedah dan Kelantan menonjolkan kepimpinan Islam yang sebenar, hingga menyentuh hati para Kuffar terhadap keindahan Islam, hingga mereka benar2 melunakkan hati menerima Islam. Dakwah bilhal. PRU 12 memberi ruang untuk kita membuktikannya, sepertimana Pemerintahan Madinah berjaya menakluk hati2 Kuffar.
2) Umat Islam-Melayu, benar2 benar bersatu kembali, melupakan sempadan politik, bersatu atas satu kalimah syahadah.
3)Para Duat giatkan usaha dakwah.. kita bawa kawan2 kita yang sokong DAp tu kepada Islam, selepas itu, tiada masalah lagi, kita bersatu bawah satu kalimah tauhid. Tidak timbul isu hak keistimewaan, racisme..
Allahumma Ihdina As-Sirotal Mustaqim..
**
tengah hot isu pilihanraya, artikel ini keluar Utusan Malaysia hari ini.. klik untuk bacaan lanjut..
tajuk artikelnya- Nur Atikah mahu martabat Bahasa Arab
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
RALAT:
saya kira wartawan tersilap dalam memberikan syiar 'Allughatul Arabiah, Allughatul Jannah'. Kesilapan tatabahasa arab. sepatutnya - Allughatul 'Arabiah Lughatul Jannah

debat,
miftah al-ilm,
min ahtaafi qalbii
Saturday, February 23, 2008
jumbo sale
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Semalam (Jumaat) saya ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta bersama dik Jaie atas satu urusan nasional. Usai segala urusan, kami menaiki teksi ke KL Sentral untuk mengambil Putra LRT ke Gombak.
Sementara menunggu waktu Maghrib, kami singgah di Nile Bookstore di situ. Ada jualan buku di sana dan mata saya menangkap beberapa buku dalam bahasa Arab lalu membeleknya. Tidaklah banyak sangat pilihan bukunya tetapi sebaik melihat harga yang tercatat, saya memerhati judul-judul buku yang ada.
Beberapa buku menarik minat saya, antaranya Fannu Li At-Ta’amul Ma’a Al-Athfaal (seni bergaul dengan kanak-kanak) dan Numu Al-Mafaahim Al-‘Ilmiah Li At-Atfaal (Perkembangan Kognitif bagi Kanak-kanak). sebuah lagi buku yang menarik minat saya adalah yang bertajuk ‘ Al-Wasiyyah wa qisaasun Aakhar’ (wasiat dan kisah-kisah lain) iaitu himpunan cerita penyiasatan. Saya juga membeli satu buku Melayu yang bertajuk ‘Jejak Cemerlang 30 Wanita Beriman’ .
Percaya atau tidak,harga yang tercatat di setiap buku tersebut adalah antara RM4-RM5. Sangat murah! Susah sekali medapatkan buku bahasa Arab dengan harga murah begini di Malaysia. Tambahan lagi dengan judul-judul yang berfaedah itu, saya tidak ragu-ragu untuk mendapatkannya.
Saya ke kaunter untuk membayar buku-buku tersebut. Lebih mengejutkan saya, keempat-empat buku itu kemudianya diberi potongan 50% ! Sungguh terkejut saya. Ini bermakna harga keseluruhannya RM12 cuma. Sungguh sukar saya mempercayainya.
Lalu saya menjenguk sekali lagi di rak jualan tadi. Mata saya menangkap pula 3 jilid ‘Mausuu’ah Safiir li Tarbiyah Al-Aulaad’ (Ensiklopedia Safiir untuk Pendidikan Anak-anak) ketiga-tiganya berkulit keras, dengan harga tertera pada setiap buku adalah RM18. dalam kiraan saya, selepas potongan, harga ketiga-tiga ensiklopedia itu adalah RM27. Itu adalah amat murah pada perkiraan saya, untuk 3 jilid ensiklopedia berbahasa Arab.
Saya membayar, dengan Jaei mengirim sebuah buku lagi untuk dibayar bersama. Subhanallah, terkejut saya sekali lagi apabila bayaran dibuat, harga untuk ketiga-tiga ensiklopedia termasuk buku Jaei tersebut cuma RM16! Rupa-rupanya esiklopedia itu diberi potongan sebanyak 70% !
Saya keluar dari kedai itu dengan terkejut yang amat. Dengan RM24, saya memiliki 4 buku dan 1 ensiklopedia berbahasa Arab yang sangat berharga.
Apabila pulang, saya lebih bersyukur kerana mendapati ensiklopedia itu sarat dengan artikel ilmiah dalam bidang pendidikan, dari pendidikan sebelum sekolah hingga pendidikan selepas marhalah universiti, ditulis oleh ulama-ulama Arab tersohor dalam bidang pendidikan, antaranya Dr Muhammad ‘Ali Madkuur- yang bukunya dijadikan rujukan utama dalam pendidikan bahasa Arab.
Malah, skopnya amat luas, merangkumi semua aspek pendidikan- manhaj (syllabus), idaarah AlFusul (Class Management), Ilm An-nasfi Attarbawi (psikologi pendidikan) malah Ta’lim A-Lughah (language learning).
Alhamdulillah, macam rezeki besar pula hari ini, amat bersyukur saya! Manis sungguh kurniaanMU! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Subscribe to:
Posts (Atom)